Debaran makin terasa. Tinggal kurang beberapa jam sahaja lagi kita akan mengetahui siapakah diantara Meerqeen, Haziq, Jabir, Nadhir dan Umar yang akan dinobatkan sebagai juara pencarian Hero Remaja 2020.
Selepas lebih kurang tiga tahun edisi Hero Remaja 2017 berlalu, sudah tentu para pengikut pencarian ini menantikan siapakah yang bakal merampas takhta Alif Muhaimin sebagai juara terdahulu. Tidak dinafikan, kelima-lima finalis bakal memberikan saingan sengit di pentas akhir dan pastinya ia memberikan sedikit tekanan buat barisan para juri.
Namun begitu, kami pasti masing-masing sudah mempunyai pilihan dan ramalan korang sendiri. Jadi apa kata kita dengar pula prediction daripada bekas finalis Hero Remaja 2017 tentang siapakah yang bakal bergelar juara malam ini?
1. Alif Muhaimin
Menurut pandangan Alif, rasanya Nadhir mampu bergelar juara kerana Alif lihat personaliti dan effort dia untuk menang. Dia cuba untuk menjadi individu yang mampu memberikan contoh terbaik buat masyarakat. Secara peribadi, Alif sudah mengenali Nadhir dan apa yang Alif karakter yang ada pada diri dia membuatkan dia mampu untuk pergi jauh.
2. Farhan Asri
Ads
Kalau ditanya, mengikut pemerhatian saya Meerqeen mempunyai potensi untuk bergelar juara kerana dia mempunyai aura yang disenangi ramai. Walaupun saya tidak mengenalinya secara dekat, tapi kita boleh lihat bahawa dia seorang yang friendly.
3. Harris Annuar
Harris rasa Umar akan menjadi juara Hero Remaja 2020 kerana kadang-kadang keputusan yang diumumkan memang beri kejutan (hehe), yang tak disangka itulah yang akan menang. Kalau bukan Umar, mungkin Nadhir sebab dia nampak sangat komited dan well prepared.
4. Nabil Aqil
Ads
Juara pilihan saya adalah Nadhir Nasar kerana dia mempunyai personaliti yang menarik dan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam industri hiburan Malaysia. Tapi, apa-apa pun saya ucapkan good luck kepada semua finalis dan jangan fikir tentang kalah menang, yang paling penting adalah korang buat yang terbaik pada malam ini.
5. Ikmal Amry
Ads
Saya lihat semua finalis berpotensi untuk bergelar juara, tetapi jika ditanya pilihan saya, mungkin Haziq kerana dia mempunyai rupa ‘Hero Malaya’ ala-ala Remy Ishak. Hiks! Pada saya, paras rupa dia mungkin antara yang akan digilai oleh peminat di Malaysia. Tapi, menang atau tidak adalah perkara kedua. Sebaliknya, mereka perlu tahu untuk bawa diri selepas Hero Remaja 2020 berakhir nanti.
Saya pilih Jabir Meftah untuk menjadi juara Hero Remaja 2020 kerana dia merupakan antara individu yang banyak melakukan kerja amal. Ini adalah contoh remaja terbaik kerana kebanyakan orang hanya cakap saja nak buat, tapi tidak bagi Jabir kerana dia tunjukkan action. Jadi, saya rasa dia boleh jadi role model terbaik untuk golongan orang muda.
Fuh, kami pula berdebar nak menantikan keputusan final malam ini. Jangan lupa saksikan episod akhir Hero Remaja 2020 pada jam 9 malam ini hanya di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Aryan merupakan antara peserta yang tidak pernah berputus asa kerana sebelum ini dia sudah mencuba sebanyak empat kali menyertai sesi uji bakat Hero Remaja sejak tahun 2017, namun tidak berjaya ke peringkat seterusnya. Berkat kegigihannya berbaloi apabila dia tersenarai sebagai finalis Hero Remaja 2021 kali ini.
Memulakan kerjaya sebagai anak seni bermula dari usianya 20 tahun, Aryan bermula dengan menjadi menjadi pelakon iklan komersil dan telah membintangi beberapa buah drama sebagai pelakon pembantu.
Namun, situasi pandemik COVID-19 telah membataskan pergerakan kita, lebih-lebih lagi apabila sesi penggambaran juga tidak dibenarkan. Aryan mengambil peluang ini untuk mengisi masa lapang dengan menyertai pasukan sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Memulakan tugasnya seawal pukul 7 pagi, Aryan mengakui bahawa ini merupakan sebuah pengalaman yang sangat berharga kepadanya kerana ia adalah kali pertama dirinya melakukan tugas sukarelawan.
“Alhamdulillah, Aryan berpeluang menjadi sukarelawan selama 5 hari mengikut syarikat ayah yang menganjurkan pemberian vaksin secara mobile. Aryan memang suka mencuba dan mencari pengalaman baru, malah mereka juga meminta Aryan untuk terus melakukan kerja-kerja sukarelawan ini, namun tiada rezeki untuk Aryan join kerana mempunyai komitmen dengan Hero Remaja,”
“Sejujurnya, selepas menjadi sukarelawan tempoh hari, Aryan lebih mengambil berat tentang penjagaan diri. Covid is real guys! Apa yang Aryan boleh cakap, jangan disebabkan satu kesalahan kita, ia akan memberi kesan kepada orang lain. Jangan pentingkan diri sendiri,”
“Selama lima hari bertugas, Aryan juga diberi peluang untuk menjadi ketua bahagian vaccination. Banyak juga yang Aryan belajar tentang vaksin, antaranya daripada segi penjagaan suhu vaksin dan sebagainya. Daripada pengalaman ini, Aryan bersyukur kerana masyarakat mahu kan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang di sekeliling,” jelas Aryan.
Apa-apa pun kami ucapkan selamat maju jaya buat Aryan dalam menempuhi cabaran sepanjang pencarian Hero Remaja 2021.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekitar tahun 2008, kuasa media sosial hanya bergantung pada Friendster dan MySpace semata. Facebook pula hanya mula menjadi ikutan remaja pada awal 2009.
Bagi selebriti yang baru ingin menapak pada masa itu, mereka memang tiada cara selain bergantung pada bakat, rupa (yang sebenar tanpa filter) dan keinginan untuk berjaya atau tidak.
Itu saja!
Pencarian Hero Remaja merupakan salah satu platform yang menjadi rebutan ramai pada waktu itu sehinggalah sekarang. Edisi yang dimenangi oleh pelakon, Kamal Adli itu sebenarnya membuka ruang kepada ramai lagi pelakon pelapis yang kini popular.
Antaranya termasuklah Fizo Omar, Idris Khan, Jaslin Puasa dan Ammar Alfian. Kiranya batch tersebut bukan ‘kaleng-kaleng’-lah gaiss..
Ammar Alfian pada hari ini telah mengembalikan semula memori sewaktu dia bertanding menerusi sebuah posting di Instagram miliknya.
“Dahulu, tiada media sosial untuk mempromosikan diri korang. Apa yang kami ada adalah bakat dan keinginan saja.
“Kami masih muda dan bermula dari bawah untuk mempelajari segalanya mengenai industri ini. Saya tak ingat bagaimana saya boleh menyertai pertandingan ini. Ia adalah yang pertama dan yang terakhir pernah saya sertai.
“Apa yang saya ingat hingga kini adalah saya hanya menjadi diri sendiri tak kiralah mereka menyukai saya ataupun tidak. I only knew how to be real,” katanya yang seingat kami sukar untuk berenggang dengan rakan baiknya, Idris Khan pada waktu itu.
Bagi korang yang merasakan mampu memberikan saingan seperti Ammar Alfian pada zamannya dahulu, jangan lupa untuk sertai ujibakat Hero Remaja 2020 pada 21, 22, 28 dan 29 Disember ini. Butiran adalah seperti yang tertera di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Zaid Erakad Bin Hasbullah atau lebih dikenali dengaan Akad merupakan salah seorang finalis Hero Remaja 2021. Pemuda berbadan sado ini juga pernah dikatakan mirip bekas Hero Remaja, Kamal Adli dan mempunyai karakternya yang tersendiri dalam mencuri hati para peminat.
Penampilan Akad yang tegap sudah menceritakan tentang bakatnya dalam bidang sukan. Remaja yang pernah berjaya membawa pulang 4 pingat kemenangan ini telah memikul tugas sebagai seorang jurulatih bola lisut di sebuah sekolah rendah selama tiga tahun.
Kini, Akad lebih fokus kepada tugas menjual nasi lemak bersama ibunya di trak makanan sebagai kerjaya utama.
Adat berniaga, tidak selalunya langit cerah. Menurut anak ke empat dari lima beradik ini, pelbagai dugaan dilalui sepanjang menolong ibunya berniaga.
“Habis SPM saya terus tolong mak saya berniaga, macam-macam rintangan yang dilalui oleh saya dan mak. Sebagai contoh jika cuaca hujan dan lauk tidak habis, sebagai peniaga tak elok la simpan dan jual lauk itu hari esoknya. Jadi kami akan bungkus dan hantar ke masjid atau beri kepada orang yang memerlukan.”
Menurut finalis Hero Remaja ini, dia mula berniaga sejak zaman persekolahan lagi dengan mengambil tempahan nasi lemak daripada rakan-rakan sekolahnya.
Terdahulu, Akad pernah menyahut cabaran melakonkan watak ‘stunt’ dalam filem Paskal. Biarpun relatifnya masih hijau dalam bidang seni, remaja yang ceria dan mudah didekati ini berpotensi besar untuk mengembangkan minatnya.
“Perasaan semasa mendapat panggilan daripada pihak produksi, sudah tentu saya sangat terkejut dan tidak sangka terpilih menjadi antara finalis Hero Remaja 2021. Waktu tu saya dah tahu bahawa doa dari mak ayah, kawan-kawan dan doa saya sendiri telah dimakbulkan Tuhan. Sejujurnya saya sudah tidak sabar untuk melihat apakah cabaran yang akan dilalui oleh finalis tahun ini,” jelas Akad.
Tahniah kami ucapkan buat Akad kerana terpilih menjadi finalis Hero Remaja 2021. Teruskan mengundi Akad untuk menjadi Hero Favourite korang dan jangan lupa, follow Ideen di laman sosialnya untuk melihat update terbaru.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!