Semalam viral di media sosial mengenai tindakan seorang ibu yang didakwa kononnya mahu terjun dari sebuah jambatan bersama dua orangnya yang kelihatan sudah dibukakan baju.
Dalam video berkenaan, wanita ini sedang dipujuk oleh seorang wanita lain manakala anak kecilnya dipegang oleh seorang pengguna jalan raya yang mungkin bersimpati dengan tragedi ini. Seorang lagi anak wanita ini dilihat berada dalam kereta dan anggota polis sedang mengawal keadaan dari atas jambatan tersebut di saat orang ramai bertindak menyiarkan rakaman video berkenaan.
Di sebalik timbul kisah kononnya dia mahu terjun bersama dua anaknya, kata wanita ini, dia sebenarnya tiada niat pun untuk terjun kerana tahu dua anaknya masih kecil. Cuma dia akui fikirannya buntu dan berharap suaminya datang ke situ.
Mungkin dalam suasana kelam kabut itu, di mana orang ramai berfikiran dia mahu bersama-sama terjun ke bawah bersama dua orangnya, ternyata tindakan pantas orang ramai berjaya menggagalkan tindakannya. Kejadian ini berlaku di Jambatan Peserai, Batu Pahat, semalam.
Pada kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, wanita itu yang juga pembantu makmal dipercayai bertindak sedemikian kerana tekanan perasaan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, sebelum kejadian, wanita itu dikatakan memberhentikan kereta yang dipandunya di laluan motosikal serta menyebabkan kesesakan lalu lintas di atas jambatan berkenaan.
Ads
“Bagaimanapun, mangsa tidak mengakui ada sebarang niat untuk membunuh diri kerana masih mempunyai dua orang anak yang masih kecil dan mendakwa hanya berdiri di atas jambatan akibat buntu dan berharap suaminya datang ke situ.
“Sehubungan itu, mangsa dinasihati untuk pulang bersama keluarganya terlebih dahulu kerana keadaannya yang masih kurang stabil dan akan dipanggil semula untuk dirakam percakapannya,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, wanita berkenaan menyatakan bahawa dia mengalami tekanan perasaan disebabkan gagal menghubungi suaminya sejak kelmarin dan suaminya bertindak menutup telefon bimbit
“Mangsa juga mengalami tekanan perasaan kerana dimarahi oleh pengetua sekolah melalui telefon ketika mahu menyambung cuti selama sehari dan pengetua berkenaan memarahi suspek dengan perkataan yang kurang sopan,” katanya.
Ads
Menurut Abdul Wahib, suspek mendakwa pernah meminta untuk ditukarkan ke sekolah di Batu Pahat, kerana kampung wanita berkenaan dan suaminya di Batu Pahat tetapi permohonan pertukaran berkenaan tidak disokong oleh pengetua.
“Mangsa dan suami juga dipercayai mengalami masalah kewangan kerana suaminya sudah tidak bekerja akibat kemalangan di tempat kerja sejak tujuh bulan yang lalu. Suaminya juga mengalami kecederaan patah tangan akibat terjatuh daripada bangunan ketika bekerja dan kini tuntutan SOCSO suaminya belum diperolehi.
“Masalah kewangan yang dialami menyebabkan wanita itu dihalau oleh pemilik rumah sewa di Johor Bahru kerana gagal membayar tunggakan sewa selama dua bulan sebanyak RM 1,000,” katanya.
Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai laporan berhubung kejadian yang tular di media sosial.
Baru-baru ini, pempengaruh media sosial, Wee Chuan Chin (30) atau lebih dikenali sebagai Abe Wee meraih perhatian masyarakat apabila dia turut tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengenai isu pensijilan halal.
Sebelum ini, Teresa menerusi satu kenyataan di Facebook rasminya menyifatkan tindakan mewajibkan sijil halal kepada premis makanan yang tidak menyajikan daging babi dan alkohol mungkin akan memalukan negara dan menjadi bahan ‘ejekan’ di peringkat antarabangsa.
Kenyataan beliau itu telah meraih perhatian hingga mendapat teguran dan kecaman daripada pelbagai pihak termasuk Abe Wee.
Kredit: BuzzKini
Menerusi satu video yang dimuat naik di media sosial, Abe Wee menyatakan sijil halal adalah sebagai jaminan dan keyakinan kepada orang Islam untuk menjamu selera di sesebuah premis. Jelasnya lagi, setiap kali membuat ulasan makanan, dia akan memastikan kedai tersebut mempunyai sijil halal seperti dalam tagline yang sering diucapkan ‘Yang Penting Kat Sini Halal’.
“Abe Wee pun Cina tapi Abe Wee hormat followers Melayu. Apa yang Abe Wee belajar bila buat review ni, sijil halal memberi jaminan kepada orang Islam dan bagi rasa confident bila nak makan kat kedai itu”
Tambah abang kepada pempengaruh terkenal, Mek Yun ini lagi, sijil halal itu tidak salah dan dia tidak melihat hal itu sebagai sesuatu yang memalukan negara lebih lagi Malaysia adalah negara yang terkenal dengan keunikan perbezaan agama dan bangsa.
Sementara itu, beberapa warganet juga menjelaskan pensijilan halal bukan sekadar berkaitan cara penyembelihan haiwan, tetapi turut berkait dari segi kebersihan, pengurusan, dan pengendalian makanan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam beberapa hari ini kisah bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah sunyi dari kritikan netizen. Di media sosial dapat dilihat rakyat begitu “bebas bersuara” bertanya bagaimana seorang Datuk Seri yang juga suspek utama Macau Scam berjaya melarikan diri dengan memanjat pagar di bangunan tersebut.
Mereka hairan bagaimana seorang individu berbadan besar mampu memanjat pagar jenis anti climb sebelum didedahkan ada tiga pengawal keselamatan Datuk Seri itu membantu dengan menjadi tangga kepada Datuk Seri berkenaan memanjat badan mereka sebelum melompat keluar dari pagar tersebut.
Dalam satu perkongsian Harian Metro, hal ini dirancang dalam tempoh dua minit sahaja seolah-olah sudah ada tangan-tangan ghaib yang membuat perancangan teliti bagi membantu Datuk Seri berkenaan melarikan diri.
Seolah-olah dirancang dari awal dengan penuh teliti. Malah, kedudukan pagar keselamatan jenis anti-climb, jalan pintas dan susun atur sekitar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, diselidik terlebih dahulu.
Semua itu membolehkan dalang utama sindiket cuci duit atau pengubahan wang haram berusia 32 tahun terbabit melarikan diri tanpa disedari pihak berkuasa dalam kejadian jam 6.30 petang Ahad lalu.
Difahamkan, suspek yang mendakwa sebagai Datuk Seri itu meloloskan diri dengan bantuan tiga pengawal peribadinya yang bertindak cekap dalam tempoh kurang dua minit.
Dia sebelum ini ditahan SPRM pada 2 Oktober sebelum direman sehingga Ahad lalu susulan siasatan kes pengubahan wang haram membabitkan artis.
Sumber berkata, dua daripada pengawal peribadi suspek berperanan sebagai 'kuda' bagi membolehkan suspek memijak belakang tubuh mereka untuk melepasi pagar setinggi hampir dua meter itu.
Menurutnya, seorang lagi pengawal peribadi suspek menyambutnya di luar pagar sebelum mereka melarikan diri dengan menaiki Perodua Myvi.
Tetapi apa yang nyata, netizen tidak pernah kering idea untuk “membahan” kerana mereka telah menyiapkan satu video dari aksi filem Tamil bagaimana seorang hero berjaya melarikan diri dari penjara selepas pagar atasnya di potong. Lebih mengharukan sebahagian penghuni penjara itu menjadi tangga, seolah-olah sama seperti perlakuan bodyguard yang membantu Datuk Seri itu melarikan diri. Hish la korang nie, memang kelakar sungguh.
Tengok video di bawah:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada siapa yang dapat menduga sekiranya usia kita tidak berpanjangan.
Itulah yang terjadi kepada pasangan YouTuber popular, Cam & Fam apabila sang suami, Landon Clifford disahkan meninggal dunia pada usia 19 tahun.
Bagi korang yang tidak berapa familiar dengan channelCam & Fam, ia memaparkan kehidupan Landon dan isterinya, Camyrn yang mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang pada usia yang muda. Malah mereka berdua juga telah memperolehi 2 orang cahaya mata pada tahun lepas dan pada bulan Mei yang lalu.
Nampaknya, ramai yang suka mengikuti kehidupan mereka apabila telah berjaya mengumpul 1.29 juta subscribers sejak mula memuat naik video pertama pada 2017.
Walaupun Camyrn belum memberitahu punca di sebalik pemergian Landon secara tiba-tiba pada usia muda, laporan daripada The New York Post memberitahu Landon telah berada dalam keadaan koma selepas mengalami kecederaan pada bahagian otak.
Pada hujung minggu lalu, Camyrn telah memuat naik foto berbaju hitam bersama-sama ahli keluarga dan rakan baiknya sebagai tanda hormat di atas pemergian Landon.
Menerusi satu lagi posting foto di Instagram, Camyrn telah mengesahkan bahawa dirinya kini telah bergelar balu selepas pemergian suaminya yang telah saling mengenali dan bercinta sejak usia 13 tahun lagi.
Katanya, “13 Ogos lalu adalah hari terakhir Landon dapat menjadi ayah dan suami terbaik. Setelah menghabiskan tempoh 6 hari dalam keadaan koma di hospital, dia telah meninggal dunia dan mendermakan beberapa organ tubuhnya kepada pesakit yang memerlukan dari seluruh negara.
“Dia pergi dengan menyelamatkan nyawa orang lain. Itulah ciri-ciri diri Landon.”
Beberapa peminat pasangan itu juga khabarnya telah memulakan pencarian dana bagi membantu kos perubatan dan pengebumian Landon sehingga ada yang mencecah USD28,000.
Selebihnya, ramai netizen yang turut bersedih dengan nasib Camyrn dan anak-anak mereka yang telah kehilangan suami dan ayah tercinta.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!