Isu menggunakan Shopee Pay Later pernah dibahaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan yang menerangkan terdapat beberapa isu syariah yang timbul melibatkan caj pemprosesan dan caj lewat.
Kaedah pembayaran secara one-off dalam tempoh sebulan tiada isu syariah (tiada riba) sekiranya pembayaran diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Namun, akan berlaku riba (riba al-Qard) sekiranya pelanggan lewat menyelesaikan bayarandan dikenakan caj lewat bayar sebanyak 1.5 peratus.
Walau bagaimanapun, SpayLater atau Shopee PayLater ini akhirnya mengumumkan bahawa sistem pembayaran milik mereka kini patuh syariah. Menerusi satu kenyataan yang dibuat, pihak mereka sudah pun menerima pensijilan patuh syariah daripada Amanie Advisors, firma penasihat Syariah terkemuka di Malaysia.
Ads
Tiada lagi caj pembayaran lewat sebanyak 1.5 peratus, sebaliknya akaun pelanggan akan dibekukan sekiranya mempunyai tunggakan. Pengguna boleh mengaktifkan kembali akaun dengan membayar tunggakan selain denda RM10 yang dikenakan oleh Shopee.
Selepas ini pengguna Shopee khususnya umat Islam tidak lagi perlu risau dan boleh menggunakan kembali SpayLater ini. Semuanya telah dijelaskan bahawa perkhidmatan ini kini sudah patuh syariah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aplikasi laman media sosial video pendek bukan lagi perkara baru. Namun setiap satu daripadanya mempunyai keunikan tersendiri dan mampu menarik minat pengguna terutamanya dari golongan muda.
Lasso vs TikTo
Sutau ketika dahulu aplikasi Vines yang memaparkan video berdurasi 6 saat cukup popular. Selepas ia ‘berkubur’, ramai yang beralih kepada Snapchat. Kemudian Instagram pula memperkenalkan ‘Stories’ di dalam aplikasinya di mana setiap user boleh berkongsi video atau foto berdurasi pendek.
Namun sejak kebelakangan ini apps TikTok pula menjadi kegilaan ramai bukan sahaja di negara kita tetapi sudah mula popular di banyak negara termasuklah di Ameriks Syarikat.
Sebuah lagi laman media sosial terbaru, Lasso!Explore dan sahut cabaran Internet… maybe ada challenge baru nanti?
Menyedari populariti TikTok yang semakin ‘menggila’, Facebook telah mengambil langkah dengan memperkenalkan Lasso. Menurut sumber ia merupakan aplikasi yang dijangka bakal memberikan saingan kepada TikTok, apps video 15 saat yang telah bergabung dengan Musical.ly.
Lasso diperkenalkan sebagai langkah mereka untuk mememangi hati golongan muda kerana menurut tinjauan hanya separuh daripada golongan tersebut masih menggunakan Facebook. Dengan lambakan pengguna yang lebih dewasa dan berusia di Facebook, ramai golongan muda mula lari daripada Facebook dan beralih ke laman media sosial yang lain.
Katanya sarat dengan pelbagai genre muzik dan sound effectDan semestinya aplikasi kamera yang dilengkapi pelnagai tools dan effects
Menerusi Lasso, pengguna boleh merakamkan video untuk menari, menyanyi atau lip-syncing; sama seperti yang popular menerusi TikTok. Ia juga memberi pengguna untuk merakamkan video pendek seperti Vines dahulu.
Jelas Facebook, Lasso merupakan stand alone app untuk video pendek berbentuk hiburan dan pelbagai genre dari kecantikan, kesihatan dan komedi.
Korang boleh menggunakan ID yang sama menerusi Instagram dan Facebook untuk Log In atau membuka akauan baru Lasso. Hashtag juga digunakan sebagai ruang untuk korang berkongsi video dan explore content yang bergenre sama. Koleksi lagu serta kesan bunyi khas unik juga cukup banyak tersedia di dalam apps Lasso. Dan ia juga boleh dikongsi secara terus ke Facebook Story.
Lasso kini boleh dimuat naik di Google Play dan App Store untuk pengguna Android dan juga iOS.
Apa pendapat korang? Adakah Lasso mampu menandingi kehebatan serta populariti TikTok?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekiranya korang selalu berkunjung ke kedai serbaneka 7-Eleven, pastinya korang pernah perasan dengan kehadiran satu blok rak yang menempatkan pelbagai ‘Gift Card’ yang boleh dibeli untuk diri sendiri ataupun diberikan sebagai hadiah kepada seseorang yang bertuah.
Pengalaman penulis ketika berkunjung ke Australia kira-kira tiga tahun lalu telah menemukan penulis dengan rak seakan ini buat kali pertama. Kira, jakunlah sedikit pada waktu itu.
Kini, kedai serbaneka di Malaysia seperti 7-Eleven juga sudah mula menyediakan pelbagai jenis gift card yang boleh korang miliki. Contoh gift card popular adalah seperti Google Play, Spotify Premium, PlayStation Plus, PlayStation Store, Netflix dan lain-lain.
Terbaru, peminat permainan digital boleh mendapatkan gift card bagi ‘membeli’ Robux, iaitu mata wang virtual Roblox. Ia juga dikenali sebagai langganan premium Roblox.
Gift card jenis wallet top-up ini kini ada dijual di 7-Eleven pada harga RM50 atau RM125, lalu membuatkannya sebagai hadiah mampu milik kepada mana-mana peminat Roblox.
Untuk pengetahuan, Roblox telah bertambah popular di seluruh dunia. Ia merupakan platform permainan atas talian yang mengumpulkan berpuluh juta pengguna dalam komuniti digital Roblox.
Sehingga kini, terdapat lebih 8 juta pencipta permainan digital ataupun creator di dalamnya tau! Cakap sajalah permainan jenis apa yang korang mahukan; seperti muzikal, fesyen, perlumbaan, role-play, simulasi, obstacle course dan bermacam-macam lagi. Mesti ada punya.
Tentunya dengan pengenalan item baharu ini di stor 7-Eleven seluruh negara, generasi Millennial tidak perlu lagi berasa ‘cemburu’ dengan peminat game dari negara lain yang berpeluang untuk membeli Roblox terlebih dahulu sejak ia diperkenalkan.
Korang boleh mendapatkannya seccara online atau di stor fizikal.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tangan merupakan antara organ manusia yang selalu digunakan untuk melakukan pelbagai perkara. Disebabkan itu, sejak kecil lagi kita sudah diajar untuk menjaga kebersihan tangan dan sentiasa mencuci tangan, lebih-lebih lagi sebelum makan.
Menurut Root of Science, kebersihan tangan amat dititikberatkan bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran mikroorganisme yang boleh membawa penyakit. Ramai diantara kita yang menganggap bahawa mikrob hanya berada di tempat pembuangan sampah, makmal penyelidikan, pada orang sakit dan juga hospital serta klinik.
Kita sering menganggap tangan kita bersih, namun tidak sedar bahawa mikroorganisme terdapat pada semua tempat, termasuklah udara, air, tanah, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia yang boleh disebarkan secara langsung melalui tangan atau pun secara tidak langsung seperti makanan, telefon bimbit, duit kertas dan syiling.
Gambar hiasan
Terdapat kajian yang telah dilakukan oleh Universiti King Abdul Aziz, lebih daripada 90% telefon bimbit petugas kesihatan telah dicemari dengan mikroorganisme dan 14% daripada mikroorganisme tersebut adalah bakteria yang membawa penyakit merbahaya dan boleh menyebabkan jangkitan jangkitan nosokomial, sejenis jangkitan di hospital.
Kebanyakan bakteria yang dijumpai pada telefon bimbit mahupun papan kekunci komputer adalah seperti berikut:
Staphylococcus boleh menyebabkan jangkitan bakteria di dalam darah. Streptococcus pula boleh menyebabkan jangkitan pada tekak. Enterococcus biasanya dijumpai di dalam najis dan berkait rapat dengan jangkitan pada saluran kencing.
Tersebar melalui telefon bimbit
Penggunaan telefon bimbit menyebakan pendedahan terhadap anggota badan seperti muka, telinga, mulut dan tangan. Ia menjadi ‘pintu masuk’ untuk mikroorganisme dan menyebabkan jangkitan. Bagi individu yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, mikroorganisme yang dipindahkan dari telefon bimbit ke anggota badan akan menyebabkan jangkitan yang lebih teruk dan juga penyakit kronik.
Tidak membasuh tangan semasa menyediakan makanan selepas memegang telefon juga boleh menjadi salah satu punca. Malah, ibu bapa yang menggunakan telefon bimbit ketika memegang, menukar lampin atau ketika mendukung bayi mereka juga mempunyai risiko tersebut.
Gambar hiasan
Pencemaran bakteria pada telefon berlaku melalui tangan, beg, poket, sisa makanan dan juga persekitaran. Korang mesti selalu bawa hanphone masuk ke tandas awam kan? Ha, berapa banyak bakteria yang boleh melekat pada telefon bimbit tersebut. Euw!
Papan kekunci komputer juga sama
Terdapat dua sebab utama yang menjadikan papan kekunci menjadi tempat pencemaran bakteria, seterusnya menyebabkan perpindahan patogen yang merbahaya secara tidak langsung kepada orang lain. Pertama, tidak menjaga kebersihan tangan.
Kedua, tidak membersihkan permukaan papan kekunci tersebut dengan pembasmi kuman (disinfectant). Tabiat makan beralaskan papan kekunci juga adalah faktor pencemaran bakteria di papan kekunci tersebut. Sisa-sisa makanan yang terjatuh di atas papan kekunci menggalakkan pertumbuhan berjuta-juta bakteria. Habuk pula boleh memerangkap kelembapan dan memudahkan pertumbuhan bakteria yang telah berada di papan kekunci tersebut untuk membiak.
Ha, selama ni mesti ramai yang makan depan komputer sambil buat kerja kan?
Bersihkan telefon bimbit dan papan kekunci
Pembersihan telefon bimbit dan papan kekunci komputer secara berkala dengan pembasmi kuman serta kerap membasuh tangan amatlah digalakkan bagi mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit.
Gambar hiasan
Namun, kebanyakan pembasmi kuman yang berasaskan klorin, alkohol, phenol ataupun amonia boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit dan merosakkan permukaan skrin telefon bimbit ataupun skrin papan kekunci tersebut. Jadi, korang boleh cuba gunakan tisu basah yang berasaskan phenol dengan pencuci bersifat alkali ataupun 70% isopropyl alcohol.
Selepas ini, diharap korang semua akan jadi lebih peka untuk sentiasa membersihkan telefon bimbit dan papan kekunci komputer. Selama ni mungkin kita nampak bersih saja, tapi sebenarnya ia boleh mengundang penyakit.