Bulan Oktober tahun ini telah membawakan perkhabaran manis buat Shaza Bae setelah pelakon dan pengacara tinggi lampai itu diumumkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Malaysia) bagi Asian Academy Creative Award menerusi drama Nusyuz Berkiblat Cinta.
Ia sekaligus melayakkan Shaza, 27 untuk bertanding di Grand Awards yang dijadualkan berlangsung di Singapura pada 7 dan 8 Disember.
Turut bertanding kelak ialah juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar yang memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Malaysia); juga menerusi Nusyuz Berkiblat Cinta.
Bercakap kepada REMAJA semasa dihubungi baru-baru ini, juara Dewi Remaja 2019 ini menyifatkan pemilihan akademi tersebut sebagai satu kejutan manis.
Tambahan pula, Shaza baru mengetahui para pemenang yang pernah mewakili Malaysia pada edisi terdahulu rata-rata terdiri daripada nama-nama besar Bront Palarae (2020, The Bridge), Eyka Farhana (2020, Pretty Little Liars), Miller Khan (The Bridge, 2020), Kamal Adli (2021, Black), Siti Saleha (2021, Black) dan Nabila Huda (2021, Black).
Justeru, Shaza yang baru bertapak sebagai pelakon selama tiga tahun katanya masih sedang memproses kejayaan mengenepikan pelakon wanita Malaysia lain bagi kategori watak pembantu.
“Saya pun tidak tahulah bagaimana hendak gambarkan perasaan selepas terima panggilan telefon memaklumkan berita gembira ini.
Ads
“Berbanding saya dan Nadhir Nasar, ramai pelakon yang jauh lebih berpengalaman. Tidak sangka pula anugerah pertama yang saya menangi selepas Dewi Remaja adalah anugerah antarabangsa. I’m honestly still processing,” kongsinya yang juga merupakan pengacara program hiburan HLive.
Soal ‘naik bayaran’ selepas kemenangan ini katanya lagi langsung tidak terlintas di kepala. Sebaliknya, Shaza semakin merasai beban tanggungjawab yang dipegang sebagai seorang pelakon dalam merealisasikan watak-watak lain selepas ini.
“Dalam apa jua yang saya lakukan, saya mengambil kerja saya secara serius. Saya cuba tingkatkan kualiti dan berikan 200 peratus usaha serta komitmen saya. Kemenangan ini bagi saya merupakan satu bentuk penghargaan dan juga petanda bahawa saya perlu terus mengekalkan momentum bagi projek-projek seterusnya.
“Terasa berbaloi ‘kena pukul’ dengan (watak) Nadhir dalam drama Nusyuz Berkiblat Cinta. (Ketawa) Kerja keras untuk merealisasikan sesebuah babak itu tidak sia-sia apabila ia berjaya menghasilkan suatu perasaan dalam diri penonton.”
Shaza Bae dan gandingannya dalam drama Nusyuz Berkiblat Cinta, Nadhir Nasar. FOTO: Instagram Shaza Bae
“Tipulah kalau saya kata, it doesn’t feel nice to be appreciated.I am smiling kerana merasakan penghargaan ini ada sesuatu yang manis untuk dikecapi oleh mana-mana insan berdarah seni,” tambahnya.
Meneliti pada graf kejayaan Shaza dalam acara anugerah, nasib tidak selalu menyebelahi Shaza apabila namanya tercalon dalam mana-mana kategori anugerah tempatan yang mengiktiraf kuasa undian peminat. Antaranya termasuklah pencalonan awal yang diterimanya bagi Anugerah MeleTOP Era 2021 dan Anugerah Bintang Popular BH ke-34.
Sebaliknya, Shaza Bae terlebih dahulu dihargai bakat dan kehadirannya oleh barisan juri acara anugerah antarabangsa seperti Asian Academy Creative Awards 2022. Ia sekaligus membuka persoalan sekiranya Malaysia masih keterbelakang apabila menghargai insan berbakat.
Ads
Dengan tenang, Shaza memilih untuk tidak menunding jari terhadap industri mahupun penonton di Malaysia. “Mungkin masih terlalu baru untuk Malaysia pandang dan kenali bakat serta potensi yang ada pada saya. Saya sedar saya masih baharu. Dan apabila tiba bab undian peminat, honestly saya memang tidak letakkan sebarang expectation dan sentiasa berfikiran positif.”
“Cuma mungkin dengan kemenangan bakat muda seperti Nadhir dan saya pada tahun ini, Malaysia akan terus mengutamakan bakat sebagai aspek pertama. Saya dan rakan-rakan yang lain insyaAllah akan terus ikhlas melakukan yang terbaik dalam menghiburkan anda,” katanya.
Di samping itu, Shaza juga memasang harapan agar industri seni tanah air akan terus menawarkan lebih banyak peluang buatnya dan rakan-rakan selebriti ‘BBNU’ lain untuk membuktikan Malaysia hakikatnya tidak kekeringan bakat untuk dipertaruhkan merentasi persada yang lebih besar selepas ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah bahagia dengan cahaya mata sulung, Lara Alana yang kini telah memasuki usia 6 tahun, Dewi Remaja 2005/06 Scha Alyahya dan pasangannya Awal Ashaari sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata kedua mereka.
Menerusi sebuah posting di Instagram semalam, Awal telah mengumumkan bahawa isteri tercintanya itu kini sedang mengandung.
“Syukur ya Allah di atas rezeki ini. Doakan yang terbaik buat kami sekeluarga.
“Tiada hadiah yang lebih bermakna di hari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua.
“Doakan Mommy dan baby sihat dalam kandungan dan dapat menjalani proses kehamilan dengan sempurna,” catit Awal.
Awal juga sempat untuk berkongsi bahawa kandungan Scha telah memasuki bulan keempat. Oh, rupanya Scha sedang pregnant 3 bulan semasa siaran langsung episod finale Hero Remaja 2020 pada 16 Julai lepas!
Pandai cover eh, hehe..
Selain itu, Lara turut ‘mengumumkan’ bahawa bayi yang dikandung itu adalah bayi lelaki. Aikk, cepat betul 4 bulan sudah tau jantina bayi. Hiks, nak sangat adik lelaki la tuh.
Dalam pada itu, ramai rakan selebriti yang tampil memberikan ucapan tahniah kepada Scha, Awal dan Lara.
Alhamdulillah, ramai yang turut gembira dengan berita tersebut dan mendoakan segala urusan mereka dipermudahkan. Tahniah guys!
Jom lihat beberapa lagi Mama Dewi yang telah bergelar hot mommies.
Saban tahun, ramai ternanti-nantikan kempen Raya terbaru jenama mesra muslimah, Naelofar.
Tahun 2022 tidak terkecuali apabila usahawan dan selebriti, Neelofakembali menggembirakan peminat tegar jenama tersebut setelah kempen Naelofar Raya 2022 dipertontonkan buat kali pertama pada minggu ini.
Sejak hujung minggu lalu, Lofa telahpun menarik tumpuan peminatnya dengan teka-teki siapakah bakal menggantikannya untuk paparan kempen kali ini disebabkan situasinya yang masih dalam tempoh berpantang tidak mengizinkan untuknya terlibat sama.
Rupa-rupanya, wajah terbaru Naelofar Raya tidak lain tidak bukan ialah rakan Dewi Remaja 2009/2010-nya sendiri, Izara Aishah!
Menjalin persahabatan ‘Dewi Sisterhood’ lebih 12 tahun lalu, Neelofa dan Izara yang masing-masing menempatkan diri dalam kalangan finalis Top 3 pada waktu itu masih rapat dan saling berhubung di hadapan serta belakang lensa kamera.
Menerusi kempen ini, Izara telah menggayakan koleksi hijab baharu jenama berkenaan lalu membuatkan peminat malah Neelofa sendiri untuk teruja menyaksikan semua foto-foto yang telah dirakamkan.
“MasyaAllah semua gambar cantik !!! Finally dapat juga Naelofar berwajahkan Izara for RAYA,” catat Neelofa sebelum ia dibalas Izara yang berkata, “Alhamdulillah, thank you for choosing me Kalofa.”
Rata-rata peminat tampil memuji kecantikan ibu kepada Irisa Alaia ini dalam lilitan hijab bercorak Naelofar pada kali ini. Bila lihat Izara manis menggayakannya, terus rasa nak beli kan untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini! Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak dapat disangkal lagi, Dewi Remaja 2005/06, Scha Alyahya merupakan salah seorang selebriti yang boleh menggayakan apa juga pakaian, solekan dan gaya rambut.
Buatlah macam mana pun, sarungkanlah apa juga pakaian. Pastinya Scha boleh pull off!
Pada tahun lalu, Scha pernah mendapat kritikan nakal netizen yang menggelar gaya rambutnya sebagai ‘potongan kubis’.
Pada bulan lalu sewaktu menghadiri minggu fesyen New York Spring/Summer 2020, Scha mengejutkan ramai peminatnya apabila memotong rambutnya yang sudah ‘dibela’ panjang untuk menjadi potongan sleek lob (long bob).
Seperti biasa, Scha kelihatan chic dan elegan dengan gaya rambut pendek. Cuma penulis tertanya-tanya, mengapa Scha ingin potong di New York dan bukan di Kuala Lumpur saja?
“Sebenarnya sebelum ke New York, Scha dah cakap kepada Awal (Ashaari) yang Scha ingin potong rambut, tapi Awal nasihatkan tak perlu.
“Bila berada di sana untuk 2 minggu, dia cakap ‘Potonglah rambut’ pula..
“I was like, huh, boleh potong rambut? Betul ke? Jadi selepas mendapat persetujuan Awal, Scha pun terus ke salun di sana. Kalau dah setuju lebih Awal, boleh je potong di KL. Bukan Scha saja-saja nak potong di sana,” katanya yang mengakui tak sabar menantikan musim terbaru pencarian Dewi Remaja 2019.
Sambungnya lagi mengenai pengalaman di sana, Scha sendiri mendandan yang menyiapkan solekan ketika di New York. Hanya selepas ‘terbang’ ke Milan, Scha dibantu oleh jurusolek dan jurudandan tempatan.
*
“Pereka fesyen di sana akan mengadakan pertunjukan fesyen masing-masing di lokasi berbeza. Itu berbeza dengan situasi KLFW di sini yang selalu diadakan di satu lokasi tetap.
“Ia menjadikan suasana di sana amat sibuk dan chaotic. Semua tetamu, kru, model dan sebagainya akan ke hulu-hilir untuk bergegas ke lokasi seterusnya,” imbasnya.
Di sana, Scha berpeluang untuk menyaksikan shows oleh pereka fesyen terkenal seperti Michael Kors, Tory Burch, Bvlgari dan Fendi. Katanya, dia merasa overwhelmed dan kadangkala ‘seriau’ atau takut kerana dirinya dikelilingan oleh warga fesyen terkenal dunia seperti Olivia Palermo dan Anna Wintour.
Namun itulah yang menjadikan pengalaman di sana sesuatu yang istimewa. Bukan senang nak berjumpa dengan nama-nama besar itu.
“Scha kagum dengan mereka. Bila dapat tengok sendiri betapa yakinnya mereka di hadapan crowd yang mengharapkan sebuah koleksi fesyen hebat, Scha belajar daripada mereka untuk menjadi kreatif dan tak malu.”
*
Seronok penulis lihat Scha bila berada di New York dan Milan, such an amazing fashion darling! Nak tahu sama ada dia akan terlibat dalam pencarian Dewi Remaja 2019?
Sama-sama kita nantikan 15 Oktober ini, live di Facebook dan Instagram Majalah Remaja okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!