TBH, Shawn Mendes merupakan antara penyanyi lelaki paling hot pada masa ini. Tambahan pula, dia kini hangat dengan single ‘Senorita’ nyanyian bersama Camila Cabello.
Chemistry di antara Shawn dan Camila terus diperkatakan apabila video clip Senorita. Seksi eh korang! Ada yang menganggap mereka sebenarnya sedang bercinta, termasuklah kami yang ingin sekali ship mereka.
Baru-baru ini semasa sesi Q&A jelajah konsert Amerika Utara, peminat Shawn tak lepaskan peluang untuk bertanya siapakan selebriti perempuan yang dia minat.
Err bukan obviously Camila ke?
Ads
Tapi Shawn telah mengejutkan semua orang apabila menjawab, “Saya masih menyukai Emma Watson! Apabila saya berjumpa dengannya dulu, saya terus malu!
Eleh, acah malu.
Jika korang merupakan peminat hardcore Shawn, pasti korang ingat lagi tweet popular pada tahun di mana dia mengakui perasaan crush-nya kepada Emma.
Ads
Semasa menyertai segmen Carpool Karaoke. bersama James Corden pun, Shawn pun pernah mengakuinya.
Ads
Dengan memakai jubah Harry Potter, Shawn berkata, “Saya pernah berjumpa Emma sekali saja dan saya terus star-struck. I was definitely sweating a bit but I acted cool.”
Menariknya, ada peminat yang perasan Shawn belum berkawan dengan Emma di Instagram. What?!
Harapnya mereka akan menjadi Instagram official tak lama lagi. Tak perlu malu sangatlah Shawn!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang K-Pop popular, Tomorrow X Together (TXT) baru-baru ini meraih perhatian apabila melancarkan kempen global terbaru bersama UNICEF bagi menyokong kesihatan mental dan kesejahteraan remaja di seluruh dunia.
Menurut laporan media antarabangsa, kempen yang dinamakan Together for Tomorrow ini memberi fokus kepada empati sebagai asas penting dalam menjaga kesihatan mental. Ia juga menggalakkan perbualan terbuka, mengurangkan stigma, serta memberi kuasa kepada remaja untuk membina ketahanan diri sesuai dengan pada awal kemunculan TXT yang dikenali sebagai kumpulan yang menekankan nilai empati dan kebersamaan melalui muzik mereka.
Dalam pada itu, nama kumpulan itu sendiri, Tomorrow X Together, membawa maksud bersatu di bawah satu impian untuk hari esok yang lebih baik, seiring dengan mesej utama kempen ini. Kerjasama tersebut turut disokong dengan komitmen dana sebanyak AS$1.4 juta daripada label agensi, BigHit Music untuk program berkaitan kesejahteraan remaja dan kempen global bagi menghapuskan stigma.
Di majlis pelancaran, TXT bertemu dengan Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russell, untuk membincangkan kepentingan projek ini. Acara yang dihoskan oleh pelakon Justin Min, Duta UNICEF USA, dimulakan dengan ucapan daripada Timbalan Pengarah Eksekutif UNICEF, Kitty van der Heijden, dan diikuti dengan ucapan penghargaan oleh Cho Mijin, Pengarah Eksekutif Jawatankuasa Korea untuk UNICEF.
Menurut ketua kumpulan TXT, Choi Soobin (25) dalam ucapan penuh emosi mewakili ahli kumpulan berkata, “Sepanjang perjalanan muzik kami, kami belajar bahawa meluahkan perasaan adalah tanda kekuatan.”
“Kini dengan kempen bersama UNICEF, kami mahu membantu mewujudkan ruang yang selamat dan inklusif untuk remaja bebas meluahkan emosi mereka,” jelasnya lagi.
Choi Soobin ketika berucap di UNICEF
Pada majlis yang sama juga menampilkan sesi soal jawab bersama pemimpin belia UNICEF di mana TXT menjawab soalan tentang bagaimana muzik membantu mereka mencari kekuatan emosi, sambil menekankan nilai empati, kebaikan hati dan harapan untuk masa depan remaja yang lebih sihat di seluruh dunia.
Sesi itu bukan sahaja memberi peluang kepada pemimpin belia untuk menyuarakan pandangan, malah mengukuhkan lagi misi kempen ini yang mahu memperkasakan suara remaja dalam isu kesihatan mental. Selain itu, ia menjadi platform bermakna untuk mendengar secara langsung pengalaman dan harapan generasi muda.
Melalui kerjasama ini, TXT akan terus menggunakan pengaruh mereka untuk menyokong inisiatif kempen dan memberi impak lebih besar dalam menyebarkan kesedaran tentang kesihatan mental. Untuk perkembangan terkini, TXT sedang menjalani siri konsert jelajah dunia keempat mereka ‘Act: Tomorrow’ yang bakal menutup tirai bahagian Amerika Utara di Prudential Center, Newark pada 1 dan 2 Oktober ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan pelakon terkenal, Taecyeon baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila khabar perkahwinannya diumumkan kepada umum. Selepas enam tahun menjalinkan hubungan secara terbuka, bintang yang dikenali ramai menerusi kerjaya muzik dan lakonannya itu akhirnya bersedia melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan peribadi.
Menurut agensinya 51K berkata, Taecyeon atau nama sebenarnya Ok Taecyeon (38) akan melangsungkan perkahwinan bersama calon isteri bukan dari kalangan selebriti pada 24 April ini. Majlis tersebut difahamkan akan diadakan secara tertutup bagi menjaga privasi pengantin perempuan serta kedua-dua keluarga.
Pada masa yang sama, pihaknya turut memohon pengertian orang ramai kerana butiran lanjut berhubung lokasi dan atur cara majlis tidak dapat didedahkan serta berharap agar peminat terus mendoakan serta memberikan sokongan terhadap permulaan baharu pasangan ini.
Untuk rekod, Taecyeon telah mengesahkan hubungannya pada tahun 2020 dan sejak itu tidak lagi berselindung mengenai kisah cintanya. Calon isterinya dilaporkan empat tahun lebih muda daripadanya, dan hubungan mereka sering menjadi perhatian peminat yang setia mengikuti perkembangan kerjaya beliau.
Momen manis antara mereka turut menjadi bualan ketika Taecyeon menerima anugerah di KBS Drama Awards 2025 bagi kategori Excellence Award Miniseries. Dalam ucapan kemenangannya, beliau secara terbuka mengucapkan terima kasih kepada bakal isterinya serta meluahkan rasa cinta di hadapan khalayak penonton.
Sebelum ini, pada November tahun lalu, Taecyeon turut berkongsi bahawa beliau dan bakal isteri telah berjanji untuk menjalani kehidupan bersama. Kenyataan tersebut secara tidak langsung menguatkan spekulasi bahawa pasangan ini sedang menuju ke arah perkahwinan.
Selain itu, pada Februari tahun lalu, foto yang dirakam di Paris mencetuskan khabar angin mengenai lamaran selepas ia tular dalam kalangan peminat. Namun ketika itu, pihaknya menjelaskan bahawa gambar berkenaan hanyalah foto konsep dan bukan pengumuman rasmi pertunangan.
Kini, segala spekulasi terjawab apabila tarikh perkahwinan diumumkan secara rasmi. Dengan perjalanan cinta yang telah melalui pelbagai fasa sejak 2020, ramai peminat pastinya teruja menantikan detik bahagia Taecyeon memulakan kehidupan sebagai seorang suami.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza 11 (GV11), Datuk Ramli M.S, mendedahkan bahawa jika penyanyi Indonesia, Inka Christie tidak melakukan kesilapan dalam persembahannya, peserta yang dijangka tersingkir adalah Ning Baizura.
Namun, persembahan Inka yang menyanyikan lagu Warna nyanyian asal Datuk Sheila Majid gagal menambat hati juri.
Menurut Ramli M.S, yang lebih mesra disapa Tok Ram, situasi tersebut menunjukkan betapa penilaian bukan sahaja berdasarkan persembahan individu, tetapi juga kesesuaian lagu dengan kemampuan peserta.
“Saya rasa GV ini tak perlu bagi tahu sebab netizen juga boleh tahu. Semasa Ning menyanyi, markah dia paling rendah jadi saya ingat dia akan terkeluar, tapi selepas giliran Inka, markah dia pula yang rendah.
“Lagu itu tak fit dia, Inka tak boleh bawa lagu itu. Kalau ikut atas kertas rule music technical, bila dia nyanyi lagu pop pun dia tak stabil, apa lagi dia nak nyanyi lagu jazz.
“Dia nyanyi lagu jazz keluar rumah tak balik-balik, kalau dia balik pun dia kena ikut jalan yang jauh atau mungkin dia sesat,” katanya kepada Remaja.
Dalam masa yang sama, Tok Ram mengakui bahawa lagu Warna nyanyian Sheila Majid merupakan lagu yang sukar untuk dinyanyikan.
Inka Christie
“Musik itu hierarki tinggi, hanya untuk pendengar eksklusif. Lagu Sheila Majid itu sukar untuk dinyanyikan,” jelasnya lagi.
Selepas persembahannya, Inka menerima markah sebanyak 53.40 peratus, yang menyebabkannya berada di tangga tiga terbawah bersama Ning Baizura dan Illa Sabry.
GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse ini bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, dengan kesemua peserta yang masih bertahan dinilai oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syanaz Selamat, dan Datuk Ramli M.S.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada usia 18, ramai rakan sebaya sedang menjejak kaki ke universiti, tapi Aliff bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menyimpan wang demi melanjutkan pelajaran.
Sebagai anak...