Penerimaan itu adalah berdasarkan Surat Setuju Terima (SST) yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, berkata BWC adalah untuk penugasan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di bawah JPJKK, selain akan diperluaskan untuk penugasan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).
“Ia (BWC) akan ditempatkan di 157 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan 640 balai polis di seluruh kontinjen dan penggunaannya adalah secara berperingkat mulai Oktober 2024.
“Pada masa ini, kita menjangkakan BWC akan digunakan sepenuhnya oleh petugas MPV dan URB pada Mac 2025.
Ads
Bagi memastikan semua petugas MPV dan URB mahir dalam mengendalikan BWC, latihan penggunaan akan dilaksanakan mulai Mac 2025 hingga Disember 2025,” katanya.
Wan Hassan berkata, PDRM akan ke hadapan sebagai agensi tunggal keselamatan awam negara ini dalam penggunaan teknologi terkini, selaras dengan kepolisan moden.
“Selari dengan perkembangan teknologi dan penugasan kepolisan yang semakin mencabar, adalah menjadi harapan kita supaya penggunaan BWC akan dapat meningkatkan tatakelola yang baik dalam penugasan rondaan pencegahan jenayah dalam kalangan petugas MPV dan URB.
“Dengan tersematnya BWC di pakaian seragam polis, ia akan meningkatkan lagi hubungan dan kerjasama orang awam dan polis kerana setiap perbualan mereka dirakam,” katanya.
Ads
Beliau berkata, pengunaan BWC akan menaikkan lagi imej PDRM dalam kalangan masyarakat kerana rakamannya boleh dijadikan bukti di mahkamah dan di dalam sebarang kes jenayah, termasuk kes membabitkan petugas difitnah ketika menguatkuasakan undang-undang.
Terdahulu pada 17 Januari, seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan termasuk merogol remaja perempuan warga Uzbekistan berusia 17 tahun dalam kenderaan peronda polis (MPV).
Lans Koperal Muhammad Fazrul Razzi Yunus, 31, turut berdepan pertuduhan berasingan kerana melakukan peras ugut ke atas remaja berusia 17 tahun yang juga teman lelaki warga Uzbekistan itu, bersama seorang anggota lain, Konstabel Muhammad Adib Aikal Sharul Nizam, 24, di mahkamah berasingan.
Ads
Muhammad Fazrul yang juga bapa kepada dua anak mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Norshila Kamaruddin.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol, melakukan amang seksual fizikal, persetubuhan bertentangan aturan tabii dan hubungan seks ke atas remaja terbabit tanpa kerelaannya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: BH
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain pandemik Covid-10, demam denggi juga adalah penyakit virus bawaan nyamuk yang melemahkan di dunia. Demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah, ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak dan juga orang dewasa di kebanyakan negara.
Setakat hari ini, ratusan dilaporkan meninggal dunia selepas wabak demam denggi merebak di kawasan Uttar Pradesh, India yang mana 88 daripada 114 mangsa adalah kanak-kanak.
Hal ini juga menyebabkan tiba-tiba harga susu kambing melonjak tinggi di India. Jika sebelum ini dijual dengan harga Rs50/liter (RM2.83) dikatakan telah melonjak naik kepada Rs1,500/liter (RM84.77).
Gara-gara kenyataan pengamal ayurveda tempatan di India yang percaya susu kambing dapat membantu melawan virus denggi dan menambah jumlah platelet biarpun tiada bukti saintifik yang menyokong idea ini. Menurut seorang peniaga susu kambing, harga jualan berkenaan dinaikkan susulan berlakunya peningkatan permintaan yang diterima.
Walaupun tiada bukti saintifik yang membukti perkara ini, namun susu kambing memang mempunyai banyak manfaat dan merupakan makanan sunnah. Ini beberapa manfaat daripada susu kambing
Foto Via Pexels
1. Menurut satu kajian Universiti Granada mendapati susu kambing lebih mudah dicerna dan sesuai untuk mereka yang alah dengan susu lembu.
2. Susu kambing tidak mengandungi protein kompleks yang menjadi penyebab utama kepada alahan.
3. Molekul lemak susu kambing juga lebih halus dan hanya memerlukan 20 minit sahaja untuk dicerna berbanding susu lembu yang memerlukan lebih dua jam.
4. Susu kambing boleh membantu penghidap demam kuning dan membantu pesakit anemia.
5. Susu kambing membantu pesakit anemia kerana ia mempunyai sifat pengaktif antibodi yang boleh merangsang penghasilan sel-sel darah merah.
6. Di kalangan orang Islam, susu kambing lebih afdal diminum kerana ia adalah sebahagian daripada sunah Nabi Muhammad s.a.w.
Kini, dengan gabungan makanan-makanan sunah lain, susu kambing memberikan manfaat yang baik untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia.
Sejak kerajaan membuka dan membenarkan sektor sukan selepas lama ditutup akibat penularan paandemik Covid-19. Rata-rata kita melihat ramai kembalimelakukan aktivititi riadah masing-masing. Ada yang berbasikal, jogging, main bola dan pelbagai jenis sukan lagi. Namun, bila bersukan ini, faktor kasut perlulah diambil berat.
Foto Via Pexels
Bila sebut pasal kaki, mungkin korang tak sangka manusia ini dilahirkan dengan tiga jenis tapak kaki iaitu normal, flat dan high arch. Ketiga-tiga bentuk kaki ini ada keistimewaan masing-masing tak kira masa berjalan atau pijak.
Tentu kita pernah alami rasa kaki sakit biar pun kasut baru dibeli dan kita beranggapan tersalah beli kasut. Kalau itulah korang pernah lalui, itu sebenarnya kasut yang korang beli itu tak sesuai dengan bentuk tapak kaki korang tu.
REMAJA kongsikan tips dari Erke Malaysia mengenai tiga jenis bentuk kaki supaya tak tersalah beli kasut yang sesuai dengan bentuk kaki tu.
Bentuk kaki ada tiga jenis ya iaitu normal, flat dan high arch.
Penting untuk tahu bentuk kaki terutama kalau nak beli running shoes ya!
Orang yang bentuk kakinya flat, sesuai beli kasut jenis overpronator. Kasut jenis overpronator ini bantu korang untuk berjalan dengan stabil.
Ini last bentuk kaki iaitu high arch. Kotang boleh tengok lengku gan antara iby jari sampai ke tumit. Kalau ada lengkungan yang besar dan ada sikit je garisan halus tu. Biasanya kaki jenis jalan ke dalam. Kasut yang sesuai dipakai ialah jenis cushioned atau flexible supaya kaki dapat jalan dengan sempurna.
Macam mana nak kenal bentuk kaki sendiri ya? Masukkan kaki ke dalam bekas yang ada air dan kertas di luar ya!
So, kalau dah tahu bentuk kaki bagaimana senanglah time beli kasutkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah lima hari kemelut politik melanda Malaysia apabila tiada parti mampu membentuk kerajaan persekutuan akibat tidak memiliki kerusi parlimen yang mencukupi.
Akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri baharu negara jam 5 petang tadi, setelah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang telah bermesyuarat dengan Majlis Raja Raja.
Dilahirkan pada 10 Ogos 1947, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan anak jati Pulau Pinang. Berusia 75 tahun kini, beliau mula melibatkan diri dalam dunia politik pada tahun 1982 dengan memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh.
Merupakan seorang pelajar yang cemerlang sejak sekolah rendah. Anwar Ibrahim kemudiannya dipilih untuk memasuki sekolah asrama penuh berprestij, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan menamatkan pengajian di situ pada 1964.
Pernah dinobatkan sebagai antara Menteri Kewangan terbaik di Asia, tahukah anda Anwar sebenarnya merupakan seorang pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu di Universiti Malaya.
Beliau merupakan antara pengasas dan presiden kedua organisasi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Organisasi tersebut masih lagi wujud sehingga hari ini.
Hasil perkahwinan di antara Anwar Ibrahim dan Wan Azizah Wan Ismail di kurniakan enam orang cahaya mata. Namun hanya anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar yang mengikut jejak langkahnya ke kancah dunia politik.
Impak Anwar Ibrahim kepada landskap politik Malaysia cukup besar. Perihal mengenainya menjadi ikutan ramai termasuklah agensi media luar negara. Tidak hairanlah dia suah banyak kalu menghiasi muka hadapan majalah luar negara seperti TIME.
Anwar Ibrahim merupakan individu pertama di Malaysia yang akan mengepalai negara ini sebagai Perdana Menteri bagi kerajaan perpaduan. Ini bermakna kabinetnya bakal diisi oleh beberapa ahli parlimen dari blok pembangkang yang bersetuju untuk bekerjasama.
Sebuah filem mengenainya sedang dalam pembikinan. Filem ini merupakan hasil terbitan Bianglala Entertainment dan diarahkan oleh Viva Westi. Pelakon handalan Malaysia, Farid Kamil menggalas tugas memegang watak sebagai Anwar Ibrahim manakala pelakon Indonesia, Acha Septriasa pula memainkan watak Wan Azizah.
Semoga Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya dalam mentadbir urus Malaysia ke arah kemampanan ekonomi yang kukuh dan juga membawa pendekatan memperkasakan masyarakat di Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum yang saling menghormati.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!