Selain pandemik Covid-10, demam denggi juga adalah penyakit virus bawaan nyamuk yang melemahkan di dunia. Demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah, ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak dan juga orang dewasa di kebanyakan negara.

Didakwa Mampu Rawat Denggi, Harga Susu Kambing ‘Melambung’ Naik. Ini 6 Khasiatnya!

Setakat hari ini, ratusan dilaporkan meninggal dunia selepas wabak demam denggi merebak di kawasan Uttar Pradesh, India yang mana 88 daripada 114 mangsa adalah kanak-kanak.

Hal ini juga menyebabkan tiba-tiba harga susu kambing  melonjak tinggi di India. Jika sebelum ini dijual dengan harga Rs50/liter (RM2.83) dikatakan telah melonjak naik kepada Rs1,500/liter (RM84.77).

Gara-gara kenyataan pengamal ayurveda tempatan di India yang percaya susu kambing dapat membantu melawan virus denggi dan menambah jumlah platelet biarpun tiada bukti saintifik yang menyokong idea ini. Menurut seorang peniaga susu kambing, harga jualan berkenaan dinaikkan susulan berlakunya peningkatan permintaan yang diterima.

IKLAN

Walaupun tiada bukti saintifik yang membukti perkara ini, namun susu kambing memang mempunyai banyak manfaat dan merupakan makanan sunnah. Ini beberapa manfaat daripada susu kambing

Didakwa Mampu Rawat Denggi, Harga Susu Kambing ‘Melambung’ Naik. Ini 6 Khasiatnya!
Foto Via Pexels

1. Menurut satu kajian Universiti Granada mendapati susu kambing lebih mudah dicerna dan sesuai untuk mereka yang alah dengan susu lembu.

2. Susu kambing tidak mengandungi protein kompleks yang menjadi penyebab utama kepada alahan.

IKLAN

3. Molekul lemak susu kambing juga lebih halus dan hanya memerlukan 20 minit sahaja untuk dicerna berbanding susu lembu yang memerlukan lebih dua jam.

4. Susu kambing boleh membantu penghidap demam ­kuning dan membantu ­pesakit anemia.

IKLAN

5. Susu kambing membantu pesakit anemia kerana ia mempunyai sifat pengaktif antibodi yang boleh merangsang penghasilan sel-sel darah merah.

6. Di kalangan orang Islam, susu kambing lebih afdal diminum kerana ia adalah sebahagian daripada sunah Nabi Muhammad s.a.w.

Kini, dengan gabungan makanan-makanan sunah lain, susu kambing memberikan manfaat yang baik untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia.

Harian Metro ,  kenyataan pengamal ayurveda

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI