Korang ingat lagi tak tragedi maut yang pernah menimpa lapan orang remaja yang menunggang basikal lajak? Mereka sekumpulan malangnya telah dirempuh eleh sebuah kereta dari belakang dan meninggal dunia pada tahun 2017.
Gmabar Hiasan
Kes tersebut telahpun berlangsung selama lima tahun dan terdahulu, suspek yang melanggar telah dibebaskan mahkamah setelah ia mengambil kira pemandu sedang melalui jalan yang berselekoh pada waktu malam. Lalu, pemandu dikatakan tidak dapat menjangkakan kehadiran sekumpulan remaja tersebut.
Namun pada hari ini, Mahkamah Tinggi Johor telah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas wanita bernama Sam Ke Ting itu selepas didapati bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak itu.
HUKUMAN PENJARA
Ads
Hakim Datuk Abu Bakar Katar memerintahkan hukuman penjara ke atas kerani berusia 27 itu bermula hari ini. Wanita itu juga hilang kelayakan lesen memandu selama tiga tahun sebaik menjalani tempoh penjara dan sekiranya gagal membayar denda, tempoh dipenjarakan boleh ditambah lagi selama enam bulan.
Hakim berkata, pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan yang telah membuktikan dengan jelas intipati kesalahan.
Sumber Gambar : Bernama
“Perbuatan responden yang memandu secara melulu atau merbahaya telah menyebabkan kehilangan lapan lapan nyawa. Mahkamah ini mengikuti pendekatan nas duluan yang mengambil kira bilangan mangsa yang terlibat dalam menjatuhi hukuman,” katanya.
Hakim juga berkata, mahkamah bicara telah terkhilaf apabila gagal menimbangkan pembelaan wanita yang tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah atas kes pendakwaan bagi pertuduhan memandu kereta secara merbahaya mengambil kira keadaaan jalan yang berselekoh dan sedikit berbukit.
Ads
“Mahkamah bicara terkhilaf apabila menerima pembelaan yang tidak mengetahui adanya aktiviti basikal lajak pada malam kejadian sebagai alasan untuk memandu keretanya secara merbahaya sehingga mengorbankan mangsa yang dinyatakan dalam pertuduhan.
“Responden seharusnya memandu keretanya dengan lebih berhati-hati dan bukannya memandu dengan laju sehingga menyebabkan kemalangan. Responden sepatutnya menyedari kemalangan pencahayaannya tidak begitu terang pada jam lebih kurang 3.20 pagi,” tambahnya lagi.
Sebelum ini, suspek telah didakwa atas tuduhan memandu sehingga mengakibatkan 8 orang remaja bawah umur meninggal dunia kira-kira dua tahun lepas di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru pada jam 3.20 pagi.
Ads
Mangsa adalah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.
Al-fatihah buat semua mangsa. Moga kita mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahun 2019 nampaknya tahun yang sangat bagus buat dua nama besar dalam industri hiburan iaitu grup Korea Selatan, BTS dan Ariana Grande.
Apa taknya, kedua-duanya antara yang tersenarai dalam senarai 25 manusia paling berpengaruh di Internet oleh Time.
Kalau kita lihat pencapaian BTS untuk tahun sememangnya sangatlah membanggakan. Dengan jualan album mereka kemudian dicampur pula dengan konsert jelajah malah aplikasi game BTS World yang mendapat sambutan luar biasa di seluruh dunia sememangnya melayakkan mereka untuk tersenarai.
BTS juga dikhabarkan bakal mengadakan konsert mereka di Riyadh, Arab Saudi, Oktober ini.
Sementara itu, lagu-lagu album Thank You, Next sememangnya berhantu dan mendapat banyak respon positif peminat.
Tidak cukup itu, dia juga turut memecahkan rekod sebagai individu paling ramai jumlah pengikut di laman media sosial iaitu sebanyak 223 juta orang.
Selain BTS dan Ariana, antara nama-nama lain yang turut menduduki carta Lin Nas X, Alexandria Ocasio-Cortez, Presiden Donald Trump, Rahaf Mohammed, The School Strikers, Liza Koshy, Brian Kolfage, James Charles, Prince Harry dan Meghan Markle, German Garmendia, Cardi B, Chris Godfrey, Carlos Maza, Zhang Dayi, Jojo Siwa, Ben Shapiro, DrLupo, Emma Chamberlain, Hong Kong Protesters, Yashar Ali, Jameela Jamil, Ady Barkan, dan Jada Pinkett Smith.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak semalam tular di media sosial remaja wanita menggayakan pakaian tradisional di tanah perkuburan dipercayai milik bangsa lain.
Tidak pasti adakah sengaja memilih untuk viral atau kurangnya pengetahuan bab-bab hukum bergambar di tanah perkuburan, dapat dilihat gadis-gadis remaja selamba bergaya dengan pose masing-masing.
Carian REMAJA berdasarkan pemilik butik dinyatakan, akaun tersebut sudah diprivatekan namun gambar-gambar yang dikatakan sudah dipadamkan mula bersepah di twitter sekaligus netizen memberikan komen mengecam tindakan pemilik butik berkenaan mengadakan sesi penggambaran di tanah perkuburan. Di sebalik kisah tular ini, REMAJA mendapatkan pandangan dari ahli agama, penceramah terkenal, Ustaz MK Azman mengenai isu berkenaan. Apa hukumnya bergambar di tanah perkuburan dan apa perlu dilakukan jika sudah melakukan perbuatan sebegini?.
“Melakukan perkara yang sia-sia adalah satu perbuatan tidak disukai Allah taala. Jika tiada manfaat pada diri kita dan juga masyarakat, adalah lebih baik kita menghindarinya sejauh mungkin,” katanya memaklumkan hukum bergambar di tanah perkuburan adalah MAKRUH.
“Makruh adalah amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang kalau ditinggalkan akan mendapat pahala (jika melakukanya kerana Allah) namun tidak berdosa jika dilakukannya.
“Dari satu sudut, kita sebagai umat Islam dilarang untuk meniru atau menyerupai agama lain kerana perbuatan tersebut boleh menjadi dosa,” katanya ketika dihubungi.
Kubur bukan tempat berseronok, ia tempat memperingati kematian
Di sebalik gambaran sepi yang sering dikaitkan dengan tanah perkuburan, Ustaz MK Azman menjelaskan tanah perkuburan bukanlah tempat untuk bersenonok.
“Ia sebagai tempat kita muhasabah diri bahawa satu hari nanti kita juga akan mati dan akan merasai kesunyian ini. Sebab itu tanah perkuburan bukan tempat untuk seronok atau bergambar sakan,” katannya lagi.
Apa perlu dibuat jika sudah melakukan kesilapan begini?
Menjelaskan tindakan apa perlu dibuat dalam hal ini, kata Ustaz MK Azman, seharusnya sesiapa yang melakukan kesilapan bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sia-sia ini. Elakkan mencari pendapatan dengan cara begini kerana ia sia-sia. Bumi Allah taala ini masih luas dan seharusnya kita bijak membuat keputusan dan mencari ilmu jika menyedari ada kekurangan pada diri,” katanya sambil menjelaskan tindakan bergambar di kubur ini juga apatah dilakukan di tanah perkuburan bangsa lain boleh memberikan tanggapan negetif bangsa lain mengenai Islam.
Korang bacalah komen netizen mengena isu nie
.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali tiba sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, pastinya korang tahu ia sinonim dengan acara kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang & Pingat Persekutuan di Istana Negara
Sempena Tarikh istimewa itu pada hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga berkenan untuk mengurniakannya kepada 795 individu daripada pelbagai kategori.
Senarai penerima itu diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Utama Tengku Maimun Tuan Mat, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ismail Bakar dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.
*
Menariknya, ketika tiba giliran Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Datuk Dr Abd Latif Mohmod ke hadapan dan menaiki singgahsana, Tuanku telah bertindak spontan dan menuruni tangga singgahsana.
Ini kerana kondisi Abd Latif yang sukar untuk naik kerana berjalan dengan bantuan tongkat.
Ketika ditemui selepas istiadat pengurniaan tamat, beliau merasa terharu dan dihargai dengan tindakan Tuanku itu.
“Saya juga terperanjat. Tuanku beri signal (agar saya) jangan naik dan bertitah, “Tidak apa saya turun.”
#onenews Tindakan spontan Yang di-Pertuan Agong menuruni singgahsana untuk mengurniakan darjah kebesaran kepada Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Datuk Dr Abd Latif Mohmod menarik perhatian netizen. pic.twitter.com/PUQfYn9zoR
“Tuanku juga sempat bertanya “Dah lama ke sakit, boleh berjalan ke.” Saya menjawab boleh berjalan tetapi tak boleh berdiri lama kerana pernah jatuh sewaktu bekerja dulu,” kongsi beliau lagi.
Tindakan Tuanku itu juga dilihat netizen sebagai satu bentuk penghargaan seorang raya berhati mulia dan prihatin kepada rakyat yang berusaha berbakti kepada negara.
SUMBER: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi kejayaan keputusan SPM 8A Ariana Deena yang membuktikan kekuatan doa, usaha keras, dan sokongan keluarga mampu mengubah cabaran menjadi kejayaan luar biasa.