Kredit foto: Sinar Harian

Berita berkenaan dengan kisah dua tahun lepas apabila lapan orang remaja yang menunggang basikal lajak meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kereta daripada belakang kembali berbangkit setelah keputusan mahkamah melepaskan tertuduh.

Selepas mengambil kira pemandu yang menggunakan jalan serta situasi jalan yang berselekoh pada waktu malam tidak boleh menjangkakan kewujudan basikal lajak tersebut, gadis tersebut dilepaskan dan wang jaminan serta lesen memandunya juga dikembalikan serta merta.

Isu basikal lajak ini bukan lagi sesuatu yang baru, malah ia perlu ditangani dengan komprehensif oleh semua pihak. Walaupun pelbagai operasi telah dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia, namun ia seakan tidak memberi ketakutan kepada remaja tentang aktiviti berbahaya ini.

Bahaya Basikal Lajak Boleh Sebabkan Masalah Kesihatan, Ini Perkara Yang Masyarakat Perlu Tahu

Oleh itu, kita sebagai masyarakat yang bertanggungjawab haruslah menanamkan sikap kesedaran dalam diri untuk kebaikan bersama.

IKLAN

Perlu korang tahu, basikal yang di modified adalah sangat bahaya terutamanya kepada kanak-kanak. Kedudukan yang tidak ergonomic ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Bahaya Basikal Lajak Boleh Sebabkan Masalah Kesihatan, Ini Perkara Yang Masyarakat Perlu Tahu

Berikut adalah antara bahaya basikal lajak yang telah dikongsikan oleh Public Health Malaysia untuk peringatan bersama.

IKLAN
  • Kecederaan otot/tulang belakang kerana postur kerusi yang tinggi dan badan perlu membongkok pada kadar yang lama

  • Kecederaan lutut kerana dalam keadaan basikal rendah dan kedudukan yang membongkok memerlukan tenaga dan daya yang tinggi menyebabkan masalah koyak lutut

IKLAN
  • Kecederaan di tangan/badan yang menyerap getaran daripada basikal yang diubah suai

  • Risiko kecederaan kepala jika tidak memakai helmet
Bahaya Basikal Lajak Boleh Sebabkan Masalah Kesihatan, Ini Perkara Yang Masyarakat Perlu Tahu

Semua pihak sama ada pihak berkuasa, ibu bapa, sekolah, kejiranan dan masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam memantau kegiatan remaja di sekeliling mereka. Lebih membimbangkan lagi jika ianya membabitkan kehilangan nyawa.

Betul tak?

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI