Temubual eksklusif berjudul “Love Story #2 – Hari-Hari Terakhir Ashraf” yang dilakukan oleh Bunga Citra Lestari (BCL) menerusi saluran YouTube-nya baru-baru ini telah menerima perhatian ramai.
Ini memandangkan penyanyi 12 Tahun Terindah itu jarang sekali mengeluarkan kenyataan berkenaan nasib keluarganya yang kehilangan Allahyarham Ashraf Sinclair pada 18 Februari tahun lalu.
Bukanlah kerana BCL tidak dapat menerima takdir yang tertulis itu, baginya dia mampu untuk menerima pemergiaan suaminya biarpun ia sukar.
Cuma beberapa hari semasa kejadian berlangsung, dia masih merasakan seperti sedang bermimpi dan berharap ‘akan dikejutkan’ segera daripada tidurnya.
“Saya tidak marah dengan takdir Tuhan. Cuma saya berada dalam situasi ‘tidak tahu. Selama saya hidup, saya diajar untuk menerima apa saja situasi. Apa pun yang terjadi, acceptance ataupun penerimaan itu penting. Barulah boleh ke peringkat seterusnya (moveon).
“Saya seorang yang teratur, saya ada aturan dalam hidup saya. Ada masa untuk keluarga dan ada masa untuk kerja. Bila difikirkan kembali saya tertanya, untuk apa saya ‘berlari’ selama ini? Apa yang saya kejar?
Ads
“Kalaulah saya tahu masa saya dengan dia hanya 12 tahun, mungkin keutamaan saya juga berubah,” kongsinya menerusi temubual berdurasi 23 minit itu.
Tanggal ulang tahun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair ini bukan hanya dirasai oleh BCL sekeluarga dan teman rapat mereka. Malahan, para peminat mereka berdua baik dari Indonesia mahupun Malaysia masih merasai kehilangan tersebut.
Salah seorang pengguna Twitter yang dikenali menerusi akaun @ipykaa4 telah berkongsi pengalamannya semasa berada di Jakarta pada tarikh 18 Februari tahun lalu.
Ads
Menurut Syafiqah Sukor, dia berada di sana tahun lalu untuk menghadiri acara konsert Love Fest dan menyaksikan BCL melakukan persembahan di sana. Bagaimanapun, suratan lain yang telah tertulis.
“Suppose to be in Jakarta for Love Fest to see Kak Unge performs. But turned out to be a heartbreaking moment for BCL and I still remember how sad everyone was that day,” katanya sambil berkongsi video yang menampakkan barisan gubahan bunga ucapan takziah kepada keluarga BCL.
“Masa sampai (di rumah keluarga BCL), memang banyak sangat orang di luar rumah. Banyak media. Yang dalam rumah semua keluarga, kenalan rapat dan rakan artis.
Ads
“Masa itu, rasa sedih dia Tuhan saja tahu. Saya seorang saja (di sana) pada masa itu, jadi (untuk) solat Maghrib dan Isyak saya join keluarga arwah Ashraf.
“Kemudian, baca surah Yasin seorang-seorang sampai 3 kali ulang sebelum tahlil bermula,” tambahnya. Seperti peminat lain, Syafiqah turut mendoakan agar BCL dan Noah mampu melalui kehidupan baharu mereka.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah Ashraf Sinclair ya.
Berikut merupakan temubual penuh bersama Bunga Cintra Lestari untuk tontonan korang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika korang merupakan pengikut pertarungan Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG), pastinya korang tahu sukan e-sports ini bukan sahaja menjadi tapak pertarungan namun ia jua mampu menjana pendapatan.
Mod terbaru permainan PUBG ini ialah ‘Mysterious Jungle’.‘Mysterious Jungle Mode’ eksklusif untuk peta Sanhok yang memperkenalkan banyak ciri baharu, seperti makanan hutan, belon udara panas, dan banyak lagi. Bagaimanapun, ada satu perkara mengenai mod permainan ini yang telah mencetuskan perdebatan pemain Muslim, iaitu Totem.
Namun, yang menjadi kontroversi ialah apabila kemas kini itu menjadi perbualan hangat dalam kalangan pemain di sini apabila dikatakan ada unsur penyembahan patung berhala untuk mendapatkan sesuatu barang dalam permainan tersebut.
Eh serius la sampai macam tu?
Seorang pengguna media sosial, Aid Fawzal mengatakan kemas kini PUBG tersebut mempunyai unsur syirik dan boleh melanggar aqidah kerapa ada perkara yang menyekutukan Allah.
.
“Jaga-jaga semua kerana ini melanggar aqidah kita. Apa sahaja perkara mensekutukan Allah adalah syirik.
“Jika korang dah terbuat sebelum ini tanpa pengetahuan dan kesedaran, beristighfarlah. Dan jangan buat lagi. Allah Maha pengampun,” ciapnya.
Daripada elemen baharu tersebut, ramai memberi pendapat dan risau kanak-kanak yang bermain permainan video ini akan terpesong akidahnya.
Bagaimana pun gamers Muslim kecewa dengan pihak PUBG kerana telah memecah-belahkan permainan dengan memasuki elemen keagamaan. Ada juga pemain menganggap penyembahan Totem itu hanyalah sekadar permainan dan tidak perlu menganggap isu tersebut perlu diambil serius.
Setakat ini tidak pasti pihak produksi ambil maklum tentang isu ini memandangkan beberapa pemain sudah pun membawa isu tersebut kepada mereka.
Tentang hukumnya untuk umat Islam, masih belum terjawab oleh mana-mana pihak berwajib di sini.
Emm, bab-bab syirik dan akidah ni tak boleh buat main ye guys!
Kejadian mengejutkan beberapa hari lalu di set penggambaran filem berjudul Rust di New Mexico, Amerika Syarikat telah mendapat perhatian pemerhati dunia seni Hollywood.
Bagi korang yang belum mengetahui mengenai kejadian tersebut, ia membabitkan pelakon Alec Baldwin, 63. Beliau dilaporkan tidak sengaja menembak mati seorang juru sinematografi wanita bernama Halyna Hutchins dan mencederakan pengarah filemnya, Joel Souza semasa dia mencuba prop pistol yang telah diberikan kepadanya.
Alec Baldwin dilihat kecewa dan bergegas untuk membantu dua orang mangsa semasa dia berada di set penggambaran Rust. Sumber Foto : Page 6
Tanpa mengetahui pistol tersebut merupakan pistol sebenar yang mengandungi peluru, pelakon yang popular dengan program Saturday Night Live itu mencubanya di belakang tabir. Tembakan yang tidak disengajakan itu akhirnya mengenai dua orang mangsa tersebut.
Malangnya selepas mereka berdua diterbangkan ke Hospital Universiti New Mexico di Albuquerque, Halyna tidak dapat diselamatkan. Manakala, Joel pula telah dibenarkan keluar dari hospital beberapa hari selepas hari kejadian.
Juru sinematografi wanita bernama Halyna Hutchins yang maut selepas kejadian di set penggambaran filem Rust. Sumber Foto : Page 6
Insiden ini sekaligus telah membuka mata penggiat seni di Hollywood berkenaan keadaan bekerja di set penggambaran dan faktor keselamatan semua orang yang terlibat sama ada di hadapan kamera atau di sebalik tabir.
Kenyataan rasmi daripada produksi filem di mana Alec merupakan pelakon dan penerbitnya berkata, “Seluruh pelakon dan kru amat-amat berdukacita di atas tragedi yang berlaku pada hari ini, dan kami ucapkan takziah kepada ahli keluarga Halyna dan mereka yang menyayanginya.”
Anak Saudara Akhirnya Bersuara
Seperti yang diketahui oleh peminat Alec, keluarga Baldwin merupakan di antara keluarga penggiat seni hiburan yang cukup popular di Amerika Syarikat. Bukan hanya Alec yang berjaya menempa nama sebagai insan tersohor di sana.
Adik beradik Alec sendiri yang terdiri daripada 4 orang lelaki juga merupakan pelakon, penerbit, pengarah dan penulis skrip seperti Daniel Leroy Baldwin, William Joseph Baldwin dan Stephen Andrew Baldwin. Anak perempuan Alec iaitu Ireland Eliesse Baldwin juga telah berkecimpung dalam dunia fesyen sebagai model.
Namun, nama Hailey Rhode Bieber semestinya lebih popular berbanding Ireland. Sebagai seorang model, sosialit dan isteri kepada Justin Bieber, anak saudara Alec ini juga merupakan anak kepada Stephen Baldwin.
Berhubung tragedi ini, Hailey telah mengambil masa beberapa hari sebelum memberikan responnya. Kata Hailey menerusi hantaran Instagram Story:
“Saya ingin kirimkan kasih sayang saya kepada keluarga Hutchins.
“Ini adalah tragedi yang sukar untuk dibayangkan dan dahsyat. Saya juga berharap agar Joel Souza pulih dengan segera. Saya benar-benar kasihani semua orang yang terlibat.”
Buat masa ini, kertas siasatan telahpun dibuka oleh pegawai berkuasa di sana. Para detektif juga dilaporkan telah memanggil saksi di tempat kejadian untuk memberi gambaran yang lebih jelas mengenai situasi sebenar semasa tragedi tersebut berlaku.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.