
Menghantar anak ke institusi tahfiz bukanlah satu keputusan yang muda. Ramai ibu dan bapa yang mahu anak-anak mereka mendapat manfaat pembelajaran al-Quran dan ilmu agama.
Begitu juga yang dipraktikkan oleh pengacara popular, Aidid Marcello yang turun memberi penekanan ilmu agama kepada tiga orang anak lelakinya.

Menulis dalam hantaran terbaru di laman sosial instagramnya, Aidid berkongsi dan menjelaskan betapa menjadi tanggungjawab besar untuk dia dan isteri dalam membesarkan anak-anaknya agar hidup berlandaskan Islam.
Malah, Aidid Mercello mengundang sebak netizen apabila dia dan isteri, Norzie Pak Wan Chek mengambil keputusan untuk menghantar tiga anak lelakinya iaitu Muhammad Iman,Muhammad Yusuf, dan Muhammad Ibrahim ke tahfiz.
Menerusi perkongsian tersebut, pengacara popular tersebut berkata keputusan tersebut dibuat kerana dia mahu anak-anaknya mendalami al-quran dan ilmu akhirat.
Ujarnya, “Berpuluh kali fikir nak post atau tak. Tapi aku set nawaitu aku bukan untuk riak & sombong, tapi sebab aku bangga dengan depa & happy dengan panggilan ini.
“Bukan senang nak buat keputusan ni, dari sebelum PKP kami usaha, sampai sekarang baru dapat, Alhamdulillah. Terima kasih kepada @dilla_rayhanah & @ustazjohariabdulwahab kerana banyak sangat membantu kami berdua. Besar betul hikmah silaturrahim Allah atur untuk kita semua kenal.
“Kepada isteriku @norziepwc yang aku tahu, dia mmg jenis yang firm, well research, korek segala info gila2 dalam segala apa jua yang nak buat terbaik untuk anak2 dia.”
Menjelaskan lagi tentang keputusannya suami isteri, Aidid turut bercerita mengenai kekuatan untuk mengubah aliran sekolah anak-anaknya. “Tapi kali ni, kami tak tau macamana boleh dapat kekuatan, dengan rela hati & tenang memberhentikan anak2 kami dari sekolah rendah & menengah, untuk masukkan mereka ke Akademi ni. Mudah betul proses, tak sampai 3 hari semua proses berhenti dan kemasukkan. MasyaAllah.
“Kita mmg boleh rancang, tapi DIA yang tentukan. Kalau dulu aku happy sebab sekolah depa 5 min dari rumah aku, tapi sekarang aku bertambah happy walaupun hari-hari aku kena redah traffic hantar sejauh 25km,” jelasnya lagi.
Tahniah dan respek pada sikap yang ditunjukkan oleh Aidid dan isteri. Walaupun berdepan dengan situasi dunia yang semakin moden, tetapi mahu mengukuhkan pendidikan agama anak-anaknya. Semoga tindakan mereka ini menjadi inspirasi buat semua ibu bapa yang memiliki hasrat yang sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Koleksi Throwback 10 Foto Comel Selebriti Semasa Remaja & Kanak-Kanak

Zaman ketika remaja dan kanak-kanak merupakan tempoh membsar yang pasti tidak dapat dilupakan oleh sesiapa sahaja. Pelbagai perkara pahit dan manis berlaku sepanjang proses untuk mengenal dunia.
Seperti kamu, selebriti terkenal tanah air juga pernah lalui zaman kanak-kanak atau remaja yang pastinya memberikan seribu satu kenangan dalam hidup mereka. Dan hari ini Remaja ingin kongsikan koleksi-koleksi foto throwback 10 selebriti terkenal ketika mereka kanak-kanak atau remaja.
Cuba tengok Fazura dan Neelofa, semasa kecil lagi sudah nampak sangat comel bukan?
Diana Danielle

Akim Ahmad

Fasha Sandha

Nur Fazura

Johan As’ari

Che Puan Juliana Evans

Nabila Huda

Scha Alyahya

Zizan Razak

Neelofa

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
25 Remaja Paling Menyerlah 2017

Tahun 2017 bagi kami telah membawa bukanlah tahun yang serba-serbi indah, secara jujurnya.
Pelbagai pergolakan telah dilaporkan berlaku di seluruh dunia dari awal tahun sehinggalah ke hari-hari terakhir kalendar 2017. Di Malaysia sendiri, banyak kes negatif yang melibatkan remaja dan rata-rata masih dalam tempoh perbicaraan.
Namun dari sudut positifnya, 2017 juga telah menampakkan perkembangan jumlah remaja yang mengejar cita-cita mereka di laluan cemerlang. Tak kira sama ada mereka bergelar pelakon, penyanyi, entrepreneur, atlet mahupun pelajar, kami di REMAJA turut sama bangga dengan situasi ini.
Kami himpunkan senarai penuh 25 orang remaja di bawah umur 25 tahun yang paling menyerlah pada tahun 2017.

Aiman Tino, 19
Setelah kejayaan Aiman Tino menembusi slot 12 lagu terbaik yang dipertandingkan di Anugerah Juara Lagu 31 awal tahun ini, dia tidak menunjukkan tanda-tanda akan memperlahankan kariernya.
Selain ‘Ku Rela Dibenci’, bekas pelajar SMK Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu ini terus popular dengan single ‘Permata Cinta’ dan ‘Terasa Cinta’ bersama kakaknya, Fara Hazel. Terbaru, Aiman memasuki bidang perniagaan pula apabila muncul dengan produk pakaian seragam sekolah di bawah jenama Sweet Aiman Junior.
Hannah Delisha, 21
Setelah dua kali bergandingan dengan pelakon Syafiq Kyle menerusi drama ‘Mencintaimu Mr Photographer’ dan filem ‘Langsuir’, ramai yang mengakui Hannah Delisha adalah antara kuasa baru dalam bidang lakonan – baik di Malaysia atau di negara kelahirannya, Singapura.
Jumlah followers Hannah juga semakin berkembang daripada 30,000 sehingga mencecah lebih 785,000 hasil penangan peminatnya dari Malaysia dan Singapura. Korang dah dengar belum single Hannah bertajuk ‘Esok Masih Ada’?

Puteri Aishah, 23
Macam-macam gosip keluar terpampang apabila melibatkan finalis Dewi Remaja 2014/2015 ini pada tahun 2017. Tetapi kami merasakan tak ada cerita yang lebih menyerlah tentang Puteri Aishah melainkan cerita kerjayanya.
Heroin drama Lelaki Iti Pemilik Hatiku ini menjadi topik bualan hangat di Twitter dan Instagram setiap kali episod baru drama tersebut disiarkan. Malah, Puteri Aishah juga semakin aktif menjadi penghias kolum di akhbar dan majalah, menandakan dia semakin relevan dalam industri lakonan. Kami juga sukakan quotations positif yang selalu dimuat naik olehnya di Instagram

Alicia Amin, 22
Langkah (top) model ini tidaklah begitu jauh semasa bertanding untuk Asia’s Next Top Model 2017 musim kelima, awal tahun ini berbanding rakan senegara, Syikin Gomez. Namun, sebaik saja keluar daripada AsNTM, nama Alicia Amin dicari-cari oleh warga fesyen Malaysia.
Alicia mungkin perlu berdepan dengan kritikan netizen apabila ramai yang mengkritik kelantangan dan keberaniannya dalam memberi ulasan serta dalam isu berpakaian. But we have to applaud Alicia for being true to herself and confortable in her own skin.
Haqiem Rusli, 19
Personally, kami merasakan kedua-dua buah single ‘Segalanya’ dan ‘Tergantung Sepi’ layak untuk ke pentas final AJL 32 yang akan berlangsung tahun hadapan, Tapi iyalah, juri pasti ada sebab untuk meletakkan hanya ‘Tergantung Sepi’ dalam barisan finalis.
Haqiem Rusli yang kami kenal pada hari ini jauh lebih yakin, bersemangat dan selesa untuk berhadapan dengan peminat dan orang di sekeliling. Tolak ke tepi kejap soal beli kereta secara cash (OMG JEALOUS), single ‘Jatuh Bangun’ nyanyiannya menampakkan sisi baru Haqiem. Cer dengar.

Bakhtiar Ikhwan, 19
Model remaja ini mungkin tidak begitu menonjol dengan cerita panas. Tetapi Bakhtiar Ikhwan adalah antara model yang banyak diberikan peluang untuk menghiasi industri modelling tahun ini.
Pelbagai majalah tanah air pernah meletakkan Bakhtiar sebagai wajah penghias halaman fesyen mereka. Malah majalah REMAJA sendiri pernah beberapa kali berkolaborasi dengannya. Berbekalkan attitude yang cemerlang, tak mustahil Bakhtiar mampu ke peringkat lebih tinggi.

Dhabitah Sabri, 18
Tahun lalu, penerjun remaja ini dikenali sebagai atlet yang murah dengan senyuman. Tetapi pada tahun ini, Dhabitah Sabri atau mesra dengan panggilan Bitah lebih menonjol sebagai pemenang pingat emas dalam kalendar sukan negara.
Antara pencapaian Bietah yang diingati ramai termasuklah pingat emas acara 3 meter papan anjal seirama di Sukan SEA 2017. Selain itu, dia turut menuai satu pingat perak dan satu pingat gangsa di Kejohanan Terjun Grand Prix Fina Kuala Lumpur, Oktober lalu.

Aedy Ashraff, 24
Headline pada awal November: ‘Apa Hubungan Nabila Razali, Aedy Ashraf’. Beberapa minggu kemudian keluar pula headline: ‘Gimik Cinta Nabila, Aedy Menjadi’. Apa kes cumi cumi? Hehe
Ramai semakin mengenali nama Aedy Ashraf selepas dia terlibat dalam ‘drama’ klip video ‘Pematah Hati’. Di sebalik semua itu, Aedy juga sebenarnya menyerlah dengan drama Hero Seorang Cinderella, Suamiku Paling Sweet dan Dendam Aurora pada tahun ini.

Isyraf Danish, 16
Popularitinya di Instagram seiring dengan populariti di litar lumba lalu membuatkan Isyraf Danish sebagai remaja yang semakin dikenali ramai. Perempuan rajin nak lihat posting terbarunya, lelaki pula nak tengok aksi terbaru Isyraf di IG. Dengan kombinasi tersebut, tak hairanlah apabila pelumba Formula 4 SEA Championship ini baru saja memenangi kategori ‘Paling Bro’ di Anugerah Instafamous 2017 hasil undian followers-nya.

Cupcake Aisyah, 17
386,000 followers pada usia 17 tahun? Yup, that is Nur Aisyah Mohd Razip for you. Aisyah mula menjana followers tegar dengan memuat naik vlog di YouTube dan rutin harian berubah serta-merta selepas itu.
Kali pertama kami berjumpa Aisyah adalah semasa anugerah Influence Asia Award 2017 di mana dia telah memenangi kategori Top Lifestyle Influencer. Terbaru, Aisyah memenangi pula Anugerah Instafamous 2017 dalam kategori Instafamous Paling Ohsem. This is one heck of an empire in-the-making.

Little Miss Khan, 17
Perlahan-lahan, Nur Ameera mula mengorak langkah keluar daripada bayang-bayang dua orang kakaknya, Noor Neelofa dan Noor Nabila. Dulu, kami selalu menantikan paparan OOTD Ameera saja. Tetapi kini, kami semakin teruja menantikan paparan gaya hidupnya. REMAJA percaya, she is having the best time of her life, let her live people. Tak perlu cemburu dan lontarkan komen negatif.

Sean Lee, 23
Sejak memulakan video pertamanya di YouTube pada tahun 2013, kini lebih ramai mengenali Sean Lee sebagai pelakon Terbaru, Sean bergandingan bersama Fattah Amin, Ben Amir dan Janna Nick dalam drama ‘My Coffee Prince’. Ramai juga yang mengikuti Sean di instagram kerana a) video pendek ‘pick-up lines’ dan b) six packs yang dimilikinya. Selalu belanja eh sekarang hehe.

Raysha Rizrose, 21
Drama ‘Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin’ membuka mata peminat drama Malaysia akan bakat lakonan yang dimiliki oleh Raysha Rizrose. Rata-rata komen yang diterima di media sosial adalah positif dan menurutnya, dia menghargai respons yang diberikan. Tak sabar pula nak tonton projek Raysha seterusnya tahun depan.

Adriana Adnan, 22
Pengacara program PM Live ini sekarang sudah bergelar pelakon juga. Imej Adriana yang ‘sekejap ayu sekejap talkative, eh!’ membuatkan Adriana mudah untuk diterima oleh followers-nya serta penonton setia segmen rancangan yang menampilkannya.

Samantha Katie James, 23
Kecoh seketika apabila seluruh Malaysia membincangkan hal kostum nasional yang disarungkan oleh Miss Malaysia Universe ini di acara final yang berlangsung di Las Vegas. Di sebalik kritikan terhadap dress nasi lemak itu, Samantha menyatakan rasa bangga untuk mewakili hidangan epik negara itu sebagai kostumnya. Samantha juga adalah antara wakil yang menerima banyak sokongan sepanjang sesi preparation sebelum ke sana dek kerana kecantikan dan personalitinya.

An Najwa, 20
Atlet bola jaring yang mempunyai ketinggian 178 sm ini adalah antara atlet yang menempa populariti sepanjang berlangsungnya Sukan SEA 2017 yang lalu. Di sebalik fizikalnya yang kuat itu, An Najwa sebenarnya mempunyai hobi untuk menyanyi pada waktu lapang. Bagi korang yang follow-nya di Instagram, sebenarnya An juga aktif di Twitter. Cepat follow!

Khai Bahar, 23
Penyanyi ini adalah antara selebriti yang menempa kejayaan pada awal dan akhir tahun. Tahun 2017 nyata menjadi tahun bertuah kepada Khai Bahar setelah dia memenangi LIMA trofi anugerah utama tanah air; antaranya di Anugerah Bintang Popular BH, Anugerah Meletop Era dan di Anugerah Planet Muzik. Lagunya, Bayang turut tersenarai dalam AJL 32 akan datang.

Mawar Rashid, 22
Persiapan Mawar Rashid untuk ke jinjang pelamin pada tahun ini memang mendapat perhatian ramai apatah lagi kerana dia berpasangan dengan lelaki sepopular Raden Ahmad Faizal atau lebih dikenali sebagai Raf Yaakob. Namun, itu tak bererti karier Mawar suram apabila dia muncul di dalam drama Suamiku Paling Sweet yang diminati ramai.

Bil Musa, 24
Penyanyi, komposer dan penulis lirik ini bertambah signifikan setelah beberapa single nyanyiannya seperti ‘Adakah Ini’, ‘The Beach’ dan ‘No More Excuses’ menemui corong radio. Terbaru pada minggu ini, Bil Musa bakal melancarkan albumnya, Young Adults pada hari esok and we bet, ramai yang akan menyukai kehadirannya dalam industri ini.
Cuba korang lihat klip terbaru #bilbercerita yang dimuat naik olehnya di Instagram untuk menceritakan tentang trek dalam album Young Adults.

Daiyan Trisha, 24
Seorang lagi penyanyi yang semakin aktif dalam dunia nyanyian. Daiyan Trisha mempertaruhkan single ‘Kita Manusia’ yang menceritakan mengenai topik kesihatan mental seseorang dan Daiyan berharap agar masyarakat akan bersikap lebih terbuka untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai isu ini.
Dalam caption Daiyan di Instagram, dia memberitahu bahawa lagu tersebut dicipta semasa dia berada dalam keadaan yang tidak begitu positif dan keseorangan. “It is okay not to be okay, as long as we pick ourselves back up. Kita semua sama, kita manusia”.

Natasya Qisty, 18
Sukar sebenarnya untuk seseorang yang tidak bergelar selebriti untuk menyerlah di mata masyarakat kecuali, jika dia telah melalui sesuatu yang di luar jangkaan. Itulah yang dialami oleh pelajar ini hanya disebabkan judgement netizen selepas video temubualnya disebarkan. Natasha Qisty merupakan calon cemerlang SPM 2016 dan selepas reda dengan kes buli siber itu, kini dia lebih bebas untuk memuat naik posting seperti remaja lain tanpa perlu rasa ragu-ragu.
Myra Zainal, 16
Pernah tak korang tergolong dalam 50 instafamous paling ‘laku’ di Malaysia? Post apa-apa pun mesti paling kurang dapat 10,000 likes? Well, Myra Zainal pernah. Seorang lagi gadis hijabista yang sentiasa memuat naik ke akaun Instagram foto mengenai beauty product dan modest OOTD.
Apa yang membuatkan kami gemar melihat posting daripada Myra adalah cara dia berfesyen yang kelihatan mudah untuk kami tiru dan cuba. Kita tinggal di Malaysia ya, dan cara Myra berfesyen memang kena dengan keadaan di sini.

Irfan Haris 16, Sweet Qismina, 20 & Ismail Izzani, 17
Okay sebelum korang katakan ‘Kenapa perlu satukan mereka ni, kenapa tak buat asing-asing?’, kami ada jawapannya. Irfan Haris, Sweet Qismina dan Ismail Izzani telah dipilih sebagai penghias cover majalah REMAJA isu Oktober-Disember 2017 sebagai 3 selebriti pilihan kami di bawah umur 20 tahun.
Selalunya, bukan mudah untuk REMAJA berikan ruang kepada mereka yang berumur semuda 16 atau even 17 tahun kerana pada peringkat umur itu, kemungkinan tidak banyak pencapaian yang mereka dapat disebabkan faktor masih belajar.
Tapi berlainan dengan mereka bertiga ini. Irfan kini terus ke depan dengan single ‘Pesan’, ‘Demi Kita’ nyanyian Mail pula semakin dimainkan di radio. Sweet pun turut cemerlang dengan anugerah Artis Baru Wanita Popular yang dimenanginya awal tahun ini.
Hebat sebenarnya remaja di Malaysia ini. Kreatif, berusaha kuat, tahu strategi untuk ke depan dan tak pernah memikirkan mereka terlalu muda untuk berjaya. Ramai lagi remaja yang telah menyerlahkan diri tahun ini. Apa yang pasti, good job guys for a year well spent to push yourself forward!
REMAJA harapkan tahun 2018 akan menyaksikan lebih banyak ikon remaja yang berjaya dalam bidang masing-masing.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Happy Birthday! Jom Lihat 15 Fakta Yang Korang Tidak Tahu Tentang Justin Bieber

Jom Nyanyikan Happy Birthday Justin Bieber!
Sedar tak sedar, penyanyi pop sensasi Justin Bieber telahpun berusia 24 tahun pada hari ini, 1 Mac 2018. Rasanya macam semalam je kita baru melihat video Justin flip-kan rambut hadapannya di YouTube. Walaupun pernah terlibat dengan pelbagai isu dan masalah, Justin sebenarnya merupakan antara selebriti Hollywood yang pantas bangkit semula daripada terjatuh.
Dan sebab itulah, we just cannot help but to like him.
Ini merupakan 15 perkara tentang Justin Bieber yang mungkin korang belum tahu.
01

02

03

04

05

06

07

08

09

10

11

12

13

14

15

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

