Remaja kini berada di dalam aplikasi   
Remaja kini berada di dalam aplikasi   
Home Gaya Hidup Servis Teksi Haiwan Peliharaan Sudah Ada Di Malaysia, Siap Berkusyen Lagi

Servis Teksi Haiwan Peliharaan Sudah Ada Di Malaysia, Siap Berkusyen Lagi

 

Selalunya, kita saja yang gemar mengambil perkhidmatan kenderaan e-hailing untuk ke mana-mana. Selain mudah, sebagai pengguna kita juga akan memperolehi kelebihan apabila menggunakannya secara kerap.

Tapi, bagaimana jika REMAJA kongsikan bahawa sudah wujud perkhidmatan sama untuk haiwan peliharaan pula?

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh JOJO Pet Taxi ini bertujuan membantu pemilik haiwan peliharaan untuk menghantarnya ke lokasi ditetapkan seperti ke klinik haiwan atau pusat dandanan.

Servis Teksi Haiwan Peliharaan Sudah Ada Di Malaysia, Siap Berkusyen Lagi
Foto : Facebook JOJO Pets Driver

Tujuannya adalah untuk memudahkan pemilik mencari perkhidmatan teksi yang boleh dipercayai. Mereka tidak perlu gusar memikirkan keselamatan ‘si comel’ atau perlu bersusah-payah mengharungi kesesakan lalu lintas sekiranya lokasi itu jauh dari rumah.

Bercakap mengenai keselamatan, kesemua pengangkutan yang diguna menitik beratkan keselesaan dan keselamatan ‘penumpang’.

IKLAN

JOJO Pet Texi dilengkapi tali pinggang keledar, jaring keselamatan dan pelitup tempat duduk bagi menjamin kebersihan. Teksi tersebut juga mempunyai kamera ‘dash cam’ bagi memastikan tiada perkara tidak diingin berlaku.

Servis Teksi Haiwan Peliharaan Sudah Ada Di Malaysia, Siap Berkusyen Lagi
Foto : Facebook JOJO Pets Driver

Menurut Pengasas JOJO Pet iaitu Seow Kim Chin, mereka telahpun melatih kumpulan pertama pemandu teksi haiwan peliharaan sejak ia dilancarkan pada Oktober 2021. Terlebih dahulu, pemandu perlu menjalani saringan ketat sebelum dibenarkan mengikuti latihan.

Kini setelah beberapa bulan, mereka telahpun ditauliahkan sebagai pemandu teksi haiwan peliharaan profesional. Kemahiran pertolongan cemas terhadap haiwan pun diajar tau!

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN : Klinik Haiwan Ini Wujudkan Kitty’s Foodbank, Beri Makanan Percuma Pada Kucing – REMAJA

Servis Teksi Haiwan Peliharaan Sudah Ada Di Malaysia, Siap Berkusyen Lagi
Foto : Facebook JOJO Pets Driver

Untuk menempah teksi, korang boleh mengakses telefon pintar ke aplikasi JOJO Pet Taxi. Sewaktu haiwan peliharaan menaiki teksi, pemilik hanya perlu menggunakan aplikasi yang sama untuk menjejaki teksi yang membawa haiwan kesayangan demi memastikan ia tiba di destinasi dengan selamat.

Menarik bukan?

IKLAN

Selain perkhidmatan teksi, JOJO Pets juga ada menawarkan servis Pet Hotel, Pet Basic & Fill Gooming dan turut mengesyorkan klinik haiwan berdekatan rumah korang. Korang boleh muat turun aplikasi tersebut DI SINI.

BACA LAGIAplikasi ‘Translate’ Bahasa Haiwan Buat Netizen Teruja – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI