Baru-baru ini, seramai 34 pelajar Tingkatan Empat dari Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi, Nipah, Bachok, Kelantan meraih perhatian apabila berjaya mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran secara berkumpulan di puncak Gunung Stong, Kelantan.
Memetik laporan Sinar Bestari, program ini diadakan bersempena Kem Mukhayyam Tarbawi 2025 dengan tema ‘HANGAT – Hayati Alam, Ingat Tuhan’ dan ia bukan sahaja diisi dengan pelbagai aktiviti rekreasi serta pendakian setinggi 1,422 meter tetapi sekaligus menjadi medan tarbiah untuk membina ketahanan fizikal, mental dan spiritual demi menyempurnakan misi khatam al-Quran.
Dalam pada itu, Pengarah Program merangkap Penolong Kanan Kokurikulum, Mohd Aris Farizal Abdul Halim berkata, program ini sudah memasuki tahun ketujuh sejak 2016 menjadi antara aktiviti tahunan yang paling dinanti-nantikan oleh para pelajar.
Ads
“Mukhayyam ini menguji fizikal dan mental, namun yang lebih utama adalah bagaimana ia mengukuhkan ukhuwah dan menjentik rasa kekaguman terhadap ciptaan Allah. Setiap peluh yang menitis sepanjang pendakian membawa makna mujahadah yang mendalam,” katanya.
Selain itu, antara aktiviti menarik sepanjang program termasuklah perkhemahan di Kem Baha, aktiviti khatam 30 juzuk secara berkumpulan, menikmati sunrise dari viewpoint Gunung Stong serta berendam di Telaga Tujuh Puteri yang jernih bak kristal.
Ads
Sementara itu, menurut Pengetua Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi, Muhamad Sharifuddin Noh, beliau menegaskan bahawa pembelajaran di luar bilik darjah sebegini penting dalam melahirkan huffaz yang bukan sahaja kuat rohani, tapi juga cergas fizikal dan tajam intelek.
Ads
“Kami tidak mahu hanya melahirkan pelajar yang menghafaz al-Quran semata-mata, tetapi juga memiliki kekuatan emosi dan jiwa kepimpinan. Di sinilah alam menjadi guru dan tarbiah secara langsung berlaku dalam keadaan paling asli,” katanya.
Walau bagaimanapun, program seperti ini bukan sekadar mencabar fizikal melalui pendakian, tetapi lebih mendalam ia membuka ruang untuk refleksi diri, menguatkan hubungan dengan Al-Quran dan alam ciptaan Tuhan serta menjadi kenangan yang membentuk jati diri, menyemai kekuatan spiritual serta menjadikan pengalaman khatam 30 juzuk itu benar-benar hidup dalam sanubari para pelajar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
McDonald’s dan Prosperity Burger mereka memang tak boleh dipisahkan. Sejak 1994 dan hingga kini iaitu kira-kira sepanjang 28 tahun di Malaysia, Prosperity Burger menjadi favorite seperti satu tradisi.
Malah kita semua sanggup menunggu setahun lamanya untuk menelan kembali daging lembu (atau ayam) dengan sos lada hitam tu. Pergh!!
Tahun ini, Prosperity Burger dikeluarkan sedikit pantas berbanding tahun-tahun sudah iaitu bermula hari ini, dan ada sesuatu yang special. Bukan hanya burger yang digilai ramai, Twister Fries dan Prosperity McFizz yang didatangkan sekali juga memang ada pengikutnya sendiri.
Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai
Menariknya lagi, tahun ini MCDONALD’S Malaysia menawarkan hadiah lumayan sempena tahun ke-28 Prosperity Burger di pasaran Malaysia menerusi peraduan Scan & Win Gifts Prosperity Contest bermula hari ini hingga 5 Januari depan.
Hadiah dia bukan biasa-biasa ya, hadiah lumayan yang menanti adalah Proton X-70, Samsung TV 55 inci, Samsung S21 Plus, pembersih udara Dyson, Samsung Galaxy Tab S7, jam tangan jenama Garmin Venu S2 dan Bose Soundlink Micro Bluetooth Speakers.
Menurut Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata dengan setiap pembelian Prosperity Burger, pelanggan layak untuk setiap penyertaan dengan mengesan kod QR pada pembalut Prosperity Burger.
“Selain hadiah utama, kami turut membawakan hadiah seperti Sundae Cone, Apple Pie, McChicken dan McCafe Iced Latte.
“McDonald’s Malaysia sentiasa teruja untuk mengembalikan Prosperity Burger pada setiap akhir dan awal tahun,” katanya ketika menghadiri Majlis Prosperity Burger ke-28 tahun di McDonald’s Mutiara Damansara, baru-baru ini.
Bagi tahun ini, McDonald’s Malaysia membawakan Prosperity Burger bertemakan ‘Prosperity, No Matter What’ bagi mengajak rakyat Malaysia mengeratkan silaturahim dan mencipta kenangan bersama orang tersayang.
Bagi korang yang sudah lama menunggu kemunculan Prosperity Burger ini, boleh lah membelinya di Mcd seluruh negara dengan harga RM14.99 satu set. Cepat tau, masa terhad dan jangan lupa mengesan kod QR pada pembalut Prosperity Burger tu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jaguh bola sepak Norway yang juga bermain sebagai penyerang (striker) Manchester City, Erling Braut Haaland baru-baru ini menjadi bualan di media sosial apabila personalitinya yang unik dan lucu di luar padang mula menarik perhatian ramai.
Beliau bukan sahaja dikenali sebagai mesin jaringan dengan rekod luar biasa, Haaland turut menjadi perhatian kerana gaya hidup, minat terhadap barangan mewah serta sisi bersahajanya yang jarang diketahui peminat.
Di sebalik imejnya sebagai salah seorang penyerang paling digeruni dalam dunia bola sepak, Haaland sebenarnya mempunyai pelbagai sisi menarik yang membuatkan dirinya semakin popular dalam kalangan peminat global. Daripada gelaran “Viking moden” sehinggalah rutin harian yang luar biasa, ini beberapa fakta menarik tentang bintang muda Norway ini yang korang patut tahu.
“Viking Moden” Gen-Z
Dengan ketinggian sekitar 195 sentimeter, rambut perang panjang serta fizikal yang sangat kuat, Haaland sering disamakan dengan seorang pahlawan Viking. Imej tersebut semakin sinonim dengannya kerana latar belakangnya sebagai pemain dari Norway, selain gaya permainannya yang agresif dan penuh tenaga ketika menentang pertahanan lawan.
Menariknya, Haaland turut mengamalkan gaya hidup yang selari dengan imej tersebut apabila diketahui gemar melakukan aktiviti lasak seperti menebang kayu sebagai sebahagian daripada rutin kecergasan. Minatnya terhadap makanan berprotein tinggi seperti jantung lembu juga sering mencuri perhatian peminat.
Cipta Sejarah Tersendiri Pada Usia 26 Tahun
Walaupun masih muda, pencapaian Haaland dalam bola sepak sudah berada di tahap luar biasa. Beliau kini merupakan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman untuk pasukan kebangsaan Norway, mengatasi rekod legenda terdahulu dengan jumlah jaringan yang jauh lebih tinggi.
Keupayaannya menjaringkan gol dalam pelbagai keadaan menjadikan Haaland antara penyerang paling berbahaya ketika ini. Sama ada melalui tandukan, penyudah pantas atau menggunakan kekuatan fizikal untuk melepasi pertahanan lawan, dia terus membuktikan mengapa namanya sering dikaitkan dengan pemain bertaraf dunia.
Sisi Bergaya & Trendy
Di luar padang, Haaland menunjukkan sisi berbeza menerusi minatnya terhadap dunia fesyen. Pemain Manchester City itu diketahui memiliki koleksi beg mewah termasuk beberapa model eksklusif yang jarang ditemui seperti Hermès Birkin, Louis Vuitton, Chanel dan sebagainya.
Hal tersebut membuatkan ramai peminat melihat Haaland bukan hanya sebagai atlet profesional, tetapi juga seseorang yang mempunyai citarasa tersendiri dalam soal gaya dan penampilan. Sisi ini memberi gambaran bahawa kehidupannya tidak hanya tertumpu kepada latihan dan pertandingan.
Darah Bola Sepak Mengalir Dalam Keluarganya
Kejayaan Haaland hari ini turut berkait rapat dengan latar belakang keluarganya. Bapanya, Alf-Inge Haaland, merupakan bekas pemain bola sepak profesional yang pernah beraksi di England bersama beberapa kelab ternama serta mewakili Norway.
Membesar dalam keluarga yang dekat dengan dunia bola sepak memberi Haaland pendedahan awal tentang disiplin, tekanan dan komitmen yang diperlukan untuk menjadi seorang pemain profesional. Namun, perjalanan kariernya tetap dibina melalui kerja keras dan usaha sendiri sehingga berjaya mencapai tahap tertinggi.
Kontrak Bersama Manchester City Sehingga 2034!
Sejak menyertai Manchester City pada 2022, Haaland terus mencipta impak besar dalam bola sepak England. Pada musim pertamanya sahaja, dia berjaya memecahkan rekod jaringan terbanyak dalam satu musim Liga Perdana Inggeris selepas menghasilkan 36 gol liga.
Kejayaan beliau membantu Manchester City meraih kejayaan besar termasuk kejuaraan Liga Perdana, Piala FA dan Liga Juara-Juara UEFA. Tidak hairanlah kelab tersebut kemudian menawarkan kontrak jangka panjang sebagai tanda kepercayaan terhadap peranan penting Haaland untuk masa depan pasukan.
Pernah Jadi ‘Rapper’
Sebelum dikenali sebagai superstar bola sepak, Haaland pernah menunjukkan sisi santai ketika remaja apabila tampil dalam sebuah video rap bersama rakan-rakannya. Video tersebut kemudiannya menjadi bahan nostalgia yang sering dikongsi semula oleh peminat selepas namanya melonjak terkenal.
Kini, fokus Haaland lebih kepada memastikan prestasinya kekal pada tahap tertinggi menerusi rutin pemakanan, tidur dan pemulihan badan yang sangat teratur. Disiplin tinggi dalam menjaga fizikal menjadi antara faktor utama yang membolehkan dirinya kekal konsisten sebagai pemain elit.
Dengan gabungan bakat luar biasa, personaliti yang mencuit hati serta gaya hidup yang unik, tidak mengejutkan apabila Erling Haaland terus menjadi antara figura sukan paling mendapat perhatian dunia. Di sebalik reputasinya sebagai “mesin gol”, Haaland membuktikan bahawa seorang atlet moden bukan sahaja dinilai melalui pencapaian di padang, tetapi juga karakter dan kisah hidup yang membuatkan peminat tidak kira lelaki atau wanita terus mengikuti setiap langkahnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nakal dan suka buat hal. Itulah dua perangai yang boleh digambarkan mengenai kucing yang berwarna oren ataupun kebanyakan daripada kita panggil ‘Oyen’. Tambahan pula, ada sesetengah pencinta kucing yang pening kepala menjaga si bulus berwarna oren ini. Yela sebab terlalu nakal!
Ini kami rangkulkan fakta menarik tentang kucing ‘Oyen’ kenapa tak reti duduk diam dan nakal!
1. DNA kucing Oyen hampir sama dengan harimau
Menurut sumber, DNA kucing oren mempunyai hampir 96% persamaan dengan harimau. Namun, korang tak boleh anggap mereka sama kerana seperti yang kita tahu, harimau tetap menjadi harimau yang berbahaya untuk dibela kerana dari segi saiz badan dan juga taringnya yang lebih tajam dan kuat.
2. Kebanyakan Oyen adalah jantan: 80% jantan, dan 20% betina
Tidak hairanlah mereka biasanya nakal! Kebanyakan kucing oyen adalah jantan. Hal ini berdasarkan susunan genetik mereka.
Menurut The Spruce Pets, sebuah laman web bermaklumat yang dikendalikan oleh doktor haiwan berpengalaman, gen O membawa kod oren (dirujuk sebagai ‘merah’ dalam genetik) dan dibawa pada kromosom X. Oleh kerana betina mempunyai 2 kromosom X, ini bermakna kucing berwarna oren mesti mewarisi dua gen oren (satu dari setiap ibu bapa)
Tetapi bagi seekor kucing jantan, mereka hanya memerlukan satu gen O sahaja dan dapat didapati dari ibunya.
3. Oyen disukai oleh The Vikings pada zaman dulu
Kucing oren sebenarnya pernah disukai oleh pahlawan The Viking dan difahamkan mereka membela kucing oren ini untuk mengawal haiwan perosak seperti tikus semasa di atas kapal.
Personalitinya yang garang dan sangat berani walaupun berhadapan risiko mati juga menjadi faktor pahlawan ini sangat berkenan untuk membela kucing oren.
4. Oyen boleh dianggap jenis kucing yang paling popular dalam media
Mungkin ramai tidak sedar, tetapi kucing oyen ini sangat popular sehingga kucing berwarna jingga ini boleh dianggap sebagai kucing paling popular di media. Sebagai contoh, Garfield dan Puss In Boots (watak dalam filem Shrek).
Kucing oyen sangat popular, malah terdapat kepercayaan di kalangan orang di seluruh dunia bahawa kucing ini, tidak dapat dinafikan, kucing yang paling huru-hara.
5. Semua Oyen jenis kucing ‘Tabby’
Untuk pengetahuan korang, Tabby adalah merupakan corak yang berjalur dan berbintik pada kucing oren ini. Salah satu tanda terbesar ada pada kucing ini adalah corak huruf ‘M’ pada dahi si bulu ini.
6. Dikenali Dengan Kemesraan Mereka
Sekiranya anda terfikir mengapa kucing oyen anda terlalu mesra, ia telah disahkan bahawa kucing berwarna oren adalah kucing yang paling suka berkawan, menurut National Geographic.
Menurut Gary Weitzman, seorang doktor haiwan dan penulis How to Speak Cat, warna kot dikaitkan dengan tingkah laku. Katanya, kucing tortoiseshell didapati boleh berdikari dan mereka biasanya suka hanya satu orang, dan mereka boleh mendesak tentang apa yang mereka mahukan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keputusan bebas Ismahalil diketepikan selepas Mahkamah Rayuan mensabitkannya atas pertuduhan mengedar kanabis dan menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun.