Setelah berbulan rimas dengan rambut yang sudah tidak terurus, akhirnya kaum lelaki di Malaysia boleh menarik nafas lega apabila kerajaan akan membenarkan operasi kedai gunting rambut dan dandan rambut semula.
Tapi paling mengejutkan, baru dua hari kedai gunting rambut dan pendandan rambut dibenarkan beroperasi di bawah SOP yang ketat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), seorang tukang gunting rambut telah disyaki positif COVID-19.
Allahu…
Kes yang berlaku di KL Trader’s Square di Setapak disedari Badan Pengurusan Bersama (JMB) KL Trader’s Square setelah dimaklumkan oleh pihak pengawal keselamatan selepas kehadiran sebuah ambulans di premis bangunan itu.
Seorang pengguna Facebook, Iqbal Ikhwandy yang juga Timbalan Pengerusi JBM KL Trader’s Square berkongsi perkara ini dengan memaklumkan tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak mereka.
Ads
Menurut Iqbal Ikhwandy lagi pihak JMB telah mengambil tindakan pantas dengan menghubungi PKD Titiwangsa dan melakukan proses sanitasi di semua lif blok terlibat.
“Hospital tersebut telah mengesahkan keputusan ujian adalah POSITIF dan kemudian memaklumkan kepada PKD Titiwangsa yang telah menghantar ambulans untuk mengambil pesakit tersebut untuk dibuat swab kedua di hospital kerajaan pula.
Ads
“JMB telah menghubungi PKD Titiwangsa dan memanjangkan maklumat buku log tersebut bagi membantu PKD membuat ‘contact tracing’,” katanya lagi.
Rakan rumah tukang gunting rambut tersebut telah diarahkan untuk melakukan ujian COVID-19 setelah dikenalpasti sebagai kontak rapat.
Ads
Pihak JMB juga telah mengeluarkan notis makluman kepada semua penghuni pangsapuri tersebut.
Tapi apa-apa pun, Kementerian Kesihatan Malaysia belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan kejadian ini.
Ala, min baru plan nak potong rambut hujung minggu ni…huhu
Ternyata trend pengedaran berubah apabila ramai pengedar dadah mencuba pelbagai tenik untuk mengelabui mata pihak berkuasa yang tegas menangani isu pengedaran dadah.
Terkini, pihak berkuasa tempatan berjaya menahan seorang lelaki berusia 41 tahun dan perempuan berusia 40 tahun di dalam sebuah kereta BMW berwarna hitam di kawasan letak kereta sebuah kondominium di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.
Hasil pemeriksaan di dalam kereta, pihak polis telah menjumpai dadah disyaki jenis ganja seberat 2775 gram dan 24 botol cookies disyaki mengandungi cecair ganja seberat 2500 gm dan turut dirampas wang tunai RM1000.
Dalam tindakan susulan pada 24 Jun 2020, lebih kurang jam 2.30 pagi, pihak polis telah membuat serbuan di sebuah rumah yang terletak di Alam Budiman, Shah Alam, Selangor.
Hasil pemeriksaan telah menjumpai dadah disyaki jenis ganja seberat 4111 gram dan minyak ganja seberat 173 gram. Turut dirampas 1 kereta perodua Asia, 1 van dahaitsu gran max, wang tunai RM2000, bar emas 515 keping dan bar perak 400 keping melibatkan nilai keseluruhan RM16,000.
Nilai keseluruhan rampasan cookies bernilai RM1330.
Dan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM474, 754 melibatkan kenderaan, jumlah nilai dadah dan lain lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya modus operandi love scam tidak mengenal usia. Jika suatu masa golongan berusia menjadi sasaran kerana kesunyian selain mudah diperdaya apabila digertak, nampaknya remaja juga tidak terkecuali.
Terkini, mereka menyasarkan golongan muda remaja dan sila berhati-hati dengan individu yang dikenali melalui media sosial ya. Ini kerana love scam ini sudah menggila dan hanya mahu dapatkan wang semata-mata.
Akhbar melaporkan, seorang remaja lelaki 14 tahun diperdaya seorang 'gadis' yang dikenalinya dalam laman Facebook sehingga sanggup menyerahkan RM295,950 menerusi 21 transaksi pindahan wang antara 2 Mei hingga 20 Jun lalu.
Remaja itu yang dipercayai diperdaya sindiket Love Scam bukan sahaja menyerahkan wang simpanannya tetapi juga membabitkan wang yang dipinjam daripada ahli keluarga.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata, perkenalan antara mangsa dan suspek bermula Februari lalu menerusi iklan jualan telefon di Facebook yang dibuat oleh seorang gadis bernama Dea Anis atau Anis Anis.
"Remaja itu tertarik dengan telefon yang diiklankan lalu menghubungi gadis berkenaan melalui nombor telefon yang disertakan.
"Bermula dari situ, terjalin hubungan antara mereka dan mangsa sering menghubungi gadis itu untuk berbual melalui aplikasi WhatsApp dan bermain permainan video dalam talian PUBG mobile," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Katanya, selepas empat bulan berkenalan, gadis itu meminta bantuan mangsa untuk meminjam wang dan permintaan itu dipenuhi.
"Dalam tempoh 2 Mei hingga 20 Jun lalu, mangsa meminjamkan wang kepada gadis itu melalui 21 transaksi pindahan wang ke dua akaun bank yang diberikan namun atas nama individu yang berlainan. "Suspek berjanji akan membayar hutangnya itu namun hingga kini dia gagal berbuat demikian," katanya.
Menurutnya, selepas mengetahui penipuan itu, bapa mangsa yang berusia 53 membuat laporan polis di Balai Polis Brinchang, Cameron Highlands semalam.
"Polis kini sedang mengesan seorang lelaki pemilik nombor akaun yang digunakan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya. Sumber : BERITA HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam tempoh 48 jam sejak pingat emas yang dimenangi secara adil oleh jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli ditarik semula oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), pelbagai kisah punca kelewatan atlet tersebut ke call room bersama-sama dua lagi orang atlet iaitu Jordi Patricio Congo Villalba (Ecuador) dan Todd Hodgetts (Australia) telah kedengaran.
Malah, tempoh kelewatan mereka juga hadir dalam beberapa versi – ada yang berkata lewat lima minit, tiga minit, dua minit dan sebagainya.
Sumber Foto : BERNAMA
Namun apa yang pasti, Ziyad dan kem Malaysia gagal memenuhi tuntutan peraturan pertandingan World Para Athletics iaitu tidak mendaftarkan diri di dalam call room pada waktu yang ditetapkan dan sekaligus boleh dihalang daripada menyertai pertandingan kerana faktor kelewatan hadir melaporkan diri.
Dalam satu sidang media besama Chef de Mission Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 iaitu Datuk Seri Megat D Shahriman, beliau berharap agar rakyat Malaysia tidak menunding jari ke arah mana-mana individu sebagai penyebab insiden berlaku tanpa bukti yang kukuh.
Chef de Mission Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 iaitu Datuk Seri Megat D Shahriman. Tangkap Layar : Astro Arena
Tambahan pula, insiden ini masih dalam siasatan dan pihaknya sedang cuba mendapatkan rakaman CCTV di call room dan kawasan menunggu Stadium Olimpik Tokyo daripada pihak penganjur. Ia bukan saja demi melakukan siasatan dalaman tetapi juga untuk mendapatkan gambaran serta masa sebenar insiden sebagai bukti bagi tindakan rayuan selanjutnya.
Menerusi laporan Berita Tengah Hari di saluran RTM sebentar tadi, REMAJA mengikuti sidang media lanjut di mana Datuk Seri Megat mengambil soalan daripada rakan media yang hadir pada sesi tersebut.
Persoalan siapakah yang harus bertanggungjawab di sebalik insiden ini menjadi persoalan utama yang dikeutarakan. Ini kerana rakyat Malasyia masih dalam zon kelabu berkenaan apa sebenarnya yang terjadi hinggakan atlet tersebut boleh lewat tiba.
Spekulasi lewat kerana menelefon seseorang, berdepan kesesakan dalam perjalanan ke bilik menunggu dan hujan lebat adalah antara punca yang diperkatakan di media sosial. Adakah mana-mana spekulasi itu benar atau tidak?
Ulas Datuk Seri Megat, “Tugas saya sebagai CDM (Chef De Mission) adalah untuk melakukan protes dan rayuan. Untuk menghukum, menunding jari atau untuk mengatakan orang ini orang itu (yang bertanggungjawab) bukanlah dalam kapasiti saya.
“Bahagian itu akan saya serahkan kepada pihak kementerian untuk melakukan post-mortum.”
“Saya juga tidak berada di situ. Itulah sebab saya ‘mati-mati’ ingin mendapatkan (rakaman) CCTV itu. Tidak adil untuk saya tunding jari kepada seseorang dan apabila (rakaman) CCTV dapat, mungkin orang lain. Jadi kita kena hormati proses ini,” katanya.
Pada masa yang sama, Datuk Seri Megat mengesahkan bahawa tiada pengurus skuad para negara yang mengikut kontijen Malaysia ke Tokyo bagi temasya tersebut.
“Sebagai CDM, saya juga terpaksa korban jumlah sekretariat saya di sana. Saya bagi tahu, sekretariat saya Encik Mohon (menjadi) satu-satunya orang yang perlu melakukan semua kerja. Tidak logik bukan? Sepatutnya saya ada tiga orang. Tapi itulah pengorbanan yang perlu kami lakukan, tiada pengurus pasukan dan penolong di sana,” kata beliau sambil merujuk kepada situasi pandemik di Tokyo 2020 sekarang.
Oleh itu, kita biarkan saja siasatan dan rayuan ini diteruskan oleh pihak mereka. Lata Datuk Seri Megat, biarpun kecewa, Ziyad Zolkefli sendiri dilihat berlapang dada dengan keputusan tersebut.
Terdapat ramai lagi atlet para negara di Tokyo 2020 yang memerlukan sokongan seluruh rakyat Malaysia bersama mereka. Ayuh berikan sokongan tidak terhingga agar kita boleh terus menuai pingat di sana.