
Ternyata trend pengedaran berubah apabila ramai pengedar dadah mencuba pelbagai tenik untuk mengelabui mata pihak berkuasa yang tegas menangani isu pengedaran dadah.
Terkini, pihak berkuasa tempatan berjaya menahan seorang lelaki berusia 41 tahun dan perempuan berusia 40 tahun di dalam sebuah kereta BMW berwarna hitam di kawasan letak kereta sebuah kondominium di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

Hasil pemeriksaan di dalam kereta, pihak polis telah menjumpai dadah disyaki jenis ganja seberat 2775 gram dan 24 botol cookies disyaki mengandungi cecair ganja seberat 2500 gm dan turut dirampas wang tunai RM1000.
Dalam tindakan susulan pada 24 Jun 2020, lebih kurang jam 2.30 pagi, pihak polis telah membuat serbuan di sebuah rumah yang terletak di Alam Budiman, Shah Alam, Selangor.
Hasil pemeriksaan telah menjumpai dadah disyaki jenis ganja seberat 4111 gram dan minyak ganja seberat 173 gram. Turut dirampas 1 kereta perodua Asia, 1 van dahaitsu gran max, wang tunai RM2000, bar emas 515 keping dan bar perak 400 keping melibatkan nilai keseluruhan RM16,000.
Nilai keseluruhan rampasan cookies bernilai RM1330.
Dan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM474, 754 melibatkan kenderaan, jumlah nilai dadah dan lain lagi.


Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Olimpik : Perenang Poland Dihantar Pulang Dari Jepun Tapi Bukan Kerana COVID-19

Gara-gara kesilapan teknikal yang tidak disengajakan, enam orang perenang dari Poland terpaksa dihantar pulang dari Jepun sebelum Sukan Olimpik Tokyo 2020 membuka tirai secara rasminya pada hari Jumaat ini.
Dalam kenyataan rasmi oleh Presiden Persekutuan Renang Poland (PZP), Pawel Slominski telah memohon maaf selepas enam atlet tersebut terpaksa pulang disebabkan oleh kesilapan teknikal pengurusan.
Secara total, Poland telah menghantar seramai 23 perenang ke Jepun. Namun PZP terpaksa mengecilkan jumlah skuad renang itu kepada 17 orang sahaja berdasarkan syarat-syarat kelayakan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).

Beliau turut faham sekiranya enam orang perenang itu merasa marah terhadap situasi yang disesali oleh pihaknya ini.
“Saya menzahirkan rasa kesal dan sedih berikutan situasi berkaitan kelayakan para perenang kami yang telah berada di Tokyo untuk Sukan Olimpik.
“Situasi seperti ini tidak seharusnya terjadi. Dan reaksi balas para perenang, emosi mereka dan serangan yang dilakukan terhadap Persekutuan Renang Poland amatlah kami fahami,” katanya.
Enam atlet yang dimaksudkan itu ialah Alicja Tchorz, Bartosz Piszczorowicz, Aleksandra Polanska, Mateusz Chowaniec, Dominika Kossakowska dan Jan Holub.
Alicja Tchorz yang pernah bertanding di Sukan Olimpik 2012 di London dan 2016 di Rio telah meluahkan rasa marahnya di media sosial menerusi akaun rasmi PZP.

“Bayangkan, kamu sudah korbankan hidup kamu selama lima tahun dan lakukan sebaik mungkin untuk acara sukan terpenting. Kamu korbankan kehidupan peribadi dan pekerjaan, kamu korbankan masa bersama keluarga.. tapi dedikasi kamu itu berakhir dengan kegagalan.”

Tambah seorang lagi perenang iaitu Mateusz Chowaniec di Instagram-nya, “Saya amat terkejut dengan apa yang berlaku ini. Ini adalah situasi yang tidak masuk akal dan tidak seharusnya terjadi . Malah, saya berharap agar saya boleh disedarkan daripada mimpi ngeri ini.”
Melihat video temuramah ringkas bersama Alicja Tchorz di bawah, jelas riak wajahnya yang kecewa dengan perkhabaran ini.
Isu ini telah mendapat perhatian meluas oleh rakyat Poland yang merasa kasihan terhadap enam perenang tersebut. Menurut laporan laman web renang SwimSwam di sana, beberapa perenang Poland telah menandatangani surat terbuka kepada PZP dan meminta agar badan pengurusan Persekutuan itu meletakkan jawatan. Surat tersebut juga telah dimuat naik oleh Alicja Tchorz di akaun Instagram-nya; seperti di bawah:


Aduh, cuba bayangkan korang baru sahaja tiba ke Jepun dengan perasaan penuh bersemangat. Namun diberitahu pula korang tidak boleh bertanding demi negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Sejarah Tercipta Buat Malaysia!”, PM Ucap Tahniah Buat Harimau Malaya

Bagaikan mimpi jadi kenyataan apabila anak didikan Kim Pan-gon berjaya membawa Malaysia ke kejohanan Piala Asia 2023 selepas membenam cabaran Bangladesh 4-1 malam tadi.
ARTIKEL BERKAITAN : ‘Kerusi Panas’ Ketua Jurulatih Harimau Malaya Diisi Kim Pan-gon, Ini 5 Fakta Tentang Pemilihannya

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memuji dan mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya yang layak ke Piala Asia 2023 sekali gus menamatkan penantian selama 43 tahun untuk beraksi dalam saingan itu.
Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri melahirkan rasa bangga dengan barisan pemain kebangsaan yang berjuang hingga ke tiupan wisel terakhir apabila membenam Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini.

“Sejarah tercipta buat Malaysia! Tahniah juga kepada para penyokong yang menyokong pasukan kita tanpa berbelah bagi. Kita teruskan perjuangan di Piala Asia 2023!,” kata Perdana Menteri.
Ismail Sabri yang turut hadir menyaksikan perlawanan itu turut memberikan kata-kata semangat apabila Malaysia menjaringkan gol.
Perdana Menteri turut menyifatkan persembahan skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon pada malam ini sangat baik dan membanggakan.

Skuad Harimau Malaya tampil dengan aksi penuh bertenaga dan menekan pihak lawan malam semalam. Tidak berdiam diri dan mahu memastikan misi ke Piala Asia tidak kecundang begitu sahaja, para pemain di atas padang terus memberikan seratus peratus dan mendapat hasilnya.
Gegak gempita seluruh stadium selepas itu meraikan kejayaan negara mara beraksi di pentas Piala Asia buat kali keempat, kali terakhir secara merit adalah pada 1980. Pada 2007, Malaysia turut tampil dalam kejohanan tersebut, namun selaku tuan rumah.
Tahniah Harimau Malaya, anda kebanggaan kami semua.
Sumber : Facebook Ismail Sabri, Berita Harian
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini Cerita SEBENAR Tentang Kelewatan Pengisytiharan PM Semalam, Istana TAK SALAH!

Semalam, banyak cerita-cerita “luar biasa” mengenai kelewatan perisytiharan istiadat Perdana Menteri Malaysia ke-7 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Ada macam-macam teori keluar kerana rakyat sudah letih menunggu dari pagi membawa ke petang tetapi tiada majlis akad sumpah dijalankan.
Dari petang membawa ke malam dan tepat jam 9.50 minit malam, dalam majlis kurang dari setengah jam itu, Tun Dr Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 sekaligus memecah rekod dilantik dua kali sebagai PM.
Tapi apa cerita sebenar yang korang kena tahu di sebalik isu kelewatan ini. Baca tulisan perkongsian dari Ali Imran yang menulis di facebooknya.
Mengapa Perlu Burukkan Istana?
Ya, anda telah menang.
Tapi janganlah tuduh istana macam-macam.
Nak serah anak perempuan kahwin pun kita perhati habis bakal calon suaminya,
Inikan pula nak serah tampuk kepimpinan negara, mestilah nak kena pastikan semua benda terjaga.
Biar aku jawab beberapa kekeliruan yang menular masuk ke telefon pintar anda.
- Tuduhan Yang DiPertuan Agong tidak ada dalam negara – – PALSU.
YDP Agong sendiri pun bersengkang mata sampai lebih daripada pukul 3 pagi tadi.
Bila sudah rasmi keputusan PRU keluar dan PKR (rujuk nama parti bertanding) dapat jumlah kerusi tertinggi, baginda perintah Kak Wan datang menghadap.
Kenapa?
Sebab secara sah, Kak Wan adalah Pengerusi PKR.
Dan secara sah, yang bertanding adalah PKR.
Kalau perasan waktu Tun M buat press conference pukul 3.00 pagi tadi, Kak Wan tak ada. Kenapa?
Sebab beliau di istana!
[tambah info] Aku sendiri yang berkomunikasi dengan team Kak Wan yang ke istana malam tadi. Sebab itu aku tahu.
- Kononnya Raja-raja tak mahu Tun M jadi PM.
Aku tak tau siapa mulakan benda ini tapi kalau dia kena tangkap, aku doa dia kena hukum cukup-cukup. Akibat tuduhan ini, ada pihak yang sampai buat petisyen dalam talian desak istana terima Tun M.
Pada mata aku yang tak sepandai kau orang, ini hujah aku.
Kenapa belum angkat sumpah?
Jawapanya – The legality process. The procedure.
Dalam real politic, ‘mengaku’ sebagai geng/coalition berbanding legally binded as coalition has such a huge impact. Atas kertas, secara sah tiada parti yang dapat simple majority. Some people call it as ‘hung government’.
PKR dapat 104 kerusi. DAP dapat 9 kerusi. Walaupun kita fahami DAP yang bertanding di Sarawak guna nama DAP itu adalah sebahagian daripada PH, tetapi PH itu sendiri tidak wujud secara legal sebagai sebuah pakatan politik.
Aku yakin Tun sedar perkara ini, sebab itu tadi dalam press confrence beliau maklumkan semua MP PH sudah tanda tangan deklarasi kesepakatan mereka dan persetujuan mereka mengangkat Tun M sebagai PM.
Aku tak tahu sejauh mana istana akan terima deklarasi ini sebagai sandaran yang reliable sebelum memutuskan untuk menyerah tampuk pemerintahan kepada Tun M sebagai PM.
Tindakan yang lebih baik adalah (since PH is already in power) desak ROS luluskan permohonan koalisi mereka dan banyak perkara akan jadi mudah selepas itu.
Bolehkah PH buat begitu? Aku rasa boleh. Malam tadi Tun dah arahkan KSN umumkan cuti umum, betul? Same thing applies.
Malangnya hari ini dan esok cuti umum. ROS pun cuti.
Pokoknya, istana perlu hati-hati. Every petty matters need to be ensured thoroughly.
Jangan bila dah lantik PM tiba-tiba ada pula MP yang pusing 90 darjah atau 180 darjah mencabar perlantikan itu. Lagi kacau nanti.


Jangan ingat sultan-sultan itu tak tahu apa-apa.
Biarkan mereka buat kerja mereka.
Ingat! Antara persepsi buruk orang terhadap PH adalah dilabel sebagai anti istana.
Kalau orang PH sayangkan kemenangan ini, jaga perangai. Buktikan tuduhan itu salah.
Kalau baru hari pertama orang dah nampak PH macam nak ‘langgar’ istana, PH akan rugi in the long run.
Sekian.
Ali Imran
Wartawan Awam

Ini Timeline sebenar mengenai kelewatan semalam seperti dikeluarkan oleh pihak Istana Negara.
10 Mei 2018:
1.38 petang – Istana Negara terima surat daripada komponen PH menyokong perlantikan Tun M sebagai PM ke-7.
2.45 petang – Istana Negara terima keputusan rasmi PRU 14 daripada SPR.
5.00 petang – Selepas mengesahkan dokumen-dokumen, YDP Agong mengadakan pertemuan dengan pemimpin empat parti komponen PH iaitu DS Wan Azizah, TS Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu
Selepas menemubual kesemua mereka, YDP Agong menjemput Tun M untuk membentuk kerajaan dan mengadakan perlantikan Tun M sebagai Perdana Menteri ketujuh pada pukul 9.30 malam ini.
6.48 petang – Pertemuan tamat.
9.30 malam – Istiadat perlantikan Tun M sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia.
– – –
Istana Negara menafikan sebarang tuduhan mengatakan YDP Agong sengaja melewat-lewatkan proses perlantikan ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

