Bagaikan tahu ajalnya sudah dekat, di akhir hayatnya, pemain bass kumpulan Seventeen yang maut dalam tragedi tsunami semalam dilihat lebih banyak beribadah selain meningkat amal diri juga bersedekah.
Inilah dikongsikan oleh seorang rakannya, Fajar yang memaklumkan Bani amat cenderung mempelajari agama. Bahkan dia sempat menghantar ibunya menunaikan umrah selain berjanji akan membiayai sekolah adiknya sehingga tamat belajar.
“Ibunya baru balik dari umrah bulan lepas. Malah dia juga dilihat semakin cenderung memperbaiki dirinya selain rajin ibadah,” katanya yang nyata sedih dengan tragedi menimpa sahabatnya itu.
Dalam pada itu, seorang jiran arwah Bani berkata, setiap kali hari raya dia akan menerima sedekah 100,000 rupiah dari pemain bass yang baik hati itu.
Bani seakan tahu ajalnya sudah tiba. Dia perbanyakkan ibadah di saat akhir hidupnyaKetika mengadakan persembahan lagu kedua, pentas band Seventeen tiba-tiba roboh dan menghanyutkan anggotanya
Kumpulan Seventeen ini antara korban tsunami ketika sedang membuat persembahan bagi lagu kedua di Tanjung Lesung, Banten pada Sabtu 22 Disember 2018.
Pentas yang mereka mengadakan persembahan tiba-tiba runtuh di mana ahli kumpulan ini dilihat berpegangan tangan namun akhirnya tiba-tiba lenyap dilanda tsunami besar.
Ads
Dalam kejadian tsunami ini, hanya seorang yang hidup iaitu Ifan penyanyi utamanya. Selain Andi dan pengurus mereka, Oki, empat lagi mayat belum ditemui iaitu Herman (gitaris), Abdi Windu (drum), Ujang (kru) dan Dylan Sahara (isteri vokalis Ifan).
Letusan gunung berapa Krakatau antara penyebab tsunami di Banten terjadi
Bagaimana tsunami Banten berlaku?
Setakat ini disahkan 222 kematian terjadi sementara 168 orang lagi belum ditemui.
Badan Mateorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) berkata tiada amaran awal berbunyi sekaligus mencetuskan panik di kalangan penduduk tempatan yang jelas tidak bersedia dengan bencana ini. Tsunami ini mula tercetus apabila terjadi gelombang besar di Pantai Anyer di Kabupaten Pandeglang dan Lampung Selatan pada jam 9.30 malam.
Ads
Banyak rumah runtuh dipukul tsunami setinggi 2-3 meter yang melanda Selat SundaSetakat ini korban tsunami sudah melebihi 222 orang dengan 843 orang alami kecederaan
Ratusan rumah dan bangunan rosak teruk dan dikhabarkan 843 orang tercedera buat masa ini.
Seperti tsunami yang terjadi di Indonesia sebelum ini, kes di Banten kali ini begitu berbeza kerana tiada petanda air surut sebaliknya terus terjadi ombak setinggi dua ke tiga meter melanda.
BMKG melaporkan satu gegaran dikenal pasti berlaku di gunung berapi Anak Krakatau Dwikorita dan peristiwa itu berlaku pada Jumaat 21 Disember pada jam 1.51 tengahari dan ternyata ianya adalah petanda awal. Namun gegaran di gunung berapi itu diletakkan sebagai tanda waspada sahaja ketika itu.
Ads
Banyak kemusnahan terjadi dalam tsunami di Banten ini
“Pada 22 hb, satu pengumuman dibuat iaitu gegaran itu berpotensi tinggi. Jam 7.00 malam BMKG melaporkan akan berlaku potensi gelombang tinggi di sekitar perairan Selat Sunda.
“Dijangkakan gelombang tinggi akan terjadi pada 21-25 Disember nanti,”kata jurucakap BMKG yang menjelaskan tsunami ini terjadi disebabkan dua peristiwa iaitu gegaran letusan gunung berapi Anak Krakatau dan keduanya ialah gelombang tinggi.
Apa yang mengejutkan, pasukan BMKG ada di Selat Sunda melakukan ujian pada jam 9.00-11.00 malam.
“Namun gelombang kuat dan angin kencang membawa pasukan kembali ke darat. Dan ternyata dari sinilah tsunami terjadi,” katanya lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelumba berusia 33 tahun yang terkenal dengan jolokan “The Pocket Rocketman” berada dalam kelas tersendiri apabila muncul kembali sebagai Raja Pecut Dunia.
Berita gembira ini turut di sampaikan menerusi satu ciapan di Twitter rasmi Azizulhasni sendiri.
Kembali ke puncak dunia.
World No.1 – Individual Sprint
World No.2 – Keirin
.
Saya rasa gembira dengan berita ranking semasa ini. Sudah tentu ianya menjadi motivational boost buat saya didalam persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo Ogos nanti. Bagi saya, pic.twitter.com/4Ik7FRslY6
Jika sebelum ini, negara jiran kita Indonesia dilaporkan dikesan kes cacar monyet atau mpox. Terkini, di Thailand pula dikesan melibatkan seorang lelaki Eropah yang tiba dari Afrika minggu lalu dan sedang menunggu keputusan ujian untuk menentukan mutasi.
GAMBAR yang dirakam pada 1996 di Congo memaparkan tangan pesakit cacar monyet. FOTO REUTERS
Pihak berkuasa Thai menganggap kes itu adalah mutasi Clade 1 mpox, kerana individu berkenaan seorang lelaki Eropah berusia 66 tahun yang bermastautin di Thailand.
Malah, Kementerian Kesihatan Malaysia kini sedang meningkatkan pengawasan dan aktiviti advokasi terhadap mpox selepas WHO mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam golobal.
Fakta Tentang mpox?
Mpox merupakan penyakit yang berpunca dari wabak cacar monyet. Ini merupakan jangkitan virus yang boleh merebak dan menjangkiti orang lain melalui kontak rapat dan kadang-kadang dari persekitaran, barang dan permukaan yang telah disentuh oleh orang yang menghidap mpox.
Sekiranya virus mpox ini wujud pada haiwan liar, ia juga boleh menjangkiti manusia yang menyentuhnya.
Simptom mpox
Mpox boleh menyebabkan pelbagai tanda-tanda dan simptom. Ada orang yang mempunyai simptom yang sedikit dan ada juga yang mengalami simptom serius sehingga memerlukan rawatan di pusat kesihatan.
Simptom mpox ini termasuklah ruam pada badan selama 2 ke 4 minggu yang mungkin dimulakan atau diikuti dengan demam, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang, kurang bertenaga atau kelenjar bengkak.
Ruam ini pula akan kelihatan seperti lepuh atau luka di bahagian muka, tapak tangan, tapak kaki dan di sekitar kawasan alat sulit. Ia juga boleh ditemui di dalam mulut, tekak, anus, rektum, faraj atau mata.
simptom mpox
Dalam kebanyakan kes, simptom mpox ini boleh pulih sendiri dalam masa beberapa minggu dengan jagaan yang betul seperti bantuan ubat sakit atau demam. Tapi untuk sesetengah orang, penyakit ini boleh menjadi teruk sehingga menyebabkan komplikasi atau kematian.
Bayi baru lahir, kanak-kaak dan wanita mengandung serta orang yang mempunyai kekurangan imunisasi berpunca dari penyakit HIV merupakan individu yang berisiko tinggi untuk mengalami mpox yang teruk serta kematian.
Macam mana mpox menular?
Mpox boleh merebak dari individu ke individu melalui:
Hubungan rapat termasuk sentuhan kulit ke kulit.
Sentuhan mulut ke mulut atau mulut ke kulit.
Berdekatan dengan seseorang yang mempunyai mpox.
Semasa penularan global pada tahun 2022, virus ini kebanyakannya merebak melalui hubungan seksual.
Orang yang dijangkiti mpox dianggap berjangkit sehingga:
Semua luka mereka telah kering.
Kudis telah jatuh.
Lapisan kulit baru telah terbentuk di bawahnya.
Semua luka di mata dan seluruh badan telah sembuh.
Virus ini juga boleh berada di permukaan untuk suatu jangka masa dan menjangkiti orang yang menyentuhnya, terutamanya jika:
Seseorang itu mempunyai luka.
Menyentuh mata, hidung, mulut, atau sebarang rongga terbuka dengan tangan.
Mpox juga boleh dijangkiti dari ibu mengandung kepada anak di dalam kandungan:
Semasa mengandung.
Selepas bersalin melalui sentuhan kulit ke kulit.
Kalau korang nak tahu, sebeum ini Malaysia pernah merekodkan sebanyak sembilan kes mpox di mana kes pertama telah dikesan pada 26 Julai 2023 dan kes terakhir dikesan pada November tahun yang sama. Kesemua kes ini mempunyai sejarah aktiviti berisiko tinggi dan telah pun pulih tanpa kematian direkodkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas Perdana Menteri keempat dan Ketujuh Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN pada pagi tadi dan boleh pulang ke kediaman beliau.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh IJN, Dr Mahathir bagaimanapun memerlukan waktu rehat yang mencukupi dan diminta untuk hadir secara berkala ke IJN bagi menerima rawatan susulan mengikut keperluan.
Sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU) di IJN bermula Disember lalu sebelum dimasukkan semula pada Januari 2022, tumpuan masyarakat Malaysia terarah kepada keadaan kesihatan beliau.
Pada usia 96 tahun, semangat juang Perdana Menteri paling lama negara ini terus kuat lebih-lebih lagi dengan doa serta dorongan yang diterima daripada pelbagai pihak.
Terdahulu manerusi platform media sosial, wakil Dr Mahathir pada 4 Februari 2022 (Jumaat) telahpun memuat naik video perkembangan terkini beliau yang telahpun pulang ke kediaman bersama isteri tercinta, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Beliau dimaklumkan telah dibenarkan pulang sejak hari Rabu tetapi perlu kembali semula ke IJN untuk menjalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut.
“Saya ingin memaklumkan bahawa saya telah pulih – tidak sepenuhnya – tetapi telah pulih (selama) beberapa hari. Dan saya tiap-tiap hari; saya telah balik ke rumah daripada hospital.
“Saya ucap terima kasih kepada semua pihak yang telah berdoa untuk pemulihan saya. Ramai yang hantar bunga, kad dan sebagainya,” kata beliau dalam video yang dipaut di bawah.
Turut kelihatan adalah gambaran beliau yang lebih riang menikmati secawan minuman dan membaca surat khabar di atas sofa biarpun jelas masih memakai gelang tangan hospital.
Perkembangan Kesihatan YABhg. Tun Dr Mahathir bin Mohamad
Dengan perkembangan terbaru dari IJN hari ini, diharap rawatan pemulihan Dr Mahathir di rumah akan berjalan dengan lancar dan ceria di samping keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Ahmad Zaim Ghazali yang membina syarikat bas ekspres Zaim Express selepas melalui kehidupan sukar sebagai anak yatim dan pernah bekerja sebagai penghantar surat.