
Kehangatan Avengers: Endgame masih lagi menjadi bualan dunia kerana terbaru, Google Search telah menyelitkan ‘Easter Egg’ Thanos di dalam sistem carian mereka.
Spoiler pada yang belum menonton Infinity War, tapi kami dah tak peduli sebab dah sampai tahap ni confirm semua dah tonton Infinity War. Pada pengakhiran filem tersebut, Thanos menghilangkan 50 peratus populasi hidupan di alam semesta.
Dan kali ini, Thanos kembali melenyapkan separuh dari carian Google. Kalau korang nak tengok depan mata sendiri, boleh try tengok step-step yang kami kongsikan ini.
1. Pergi ke Google
2. Search Thanos
3. Klik simbol Infinity Gauntlet disebelah kanan

4. Enjoy!
Korang boleh lihat carian di Google tiba-tiba lenyap sejurus selepas klik simbol Infinity Gauntlet tersebut. Peminat Marvel mesti teruja kan? Power beb!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kau Muda Dan Perjalanan Masih Jauh…”, TMJ Titip Nasihat Buat Arif Aiman

Kelincahan aksi Arif Aiman Hanapi yang merupakan pemain sayap Harimau Malaya dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) di atas padang sememangnya tidak boleh dinafikan lagi.
ARTIKEL BERKAITAN : Dapat Jolokan ‘Messi Malaysia’, Fakta Arif Aiman Hanapi Yang Ramai Tak Tahu
Dianggap antara bintang masa depan bola yang akan terus memancarkan sinar harapan buat pasukan negara.
Sedar dengan bakat pemain berusia 20 ini, TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil menitip pesanan berguna buat pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi dalam laman sosial Instagram.

Baginda berkata, pemain muda itu harus sentiasa merendah diri dan tetap disiplin walaupun diri berada di atas. Nasihat ini dicatat Tunku Ismail menerusi akaun Instagram miliknya di ruang komen Instagram Arif Aiman.

“Bagus Arif. Kekal merendah diri dan tetap berdisiplin. Kau masih muda dan perjalanan masih jauh,” catat Tunku Ismail.
Pemilik JDT itu turut mendoakan Arif Aiman diberkati oleh Allah dan diberi banyak lagi rezeki serta kejayaan di mana sahaja pemain itu berada terutamanya dalam bidang bola sepak.

“Jaga diri,” catat Tunku Ismail.
Catatan itu dibalas Arif Aiman menerusi tekad dan janji untuk sentiasa mengingati pesanan TMJ.
“Junjung kasih Tunku atas segalanya. Saya akan sentiasa ingat semua pesanan Tunku. Insya-ALLAH,” katanya.
Apa-apa pun, REMAJA ingin mengucapkan all the best kepada Arif Aiman untuk meneruskan rentak cemerlang apabila diturunkan dalam perlawanan-perlawanan seterusnya.
BACA : Gadis 21 Tahun Disunting Kelab Bola Sepak Di India, Pertama Seakannya Oleh Wanita Malaysia
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak Lelaki Patut Lebihkan Siapa Selepas Kahwin, Mak Atau Isteri?

Alam rumahtangga merupakan satu ujian untuk suami dan isteri. Ada ketika pasangan diuji dengan kebahagiaan tetapi ada juga diuji dengan pergaduhan sehingga membawa kepada perceraian. Tidak mengira usia, tua atau muda, ada ketika rumahtangga yang dibina terhenti di tengah jalan.
Persidangan Dewan Negara baru ini turut merekodkan kadar perceraian tertinggi sebanyak 8,794 kes cerai bagi pasangan Islam bagi tahun 2017 diikuti Johor sebanyak 4441 seperti di maklumkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh. Malah dikatakan ramai pasangan muda di bawah usia lima tahun perkahwinan berakhir dengan perceraian atas alasan tidak persefahaman.
Malah di media sosial juga kecoh pernah dengan isu perceraian pelakon Fizo Omar dan bekas isteri, Mawar di mana dalam satu kenyataan Mawar memaklumkan, Fizo sebagai anak yang baik kepada keluarganya sekaligus menimbulkan spekulasi netizen bahawa perceraian antara pasangan ini berkaitan dengan keluarga

REMAJA menemuramah Naqib Masjid Al Khadijiah, Pantai Dalam Ustaz Shahril bin Abd Samad mengenai isu patut lebihkan siapa selepas kahwin, mak atau isteri?
Menurut Ustaz Shahril, tanggungjawab kepada isteri adalah sama pentingnya dengan tanggungjawab kepada ibu yang melahirkan.
“Anak lelaki besar tanggungjawabnya. Sekali pun sudah berumahtangga, menjadi kewajipan kepada anak lelaki untuk tidak mengabaikan ibu yang melahirkan, menjaga dan membesarkan mereka.
“Isteri juga penting tetapi seorang anak lelaki tidak boleh terlalu mengikut telunjuk isteri sehingga menjadi dayus. Lelaki harus menjadi pembuat keputusan yang adil dan tepat. Malah dalam bab memberi duit pun, kalau beri pada isteri, berilah juga pada mak. Dalam memberi ceramah, saya selalu berkata, jangan beri jumlah yang sama kepada kedua-duanya kerana keperluan berbeza-beza. Kalau bagi isteri RM500, mak mungkin lebih atau kurang dari jumlah itu. Tergantung kepada keperluan yang penting,” katanya mengakui anak lelaki perlu bijak membuat keputusan.

Mana lebih urgent, kalau dua-dua minta tolong serentak? Menurut Ustaz Shahril, pertolongan ini juga perlu dilihat kepada betapa pentingnya situasi keadaan pada masa permintaan itu dilakukan.
“Saya ambil contoh, isteri suruh ambil anak di sekolah sebab sibuk mesyuarat tapi masa yang sama, mak pula minta hantar ke hospital kerana keadaannya agak kritikal. Dalam ajaran Islam, kita wajib mendahuluikan mak yang membesarkan kita kerana keadaannya berkaitan nyawa manakala anak kita boleh tunggu seketika. Di sini, anak lelaki harus berperanan dan tahu membezakan mana yang lebih penting.
Jangan jadi lelaki dayus? Jelas Ustaz Shahril, selain perlu bijak membuat keputusan kerana amanah dari Allah ini, suami juga tidak seharusnya tunduk dengan desakan isteri atas alasan sayang dan mengenepikan emaknya begitu sahaja.
“Ada kes begini. Begitu ikut telunjuk isteri dan isteri control rumahtangga. Isteri kena ingat, tanpa mak yang melahirkan suaminya, tak mungkin jodoh mereka tertulis di sini. Di sinilah hak sebagai mak perlu dijaga.Ini termasuklah anak lelaki dituntut berbuat baik seperti tidak meninggikan suara di hadapan mereka sesuai dengan firman Allah SWT di dalam surah Al-isra ayat 23 : “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya kamu tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah kamu menengking (menyergah) mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”
“Rasulullah SAW bersabda anak-anak wajib membantu kedua ibu bapa dari sudut kemampuan setakat yang mampu, taat kepada mereka dan tidak sesekali menderhakai mereka. Malah selepas ibu bapa meninggal dunia, tanggungjawab anak-anak masih tidak lepas iaitu perlu tunaikan hutang-hutang yang wajib iaitu hutang dengan Allah SWT seperti puasa, haji, nazar dan sebagainya.
“Langsaikan hutang-hutang ibu bapa yang telah pergi kepada manusia setakat yang mampu. Anak-anak juga disarankan sentiasa berdoa kepada mereka. Ini kerana, doa seorang anak yang soleh kepada ibubapanya yang telah pergi merupakan amalan yang tidak terputus berdasarkan kepada hadith yang kami nyatakan di atas. Tambahan pula, al-Quran menuntut agar seorang anak itu sentiasa mendoakan kerahmatan dan keampunan buat kedua ibubapanya, menziarahi sahabat-sahabat kepada kedua ibu bapa, bersedekah untuk mereka walaupun selepas ketiadaan mereka selain tunaikan dan penuhi wasiat-wasiat ibubapa yang telah pergi dengan baik.
“Beginilah besarnya tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapanya. Sebab itulah anak lelaki harus membuat keputusan bijak agar tidak membawa kemudaratan kepada hubungan suami isteri dan kedua ibu bapanya,” katanya ketika dihubungi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berusia Lebih Tiga Dekad, Kini Plaza OUG Pula Bakal Dirobohkan!

Setelah lebih 3 dekad menjalankan perniagaan, kini giliran Plaza OUG pula bakal dirobohkan selepas pusat beli-belah pertama di Malaysia, Ampang Park dirobohkan pada tahun 2017.
ARTIKEL BERKAITAN : Lagi Stor Kegemaran Ditutup, Kali Ini Giliran Speedy Video
Bangunan berusia lebih 30 tahun ini dahulunya lebih dikenali dengan nama Yaohan di kalangan masyarakat setempat. Difahamkan Plaza OUG telah berhenti beroperasi lebih dua dekad lalu dan kini bakal dirobohkan.
Laman Facebook Malaysia Shopping Mall sebelum ini ada berkongsi beberapa gambar keadaan semasa pusat beli-belah yang bakal dirobohkan itu yang kebanyakannya tidak berpenghuni tanpa pengunjung. Menurut catatan itu, pusat beli-belah itu akan dirobohkan menjelang akhir tahun ini bagi memberi laluan kepada dua bangunan tinggi dengan pusat beli-belah dan tempat letak kereta bawah tanah. Kebanyakan penyewa akan berpindah tidak lama lagi di mana gedung Parkson telahpun berpindah pada tahun lepas.





Menurut The Edge City & Country pada bulan Disember 2021, terdapat rancangan untuk membangunkan semula Plaza OUG menjadi kompleks beli-belah 6 tingkat , hotel 30 tingkat dengan 312 bilik dan apartmen servis 41 tingkat dengan 361 unit.
Plaza OUG boleh dikatakan antara pusat membeli-belah tertua di Kuala Lumpur. Di ruangan komen ramai rakyat Malaysia meluahkan rasa sedih, terutamanya mereka yang membesar pada zaman zaman kegemilanga pusat beli-belah ini. Rata-rata mereka mengimbau kenangan mereka di tempat itu.
Tapi dibiarkan kosong begitu pun bahaya juga kan? Hmm…apa pendapat korang?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

