Jung Ho-yeonterus menjadi pelakon Korea Selatan yang digilai di seluruh dunia. Setelah membuat kemunculan dalam drama lakonan pertamanya terbitan Netflix iaitu Squid Game, Ho-yeon yang dahulunya merupakan seorang model antarabangsa kini semakin menjadi rebutan di persada industri hiburan barat.
Malah nama Ho-yeon juga sering dikaitkan dengan beberapa selebriti lelaki terkenal biarpun rata-rata hanyalah gosip semata. Terbaru, Ho-yeon dikaitkan dengan penyanyi berbakat, Abel Tesfaye aka The Weeknd dan ramai pula peminat yang ‘merestui’ chemistry di antara mereka berdua.
Akan tetapi, korang janganlah pula salah faham tau!
Mereka bukannya bercinta sebagai pasangan kekasih.
Cumanya, Ho-yeon terpilih untuk membintangi video muzik terbaru nyanyian The Weeknd berjudul Out of Time. Seperti dijangka, dia muncul dengan idea yang selalu menarik perhatian pendengar; sama ada korang meminati muzik The Weekend atau tidak, you have to admit he does have a good taste.
Bagi video Out of Time ini, The Weeknd mengambil inspirasi daripada filem Lost in Translation yang diterajui oleh Bill Murray dan Scarlett Johansson. Kemunculan Ho-yeon sebagai karakter Scarlett dalam filem tersebut telahpun menarik minat Jim Carrey untuk turut sama membintangi video ini.
Ads
Rupa-rupanya, Jim dan Abel adalah jiran sebelah rumah IRL. Justeru, ramai pihak beranggapan pemilihan Ho-yeon ini disebabkan minat Abel terhadap drama Squid Game. We cannot blame him though, semua orang pun meminati siri tersebut!
Babak pertemuan Abel dan Ho-yeon menerusi video Out of Time ini bermula sewaktu terserempak di sebuah hotel; kali pertama di dalam lif dan kemudiannya di kamar karaoke.
Ads
Setelah riang berparti; situasi tersebut terus berubah apabila cecair merah yang kelihatan mirp darah mula mengalir daripada ‘bucket’ minuman mereka. Wajah Abel berubah dan Jim Carrey pula muncul sebagai doktor di dewan bedah.
“Soon you will be healed, forgiven and refreshed.
“Free from all trauma, pain, guilt and shame. You may even forget your own name,” kata Jim apabila Abdel sekali lagi bakal mendapat ‘wajah’ baru melalui pembedahan.
Hhm, pelik?
Mungkin, tapi inikan The Weeknd. Beliau memang gemar bereksperimentasi dengan jalan cerita ketika muncul dengan album baharu.
Ads
Apapun, ini bukanlah kali terakhir kita akan melihat kemunculan Jung Ho-yeon di peringkat antarabangsa. Pelakon berusia 27 tahun itu bakal membuat debut dalam dunia lakonan Hollywood menerusi siri seram berjudul Disclaimer arahan pemenang anugerah Oscar, Alfonso Cuaron bersama-sama Cate Blanchette.
KLIK video muzik Out of Time di bawah untuk menontonnya :
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan yang baru berumah tangga pasti melalui fasa-fasa ‘sesak’ di awal perkahwinan mereka.
Orang kata masalah duit ni boleh bawa gaduh. So, untuk tidak mengundang masalah di kemudian hari, korang boleh rancang cara simpan duit yang ekstrem ni dengan pasangan masing-masing.
Memang berkesan sebab seorang pengguna Facebook, Hafizul Hakim dah pun lakukan tip ini bersama pasangannya.
Jom try!
1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong
2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil
3. Katakan suami pilih nombor ganjil, maka isteri dapat nombor genap la
Pada 1hb setiap bulan, korang masukkan RM1 dalam balang dan tanda tick pada kalendar bertarikh 1hb.
Esok harinya pada 2hb, pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick kan pada 2hb pada kalendar.
Kalau korang nak buat bersama adik beradik atau ahli keluarga yang lain pun boleh. Akhir bulan, bahagikan la duit tersebut mengikut kutipan wang harian yang korang sumbangkan.
At least, cara ni dapat la juga korang menyimpan. Tak ada la tiba-tiba tak tahu duit tu habis ke mana kan. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak dulu lagi, kita sering mendengar istilah reward diri. Setiap orang ada cara reward diri sendiri alasan penat bekerja.
Perunding Kewangan terkenal, Dr Azizul Azli Ahmad berkongsi tips reward diri cara bijak di pagenya. Moga anak muda tidak dibebani dengan hutang hanya disebabkan salah percauturan mengenai istilah reward diri.
REWARD DIRI LAH DULU!
"Kereta nie aku beli sebab reward diri masa habis belajar walau cukup cukup makan. Janji konvo bro" cerita Ustaz Madi pada Ustaz Abu Shapiq .
"Tiap bulan aku beli satu handbag sebagai reward diri, letih gila kerja nie. Kita kena hargai diri kita sendiri. Barulah bahagia". cerita Suraya sambil betulkan tudung itiknya.
Ramai orang guna istilah ini untuk hargai diri, mari kita belajar reward diri yang lebih bernilai, cadangan saya reward lah dengan :
1. Daftar haji bila mula kerja, modal cuma RM1300 sahaja. Ini lebih bernilai
2. Belilah emas sebagai simpanan pertama mula kerja. Simpan satu bar gold sebagai kenangan gaji pertama.
3. Lindungi diri dengan Takaful Hayat, jika kita meninggal atau hilang upaya anak isteri terjaga kebajikannya. 4. Buat simpanan hingga ada 6 bulan gaji. Baru puas lihat simpanan semua.
5. Mengembara dan jalan jalan lihat tempat orang lain. Semakin banyak berjalan, semakin kita berkembang.
6. Belilah kasut sukan baru agar bersemangat untuk sihat dan jelitawan.
7. Beli buku yang kita dah lama nak beli tapi tak mampu. Balut plastik dan bacalah kandungannya.
8. Hadir seminar untuk bijakkan diri
9. Buat simpanan dan belilah sebuah rumah kecil sebelum 5 tahun usia kerja.
10. Buat kebaikkan dengan bantu orang miskin dan susah yang memerlukan, modal kita tenaga dan belanja mereka.
Reward diri dengan benda yang ada nilai tambah, bukan kurangkan harta kita kawan.
Berhentilah menarik perhatian orang lain, terutama orang yang membenci kita.
Kerana kamu tidak perlu menunjukkan apapun kepada orang yang mencintaimu dengan tulus iklas
Jika ada cadangan, saya sangat raikan.
Azizul Azli Ahmad #Raikan Diri Secara Berhikmah dan Bijak #ShareJer
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang tengah mencari hobi baru, EUC ini mungkin boleh difikirkan.
Macam sudah menjadi trend, Skuter elektrik ini kian popular digunakan di Malaysia sebagai pengangkutan jarak pendek yang mesra alam. Bukan itu sahaja, ramai yang mengunakan PEV ini sebagai kenderaan untuk ke kampus mahupun ke tempat kerja bagi mengelakkan kesesakkan jalan raya.
Salah satunya satu tayar atau nama sebenarnya ialah Unicycle elektrik.
Unicycle elektrik ini sangat utamakan keseimbangan diri, ia juga disebut roda elektrik atau hanya eWheels, tergolong dalam EPTD yang paling mudah alih. Jangan risau, roda besar ini juga boleh melalui jalan-jalan yang sukar seperti jalan berlubang, jalan rumput, jalan berlopak, dan juga jalan kerikil.
Tayar satu ini biasanya hadir dengan size dari 12 ″ hingga 16 ″ tetapi roda yang lebih besar juga ada. Namun, sudah semestinya model mewah umumnya lebih selamat daripada peranti yang murah kerana ia mempunyai motor yang lebih kuat yang boleh menjamin keselamatan korang di jalan raya.
Oleh kerana saiz dan berat EUC yang terhad, ini menjadikan EUC kenderaan hebat untuk pelbagai tujuan. Cukup senang nak bawa EUC korang ke dalam beg galas atau seret di belakang dengan pemegangnya, berulang-alik, atau berjalan dengan stylo.
Spesifikasi
Kelajuan maksimum: roda murah maksimum lebih kurang 15 km / j , EUC terpantas melebihi 45 km / j (roda 18 inci)
Purata Jarak: dari 10 – hingga 80 km. Model yang lebih murah hanya memiliki jarak sekitar 10-15 km, model jarak pertengahan memiliki jarak rata-rata 30 km. Semuanya bergantung pada saiz bateri, kualiti, ukuran roda dan faktor lain.
Kelebihan
Tidak seperti papan selaju elektrik yang memerlukan pengawal untuk bergerak, korang hanya memecut dan melambatkan dengan menyandarkan badan ke hadapan atau ke belakang.
Sangat mudah alih. Mudah diambil atau menarik di belakang (dengan syarat mereka mempunyai pemegang teleskopik)
Kalis air. Menunggang dalam hujan atau melalui lopak tidak ada masalah dengan kebanyakan model. (hubungi pengilang sebelum membeli)
Beberapa model mempunyai lampu kepala dan ekor standard untuk meluncur dengan selamat ketika gelap
Mudah disimpan. Bawa je masuk kedai mamak sambil letakkan EUC di sebelah meja korang. Cool beb!
Ia juga baik untuk kesihatan kerana mampu menguatkan otot punggung dan perut (kekuatan teras) serta keseimbangan yang lebih baik.
Keburukan
Yang tak bestnya, proses belajar menaiki EUC ini sangat mementingkan keseimbangan, maknanya korang kena power dalam seimbangkan badan baru boleh cuba EUC ini. Kalau tidak mau tersembab muka korang ke depan.hahaha
Bersedia untuk menghabiskan sekurang-kurangnya beberapa jam dan beberapa hari untuk belajar ‘memandu’ EUC.
Untuk pengetahuan korang, Di Malaysia juga sudah ada komuniti yang menaiki EUC ini tetapi mereka tetap mengutamakan keselamatan seperti memakai helmet, safety gears dan kasut sukan yang selesa. Nak join boleh klik disini : Electric Unicycle Club Malaysia
Penulis pun ada try belajar EUC ni tapi masih tak pandai-pandai, tapi serius cool naik ni….hehehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!