Sebagai individu yang beragama Islam, sudah menjadi kewajipan kita untuk memastikan segala makanan yang diambil mempunyai status halal. Bukan ketika berada di luar negara sahaja, di negara kita sendiri juga tidak semua restoran atau makanan yang dijual adalah halal.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merupakan sebuah agensi utama pengurusan hal ehwal Islam, maka mereka juga bertanggungjawab dalam memastikan status halal yang melibat industri makanan. Mungkin kita sering tertanya-tanya bagaimana untuk mengenalpasti status halal yang disahkan oleh JAKIM ini, jadi kali ini kami ingin berkongsi sebanyak 84 logo halal daripada 46 buah negara seluruh dunia yang telah disahkan oleh JAKIM.
Informasi ini dikongsikan oleh Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di laman Facebooknya dan logo-logo halal luar negara ini adalah senarai terbaru yang dibuat sehingga 1 Disember 2020.
Dengan adanya logo halal ini, pengguna boleh mengenalpasti logo-logo halal luar negara diiktiraf JAKIM pada produk import yang dijual dipasaran. Ia juga memberi kemudahan kepada pengimport untu mengenalpasti produk yang ingin diimport masuk ke Malaysia mempunyai sijil halal yang diiktiraf JAKIM bagi mengelakkan kerugian dan keraguan.
Selain itu, rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam yang akan melancong ke luar negara boleh menyimpan informasi tentang logo-logo halal diiktiraf JAKIM di negara yang dikunjungi.
Ads
Kredit foto: freemalaysiatoday.com
Korang juga boleh memuat turun dalam format PDF untuk senarai logo-logo tersebut setakat 1 Disember 2020, klik disini.
Ads
Dengan adanya perkongsian ini, maka tidaklah masyarakat Islam ragu-ragu lagi untuk memastikan status halal bagi restoran makanan di luar negara.
Segala ‘percubaannya’ dalam menggayakan sesuatu untuk dirinya tidak pernah menghampakan dan gagal di mata pencinta fesyen.
Mengetahui ‘style’ apa yang bertepatan dan sesuai dengan dirinya, langsung mencetus rujukan buat wanita-wanita di luar sana terutamanya, golongan remaja.
Terbaharu, pelakon naskhah popular Projek: High Council ini tampil dengan gaya rambut terbaharunya, sekali gus menjadi bualan ramai terutama para peminat di media sosial.
Mengenakan ‘bob hairstyle’, sebuah hantaran beberapa keping foto di Instagram miliknya yang menampilkan gaya potongan rambut pendek itu menuai kata-kata pujian warganet dan rakan selebriti.
“Daiyan bob hair era,” coretnya di ruangan kapsyen.
“Omg, you actually did it ! Love it !” komen pelakon Hun Haqeem
“OMG SHORT HAIR GANGG U LOOK SOO GOOD,” tulis juga penyanyi Aishah Retno.
“Eeee so beautiful !!” komen penyanyi Ernie Zakri.
Selain itu, ini antara gaya rambut yang pernah digayakan Daiyan Trisha yang menjadi pilihan Remaja:
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika di Lembah Klang, penduduknya sudah terbiasa dengan operasi pandu lalu di restroan A&W bagi layanan yang lebih mudah, pantas dan on-the-go.
Tapi buat penduduk di negeri lain, kemudahan itu kadangkala tidak ada di kawasan mereka dan segala tempahan makanan terpaksa dilakukan di kaunter. Semua itu ingin diubah secara perlahan-lahan oleh francais restoran A&W.
Baru-baru ini, ia telah meraikan pembukaan Pandu Lalu A&W di cawangan Seremban yang diberikan nafas baharu demi keselesaan penduduk Seremban.
Pembukaan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun itu dirai secara meriah memandangkan cawangan itu telahpun wujud di sana sejak tahun 1978 lagi. Dengan pembaharuan dan penggunaan konsep retro ini, ia membuatkan pengunjung lebih berselera ketika berada di sana.
Cawangan yang berhadapan dengan Tasik Seremban ini juga dijangka akan menarik ramai remaja di kawasan itu untuk mengabadikan foto serta video di hadapannya. *Hhm lagu retro apa agakanya yang bersesuaian dengan content korang nanti ya?*
Tambah menarik adalah apabila A&W Seremban juga mengumumkan bahawa mereka kini menawarkan jenama kopi terkenal, Jamaica Blue di cawangan tersebut. Sekaligus, ia menjadi cawangan pertama A&W tempatan yang digabungkan dengan jenama Jamaica Blue.
Hidangan kopi Jamaica Blue kini boleh didapati di A&W Seremban.
Pengunjung Pandu Lalu di sini akan ditawarkan pelbagai seleksi Kopi Jamaica Blue oleh pasukan barista A&W. Kata Menteri Besarnya, pengenalan konsep baharu ini pastinya akan menambah daya tarik Seremban sebagai bandaraya peneraju di Malaysia yang menjadi pilihan pelbagai lagi syarikat untuk mencetuskan idea baharu pada masa akan datang.
“Seremban sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanannya.
“Saya tahu ramai yang sanggup balik hari untuk datang ke sini dari seluruh pelusuk negeri hanya untuk menikmati keenakan makanan di sini. Kini A&W menambah lagi kepada kepelbagaian makanan yang ditawarkan dengan menu lagenda mereka.
“Saya ingin menyeru organisasi dan perniagaan-perniagaan lain di Seremban dan Negeri Sembilan – terutama premis makanan dan minuman untuk menggunakan strategi keusahawanan yang inovatif dan kreatif bagi menjadikan bandar dan daerah ini sebagai syurga makanan yang terkenal,” katanya sewaktu pelancaran tersebut.
Pembukaan Pandu-Lalu A&W Seremban yang dihidupkan semula ini hanyalah permulaan sebelum francais itu memperkenalkan lebih banyak idea baharu di cawangan lain. Dengar cerita, A&W mensasarkan pembukaan lebih 150 cawangan di seluruh Malaysia menjelang 2025!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rempah dalam kari, kurma dan paneer rupanya bantu turunkan berat badan ideal. Terdapat bukti saintifik terkini yang menunjukkan bahawa rempah-rempah yang biasa digunakan dalam masakan kita seperti kunyit, halia, jintan, ketumbar dan campuran rempah kari boleh menyokong usaha untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
Topik rempah untuk kekalkan berat badan kini semakin mendapat perhatian kerana ramai ingin mencari pendekatan natural dan mudah di dapur.
Foto Via Pexels
Untuk ramai remaja, isu berat badan ideal sering menjadi kebimbangan sama ada kerana mahu kekal aktif, moden, atau rasa yakin dengan diri sendiri. Kajian menunjukkan bahawa selain daripada latihan dan kawalan pemakanan, pemilihan bahan masakan juga boleh memainkan peranan. Rempah-rempah yang lazim dalam hidangan seperti kari, kurma dan paneer bukan sahaja memberi rasa yang sedap, malah mempunyai manfaat kesihatan tertentu.
Apa Kajian Tunjukkan?
Satu ulasan sistematik terhadap penggunaan herba dan rempah dalam kajian klinikal mendapati bahawa rempah seperti kunyit (turmeric), halia (ginger), kayu manis (cinnamon), jintan (cumin) dan coriander mempunyai bukti yang menyokong pengawalan berat badan atau komponen metabolik seperti rintangan insulin atau lemak badan. Penemuan ini menguatkan lagi kefahaman bahawa rempah untuk kekalkan berat badan bukanlah mitos tetapi mempunyai asas saintifik.
Kajian juga menunjukkan bahawa apabila hidangan tinggi lemak dan karbohidrat (contoh: masakan ala Barat yang berat) ditambah dengan campuran rempah yang agak besar (contoh 6 g campuran rempah) ia boleh mengurangkan tindak balas keradangan selepas makan.
Penjelasan popular media menyebut bahawa rempah seperti kunyit dalam kari membantu mempercepat metabolisme dan mengurangkan lilitan pinggang, walaupun perubahan itu sederhana.
Foto Via Pexels
Kenapa Hidangan Seperti Kari, Kurma & Paneer Penting?
Hidangan-hidangan seperti kari, kurma daging dan paneer masala biasanya menggunakan pelbagai rempah bukan satu jenis sahaja. Dengan gabungan rempah ini, mereka menyediakan lebih banyak “bioaktif” yang dapat menyokong metabolisma, anti-keradangan dan penghadaman.
Ditambah pula, jika hidangan disediakan secara lebih sihat (kurang minyak, banyak sayur, gunakan protein berkualiti) maka ia boleh menjadi sebahagian daripada diet seimbang. Inilah sebabnya rempah sering digandingkan dengan gaya hidup sihat dalam perbincangan tentang rempah untuk kekalkan berat badan.
Perkara Penting Untuk Ditegaskan
Walaupun rempah mempunyai manfaat, ia bukan pengganti diet seimbang dan aktiviti fizikal. Kajian menegaskan bahawa diet keseluruhan adalah pendorong utama obesiti — bukan hanya kurang bersenam.
Kualiti penyediaan hidangan sangat penting. Contoh: kari yang berkuah santan pekat dan banyak minyak mungkin tinggi kalori walaupun rempah memang ada, tetapi keseluruhan hidangan tetap boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan.
Kebanyakan kajian adalah kecil atau dalam jangka masa sederhana “peningkatan sederhana” seperti pengurangan lilitan pinggang sekitar 2 cm atau kehilangan ~2 kg dilaporkan. Contoh: pengambilan kunyit atau curcumin dalam kajian menunjukkan penurunan ~2 kg berat badan dan lilitan pinggang ~2.5 cm.
JINTAN hitam sering digunakan dalam masakan kari dan kurma. – AGENSI
Tip Praktikal Untuk Remaja
Bila makan kari, kurma atau paneer: pilih versi yang lebih ringan macam banyak sayur, protein seperti daging tanpa lemak atau paneer rendah lemak, dan kurangkan santan atau minyak tebal.
Gunakan rempah-rempah secara aktif: pastikan ada kombinasi seperti kunyit + ketumbar + jintan + halia, bukan sekadar rempah ringan.
Perhatikan saiz hidangan nasi atau roti. Rempah membantu tetapi bukan kompensasi untuk kuantiti karbohidrat yang besar.
Pastikan gaya hidup aktif dengan melakukan senaman atau aktiviti harian membantu metabolism dan menjadikan rempah tersebut lebih berkesan.
Untuk remaja yang rasa sukar kawal berat badan: mulakan dengan “modifikasi” kecil dalam resepi harian daripada satu perubahan kecil boleh jadi rutin besar. Inilah cara paling mudah memanfaatkan rempah untuk kekalkan berat badan tanpa rasa terbeban.
Kesimpulan
Jadi, buat kamu yang suka makan makanan berperisa seperti kari, kurma atau paneer — bagus! Dengan sedikit bijak dalam penyediaan dan memilih bahan, rempah-rempah itu memang boleh membantu menyokong usaha kekalkan berat badan ideal.
Ingat: bukan rempah yang ajaib, tetapi cara kita menggunakan rempah + pemilihan bahan + gaya hidup yang beri kesan. Pemahaman tentang rempah untuk kekalkan berat badan boleh membantu remaja membuat pilihan lebih bijak di dapur.
Jom ubah dapur kita jadi “dapur cerdik” — sedap, menyihatkan dan sesuai untuk remaja yang aktif dan ingin kekal yakin dengan dirinya.