Siapa sangka, daun jambu batu yang selalu dianggap sebagai ubat tradisional sebenarnya menyimpan kuasa luar biasa dalam melawan virus berbahaya! Menerusi perkongsian di laman Facebook milik Dr. Suri Roowi, seorang saintis utama dalam bidang pemakanan dan produk semula jadi, beliau mendedahkan bahawa daun jambu batu berpotensi melawan virus influenza A, dan fakta ini turut disokong oleh kajian saintifik dari Jepun.
Kajian Jepun Dedah Kuasa Daun Jambu Batu Lawan Virus Influenza A
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan saintis Jepun pada tahun 2012, teh yang diperbuat daripada daun jambu batu didapati mampu merencatkan pertumbuhan tiga jenis virus H1N1, iaitu penyebab utama kepada jangkitan influenza A. Kajian ini bukan sahaja mengesahkan manfaat tradisional daun jambu batu, malah membuka ruang baharu dalam dunia sains perubatan semula jadi.
Lebih menarik, hasil kajian menunjukkan teh daun jambu batu tiga hingga lima kali lebih kuat daripada teh hijau dalam melawan pertumbuhan virus tersebut! Dengan kandungan tinggi antioksidan dan bahan aktif semula jadi, teh daun jambu batu menjadi antara minuman herba paling berpotensi untuk meningkatkan sistem imun tubuh secara semula jadi.
Cara Sediakan Teh Daun Jambu Batu Untuk Lawan Influenza
Cara penyediaannya juga sangat mudah:
Ads
Ambil kira-kira 20 gram pucuk daun jambu batu kering.
Rendam dalam 1 liter air panas bersuhu 85°C selama 8 minit.
Tapis dan minum ketika suam.
Teh ini boleh diminum secara berkala sebagai langkah pencegahan atau ketika proses pemulihan daripada demam dan selsema. Dengan cara ini, daun jambu batu bukan sahaja menjadi ubat tradisional, tetapi juga pelindung semula jadi terhadap virus influenza A.
Kajian Tambahan Dari Sepanyol Sahkan Khasiat Daun Jambu Batu
Selain kajian dari Jepun, penyelidikan oleh saintis Sepanyol pada tahun 2014 yang diterbitkan dalam Journal of Chemistry turut menemui 48 jenis komponen berkhasiat dalam ekstrak daun jambu batu, termasuk procyanidin B, avicularin, guajaverin dan catechin.
Semua bahan ini terkenal dengan sifat antioksidan, antiradang dan antivirus yang membantu menguatkan sistem pertahanan badan serta melindungi sel daripada kerosakan akibat jangkitan.
Ads
Gabungan Ilmu Tradisional & Bukti Saintifik
Walaupun ubat moden tetap penting dalam rawatan influenza, pengambilan teh daun jambu batu boleh dijadikan sokongan tambahan semula jadi untuk meningkatkan daya tahan tubuh. Namun, bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan tertentu, dinasihatkan supaya berunding dengan pakar perubatan terlebih dahulu.
Menurut Dr. Suri Roowi, daun jambu batu adalah antara bahan tempatan yang kaya dengan manfaat kesihatan tetapi masih kurang dimanfaatkan secara meluas. Kini, dengan pengesahan daripada kajian saintifik, jelas bahawa daun jambu batu bukan sekadar petua nenek, tetapi rahsia alam semula jadi yang terbukti mampu melawan virus influenza A secara saintifik. 🌿
Jika sebelum ini Thailand menjelaskan bahawa negaranya tidak akan membuka pintu sempadan bagi pelancong antarabangsa sehingga tahun 2021.
Namun begitu, khabarnya Thailand kini telah bersiap sedia menerima kunjungan pelancong asing selepas sekian lama menghentikan operasi penerbangan akibat wabak COVID-19.
Pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan di lapangan terbang antarabangsa Phuket bagi melihat sistem dan kemudahan baharu yang akan diguna pakai untuk menyambut 150 pelancong pertama dari Guangzhou pada 8 Oktober.
Lapangan Terbang Suvarnabhumi
Sekurang-kurangnya tiga kumpulan pelancong asing akan tiba pada bulan Oktober iaitu dua dari China dan satu dari Scandinavia. Namun begitu, pelawat akan dikuarantin selama 14 hari dan pergerakan adalah terhad, tidak seperti sebelum ini.
Sebelum ini, terdapat spekulasi bahawa pembukaan semula sempadan kepada pelancong mungkin ditunda, tetapi Narong menjelaskan bahawa pihaknya sudah bersedia. Walau bagaimanapun, rancangan ini masih memerlukan kelulusan akhir daripada kabinet.
Hm, nampaknya ada beberapa negara yang sudah membuka sempadan bagi menerima pelancong luar. Namun kami percaya rakyat Malaysia masih lagi mahu pintu sempadan ditutup sehingga kes COVID-19 benar-benar pulih.
Apa-apa pun, teruskan mematuhi SOP kerana negara kita masih belum menang menentang wabak pandemik ini. Sekiranya baru pulang dari kawasan merah COVID-19, jalankan tanggungjawab korang untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.
Jangan pentingkan diri sendiri yang akhirnya akan mengakibatkan kemudaratan pada orang lain.
MKN (Majlis Keselamatan Negara) akhirnya telah mengeluarkan kata putus dan mengumumkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang dikenakan kepada 6 daerah di negeri Selangor dan diantaranya adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang dan berkuatkuasa pada 6 Mei hingga 17 Mei.
Sumber: Astro Awani
MKN (Majlis Keselamatan Negara) telah menjalankan perbincangan bersama Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mengenai SOP Hari Raya Aidilfitri yang dijangka bakal disambut pada 13 Mei ini, hasil daripada pembentangan itu, kerajaan akhirnya telah mengeluarkan SOP buat Hari Raya Aidilfitri tahun ini..
Sumber: Sinar Harian
1. Takbir raya
Takbir raya di masjid/surau dibenarkan bagi kawasan PKP, PKPB, dan PKPP, kecuali bagi kawasan PKPD mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri.
Namun, amalan takbir raya dari rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan di semua kawasan.
Sumber: Sinar Harian
2. Ziarah hari raya
Bagi kawasan PKP, ziarah hari raya hanya dibenarkan pada 1 Syawal dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah, dengan penjarakan fizikal.
Kawasan PKPB pula dibenarkan ziarah raya pada 1 hingga 3 Syawal sahaja dengan kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang.
Kawasan PKPP pula dibenarkan sehingga 3 Syawal sahaja dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 25 orang pada satu masa dengan penjarakan fizikal.
Sumber: Berita Harian
3. Solat sunat hari raya di masjid/surau
Kawasan PKP, PKPB dan juga PKPP, solat hari raya dibenarkan dengan jumlah kehadiran dan penyertaan jemaah lelaki, wanita dan kanak-kanak, mengikut ketetapan daripada pihak berkuasa agama negeri.
Bagi kawasan PKPD pula tidak dibenarkan untuk solat sunat hari raya.
Sumber: Sinar Harian
4. Ziarah kubur
Bagi penziarahan kubur di kawasan PKPB dan PKPP adalah dibenarkan tetapi tidak boleh melebihi 6 orang bagi satu petak kubur dan tidak lebih daripada 30 minit.
Kawasan PKP dan PKPD adalah tidak dibenarkan.
Walaubagaimanapun, bagi kawasan PKP dan PKPD, jamuan selepas solat sunat hari raya di masjid/surau, rumah terbuka hari raya, dan ziarah kubur adalah tidak dibenarkan, kecuali kawasan PKPB dan PKPP adalah dibenarkan tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri. Bagi masjid atau surau, adalah lebih digalakkan untuk menyediakan juadah secara berbungkus dan diedarkan kepada para jemaah untuk dibawa pulang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biarpun menjadi tumpuan seluruh dunia saat menjulang trofi Piala Dunia 2022 bersama pasukan Argentina, Lionel Messi masih merendah diri dan tidak lupa untuk berkongsi kejayaan awal pagi semalam dengan ahli keluarganya.
Kelibat Messi bersama keluarganya di Lusail Stadium selepas perlawanan akhir tamat telah menarik perhatian penyokong dan membuatkan mereka terharu melihat sokongan yang diberikan kepada pemain bola sepak itu.
Setelah Gonzalo Montiel meledak jaringan penalti yang memastikan kemenangan milik Argentina, Messi terlebih dahulu meraikannya bersama para pemain pasukannya yang meledak dengan sorakan.
Ternyata, momen yang mereka tunggu-tunggu selama 36 tahun lamanya sebelum dapat menjulang semula trofi keramat itu berbaloi apabila senyuman bahagia, tangis kegembiraan dan rasa syukur bercampur-baur.
Selain menjulang trofi Piala Dunia, Lionel Messi juga dinobatkan sebagai penerima gelaran Golden Ball (Pemain Terbaik). FOTO: Daily Mail via AFP
Sesudah itu, Messi terus mendapat pelukan termasuklah pegawai official permainan. Dia dilihat seakan-akan mencari pula kelibat ahli keluarganya yang berada berdekatan dan pada saat itu, ibunya terlebih dahulu tiba di sisinya sebelum isteri, Antonela Roccuzzo serta anak-anaknya sendiri.
Celia Maria Cuccittini terus mendakap anaknya dari belakang lalu membuatkan Messi yang sedang berdiri sendirian terkejut sebentar sebelum menoleh. Lalu, pemenang gelaran Ballon d’Or sebanyak tujuh kali itu pun terus membalas pelukan ibunya yang menitiskan air mata tanda kegembiraan.
Momen ini sekaligus menjadi salah satu momen paling beremosi dalam sejarah penganjuran Piala Dunia Qatar 2022.
Tidak lama kemudian, giliran isterinya Antonella dan tiga orang anaknya iaitu Thiago, Mateo dan Ciro untuk ke tengah padang dan mengucapkan tahniah kepada hero Argentina itu.
Terdahulu, dalam perlawanan akhir penuh dramatik awal pagi tadi, Argentina berjaya mengenepikan saingan sengit Perancis 3-3 yang berkesudahan hingga ke sepakan penalti (Argentina menang menerusi sepakan 4-2).
Kejayaan ini cukup manis memandangkan Argentina berjaya bangkit daripada kekalahan sulung di Piala Dunia 2022 kepada Arab Saudi untuk terus mencatatkan kemenangan berturut-turut sehingga kejohanan tamat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari Ibu tahun ini cukup bermakna buat aktor versatil, Aedy Ashraf apabila luahan penghargaan yang dititipkan buat ibunya yang juga pelakon, Liza Zain mengundang...