Bukan satu, bukan dua tetapi SEPULUH lokasi berbeza di daerah Cameron Highlands telah melaporkan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang semalam.
Kejadian serentak itu berlaku setelah hujan lebat berlarutan hampir dua jam sejak 11 pagi semalam. Ia sekaligus telah menghalang laluan trafik naik turun di sana. Malah, di salah satu kawasan terlibat iaitu berhampiran Smoke House Hotel juga menyaksikan kejadian pokok tumbang yang menghempap sebuah kenderaan SUV yang dinaiki oleh empat orang penumpan lelaki dewasa.
Dua orang mangsa terbabit untuk dikeluarkan oleh orang awam manakala dua lagi berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba setelah tiba di lokasi.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Pahang, kawasan lain yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang ialah berhampiran Big Red Strawberry, berhampiran Strawberry Park, laluan ke BOH Sungai Palas, laluan ke Water Crest, laluan ke Rose Valley, Taman MCA Ringlet, Taman Pelangi, Ringlet, Batu 20, Jalan Tapah dan di belakang Pasar Tanah Rata.
Setakat malam tadi, kerja-kerja pembersihan masih dujalankan dan semua jalan utama telahpun dibuka.
Cuma laluan Jalan Tapah-Cameron Highlands di antara Batu 25 and Batu 26 yang masih ditutup untuk sementara waktu hingga diumumkan kelak kerana ia paling teruk terjejas termasuklah tiang lampu terjatuh.
Selamat Bercuti Ke Cameron Highlands?
Maka, tiada masalah pun jika korang ingin menaiki Cameron Highlands terutamanya untuk bercuti pada hujung minggu ini.
Ads
NAMUN, pakar alam sekitar tempatan daripada Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (REACH) menerusi Presidennya, Dilip Martin telah menasihati orang ramai agar tidak ke Cameron Highlands pada waktu malam dan jika cuaca hujan lebat sedang melanda kawasan tersebut dan di sekitarnya.
Ini kerana keadaan jalan raya boleh bertukar bahaya dan tidak sesuai untuk pemandu yang tidak biasa berada di jalan berliku serta mendaki gunung ketika musim monsun.
Sumber Foto : Hantaran Pengguna Media Sosial
Menurut mereka lagi, antara faktor lain yang dipercayai menyumbang kepada kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang semalam selain hujan lebat adalah disebabkan kenaikan projek-projek baharu di Cameron Highlands dan sistem perparitan yang tidak dinaik taraf untuk tempoh masa yang panjang.
Terdahulu jika korang masih ingat, kejadian tanah runtuh hingga meragut nyawa di kawasan Lembah Bertam, Cameron Highlands pernah menggemparkan rakyat beberapa tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini akan kekal di dalam sejarah pemerintahan Malaysia apabila Yang di-Pertuan (YDP) Agong Malaysia ke-16 telah dilantik sekitar jam 11 pagi tadi.
Perlantikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad selepas Raja-Raja Melayu bermesyuarat di Istana Negara pada pagi tadi.
“Saya memaklumkan bahawa Majlis Raja-Raja dalam Mesyuaratnya ke 251 (Khas), bersetuju mengisytiharkan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in, Sultan Pahang Darul Makmur, telah dipilih menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, selama tempoh lima tahun, mulai 31 Januari 2019,” kata beliau.
Menurut laporan Malay Mail, kereta yang membawa keberangkatan Sultan Selangor, Pahang, Johor, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu dan Negeri Sembila dapat dilihat memasuki perkarangan istana pada pagi tadi.
Sambil itu, Sultan Perak Darul Ridzuan juga telah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun, juga bermula dari 31 Januari 2019.
***
Pengumuman ini disambut gembira oleh netizen di media sosial yang rata-rata mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Baginda.
@izham1970
Ya Allah yang Maha Kuasa, lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia. Dirghayu aman dan bahagia sentiasa. Selamatkan Duli Tuanku Agong kami, Daulat tuanku.
@saharudin505
Saya anak jati Pahang dan saya berbangga ada Agong baru. Daulat Tuanku!
@shaiful4809
Alhamdulillah, daulat Tuanku. Semoga Tuanku memerintah dengan adil & saksama mengikut undang-undang negara & Islam. Amin.
Daulat Tuanku!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu lagi kes kematian telah dilaporkan sebentar tadi dan ini menjadikan keseluruhan kes kematian pesakit COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 15 orang.
Menteri Hal Ehwal Agama sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan melibatkan prosedur menguruskan jenazah pesakit COVID-19 yang beragama Islam dan bukan Islam. Menurut Datuk Dr Zulkifli Mohamad, jenazah hanya ditayammum atas balutan plastik berdasarkan muzakarah berkaitan hukum pengurusan mayat pesakit Ebola.
Hal ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, Hasrul Rizwan yang telah berkongsi cara pengurusan jenazah yang ditayamumkan.
Dapat hebahan dari hospital buat semua pengurus jenazah lantikan hospital untuk mandi jenazah pesakit COVID-19 mengikut tatacara pesakit Ebola (EVD). Kalau dah masuk dalam body bag ni, hanya Munkar dan Nankir ja la yg mampu buka pun. Moga kita dijauhkan dari wabak nahare ni. pic.twitter.com/gH9ra1lkFy
Semoga perkongsian ini memberi pengajaran buat kita semua dan tolonglah patuh dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah ditetapkan agar rakyat Malaysia dapat menghentikan penularan wabak COVID-19.
Baru-baru ini, seorang pengguna perkhidmatan Uber diugut kerana tidak sengaja meninggalkan iPhone miliknya dalam kenderaan pemandu.
Menurut Facebook postAlvin, pemandu Uber itu tidak akan memulangkan semula iPhone miliknya melainkan dia mahu membayar sejumlah wang.
Ini merupakan perbualan mangsa bersama pemandu yang tak bertanggungjawab itu..
“Telefon ini mungkin penting untuk awak, tapi tidak saya. Bukan salah saya dan ianya adalah kesilapan awak sendiri. Berapa sanggup awak bayar untuk saya pulangkan telefon ni semula”
“Kalau setakat RM 100, awak boleh lupakan saja sebab tak berbaloi dan saya tak nak buang masa atas kesilapan orang lain. Lebih baik saya buang saja ke dalam tong sampah,” kata pemandu Uber tersebut.
Alvin tidak mempunyai pilihan lain dan bersetuju dengan permintaannya.
“Bagi saya RM200 dan saya akan hantar malam ini. Nak ke tak nak? Jangan buang masa, saya nak sambung bawa Uber ni,” tambah lelaki itu.
Namun begitu, setelah mereka bertemu lain pula jadinya. Pemandu tersebut meminta lagi RM100, bermakna Alvin terpaksa membayar RM300 untuk mendapatkan semula telefon bimbitnya.
Perghh cekik darah!
Ramai yang meninggalkan pesanan di ruangan komen menasihatkan Alvin supaya membuat laporan polis dan pihak Uber kerana ugutan pemandu tamak ini.
Harapnya lepas ni tiada lagi insiden seperti ini berlaku lagi dan kita juga patut lebih berhati-hati serta tidak cuai dalam menjaga barangan peribadi sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!