Dua hari di festival muzik tahunan, Good Vibes Weekender pada hujung minggu lalu ternyata tidak cukup dan membuatkan pengunjung inginkan lebih!
Ia gara-gara persembahan mantap yang membariskan penyanyi terkenal dari Malaysia dan antarabangsa pada hari kedua yang juga merupakan hari terakhir ia berlangsung. Antaranya terdiri daripada Late Night Frequency yang juga merupakan penerima trofi Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2022 baru-baru ini, Leaism, Yonnyboii, DJ Shallou, Beabadoobee, Pink Sweat$ dan penyanyi kumpulan GOT7, JacksonWang.
(Dari Kiri) : Late Night Frequency, Beabadoobee dan YonnyboiiPink Sweat$ memilih rapper Malaysia, Bunga untuk bersama-samanya bagi persembahan lagu I Feel Good.
Jelaslah, persembahan Jackson Wang adalah momen yang paling ditunggu-tunggukan oleh semua terutamanya dalam kalangan Team Wang yang setia menanti dengan light stick serta baju T ‘Team Wang’ sejak jam 4 petang lagi.
Berlatar belakangkan skrin tertera dengan perkataan Magic Man, kehadiran bintang K-pop kelahiran Hong Kong itu di atas pentas disambut teriakan peminat yang tidak letih menghalakan kamera telefon pintar masing-masing demi merakam aksi Jackson Wang.
Ads
Persembahan pembukaan penuh bertenaga menerusi lagu 100 Ways diteruskan dengan lagu-lagu hit seperti Go Ghost, Champagne Cool, Drive It Like You Stole It dan Cruel.
Jackson yang memberikan 100 peratus dalam setiap persembahannya pada beberapa ketika membuatkan peminat khuatir apabila dia kelihatan seperti terpaksa mengambil nafas dalam serta sedikit tercungap di antara lagu.
Mungkin sekali, Jackson masih kepenatan setelah baru sahaja melakukan persembahan di Jakarta, Indonesia sehari sebelumnya sempena We The Fest. Dia bagaimanapun tidak menjadikan itu sebagai alasan dan terus meningkatkan adrenalin peminatnya apabila mempersembahkan Blow berhampiran peminat di barisan paling hadapan.
Paling diingati tentulah respon peminat yang mengesyorkan Jackson makan di restoran Mamak setelah penyanyi berusia 28 tahun itu bertanyakan di manakah tempat makan yang masih dibuka selepas jam 12 tengah malam. Disebabkan respon peminat itu juga, perkataan ‘Mamak’ pantas bertukar tular di media sosial seharian.
“Ingin pergi ke Mamak tapi ia tutup pada 1 pagi. Akan mencubanya esok (semalam). Ingin lepak dengan kru dulu. Terima kasih untuk cadangan itu, sekarang saya tahu ke mana ingin pergi.
“Terima kasih kepada #Malaysia kerana berada di sana. Sila pulang dengan selamat dan jika anda terus berada di luar, jaga keselamatan.
“Saya cintakan anda Malaysia. #MAGICMAN akan kembali lagi.”
Selain Jackson Wang, Good Vibes Festival yang berlangsung pada 23 hingga 24 September lalu juga disertai oleh seorang lagi penyanyi K-pop daripada kumpulan 2NE1, CL.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
”.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ibu mana yang tidak gembira apabila anaknya cemerlang dalam pendidikan, menjadi impian orang tua untuk melihat anak menggenggam segulung ijazah.
Personaliti popular Malaysia, Rozita Che Wan hari ini berkongsi mengenai anak sulungnya, Ammar Effendy yang kini sudah berjaya menamatkan pengajian dan mendapat ijazah sarjana muda berganda.
Tulisnya di laman Instagram, “Alhamdulillah, syukur Allah SWT bagi saya anak-anak yang cerdik dan mudah untuk saya bela, 12 tahun menjadi ibu tunggal, dalam kepala cuma ada azam untuk besarkan anak-anak dan bagi yang terbaik untuk mereka. Tidak terfikir langsung untuk diri sendiri.”
Rozita yang mesra dipanggil Che Ta kemudiannya berkongsi mengenai perjalanan pendidikan anaknya dan juga pengalaman susah payah untuk menyekolahkan mereka.
Tambahnya lagi, “Mereka dapat masuk Maktab Rendah Sains MARA lepas tu upgrade masuk ke Kolej Yayasan Saad. Mereka kemudiannya dapat straight A’s dan masuk Taylor’s University.
“Untuk kami yang pendapatan tak tetap ketika itu hendak bayar yuran Kolej yayasan Saad, memang mencanak cari duit, tetapi Allah permudahkan segalanya. Hari ini Ammar Effendy pula yang bergraduasi! Double degree dalam tangan.”
Bukan calang-calang ibu yang berjaya membesarkan anak dengan baik, ternyata penat lelah wanita anggun ini tidak sia-sia. Ammar sebelum ini cemerlang memperoleh semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
Sebelum ini adiknya, Aniq Ezra terlebih dahulu bergraduasi dan tamat dan turut dianugerahkan ijazah sarjana muda berganda.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat si kaki movie, TGV Cinemas menawarkan promosi istimewa buat ahli TGV MovieClub pada bulan April ini.
Pengumuman ini telah pun dimuat naik di laman Facebook rasmi TGV Cinemas dengan menjelaskan bahawa bermula hari ini sehingga 15 April nanti, ahli MovieClub yang membeli sekurang-kurangnya 1x tiket wayang dan 1x popcorn secara online akan dikreditkan dengan baucar tiket wayang percuma ke dalam akaun keahlian mereka.
Cara untuk menebus tiket percuma ini adalah korang perlu mendaftar sebagai ahli MovieClub dan membeli 1x tiket wayang dan 1 x item F&B dalam satu transaksi melalui laman web atau aplikasi TGV. Baucar tiket percuma akan dikreditkan dalam masa 10 hari waktu bekerja.
Korang boleh menebus tiket wayang percuma itu sehingga 30 April 2022 untuk mana-mana filem yang ditayangkan di cawangan TGV Cinemas. Tiket wayang percuma ini hanya boleh ditebus untuk hall-hall berikut sahaja:
So, apa tunggu lagi guys, jangan lepaskan peluang untuk tawaran istimewa #AwesomeApril ini. Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika dahulu; pelancong ke Seoul, Korea Selatan akan memilih lokasi tersebut dengan tujuan untuk melawat lokasi menarik dan menikmati pemandangan empat musim.
Namun sejak 10 tahun kebelakangan ini, trend melancong ke Seoul untuk menyaksikan konsert hiburan K-pop semakin rancak dalam kalangan remaja Malaysia. Well, sekurang-kurangnya, sebelum pandemik melanda.
Justeru apabila REMAJA mendapat tahu mengenai projek pembinaan sebuah arena yang dikhaskan bagi persembahan konsert & segala-galanya mengenai K-pop, kami pasti ramai yang teruja menantikannya.
Awal minggu ini; syarikat internet Korea Selatan, Kakao dan kerajaan bandaraya Seoul telah meluluskan perancangan membina sebuah arena baharu yang dikhaskan untuk K-pop sahaja.
Digelar sebagai Seoul Arena, stadium ini bakal dibina di Chang-dong, Dobonggu dan dijangka siap pada Oktober 2025. Pelancaran pecah tanahnya pula akan dilakukan pada bulan Jun tahun ini selepas pelan pelaksanaan telah dipersetujui.
Seoul Arena boleh memuatkan 18,000 tempat duduk dengan kapasiti 28,000 orang penonton berdiri. Selain bahagian utamanya itu, ia juga menempatkan lokasi persembahan yang lebih kecil bagi kapasiti 7,000 penonton; selain dewan ‘movie theater’ dan fasiliti lain.
Dengar cerita, antara tarikan utamanya adalah teknologi AI atau Augmented Reality untuk memberi impak persembahan yang lebih mantap dan kreatif.
Dalam pada itu, bagi korang yang tertanya-tanya mengenai syarikat Kakao ini; ia sebenarnya merupakan salah satu syarikat yang menyasarkan untuk menjadi peneraju operasi serta penyelenggaran Seoul Arena ini untuk tempoh 30 tahun.
Tak sabar pula untuk melihat pembinaan Seoul Arena ini berjalan seperti yang dirancang. Mana tahu satu hari nanti kita juga bakal menyaksikan konsert K-pop di sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!