Sebut sahaja nama Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, majoriti rakyat Malaysia pasti mudah mengecamnya.
Beliaulah yang bertanggungjawab di sebalik tertubuhnya Berjaya Corporation Berhad. Kalau korang rasakan ia kedengaran familiar, telahan korang itu tepat sekali!
Inilah syarikat yang mengendalikan mercu tanda tempatan seperti Berjaya Times Square Kuala Lumpur, kesemua pusat penginapan di bawah jenama Berjaya seperti Colmar Tropicale Bukit Tinggi, The Taaras Beach & Spa Resort Pulau Redang, Berjaya Langkawi Resort Kedah, lokasi rekreasi seperti Bukit Jalil Golf & Country Resort, Bukit Kiara Equestrian dan pelbagai lagi premis popular lain.
Setelah menaburkan sumbangan dengan membangunkan Malaysia untuk berpuluh-puluh tahun lamanya, kelmarin beliau telahpun meraikan hari kelahirannya yang ke-70!
Istimewanya untuk sambutan hari jadi kali ini, anak Tan Sri Vincent iaitu Chryseis Tan telah melakukan sesuatu yang amat istimewa demi ayah tercintanya.
Ads
Tan Sri Vincent Tan bersama anak, Chryseis Tan dan cucunya. Foto : Instagram @chrystan_x
Sekiranya keluarga kebiasaan meraikan hari lahir ayah mereka dengan menganjurkan parti atau makan di restoran, Chryseis khabarnya telah mendermakan wang kepada badan kebajikan di bawah nama ayahnya itu!
Menerusi hantaran di Instagram yang menunjukkan foto mereka berdua sewaktu Chryseis masih kecil, jelitawan itu mengucapkan, “Selamat Hari Jadi, ayah! Saya amat mengasihi anda, semoga anda akan terus dirahmati dengan kesihatan dan kebahagian berpanjangan.”
Sambil itu, Chryseis turut mengumumkan hadiahnya berupa wang sumbangan di atas nama Tan Sri Vincent.
“Hadiah saya kepadanya adalah berbentuk sumbangan derma bagi pihaknya kepada yayasan Tzu Chi kerana saya tahu tiada perkara yang lebih menggembirakannya selain membantu golongan yang memerlukan,” catatnya.
Sekurang-kurangnya, kita berbakti kepada ayah sendiri dan kepada mereka yang memerlukan.
Selain Chryseis, bintang popular Hong Kong, Andy Lau juga memberi ucapan kepada Tan Sri Vincent menerusi paparan video yang dimainkan dalam sebuah majlis keraian, awal minggu ini.
Turut sama menjayakan majlis tersebut ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Nikki Palikat yang mempersembahkan beberapa buah lagu.
Happiest Birthday Tan Sri!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketika di sekolah dahulu, kita diajar bahawa pada penutup malam Nisfu Syaaban yang akan digantikan dengan Awal Muharram, buku amalan kita selama setahun akan dibawa naik ke langit untuk dikumpulkan.
Buku-buku inilah kemudian akan dibentangkan semula pada hari pembelasan iaitu pada hari semua orang di kumpulkan di Padang Masyar iaitu sama ada kita akan dimasukkan ke syurga atau dihumban ke neraka. Pendek kata apa saja amal kebaikan kita di dunia akan dicatat sebagai pahala manakala dosa kita akan menjerumuskan kita ke neraka kecuali kita melakukan sunat taubat meminta keampunan kepada Illahi.
Namun benarkah wujudnya teori buku amalan kita dibawa naik ke langit pada penutup malam Nisfu Syaaban dan bermulanya buku baru pada Awal Muharram?
Sebenarnya, tidak terdapat hadis sahih menjelaskan bahawa buku amalan kita ditukar ketibaan awal Muharram kerana di zaman Khalifah Umar al-Khattab baru bermula kalender Hijrah bukan di zaman Nabi SAW.
Dalam hadis sahih, amalan kita di angkat setiap hari iaitu pada waktu Subuh dan Asar, setiap minggu hari Isnin dan Khamis dan setiap tahun pada bulan Syaaban (bukan malam Nisfu Syaaban). Hadis yang sahih/ thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan.
Ini bersesuaian dengan satu hadis yang menyebut :
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : "Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yg menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat-malaikat itu – walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba-hambaNya.
Bukan sekadar hari cuti saja
Dalam pada itu, selepas Asar ini bermulalah permulaan hari baru iaitu Awal Muharram atau disebut juga sebagai Maal Hijrah iaitu permulaan tahun baru 1442 H.
Jika kita memikirkan Awal Muharram adalah sekadar hari cuti biasa yang bermula esok, sebenarnya ada sesuatu yang lebih daripada itu.
Awal Muharram adalah hari penting bagi umat Islam kerana pada tarikh ini berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Banyak kejadian-kejadian penting terjadi dalam bulan Muharram ini termasuklah Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan 1 Muharram adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (kalender Hijrah).
Ada sesuatu yang harus kita fahami iaitu selepas masuk Asar, kita disarankan membawa doa akhir Tahun dan kemudian amalan ini disambung selepas Maghrib iaitu membaca doa Awal tahun. Semoga segala amalan kita dipermudahkan oleh Allah Taala.
Ini doa akhir tahun. Doa akhir tahun Hijrah ini perlu dibaca beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar). Doa ini dibaca sebanyak tiga kali.
Barang siapa yang yang membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut, maka mengeluhlah syaitan kerana usahanya selama setahun menggoda anak Adam sia-sia. Malah Allah mengampuni dosa setahun lalu dilakukannya..
Ini pula doa akhir tahun dibaca selepas Maghrib. Juga dibaca sebanyak tiga kali. Jika dibaca bahawasanya Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memelihara dari fitnah syaitan.
Semoga kita semua mendapat rahmat dan berkat dalam semua kehidupan yang kita lalui dalam kehidupan seharian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemunculan wabak virus korona 2019-nCoV yang menyerang secara tiba-tiba di bandar Wuhan mengejutkan ramai pihak.
Yang membimbangkan saban hari mangsa yang dijangkiti makin meningkat dan terkini angka kematian koronavirus di wilayah Hubei, China melonjak kepada 425 dengan lebih 20,000 kes positif dilaporkan pada semalam.
Serius la ramai yang dah mati angkara virus ni!
Jadi dalam usaha membasmi penularan wabak koronavirus yang melanda, kerajaan China secara rasmi telah mengumumkan pengharaman acara pengebumian untuk mangsa yang maut akibat daripada wabak tersebut.
Arahan yang dikeluarkan Sabtu lalu melalui Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (UHC) memberitahu mayat-mayat mangsa akan dibakar dengan menggunakan kemudahan yang terdekat.
Ahli keluarga serta kenalan mangsa yang maut juga dihalang daripada melawat mayat dan menghadiri upacara berkenaan namun dibenarkan untuk mengambil abu selepas upacara pembakaran mayat selesai dan didokumenkan.
So, korang jangan la pandang remeh terhadap virus yang mula merebak di Wuhan ini kerana virus ini mudah tersebar jika kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga. Ish risau pula penulis!
Jika sebelum ini kecoh kisah ‘Mak Cik Gelang Pink’ yang degil didapati makan di sebuah café d Meru Raya, Ipoh dan membahayakan nyawa ramai orang.
Hal ini juga membuatkan semua orang di Ipoh dan sekitarnya takut dan berjaga-jaga.
Terbaru, tular di media sosial semalam satu lagi kes yang sama seperti itu dikesan di Ipoh, Perak. Seorang wanita yang gambarnya tular di laman sosial kerana memakai gelang berwarna merah jambu di sebuah kedai mamak, area Fair Park, bukan individu di bawah pengawasan (PUS) COVID-19. La satu Malaysia kena ‘game’ la ni….huhu
Namun, perkara ini tidak benar…
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata siasatan polis mendapati gelang yang dipakai wanita itu adalah gelang untuk memasuki taman tema Lost World Of Tambun, di sini.
“Ia adalah salah faham sahaja. Itu gelang untuk memasuki Lost World of Tambun,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada peniaga kedai makan yang terletak di Jalan Kamaruddin Isa, Taman Fairpark di sini, kira-kira pukul 12.22 tengah hari tadi, bagi menafikan dakwaan berhubung gambar tular berkenaan.
Katanya laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sungai Senam oleh pengadu berusia 46 tahun itu supaya pihak polis mengambil tindakan sewajarnya kerana bimbang penularan gambar berkenaan akan menjejaskan perniagaan dan imej kedai makan terbabit.
Terdahulu, Pengarah Kesihatan Negeri Perak Datuk Dr Ding Lay Ming berkata pihaknya turut menjalankan siasatan berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan disyaki melanggar tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah.
Dr Ding berkata siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima aduan mengenai wanita itu yang dilihat mengenakan gelang berwarna merah jambu.
Apa-apa pun, rakyat Malaysia dinasihati untuk mematuhi arahan kerajaan sepanjang masa supaya negara ini boleh bebas daripada COVID-19 dalam masa terdekat. Semoga perkara seperti ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.
Mungkin taman tema ini boleh tukar warna gelang dia kot agar orang tak keliru…hehehe
Sumber : Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Ahmad Zaim Ghazali yang membina syarikat bas ekspres Zaim Express selepas melalui kehidupan sukar sebagai anak yatim dan pernah bekerja sebagai penghantar surat.