Tiada apa yang lebih menggusarkan jika di saat nyawa dicabut malaikat maut, kita berada dalam keadaan tidak bersedia.
Namun tidak tercepat seminit atau terlambat sesaat setiap janji Allah itu pasti. Doakan kita pergi dalam keadaan husnul qhotimah dan dalam keadaan bersedia menemui Sang Pencipta, bukan dalam keadaan aib di penghujung usia kita.
Tindakan seorang remaja berusia 18 tahun yang melarikan sebuah kenderaan nyata membawa padah buat dirinya.
Ini kerana setengah jam selepas menyamun, seorang remaja menemui ajal apabila kenderaan yang dicuri terbabit kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 20.5 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, Johor Bahru, hari ini.
Kemalangan pada 7.30 pagi itu membabitkan sebuah Proton Exora dipandu penjenayah; Perodua Kelisa dan Perodua Myvi.
Ads
Ia turut menyebabkan rakan jenayahnya parah dan sedang dirawat di Zon Merah, Hospital Sultan Ismail (HSI).
Pemandu kereta Kelisa, lelaki berusia 40 tahun cedera di kaki kiri serta tulang leher, manakala dua kanak-kanak lelaki berusia 5 dan 8 tahun yang juga penumpang kenderaan itu masing-masing cedera di muka dan kepala.
Sementara itu, wanita berusia 38 tahun yang memandu kereta Myvi, pula cedera di bahagian tangan dan kaki kanan.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, siasatan awal awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Exora yang dicuri dipandu lelaki berusia 18 tahun bersama penumpang lelaki berusia 22 tahun dari arah Johor Bahru menghala ke Kota Tinggi hilang kawalan.
Ads
"Kenderaan itu kemudian terbabas ke bahagian kanan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung secara berhadapan dengan kereta Perodua Kelisa dan Myvi.
"Akibatnya, pemandu Proton Exora parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penumpangnya mengalami pendarahan di bahagian kepala," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ismail berkata, kesemua mangsa dihantar ke HSI untuk rawatan lanjut.
Ads
Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati sebelum kemalangan, berlaku satu kejadian samun di Taman Puteri Wangsa, Johor Bahru, kira-kira 7 pagi.
Katanya, berdasarkan maklumat awal daripada pemilik Proton Exora, dia disamun dua lelaki manakala kenderaannya dilarikan.
"Semakan juga mendapati lelaki yang maut mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan rakannya mempunyai tujuh rekod jenayah lampau.
"Kes kemalangan disiasat oleh IPD Seri Alam mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan, manakala kes jenayah disiasat oleh IPD Johor Bahru Selatan (JBS)," katanya.
Sumber: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ada ketika kita rasa malas untuk beribadah. Terutama bila dah habis Ramadan. Perkongsian dari Dr Ahmad Sanusi mengenai doa yang perlu kita baca ada kelesuan dan hilang semangat dalam ibadah.
1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah pernah mengingatkan kepada kita bahawa akan ada satu ketika, manusia berasa lemah dan lesu setelah lama mengabdikan diri kepada Allah. Semangat mereka semakin pudar sekalipun telah lama beribadah kepada Allah. Ia seakan kelesuan yang berlaku setelah Ramadan. Dalam sabdanya, Rasulullah mengingatkan kita:
إنَّ لِكُلِّ عملٍ شِرَّةً ، ولِكُلِّ شِرَّةٍ فترة ، فمنْ كان فترتُهُ إلى سنتي فقدِ اهتدى، ومَنْ كانَتْ إِلى غيرِ ذَلِكَ فقدْ هَلَكَ
“Sesungguhnya setiap amalan ada waktu shirrah (kuat keinginan dan bertenaga), dan setiap waktu shirrah ada waktu fatrah (lemah dan lesu). Maka, barangsiapa yang dalam tempoh lesu amalannya itu dia masih kekal dalam sunnahku, maka dia berada di atas petunjuk, dan sesiapa yang dalam tempoh lesunya itu mengikut (melakukan) selain (sunnah) itu, maka dia akan binasa.” (HR Ahmad, dinilai Sahih oleh al-Arna’ut)
2. Perhatikan disini bagaimana Rasulullah memahami tabiat jiwa manusia. Renungkan kembali bagaimana kesungguhan dan tenaga manusia beribadah dalam bulan Ramadan. Solat sunat dan puasa mereka dilakukan dengan konsisten. Namun, setelah berlalunya Ramadan, semangat itu semakin pudar dan kelesuan menyelubungi jiwa.
3. Titik kelesuan inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadis. Lalu Rasulullah berpesan agar kita kekal dalam sunnahnya dan jangan melakukan dosa atau maksiat yang bercanggah dengan Islam. Jangan pula seusai Ramadan, manusia kembali kepada maksiat.
4. Dalam menghadapi situasi ini, Saidina Ali pernah berpesan: إن النفس لها إقبال وإدبار، فإذا أقبلت فخذها بالعزيمة والعبادة، وإذا أدبرت فأقصرها على الفرائض والواجبات “Sesungguhnya jiwa manusia ini bersifat bolak-balik (sekejap menghadap ke hadapan, seketika menghadap ke belakang). Maka ketika jiwa menghadap ke hadapan (iaitu sedang bertenaga), maka ambillah peluang ini dengan penuh kesungguhan dan beribadah (azimah). Namun sekiranya jiwa mula lesu, maka kekal dan kukuhlah atas amalan yang fardu dan wajib (jangan sampai tinggal perkara yang wajib).
5. Begitu juga dari aspek dakwah. Adakalanya jiwa manusia bersemangat mengajak dan menyeru kepada kebaikan. Namun akan datang satu tempoh (futur) dimana mereka merasa penat dalam perjuangan ini.
6. Maka tempoh kelesuan ini amalkanlah doa yang pernah dipatrikan oleh Allah dalam al-Quran: رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ “"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri hidayah petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.” Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Suasana politik Malaysia pada malam ini terasa sehangat malam kemenangan parti Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14, pada tahun 2018.
Terlalu banyak spekulasi yang mengundang persoalan akan kedudukan parti pemerintahan negara buat masa ini. Dan terlalu banyak pandangan telah diberikan baik daripada pihak pemerintah ataupun warganet di media sosial.
Sebuah posting yang menarik perhatian REMAJA, bagaimanapun adalah yang tertera di akaun Facebook Mufti Wilayah.
Foto yang dimuat naik menunjukkan tulisan tangan Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mengandungi ayat doa buat semua rakyat Malaysia.
Beliau mengajak semua agar mendoakan kesejahteraan negara dan rakyat walaupun kita mungkin berdepan dengan apa saja kemungkinan.
”Doaku semoga Allah SWT kurniakan kepada Malaysia sentiasa dalam aman, begitu juga para pemimpin diberi taufiq, hidayah dan sabar.
”Ya Allah kurniakan kepada kami rasa cintakan negara (dan) kukuhkanlah perpaduan kami,” catit beliau.
Ternyata, terlalu banyak sumber berita yang sedang menerpa media massa dan media sosial sejak petang tadi.
Namun, kita dinasihatkan untuk menanti pengesahan yang sahih daripada media massa utama dengan apa jua kemungkinan yang akan berlaku.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita pemergian pelakon berbakat, Allahyarham Ashraf Sinclair pada pagi semalam nyata telah mengejutkan ramai pihak.
Namun tiada siapa yang lebih terkejut melainkan ahli keluarganya sendiri, termasuklah adik Ashraf – Aishah Sinclair.
Menurut perkongsian oleh rakan penyampai radionya Rod & Prem, Aishah sudah bersiap sedia untuk ke udara pada jam 5.48 pagi semalam di konti stesen radio MIX ketika menerima berita tersebut.
Kata 2 orang rakannya itu menerusi program MIX Breakfast yang ke udara dari 6 pagi hingga 10 pagi, berita tersebut disampaikan sendiri oleh ibu Aishah, arwah Asyraf dan Adam – Khadijah Abdul Rahman.
Terkejut, dia terus bergegas pulang ke rumah untuk mengambil penerbangan segera ke Jakarta bersama ibu bapanya.
Pergi Dengan Tenang
Aishah yang juga pernah membintangi drama Gol & Gincu The Series bersama Asyraf juga dimaklumkan adiknya itu meninggal dalam keadaan sedang tidur di Hospital MMC, Jakarta pada jam 3.45 pagi (waktu tempatan) semalam.
Menerusi posting di Instagram pada tengah malam tadi, Aishah sedih tetapi reda dengan pemergian tersebut.
“Tempat pengabadian terakhir.
“Terima kasih kepada semua orang yang menghubungi, memanggil dan terbang ke sini.
“Ini merupakan antara hari-hari paling sukar untuk keluarga saya, kasih sayang dan sokongan kalian amat kami hargai.
“Satu perkara yang pasti, Ashraf amat disayangi oleh ramai orang.”
*
Untuk pengetahuan, Allahyarham Ashraf Sinclair atau nama penuhnya, Ashraf Daniel Bin Mohammad Sinclair juga merupakan finalis akhir Hero Remaja 1997.
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.