Rentetan daripada tragedi bunuh seorang gadis ramaja berusia 19 tahun, Siti Surya Ismail di hadapan ibu sendiri kelmarin, rakyat Malaysia meluahkan rasa sedih di atas nasib ibu arwah dan kekasihnya yang terpaksa menerima kehilangan insan tersayang dengan cara yang kejam ini.
Muhammad Haiqal Adnan, 19 berkata dirinya nyata terkedu selepas mendapat tahu akan berita tersebut sekitar jam 4 petang, pada 1 November lalu.
Impian untuk bertunang dan menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan bersama arwah nyata tidak kesampaian.
Dalam muat naik video tribute oleh Haiqal kepada arwah pada hari ini, dia menulis pesanan yang ringkas namun cukup untuk membuatkan ramai netizen yang mengikuti perjalanan kes ini terkesan.
Catat Haiqal, “Semoga syurga tempat awak.
Ads
“Terima kasih untuk segalanya. Awak rehat dengan tenang ya, sampai masa giliran saya pul. Awak baik, ramai sayang awak, ramai datang tengok awak (semasa pengebumian). Semoga rakan awak dapat balasan sepadan dengan apa dia buat ini,” katanya.
Tinjauan REMAJA ke arah sebahagian daripada hampir 10,600 komen yang menghujani posting tersebut rata-rata mendoakan agar Allahyarhamah Siti Surya dikurniakan ganjaran syurga olehNya dan diletakkan di kalangan orang yang beriman.
Netizen juga berharap agar Haiqal tabah dan menguatkan semangat menghadapi cabaran ini. Ini memandangkan dia terpaksa berdepan dua kematian melibatkan orang tersayang pada tahun 2020.
Sebuah posting yang dimuat naik di Instagram Haiqal menunjukkan bahawa ayahnya baru saja meninggal dunia pada 15 April lalu. Ia diikuti oleh pemergian kekasih pada awal November.
Ads
Ini merupakan di antara pesanan yang dititipkan netizen buat Haiqal.
Nampaknya episod kecaman terhadap jururawat yang didakwa tidak mahu menukar cadar emaknya yang mendapat rawatan di Hospital Shah Alam oleh pelakon Linda Rafar yang tular minggu lalu membawa satu episod baru apabila Delegasi Jururawat Malaysia (DON) memfailkan saman pertama kalinya terhadap orang awam.
Saman kali pertama dibuat dalam sejarah kejururawatan kerana DON ingin memberi teladan kepada pihak yang terlibat serta mahu menjaga nama baik kejururawatan yang terlalu banyak dibuli di media sosial.
Selepas teruk menerima pelbagai kecaman mengenai bidang tugasan jururawat, saman ke atas orang awam dimulakan dan kes Linda Rafar adalah yang pertama
Kalau ikutkan, Linda Rafar bukanlah individu pertama menularkan ketidakpuasan hati terhadap layanan jururawat di hospital malah banyak lagi individu lain berbuat demikian.
Ini termasuk satu kes di Hospital Langkawi di mana seorang lelaki yang isterinya yang mengandung memaki hamun jururawat konon lambat memberi rawatan untuk isterinya.
Namun apa yang win, jururawat “di sebalik pintu” (yeay inilah gelaran untuknya yang cool) yang dimaki langsung tidak membalas kata-kata kesat dilontarkan sebaliknya hanya berkata begini kepada lelaki disifatkan sebagai kurang ajar itu.
”Apabila kita dilayan begini, siapa tidak kecil hati. Encik ada kuasa lelaki dan encik meninggikan suara pada saya. Saya hanya menjalankan tugas menjaga kesihatan isteri dan anak encik.
Hah, winkan ayat-ayatnya. Nasib juga akak nurse ini cool orangnya dan bukan panas baran.
Akak nurse di sebalik pintu ini pernah tular pertengahan tahun ini di mana biar di maki namun dia tetap cool memberi jawapan
Berbalik kepada isu Linda Rafar, selepas dia memuat naik kenyataan di instagram miliknya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia segera memberi respon di mana satu soal siasat akan dilakukan demi mencari jawapan.
Mungkin sudah tidak tahan asyik dibuli dan mungkin ada tindakan tatatertib, DON dalam satu kenyataan di fb milik mereka semalam tampil memberi kenyataan seperti berikut.
Emak Linda Rafar kini sedang mendapat rawatan di Hospital Shah Alam
Berikutan dari kes viral yang disebarkan oleh seorang artis tempatan terhadap jururawat, terdapat jururawat yang kami dapati telah difitnah oleh artis tersebut tanpa sebarang bukti kukuh. Kami telahpun berhubung dengan mangsa fitnah dan bersetuju untuk membantu beliau membersihkan namanya.
Jururawat terbabit juga sudah membuat laporan polis dan segala bukti telah di simpan. Artis berkenaan telah menuduh jururawat tersebut mengugut beliau dan memuat naik gambar tertuduh (Jururawat) di akaun Instagramnya sedangkan tiada ugutan dibuat. Mangsa (jururawat) telah menerima kecaman dan ugutan selepas di viralkan tanpa bukti oleh artis berkenaan.
Maka kami, Delegasi Jururawat Malaysia (DON), mewakili mangsa yang diviralkan dan difitnah oleh artis tersebut ingin memulakan kutipan dana bagi tujuan kos tuntutan undang-undang supaya insiden fitnah seperti ini tidak berlaku lagi di masa hadapan.
Pihak peguam kami telah bersetuju untuk membuka fail saman terhadap individu tersebut bagi pihak si mangsa fitnah.
Jadi, kami menyeru rakan-rakan jururawat untuk menyumbang sedikit derma ikhlas bagi tujuan tuntutan saman tersebut. Kami harap semua Jururawat Malaysia, rakan-rakan dalam bidang kesihatan dan rakyat Malaysia yang perihatin memperjuangkan hak dan nasib jururawat dapat beri sumbangan walaupun ianya serendah RM10 demi profession kita.
Ini adalah bagi memberi teladan kepada yang terlibat serta menjaga nama baik kejururawatan.
Boleh bank in ke :
Akaun : Delegasi Jururawat Malaysia /
Delegation of Nurses
No akaun : 8603343066 (CIMB).
Perkara : Dana Tuntutan Mahkamah
Baca juga maklum balas DON selepas kenyataan itu dimuat naik di fb milik mereka.
Bila mangsa ditularkan, pastinya menjejaskan emosinya. Bayangkan perasaannya sedangkan dia tidak bersalaah seperti yang dituduh oleh artis tersebut.
Kes ini bakal menjadi kes saman fitnah pertama diambil oleh jururawat ke atas orang awam yang selama ini terlepas dari sebarang tindakan undang-undang setiap kali tugasan mereka dipertikaikan di media sosial tanpa mendapat sebarang pembelaan. Ia adalah signal penting untuk masyarakat supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan media sosial untuk mendapat perhatian dari pihak tertinggi KKM.
So, lepas ini kalau ada yang tak puas hati dengan penugasan orang lain, pergilah tanya baik-baik ya. Jangan ambil kesimpulan memuat naik terus di media sosial kerana cara begitu bukan penyelesaian terbaik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan suami isteri ini antara yang sering mendapat perhatian masyarakat. Baru saja melahirkan anak ketiga pada 1 Mac lalu, hari ini pelakon Datin Seri Zizie Izette dan suaminya, ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan memperoleh rasuah membabitkan RM2.8 juta berhubung Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan Berhad (Felcra), empat tahun lalu.
Pastinya berita sebegini amat mengejutkan masyarakat. Sejak dua hari lepas di mana keduanya dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan menerima rasuah, di media sosial rata-rata peminat-peminat meminta pasangan ini bersabar di atas ujian Allah.
Pagi ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Bung Mokhtar, 60, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Bung Mokhtar dan isteri, Zizie didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menerima rasuah RM2.8 juta namun keduanya mengaku tidak bersalah. Gambar Malaysiakini
Bung Mokhtar yang berada di dalam kandang tertuduh itu berkata, “Saya mengaku tidak bersalah dan ingin bicara.”
Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, Bung Mokhtar didakwa sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad telah secara rasuah memperoleh wang suapan keseluruhan RM2.8 juta melalui isterinya Zizie Izette, 41, sebagai upah mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk FELCRA Berhad membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.
Kesemua wang itu diberi oleh dua ejen pelaburan Public Mutual Berhad iaitu Madhi Abdul Hamid, 38, dan Norhaili Ahmad Mokhtar, 42, melalui akaun Public Iktikal Sequel Fund (PITSEQ) yang mana akaun itu di bawah nama Zizie Izette.
Kesemua kesalahan itu dilakukan di Public Bank Berhad cawangan Taman Melawati, Jalan Bandar 12, Taman Melewati, Kuala Lumpur, antara 12 hingga 19 Jun 2015.
Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (akta 694) yang boleh dihukum mengikut subseksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya menawarkan ikat jamin RM100,000 kepada tertuduh dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Peguam Datuk K Kumarendran yang mewakili tertuduh tidak membantah jumlah ikat jamin yang dikenakan termasuk syarat pasport itu.
Mahkamah kemudian menetapkan 10 Jun ini untuk sebutan semula kes dan pasport milik tertuduh diserahkan sehingga kes selesai. Sumber : HARIAN METRO
Pasangan suami isteri ini yang didakwa hari ini selepas didakwa menerima suapan RM2.8 hasil pelaburan FELCRA ke unit amanah Public Mutual Berhad
Sementara itu,MALAYSIA KINImelaporkan isterinya, Zizie Izette A Samad turut didakwa dengan tiga pertuduhan bersubahat menerima rasuah berjumlah RM2.8 juta.
Dia didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di hadapan Hakim Azura Alwi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Zizie mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dan minta dibicarakan.
Hakim kemudian menetapkan ikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasportnya harus diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Azura menetapkan 10 Jun sebagai sebutan semula dan kes akan dibicarakan secara bersama dengan kes suaminya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ada yang berpendapat lelaki handsome tu perlu berbadan sado. Barulah nampak jantan. Dah jadi satu trend bila lelaki zaman sekarang terlalu obses dengan gym dan ‘buat badan’.
Kalau tak sado tak jantan ke?
Tapi yang pasti memang ‘abam-abam sado’ ni sering mendapat perhatian wanita kan?
Lihat saja selebriti-selebriti lelaki Malaysia yang berbadan sado ni. Boleh buat perempuan cair bila melihat mereka ‘belanja’ gambar di instagram.
Tak caya? Jom tengok ni.
1. Shaheizy Sam
2. Hairul Azreen
3. Zarul Umbrella
4. Zizan Razak
5. Zul Ariffin
6. Nazim Othman
7. Remy Ishak
8. Shukri Yahya
9. Hans Isaac
10. Zain Saidin
11. Alif Muhaimin
Jangan tak tahu Hero Remaja 2017 ni pun berbadan sado ya. Tahniah kami ucapkan kepada Alif Muhaimin kerana dinobatkan sebagai pemenang Hero Remaja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!