Status sebagai seorang Menteri Kesihatan nampaknya tidak cukup untuk Nadine Dorries mengelakkan dirinya daripada dijangkiti wabak Covid-19.
Menurut laporan agensi pada pagi ini, Nadine yang berusia 62 tahun telah jatuh sakit pada hari Jumaat lalu. Hanya pada malam tadi, beliau disahkan positif Covid-19.
Ironiknya, Nadine ialah sebahagian daripada pasukan yang menggubal peraturan khusus untuk menangani penyebaran COVID-19 sebelum jatuh sakit.
Perkembangan ini mencetuskan kebimbangan di Downing Street gara-gara penglibatan Nadine bersama Perdana Menteri dan ratusan lagi individu lain di Parlimen sepanjang minggu lalu.
Ads
Ramai gusar sekiranya lebih ramai yang akan terjangkit akibat Nadine yang aktif dengan tugasan beliau. Buat masa ini, beliau sedang dalam perintah kuarantin dan berada dalam proses pemulihan.
Ads
“Sebaik disahkan positif, saya melaksanakan semua langkah pencegahan yang perlu dan berada dalam kuarantin di rumah.
“Bahagian Kesihatan Awam England sudah memulakan usaha pengesanana dan saya mematuhi semua arahan atau nasihat diberikan,” kata beliau.
*
Ads
Nadine bukanlah menteri kerajaan pertama yang disahkan positif Covid-19. Sebelum ini, Menteri Kebudayaan Perancis iaitu Franck Riester telah disahkan positif pada 9 Mac lalu.
Sila pastikan korang mengambil langkah pencegahan seperti memakai hand sanitizer. Atau mungkin boleh juga DIY sendiri seperti di bawah.
Seperti yang diramalkan oleh banyak pihak, Mira Filzah nyata mempunyai kelebihan pada malam ini setelah pelakon manis tersebut diangkat sebagai Bintang Paling Popular 2019.
Berlangsung di Putrajaya Convention Centre, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 telah mengiktiraf Mira sebagai penerima anugerah tertingginya dengan undian sebanyak 6,320,463.
Foto: BH Online
Sebelum menerima anugerah daripada penyanyi, Aisyah di kemuncak acara sebentar tadi, Mira terlebih dahulu dinobatkan sebagai pemenang anugerah Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa dan Pelakon Filem Wanita Popular.
“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas rezeki ini kepada Allah SWT. Anugerah ini adalah untuk emak abah, Meeracle Legacy, Mira Biru. Terima kasih juga kepada pihak media yang tidak putus-putus menyokong kerjaya Mira sepanjang 4 ke 5 tahun ini.
Mira membuktikan popularitinya pada tahun ini setelah hamper kesemua projek drama lakonannya ‘menjadi’. Ia bermula sejak tayangan filem Rise: Ini Kalilah, Sangkar, drama Lelaki Kiriman Tuhan, Pujaan Hati Kanda, dan terbaru drama Sweet Dreams.
Selain hebat di hadapan kamera, Mira juga perlahan-lahan menjadi ikutan peminat fesyen berhijab di Malaysia setelah gaya tudung dan pemakaiannya mudah diterima terutamanya oleh remaja perempuan.
Berniaga bukanlah perkara yang boleh siap dengan hanya memetik jari. Kita sendiri tahu, agak ramai juga yang kecundang pada permulaan untuk bergelar orang bisnes. Untung rugi dalam kehidupan seorang usahawan atau peniaga memerlukan ketahanan mental yang kuat. ‘Alah bisa, tegal biasa’.
Baru-baru ini, seorang usahawan muda yang juga aktivis belia, Harsha Ravindran, 20, menjadi individu paling muda berada dalam senarai 40 Under 40 Prestige Malaysia tahun ini.
Jadi usahawan pada usia 11 tahun
Harsha Ravindran yang menceburi bidang perniagaan sosial seawal usia 11 tahun. Harsha adalah bukti usia muda bukanlah penghalang untuk menjadi usahawan berjaya asalkan mempunyai persekitaran yang menyokong impian itu.
Harsha Ravindran
“Untuk berjaya di usia muda ini tidak semudah disangka, tetapi saya bersyukur kerana persekitaran saya sangat membantu dan tidak putus asa memberi sokongan serta tunjuk ajar,” katanya.
Senarai tahunan itu mengetengahkan 40 individu berusia bawah 40 tahun, yang mencatat kejayaan, inovatif dan berpengaruh di Malaysia. Harsha, yang juga Naib Presiden Kewangan Kelab Keusahawanan Siswa Wharton, disenaraikan atas usahanya menubuhkan gerakan belia dan perusahaan sosial, Ascendance, ketika beliau hanya berusia 13 tahun.
Gerakan itu ditubuhkan bersama kakaknya, Heerraa serta rakannya, Mathura Kannan dan Sanadtkumar Ganesan.
“Beliau turut menjadi hos rancangannya sendiri, Changing Reality, yang ke udara di radio WQHS di AS, yang mana Harsha menemu bual eksekutif kanan daripada Google, Disney, Tik Tok, Goldman Sachs, CBS dan banyak lagi,” kata Prestige Malaysia dalam satu kenyataan, hari ini.
Biodata:
Nama: Harsha Ravindran
Umur: 19 Tahun
Pendidikan: Pelajar jurusan Sastera Ikhtisas dan Sains, University of Pennsylvania (Ivy League University), Amerika Syarikat (AS).
Asal: Johor Bahru, Johor
Pencapaian lain :
1. Pengasas bersama dan pemangku CEO Ascendance
2. Pengasas StartMyName.com
3. TEDx Speaker (3 times) dan International Conference Speaker
4. Penulis buku The Makings of A Teenage Entrepreneur
5. Penerima anugerah “The Diana Award”
Kakak turut tersenarai
Turut berada dalam senarai 40 Under 40 Prestige Malaysia tahun ini adalah kakaknya, Heerraa, seorang penyanyi dan pencipta lagu, yang menarik perhatian selepas menerima Anugerah ICon di Anugerah Muzik Intercontinental 2022 di Los Angeles, baru-baru ini.
“Selepas memenangi hati juri dalam kalangan eksekutif muzik Hollywood menerusi lagunya, Heerraa turut menerima anugerah di Amerika Utara dalam kategori pop, sekali gus melonjak namanya dalam industri muzik antarabangsa.
“Selain berjaya mengekalkan markah cemerlang dalam pengajian, Heerraa turut berjaya tersenarai sebagai antara penerima Anugerah Dekan Harvard University 2021-2022, selaku mahasiswa Sarjana Muda Sastera Liberal di Harvard,” katanya.
Selain Harsha dan Heerraa, 40 Under 40 Prestige Malaysia 2022, turut menyenaraikan atlet gimrama negara, Izzah Amzan, yang memenangi pingat gangsa pada Sukan Komanwel 2022; CEO dan pengasas Kayman Beauty, Nabella Anuar; pelawak, penulis dan pengarah Cinematic Sdn Bhd, Shamaine Othman serta Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama Kumpulan Brickhouse, Datin Cristine Bong.
Ambil contoh mereka ini sebagai inspirasi untuk korang yang ingin berjaya dalam dunia perniagaan.🙂
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Belum pun reda dengan penularan wabak COVID-19 di serata dunia, seorang pesakit di China dilaporkan maut akibat hantavirus yang juga merupakan satu lagi jenis penyakit berjangkit.
Berita yang dilaporkan oleh Berita Harian menurut akhbar tempatan harian China, The Global Times, mangsa adalah lelaki yang berasal dari wilayah barat daya Yunnan.
Semasa dalam perjalanan pulang ke Wilayah Shandong untuk bekerja, lelaki tersebut telah meninggal dunia di dalam sebuah bas pada Isnin lalu. 32 orang penumpang bas itu kemudiannya menjalani saringan kesihatan, namun keputusan ujian tersebut tidak diberitahu.
Penyakit daripada virus ini pertama kalinya dilaporkan di Amerika Syarikat pada 1993 di mana ia dipindahkan kepada manusia oleh tikus.
Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit berpangkalan di AS, pemindahan virus itu daripada manusia kepada manusia tidak pernah ditemui kecuali di Argentina pada 1996 apabila wujud pandangan bahawa ‘hantavirus di Amerika Selatan boleh dipindahkan daripada manusia kepada manusia’.
Berbeza dengan simptom COVID-19 yang mengalami batuk, demam dan sukar bernafas, jangkitan hantavirus pula mengakibatkan kelesuan, sakit otot dan sakit kepala.
Diharap virus ini tidak menular hingga ke negara lain dan ada juga yang mengatakan bahawa virus ini sebenarnya tidak dapat disebarkan daripada manusia ke manusia yang lain. Hm, kita tunggu sahaja kenyataan daripada pakar dan harapnya begitulah hendaknya.
Apa-apa pun stay safe guys.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!