Sepanjang 7 tahun berada dalam pasaran, aplikasi penghantaran mesej iaitu Telegram semakin digemari ramai disebabkan oleh kualiti penghantaran mesej, foto, video serta penggunaan yang mudah.
Malah, ramai pengguna Telegram yang menyukai faktor keselamatan aplikasi itu disebabkan fungsi end-to-end encryption.
Ads
Setakat ini, Telegram belum lagi pernah berhadapan dengan mana-mana isu ‘hackers’ daripada pihak ketiga yang tidak bertanggung jawab.
Namun menurut pihak mereka, Telegram akan mula mengenakan pembayaran bermula tahun 2021.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pengasas Telegram iaitu Pavel Durov, mereka melakukan sedemikian setelah mendapati syarikat mereka memerlukan dana besar demi mempertahankan perkhidmatan kepada para pengguna.
Malah, Pavel juga mendakwa terpaksa menggunakan dana peribadi untuk memastikan Telegram tidak ‘berkubur’.
Ads
Buat masa ini, aplikasi Telegram masih boleh digunakan secara percuma. Namun mulai tahun hadapan, pengguna akan dikenakan kaedah ‘paid features’ dalam aplikasi. Jangan risau, perkhidmatan mesej di Telegram masih kekal percuma. Namun sekiranya korang ingin menggunakan beberapa fungsi lain, korang perlulah melakukan pembayaran seperti aplikasi-aplikasi lain.
Dengan mengenakan bayaran ini, Telegram boleh menjamin perkhidmatan terbaik kepada hampir 500 juta orang penggunanya yang aktif pada masa hadapan.
Untuk pengetahuan, jumlah tersebut masih rendah berbanding pengguna aplikasi mesej WhatsApp yang sudah mencapai angka 7 bilion pengguna di seluruh dunia.
Penggunaan panggilan video berkumpulan yang tinggi ketika virus pandemik Covid-19 ketika ini menyebabkan aplikasi Facebook meningkatkan keupayaan panggilan video.
Facebook sebelum ini telah pun mengumumkan bakal menawarkan perkhidmatan panggilan video telesidang melalui Messenger, dinamakan sebagai Messenger Rooms. Lanjutan daripada pengumuman, kini Messenger Rooms telah mula diperkenalkan secara berperingkat kepada semua.
Menariknya, Messenger Rooms membolehkan pengguna melakukan panggilan video dengan mudah. Pada sesuatu masa, sehingga 50 orang boleh menyertainya. Tiada had masa yang ditetapkan, selain ia ditawarkan secara percuma. Wow!
Pengguna yang ingin memulakan Messenger Rooms perlu mempunyai akaun Facebook. Sebaik sahaja suatu bilik dicipta dan panggilan dimulakan, korang akan diberikan suatu pautan khas untuk menjemput kawan-kawan lain. Mereka boleh menyertai panggilan video berkenaan walaupun tidak mempunyai akaun Facebook.
Ciri ini masih diperkenalkan secara berperingkat, dan korang akan dapat melihatnya pada akaun anda dalam masa terdekat ini. Untuk memulakannya, hanya perlu memulakan panggilan video melalui Messenger, dan kemudian menjemput rakan-rakan anda menyertainya.
Apa pendapat korang? Adakah Messenger Rooms mampu menandingi kehebatan serta populariti aplikasi video call yang lain ?
Ramai pengguna Apple seakan sudah tidak sabar menantikan kemunculan iPhone 13 yang khabarnya bakal dilancarkan pada bulan ini.
Terbaharu, Apple mengumumkan sebuah acara maya yang akan diadakan pada 14 September, 10 pagi, iaitu jatuh pada tanggal 15 September, pukul 1 pagi waktu Malaysia.
Korang boleh menonton ‘California Streaming’ secara langsung di laman web Apple, namun pihak jenama gajet itu tidak menyatakan produk apa yang bakal dilancarkan pada hari tersebut.
Walau bagaimanapun, ada desas-desus mengatakan bahawa acara ini adalah untuk pelancaran siri iPhone 13, Apple Watch Series 7, iOS 15 versi stabil dan juga iPad baharu.
Adakah benar tekaan yang dibuat oleh warganet ini? Sama-sama kita nantikan pada 15 September nanti.
Jika korang bergantung harap pada aplikasi mesej WhatsApp, ketahuilah bahawa ada di antara penggunanya yang tidak boleh menggunakan aplikasi tersebut pada tahun 2020!
Menurut kenyataan rasmi mereka, WhatsApp tidak lagi akan berfungsi bagi beberapa jenis telefon pintar Android, iPhone dan Windows mulai tahun depan.
Ini berikutan penghentian sistem operasi Windows bermula hari ini kepada pengguna telefon pintar setelah perisian telefon Windows kurang mendapat sambutan di pasaran dan di kalangan pemaju aplikasi.
Bagi pengguna Android dan iOS, jangan cepat sangat menghelakan nafas lega kerana korang juga terlibat.
Telefon pintar Android dan iPhone tertentu turut berdepan masalah sama mulai 1 Februari depan.
Pengguna Android 2.3.7 ke bawah tidak dapat mencipta akaun baru atau mengesahkan semula akaun sedia ada.
Masalah itu juga akan berlaku pada pengguna iPhone iOS 8 dan sistem operasi lama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!