Semakan tawaran MRSM 2026 kini menjadi tumpuan ibu bapa dan pelajar apabila kerajaan mengumumkan pelaksanaan sistem satu saluran bagi pengambilan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bermula tahun 2026.
Pelaksanaan sistem baharu ini dilihat sebagai satu langkah penting untuk menambah baik proses pemilihan pelajar, selain memastikan peluang pendidikan diagihkan dengan lebih adil, telus dan tersusun.
Kredit Foto: Sabah Media
Menerusi sistem satu saluran ini, pemilihan pelajar akan dibuat secara lebih bersepadu tanpa pertindihan tawaran. Ia sekali gus mengelakkan situasi pelajar cemerlang menerima lebih daripada satu tawaran, sedangkan pelajar lain terlepas peluang pendidikan berkualiti.
Inisiatif ini turut memberi penekanan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah serta kawasan luar bandar agar mereka tidak tercicir daripada akses pendidikan terbaik.
Semakan Tawaran MRSM 2026 Bermula 26 Disember 2025
Terbaharu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa ibu bapa dan pelajar kini boleh membuat semakan tawaran MRSM 2026 serta Sekolah Khusus bagi kemasukan Tahun 2026 bermula 26 Disember 2025.
Semakan ini melibatkan beberapa kategori kemasukan seperti berikut:
Murid Tingkatan 1
Murid Tingkatan 4
Murid Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
Tempoh penting yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dan calon adalah seperti berikut:
Tempoh semakan keputusan dan rayuan:
26 Disember 2025 hingga 13 Januari 2026
Ads
Tarikh pendaftaran pelajar:
13 Januari 2026
Semakan keputusan rayuan:
6 hingga 10 Februari 2026
Ibu bapa dan pelajar dinasihatkan agar tidak menangguhkan semakan tawaran MRSM 2026 bagi mengelakkan sebarang masalah atau terlepas tarikh penting.
Pautan Rasmi Semakan Tawaran MRSM 2026
Semakan hendaklah dibuat mengikut kategori kemasukan melalui pautan rasmi berikut:
Calon hanya perlu menggunakan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan tawaran MRSM 2026 secara dalam talian melalui portal rasmi MARA.
Kredit: Kosmo
Arahan Penting Kepada Calon dan Ibu Bapa
Terdapat beberapa perkara penting yang wajib diberi perhatian oleh calon dan ibu bapa selepas membuat semakan:
Calon mesti mengesahkan terima atau tolak tawaran dalam tempoh 7 hari dari tarikh semakan
Kegagalan membuat pengesahan akan dianggap sebagai menolak tawaran secara automatik
Keputusan tawaran adalah muktamad dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan
Kerjasama ibu bapa amat penting bagi memastikan semua proses berkaitan kemasukan MRSM diselesaikan mengikut garis masa yang ditetapkan.
Rayuan Kemasukan MRSM 2026
Bagi calon yang tidak berjaya dalam semakan tawaran MRSM 2026, peluang masih terbuka melalui proses rayuan yang disediakan oleh pihak MARA.
Tempoh rayuan:
26 Disember 2025 hingga 13 Januari 2026
Ads
Semakan keputusan rayuan:
6 hingga 10 Februari 2026
Rayuan hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan permohonan dipertimbangkan dan dinilai secara adil.
Kesimpulan
Pelaksanaan sistem satu saluran bagi SBP dan MRSM diharap dapat menjadikan proses pemilihan pelajar lebih cekap, adil dan berkesan. Sistem ini bukan sahaja mengurangkan pertindihan tawaran, malah memberi peluang lebih seimbang kepada pelajar berpotensi dari pelbagai latar belakang.
Ibu bapa dan pelajar disarankan agar sentiasa peka dengan tarikh penting, merujuk hanya kepada saluran rasmi dan memastikan setiap langkah semakan tawaran MRSM 2026 dilakukan tepat pada masanya.
Semoga berjaya dalam permohonan dan kemasukan MRSM 2026.
Universiti Malaysia Terengganu bersama RHB Islamic Bank telah berusaha meningkatkan kesedaran konservasi hidupan marin dan kepentingan laut menerusi Bidong Summit yang telah berlansung pada 14 hingga 16 Julai lalu.
Acara ini merupakan inisiatif yang dilakukan oleh RHB Ocean Harmoni tentang hala tuju kerjasama RHB dan UMT dalam aktiviti konservasi dan hidupan marin. Usaha sama yang telah dijalin sejak dua tahun lepas itu didasarkan kepada Perantaraan Berdasarkan Nilai (VBI) serta Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 14 dan 17. SDG 14 adalah mengenai hidupan di dalam air, manakala SDG 17 adalah perkongsian untuk mencapai matlamat.
Bidong Summit diadakan di Stesen Penyelidikan Marin UMT Pulau Bidong yang turut melibatkan perbincangan hala tuju kerjasama RHB dan UMT dalam aktiviti konservasi lautan dan hidupan marin.
Aktiviti pembersihan bawah laut di sekitar perairan Pulau Bidong ini telah tertangguh selama dua tahun gara-gara pandemik COVID-19, namun ia berjaya dilaksanakan dan menjadi sebahagian daripada pengiisan sidang kemuncak itu.
Foto: BERNAMA via Shafiq HashimFoto: BERNAMA via Shafiq Hashim
Inisiatif ini sewajarnya dilakukan oleh ramai pihak bagi memberi kesedaran akan pentingnya menjaga kebersihan di persisiran air. Sebagai individu yang bertanggungjawab, janganlah kita membuang sampah merata-rata kerana ia bukan sahaja merosakkan pemandangan indah di pulau, malah tabiat ini juga mengundang keburukan kepada hidupan laut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes baharu jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam menurun kepada 26,832 kes berbanding 28,825 kes kelmarin. Namun, ia masih lagi dalam angka yang membimbangkan dan orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi SOP.
Bermula pada 10 Februari lalu, KKM telah mengesahkan bahawa tiada lagi gelang pink dan Home Surveillance Order (HSO) atau surat kuarantin boleh didapatkan melalui aplikasi MySejahtera.
Bagi individu yang telah disahkan positif COVID-19 selepas membuat ujian kendiri, mereka hendaklah melaporkan keputusan ujian di aplikasi MySejahtera. Digital HSO (Surat Arahan Kuarantin) akan diberikan secara automatik dan individu terbabit perlu mematuhi serta kekal berada di rumah sepanjang tempoh pengasingan.
Laporan status kesihatan juga perlu dibuat secara harian di MySejahtera sehingga tempoh pengasingan tamat. Hanya yang bergejala teruk perlu ke CAC untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Berikut kami kongsikan cara bagaimana untuk mengemaskini MySejahtera sekiranya korang didapati positif COVID-19.
1. Pilih Ujian Kendiri COVID-19 di aplikasi MySejahtera
2. Klik Kemas kini Keputusan Ujian Kendiri
3. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan
4. Pilih jenis sampel yang dibuat
5. Dan nyatakan keputusan yang diperoleh
6. Selesai menjawab semua soalan tekan butang submit
Bagi individu yang positif COVID-19, status MySejahtera korang akan bertukar menjadi Confirmed Case-Alert.
Korang hanya perlu kuarantin di rumah dan menjawab soalan setiap hari sehingga tamat kuarantin. Tempoh masa kuarantin juga akan diberikan menerusi aplikasi ini.
@yuirutatsukiKemaskini baru mysejahtera , kalau positif boleh ikut cara ini
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah gigi tidak tersusun atau lebih biasa dipanggil gigi berlapis mungkin mendatangkan ketidakselesaan kepada seseorang individu kerana menganggap penampilan mereka akan menjadi tidak menarik disebabkan hal itu.
Sumber Gambar : Photo by C Technical from Pexels
Oleh yang demikian, ramai yang mengambil langkah untuk memakai braces bagi memulihkan keadaan gigi dan tak kurang juga untuk tampil cantik dan dapatkan senyuman sempurna.
Walaupun ada penyelesaian dalam mengatasi masalah itu, tetapi ia bukanlah proses rawatan yang selesa. Malah individu yang menjalani rawatan tersebut akan mengalami beberapa komplikasi dan ketidakselesaan. Tetapi tidak mengapa kerana beautyispain, betul tak?
Oleh itu, jangan risau tetapi jadikan beberapa artis ini sebagai pembakar semangat untuk kamu dapatkan gigi yang cantik seperti mereka! Ini Remaja senaraikan 7 artis yang pernah memakai braces untuk memiliki gigi cantik dan tersusun.
Tapi, apa-apa pun pastikan korang nak pergi melakukan rawatan gigi ini dengan klinik yang pakar dan bertauliah. Ingat, jangan sebab nak murah, korang pertaruhkan nyawa sendiri. Tak berbaloi gaiss!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!