Sejak mendaki populariti menerusi rancangan realiti bakat nyanyian ‘Produce 101’ musim kedua, satu-persatu bekas ahli grup Wanna One mempunyai kelab peminat masing-masing.
Jika pada bulan April lalu, salah seorang ahli grupnya iaitu One Seong-wu telah berkunjung ke Kuala Lumpur untuk acara ‘Fan Meeting’ pertama sejak mereka dibubarkan pada 27 Januari 2019.
Kini tiba giliran seorang lagi ahli grup Wanna One ke Kuala Lumpur iaitu Kim Jae Hwan!
Ads
Acara ‘Fan Meeting’ yang dianjurkan oleh UnUsUaL Entertainment dan MacpiePro itu akan mengambil tempat pada 27 Julai 2019 ini di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam pada jam 6 petang, sekaligus mengukuhkan lagi kemunculan debut Jaehwan pada tahun ini sebagai penyanyi solo.
Walaupun masih muda berbanding beberapa hyung-nya dalam Wanna One, Jaehwan sememangnya menjadi ikutan ramai peminat yang menggelar diri mereka sebagai WIN:D.
Ads
Kini bernaung di bawah label Swing Entertaiment, Jaehwan yang meraih tempat keempat menerusi Produce 101 musim kedua bukan saja berbakat dalam bidang nyanyian tetapi jugaboleh menulis lirik lagu sendiri.
Untuk album debutnya berjudul Another (dilancarkan pada 20 Mei lalu), beberapa buah lagu turut menerima sentuhan Jaehwan dan telah menerima sambutan menggalakkan daripada WIN:D sekalian.
Kalau korang tak nak melepaskan peluang untuk melihat Jaehwan secara up-close, jangan lupa dapatkan tiket secara online bermula 12 Jun ini pada jam 12 tengah hari di laman web rasmi mereka.
Ads
Tengoklah zon tiket yang mana mampu untuk korang miliki, hiks!
Selepas memilih untuk berjauhan dari radar dunia hiburan, penyanyi ternama Anita Sarawak nekad untuk tidak lagi aktif dalam pertunjukan pentas termasuk menolak undangan mengadakan konsert bagi mengenang komposer Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan.
Di usia 72 tahun, Anita dilaporkan sangat selesa menjalani kehidupan berbeza bersama suami tercinta, Mahathir Abdullah di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS).
Mendedahkan pendirian penyanyi yang pernah masyhur dengan lagu Akhirnya Kini Pasti dan Tragedi Buah Epal itu, bekas editor hiburan, Roslen Fadzil berkata, keputusan Anita itu dimaklumkan sendiri oleh suaminya baru-baru ini.
Gambar terkini Anita Sarawak yang dikongsikan di media sosial baru-baru ini (Kredit: Shuib Taib)
Menurut Roslen yang diminta oleh penganjur konsert mega mengenang Allahyarham Adnan untuk menjejaki Anita berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, beliau meminta jasa baik sahabatnya, Shuib Taib berhubung dengan superstar itu.
“Demi mendapatkan Anita, saya meminta bantuan adik angkatnya yang juga bekas wartawan hiburan The New Straits Times (NST), Shuib Taib berhubung dengan Anita dan suaminya, Mahathir Abdullah di Las Vegas dengan harapan mereka bersetuju”
“Sesudah Shuib berjaya menghubungi mereka, akhirnya kami mendapat jawapan daripada Mahathir melalui pesanan WhatsApp. Walaupun jawapan mengecewakan, tapi kami hormati pendirian Anita dan Mahathir,” kata Roslen menerusi perkongsian di akaun media sosialnya.
Kredit: Today Online
Anita atau lebih mesra disapa Kak Nita disenaraikan oleh penganjur bersama beberapa penghibur lain yang pernah digilap bakat oleh Allahyarham Adnan dalam konsert mega di Kuala Lumpur yang bakal diadakan tahun hadapan.
Sepanjang kerjaya seninya, Anita pernah merakamkan lagu Cintamu Muzik Di Hatiku ciptaan Allahyarham Adnan dan lirik ditulis oleh Allahyarham Seri Bayu.
Menerusi pesanan yang sama juga, Mahathir memaklumkan, Anita turut bersedih dengan pemergian Adnan yang disifatkannya sebagai penerbit terbaik di zaman kemasyhuran Allahyarham.
“Terima kasih kerana sudi menghubungi. Apabila memaklumkan kepada Anita mengenai konsert mengenang pemergian Adnan, beliau begitu sedih dan mula terkenangkan detik yang pernah dikongsi bersama salah seorang produser terbaik sepanjang zaman itu”
Kredit: NST
“Sampaikan salam kami kepada ahli keluarga Adnan dan mereka seharusnya berbangga dengan bakat unik dimiliki Adnan. Mengenai undangan konsert, Anita ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas tanda ingatan,” katanya.
Menurut Mahathir, seperti diketahui, isterinya Anita sudah bersara dan kini memiliki kehidupan berbeza serta selesa dengan kehidupan yang lebih privasi. Mereka juga menghargai jasa penganjur kerana tanda ingatan namun memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan.
Dalam pada itu, Roslen turut menghormati tindakan Mahathir yang menolak undangan berkenaan dengan baik dan penuh budi bahasa.
“Jawapan diberikan mungkin mengecewakan jutaan peminat Anita, namun itulah hakikat perubahan terjadi kepada penyanyi Akhirnya Kini Pasti itu. Bagaimanapun, Mahathir mengirimkan fotonya bersama Anita kepada Shuib bagi mengubati kerinduan peminat. Kita doakan kesejahteraan mereka,” kata Roslen lagi.
Terdahulu, Anita Sarawak pernah mengejutkan peminatnya selepas membuat keputusan menyepikan diri dari industri hiburan secara mendadak.
‘Kehilangan’ anak kepada seniman Allahyarham Datuk S.Roomai Noor dan seniwati Siput Sarawak itu mencetuskan pelbagai spekulasi berikutan jejak beliau dan suaminya tidak dapat dikesan.
Sehingga kini selepas lebih sedekad ‘hilang’ tiada mana-mana media yang berjaya menyelongkar kehidupan Anita dan suami.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam mungkin merupakan hari terakhir sebelum Sukan Asia 2018 melabuhkan tirai.
Namun, semalam juga adalah malam getir untuk peminat sukan negara apabila dua perlawanan penentuan pingat emas melibatkan atlet Malaysia. Seperti yang semua tahu, skuad hoki Malaysian Tigers kita hampir saja menjadikan kutipan pingat emas kepada angka 8.
Namun nasib dan taktik nyata tak menyebelahi mereka apabila tewas kepada Jepun dalam penentuan penalti walaupun overall, mereka telah beraksi dengan cemerlang sepanjang kempen di Indonesia ini.
Kilauan emas nampaknya lebih bersinar di gelanggang squasy Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia apabila skuad lelaki negara berjaya mengatasi tentang sengit Hong Kong dan menaiki podium sebagai pemenang. Sekaligus, mereka merealisasikan juga target 7 pingat emas yang diletakkan Kementerian.
Kemenangan tersebut membuka mata penonton di rumah mengenai kelibat 4 hero squasy ini.
Tetapi siapakah pemain-pemain ini?
01
Eain Yow Ng
Bekas Juara Dunia Remaja, Eian Yow kini berusia 20 tahun dan menduduki ranking ke-44 dunia.
Mirip rakannya, S. Sivasangari yang juga cemerlang dengan pingat perak perseorangan pada kali ini, Eain merupakan antara pelapis terbaik untuk meneruskan perjuangan sukan ini.
Dia mula bermain pada usia 7 tahun apabila ayah Eian membawanya ke kelab squasy untuk bermain dengan beliau. “I love squasy because I will get to meet people from all over the world.”
Semalam, Eian mengejutkan juara perseorangan Sukan Asia 2018, Leo Au Chun Ming dalam straight set pada perlawanan ketiga.
02
Nafiizwan Adnan
Berbanding Eian, pemain lain adalah lebih senior dan berpengalaman.
Pemain squasy lelaki nombor satu Malaysia, Nafiizwan terlebih dahulu cemerlang dengan pingat gangsa di Sukan Komanwel Goldcoast dan satu lagi pingat gangsa untuk perseorangan lelaki minggu lalu di Sukan Asia.
Atlet kelahiran Terengganu berusia 32 tahun ini memang sentiasa mempunyai mode game on, lebih-lebih lagi apabila jadual perlawanan antarabangsanya selalu packed.
03
Ivan Yuen Chee Wern
Akan meraikan hari lahir ke-28 dalam masa beberapa hari je lagi, Ivan Yuen semalam merupakan pemain pertama yang turun ke gelanggan dan memberikan tentangan sengit sebelum tewas 7-11, 18-20, 11-9, 8-11 kepada wakil Hong Kong, Yip Tsz Fung.
Juara Kebangsaan Kejohanan Ohana 2018 ini juga terlebih dahulu pernah menewaskan Nafiizwan Julai lepas sebagai persediaan sebelum Sukan Asia ni.
04
Mohammad Syafiq Kamal
Kacak dan baru berusia 22 tahun!
Pemain berketinggian 179sm ini juga merupakan antara pelapis terbaik. Kami yakin dalam masa beberapa tahun lagi, Syafiq juga mampu untuk mencapai kedudukan pemain senior lain.
Sekali lagi, Congrats Boys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres jelita, Siti Khadijah Halim mencuri perhatian netizen apabila menghadiahkan sebuah kereta kepada ibu bapanya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok, pelakon drama popular From Saga With Love itu dilihat menyambut hari lahirnya di sebuah kafe bersama ahli keluarga sebelum membawa ibu bapanya ke sebuah pameran kereta jenama tempatan.
Dalam kejutan tersebut, Siti Khadijah menghadiahkan sebuah kereta Proton S70 kepada kedua-dua ibu bapanya, yang ternyata tidak dapat menahan air mata menerima pemberian istimewa itu daripada anak mereka.
“Hari ini adalah hari yang istimewa bagi saya sebab saya akan pickup satu hadiah yang sangat berharga dan bermakna bagi saya.
“Setiap tahun saya akan hadiahkan diri saya sesuatu. Tahun ini hadiahnya sedikit berbeza dan perasaan saya bercampur baur,” tulisnya dalam kapsyen video berkenaan.
Tindakan Siti Khadijah tersebut sekali gus menerima pujian warganet yang rata-rata tersentuh melihat momen berkenaan dan memuji keprihatinannya dalam membahagiakan kedua ibu bapanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Siti Khadijah Halim
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...