Percaya (punintended) atau tidak, As’ad Motawh sememangnya mempunyai para peminat yang hardcore walaupun baru saja mengeluarkan 2 lagu.
Jika pada bulan lepas di e-Curve Mutiara Damansara, penyanyi ‘Senyum’ dan ‘Percaya’ ini telah dikejutkan dengan insiden peminat naik ke pentas dan memeluknya dari belakang.
Ads
Hari ini, kejadian seakan sama telah berlaku ketika dia menjayakan persembahan di Sabah. Cumanya As’ad menerusi video di akaun Instagram miliknya dilihat ditarik (lebih kepada direntap!) ke bawah oleh peminat ketika sedang bersalaman dari atas pentas.
As’ad yang sedang di dalam rangka jelajah The Percaya Tour bagaimanapun dilaporkan dalam keadaan baik. Para peminat dan rakan seperti Sufian Suhaimi juga bertanya sama ada dia okay ataupun tidak.
Anak mana yang tidak sedih jika ibu mereka melalui saat-saat sukar, tambahan lagi apabila masalah yanh dihadapi beliau itu menjadi bualan mulut satu Malaysia.
Setelah lebih setahun berdepan kemelut kes hadiah kemenangan penyanyi Aishah yang memenangi program Gegar Vaganza musim kempat, jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau DS Vida dikejutkan oleh anaknya yang menyerahkan wang tunai RM100,000 agar isu ini pantas diselesaikan.
Menurut Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 14 pada sidang media itu, dia tidak lagi mahu melihat ibunya itu menangis setiap malam.
“Kalau bantu mama pun insyaAllah (akan) dapat lagi (rezeki). Sedih tengok apa yang jadi kepada mama walaupun Cik B susah untuk sedih,” luahnya.
“Cik B tahu dan nampak mama seorang yang kuat. Tapi bila dia menangis kita pun (turut ingin) menangis. Jarang tengok dia sedih dan (ini) betul-betul berat bagi mama.
“Oleh itu, Cik B serahkan duit hasil jualan produk Salmon Skin yang diperolehi daripada ejen Singapura dan Malaysia kepada mama untuk dibayar kepada Aishah,” simpulnya.
Terdahulu, DS Vida menyatakan permohonan maaf rasmi secara terbuka seperti yang termaktub dalam keputusan bersama kedua-dua pihak di Mahkamah Sesyen Sibil 11 Kuala Lumpur, Isnin lalu.
Tak apa Cik B. Rezeki Tuhan itu luas. Jika hari ini ibu gembira dengan pertolongan anaknya, tak mustahil satu hari rezeki akan kembali kepada anak tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang atlet catur muda menjadi ‘mangsa’ terbaru kepada corak pemakaian wanita yang ketat di Iran setelah tindakannya untuk menanggalkan hijab sewaktu mewakili negara tersebut di sebuah kejohanan mendapat kecaman hebat.
Sara Khadem, 25 atau nama penuhnya Sarasadat Khademalsharieh telah menyertai kejohanan FIDE World Rapid & Blitz Chess Championships yang dilangsungkan di Almaty, Kazakhstan pada minggu llau.
Sebaik sahaja bertanding di sana tanpa mengenakan hijab, sumber terdekat yang enggan mendedahkan identitinya berkata Sara telah menerima beberapa panggilan telefon dari Iran.
Ada di antara pemanggil tersebut yang memberi amaran agar tidak pulang ke tanah air selepas kejohanan berakhir selepas tindakannya itu khabarnya telah menyentuh sensitiviti masyarakat di sana. Malah, media di Iran juga melaporkan bahawa keluarga Sara di sana turut menerima ancaman.
Demi memastikan keselamatan Sara terjamin, penganjur kejohanan dengan kerjasama pihak polis di Kazakhstan telah menempatkan empat orang ‘bodyguard’ di luar bilik hotel Sara.
*
Akibat daripada isu ini, Sara telah mengambil keputusan untuk ‘terbang’ ke Sepanyol dan tiba di sana pada hari ini. Ia selari dengan laporan akhbar Le Figaro dan El Pais pada minggu lalu yang mendakwa Sara akan berpindah ke Sepanyol selepas ini.
Bagaimanapun, tidak diketahui pula sama ada anaknya dan suaminya, Ardeshir Ahmadi yang merupakan pengacara program dalam talian dan pengarah filem di Iran mengekorinya ke Sepanyol buat masa ini.
Sebagai info, corak pemakaian wanita di Iran telah sekian lama menjadi topik perbahasan bukan saja di negara mereka malahan oleh masyarakat dunia.
Ketegangan isu ini mencapai kemuncaknya pada pertengahan September 2022 apabila wanita Iran berusia 22 tahun, Mahsa Amini meninggal dunia sewaktu dalam jagaan polis yang menangkapnya kerana ‘tidak berpakaian senonoh’.
Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi mengenai tindakan dua wanita Iran yang membakar kain hijab pada sambutan Hari Wanita Sedunia sebagai tanda protes kepada peraturan yang dibilang mereka tidak masuk akal ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam sehari dua ini kita rasakan cuaca agak sejuk. Ditambah hujan yang turun kita pasti menyangka ia fenomena biasa. Fenomena hujan ini perkara biasa yang berlaku di negara kita dan kebanyakkan negara kan?
Tapi kalau korang nak tahu fenomena hujan turun di titik tertinggi lapisan ais Greenland bukan sesuatu yang normal. Menurut laporan, minggu lalu untuk pertama kalinya mencetuskan kegelisahan kepada para pakar terhadap masalah pemanasan global yang mencairkan lapisan ais pada kadar yang membimbangkan.
Foto Kredit : Via Encyclopædia Britannica, Inc.
“Itu bukan tanda yang sihat untuk lapisan ais,” kata Indrani Das, ahli glasiologi dengan Observatorium Lamont-Doherty Earth Columbia University. “Air di atas ais adalah petanda buruk. … Ini menjadikan lapisan ais lebih rentan terhadap pencairan permukaan.”
Memetik Reuters, apa yang menjadi kebimbangan pakar adalah, air bukan sahaja akan menjadi panas di atas permukaan salji, tetapi ia juga bakal menjadi gelap – sehingga menyerap lebih banyak cahaya matahari. Situasi ini kemudiannya akan menyebabkan ais itu cair dan meningkatkan paras laut. Kejadian ais cair di Greenland sahaja sudah menyumbang sekitar 25% kenaikan paras laut dunia sejak beberapa dekad yang lalu.
Manakala fenomena hujan yang turun beberapa jam pada 14 Ogos lalu telah menyebabkan suhu di Greeland berada lebih tinggi dari paras beku selama sekitar sembilan jam, kata para saintis di Pusat Data Salji dan Ais Nasional AS. Untuk rekod, suhu di sana tidak pernah berada lebih tinggi dari paras beku. Tetapi dalam masa kurang dari satu dekad, situasi ini sudah terjadi sebanyak tiga kali.
Selain itu, hal ini juga kan mengancam negara-negara di dunia. Ekoran beberapa trilion tan ais yang telah hilang dari Greenland sejak 1994, ia telah meningkatkan paras laut serta membahayakan bandar-bandar pinggir pantai di seluruh dunia.
Foto Kredit : Via BBC
Menurut rangkaian televisyen NBC News, keadaan itu boleh menenggelamkan bandar-bandar seperti Mumbai, New York dan Amsterdam.
Untuk info, sebelum ini Trump pernah menyuarakan hasrat untuk membeli Greenland, sebuah wilayah autonomi di bawah Denmark yang terletak antara Atlantik Utara dan Lautan Artik serta mempunyai populasi 56,000 penduduk. Namun hajatnya terbantut apabila Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen dengan tegas berkata, ‘Greenland bukan untuk dijual’. Presiden ke-45 AS itu dikatakan memilih pulau terbesar di dunia itu kerana ia kaya dengan sumber semula jadi seperti arang batu, zink dan bijih besi.
Pulau ini dinobatkan sebagai pulau terbesar di dunia bahkan luas wilayahnya tak jauh berbeza dengan benua Australia.
Sumber : Sinar Harian, Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keputusan bebas Ismahalil diketepikan selepas Mahkamah Rayuan mensabitkannya atas pertuduhan mengedar kanabis dan menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun.