
Selepas filem No Time To Die menangguhkan tayangannya ke bulan November, kini Sony Pictures Entertainment pula mengambil keputusan untuk menukar tarikh tayangan asal Peter Rabbit 2 dari April ke bulan Ogos tahun ini.
Filem yang dibintangi oleh Rose Byrne, Domnhall Gleeson, David Oyelowo, Elizabeth Debicki, James Corden, Margot Robbie khabarnya bakal ditayangkan pada 20 Ogos nanti ekoran daripada penularan virus COVID-19 di seluruh dunia.


Tindakan ini diambil setelah mengambil kira faktor kesihatan orang awam yang sekali gus mungkin akan mempengaruhi jumlah kutipan tiket di pawagam.

Bagus juga tindakan mereka untuk menangguhkan tayangan filem-filem box office ini kerana musim wabak sekarang membuatkan ramai yang tidak mahu keluar rumah jika tiada urusan penting.
Apa-apa pun, kami berharap agar korang sentiasa menjaga kesihatan diri dan amalkan pemakaian penutup muka sekiranya berada di luar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Buat 8 Perkara Ini Kalau Bosan Time Kuarantin, Allah Beri Kita Masa BersamaNya Tanpa Gangguan Bos

Bermula hari ini sehingga 31 Mac, Perintah Kawalan Pergerakan diadakan bagi membendung wabak Covid-19. Biar masih ada yang bersantai-santai dan tak pedulikan arahan tapi bukan semua rakyat Malaysia selfish. Ada yang prihatin dan mematuhi perintah larangan pergerakan di mana buktinya ibu kota Kuala Lumpur agak lengang dengan kenderaan hari ini.
Baru hari pertama, pasti kita terfikir saat rasa bosan menguasai diri. Tak tahu apa nak buat terutama bagi mereka yang biasa bekerja. Walau ada sesetengahnya bekerja dari rumah tapi rasa rindu berbual dengan kawan-kawan pasti ada.
Sekadar perkongsian, kalau rasa bosan masa kuarantin ini, ini boleh kita lakukan. Bacalah perkongsian bermanfaat ini terutama sekali bagi umat Islam. Inilah masa kita dekatkan diri dengan Allah. Bacalah perkongsian bermanfaat ini. Lagipun kita tidak tahu umur sampai bila. Inilah masanya kita dekatkan diri pada Allah kerana sebelum ini sibuk dengan kerja.

Banyak perkara kita boleh buat semasa kuarantin ini..
- Qadha puasa – jika ada lagi memandangkan Ramadhan lagi sebulan lebih untuk kita masuk.
- Qadha solat – jika ada…especially zaman awal remaja yang masih sangkut-sangkut solat fardhu atau zmn jahiliyyah kita.
- Baca quran – sebaiknya susun jadual spy dapat khatam 30 juzuk.
- Tadabbur Quran – target surah yang panjang-panjang seperti Al Baqarah – barulah lazat dan meresap apabila membaca sebab tahu isi dan ceritanya. Jika Al Baqarah dah settle boleh pindah ke surah-surah lain yang utama seperti Al Kahfi, Al A’raf, Al Imran dan lain-lain. Tadabbur perlu ada bersama set Tafsir Quran, tidak cukup dengan Quran Terjemahan sahaja. Tafsir Al Azhar ke, Al Ihsan ke, Tafsir Ibnu Kathir ke. Pilihlah yang mana sesuai.
Nak test berjaya atau tidak tadabbur. Pasang bacaan quran. Boleh faham tak maksud dan ceritanya tanpa melihat Al Quran terjemahan.
- Solat-solat sunat – kalau dulu tak biasa buat inilah masanya. Terutama yang dah capai umur 40 tetapi belum lekat lagi solat-solat sunat. Eloklah mula beramal. Amalkan set 12 rakaat sunat qabliyyah dan ba’diyyah berdasarkan hadis sahih Ummu Habibah yang mana Rasulullah kata sesiapa yang mengamalkannya setiap hari akan dibina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga.
Subuh: 2 rakaat sebelum (yang juga dikenali solat sunat fajar)
Zohor: 4 rakaat sebelum, 2 rakaat sesudah
Maghrib: 2 rakaat sesudah
Isya’: 2 rakaat sesudah
- Amalkan solat sunat dhuha sekurang-kurangnya dua rakaat
- Bangun awal pagi. Terus ambil wudhu’ dan tunaikan solat sunat tahajjud, solat sunat taubat dan solat sunat witir. Banyakkan istighfar ketika menunggu masuknya waktu Subuh. Kemudian solat Subuh berjemaah bersama ahli keluarga
- Amalkan zikrullah terutamanya kalimah tayyibah lailahaillah 100x, istighfar 100x, selawat atas nabi 100x, subhanallah wa bihamdihi 100x, subhanallahal azim 100x dll.
Ini bukan masanya untuk qadha tidur, qadha menonton cerita-cerita bersiri @ drama-drama bersiri, membuang masa bermain game dan lain-lain. Jangan tertipu dengan tipu daya syaitan. Boleh berubah. Sesuai dengan kehendak Allah. Sekarang adalah masa mencari redha Allah. Masa bertaqarrub dan bermuhasabah.
Wallahu a’lam.
Writer: Unknown
Waqaf…boleh share jika rasa berfaedah.
Semoga Allah memberi pahala kepada penulisnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Varian Dalam Siasatan’ Covid-19? Ini Yang Korang Perlu Tahu Dengan Delta AY.4.2

Walaupun kes baharu Covid-19 di negara kita menunjukkan penurunan, dan rata-rata dari kita yang sudah divaksin dibenarkan menjalani kehidupan seperti biasa dengan norma baru.
Namun, kita tidak harus leka kerana baru-baru ini dunia dikejutkan dengan penemuan varian Delta versi baharu yang diklasifikasikan oleh kerajaan United Kingdom (UK) sebagai ‘varian dalam siasatan’.

Ia dinamakan sebagai Delta AY.4.2 dan dilaporkan menimbulkan kebimbangan di kalangan penyelidik dunia.Tambahan lagi varian baru yang muncul ini dikatakan telah mula merebak dalam komuniti di sana.
Apakah Delta AY.4.2?
Juga dari keluarga virus korona SARS-CoV-2 yang paling mudah menyebar, Jeffrey Barrett, pengarah Inisiatif Genomics COVID-19 di Wellcome Sanger Institute di Cambridge, dan Francois Balloux, pengarah University College London Genetics Institute, memberitahu Financial Times bahawa varian Delta AY.4.2 mempunyai kemampuan 10 hingga 15 peratus lebih berjangkit daripada varian Delta yang asal.
Untuk info, walaupun jejaknya sudah mula diselidiki oleh kerajaan UK, AY.4.2 masih belum dikelaskan sebagai ‘varian dalam siasatan’ (variant under investigation/VUI) atau ‘varian yang menjadi perhatian’ (variant of concern/VOC) oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Ini bermakna WHO masih menganggap bahawa varian Delta AY.4.2 masih belum mempunyai perubahan genetik yang berbahaya untuk menjejaskan penghantaran, keterukan penyakit dan imuniti daripada antibodi.
Malah, kajian dari penyelidik Britain sendiri kini mempelajari lebih lanjut mengenai varian Delta AY.4.2. Jika dakwaan Barrett dan Balloux disahkan, AY.4.2 akan menjadi jenis coronavirus yang paling menular sejak wabak itu bermula.
Sementara itu, profesor imunologi di Imperial College London, Danny Altmann, memberitahu CNBC bahawa subjenis AY.4.2 “perlu dipantau dan dikawal dengan teliti.”
Apa-apapun stay safe, kekal ikut SOP walau kemana korang pergi. Ingat virus Covid-19 ini masih ada disekeliling kita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Empat Kru Kabin Malaysia Airlines Cipta Sejarah, Pertama Dari Komuniti Orang Asli

Orang Asli di Malaysia kini semakin cemerlang apabila melakar kejayaan berterusan dalam bidang yang diceburi.
Terkini, empat kru kabin Orang Asli telah mencipta sejarah selepas buat pertama kalinya menjadi graduan dari akademi latihan Malaysia Airlines tahun ini, lapor The Star.
ARTIKEL BERKAITAN : Anak Orang Asli Cipta Sejarah, Genggam Ijazah Kelas Pertama Universiti Terkemuka Dunia

Empat orang tersebut adalah Amyisha Nurshahira Rosman dari Suku Jakun, Sarah Elisssa Tang Aman dari Suku Temuan, Veena Angelina Jincis dari Suku Semai dan Alzariza Alwi dari Suku Semai.
Difahamkan, keempat-empat krew kabin ini telah mula bertugas di penerbangan Malaysia Airlines sejak 7 Mei 2024.
Majlis graduasi yang diadakan semalam telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Datuk Sapiah Mohd. Nor.

Pencapaian ini menunjukkan komitmen kami terhadap kepelbagaian dan keterangkuman dalam tenaga kerja kami, memastikan semua orang mendapat peluang yang sama tanpa mengira latar belakang mereka. – Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail.
Untuk pengetahuan semua, Malaysia Airlines dan Jakoa memulakan usaha merekrut pada Disember 2023 di negeri Pahang, Perak dan Johor, dengan mensasarkan pelbagai etnik seperti Jakun, Temuan dan Semai.
BACA LAGI : Inspirasi Buat Anak Muda, Orang Asli Berjaya Lanjut Pengajian Di Universiti Terkemuka Jepun
SUMBER : The Star
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

