Penyanyi terkenal Britain, Harry Styles baru-baru ini meraih perhatian apabila mengumumkan pelancaran rangkaian produk baharu di bawah jenamanya, Pleasing dan memperkenalkan koleksi eksklusif yang diberi nama ‘Pleasing Yourself’ yang menambah dimensi baharu kepada jenama tersebut yang sebelum ini sinonim dengan produk penjagaan kulit, fesyen dan wangian.
Menurut laporan E! News, koleksi tersebut menampilkan dua produk utama iaitu alat berteknologi dwi-fungsi berharga US$68 (RM286) serta pelincir peribadi berharga US$25 (RM106). Kedua-duanya direka untuk memenuhi pelbagai keperluan dan keinginan pengguna moden.
Dalam pada itu, pelancaran produk berkenaan turut mencuri tumpuan apabila Harry sendiri tampil dalam video promosi rasmi koleksi berkenaan sambil mengungkapkan tagline yang berani, “Please yourself like you mean it”. Selain itu, beliau juga mengusik para peminat melalui Instagram Story dengan beberapa video teaser sebelum pengumuman rasmi dibuat.
Ads
Kredit foto: Instagram PleasingKredit foto: Instagram Pleasing
Apa yang lebih menarik, produk ini dibangunkan bersama pendidik seks terkenal, Zoë Ligon dan kolaborasi ini menghasilkan barisan produk yang dikatakan sesuai untuk ‘kaleidoskop badan, keinginan dan rasa ingin tahu’ sekaligus menjadikan koleksi ini lebih inklusif dan meraikan kepelbagaian.
Sementara itu, untuk memeriahkan lagi pelancaran tersebut, sebuah kedai pop-up ‘The Pleasing Pleasure Shop’ akan dibuka di bandar New York bagi memberikan pengalaman langsung kepada peminat dan pelanggan jenama ini.
Ads
Sekadar info, sejak ditubuhkan pada tahun 2021, jenama Pleasing bermula sebagai jenama yang menawarkan pewarna kuku dan produk penjagaan kulit. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, ia berkembang menjadi label gaya hidup yang merangkumi fesyen, wangian dan kini melangkah ke kategori baharu yang lebih berani.
Ads
Kredit foto: Instagram Pleasing
Memetik kenyataan media Mashable, langkah pelantun lagu ‘As It Wa’ ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha beliau untuk meneroka pasaran gaya hidup yang lebih luas, sambil mengekalkan identiti jenamanya yang inklusif dan progresif. Strategi ini juga menunjukkan keberaniannya untuk mencabar norma konvensional dalam industri hiburan dan fesyen.
Harry Styles yang terkenal dengan pendekatan kreatif dan berani ini dilihat terus mengukuhkan pengaruhnya bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi juga sebagai ikon gaya hidup global. Dengan pelancaran ini, Pleasing dijangka akan terus menjadi antara jenama yang paling mendapat perhatian di kalangan peminat muda seluruh dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peminat pastinya sudah tidak sabar menantikan kemunculan terbaru G-Dragon apabila dimaklumkan, penyanyi berbakat ini bakal membuat come back tidak lama lagi. Personaliti ini lebih dikenali sebagai ketua kumpulan muzik terkenal Big Bang dan kali terakhir, kumpulan ini muncul adalah pada Mac 2018.
Perkara ini telah dimaklumkan oleh YG Entertainment kepada YTN Star, bahawa G-Dragon sedang mempersiapkan lagu terbarunya. Malah, menerusi sumber terdekat, G-Dragon kini sibuk berulang-alik masuk ke studio dan ini lebih menguatkan lagi kenyataan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan beliau.
BIGBANG pada asalnya dijadualkan untuk memulakan semula aktiviti kumpulan dengan Coachella pada bulan April tahun ini, tetapi rancangannya gagal apabila acara itu dibatalkan kerana ke COVID-19.
Sama-sama kita nantikan kemunculan penyanyi ini tidak lama lagi.
Tinggal sehari saja lagi sebelum juara sulung Ratu Hijabista 2020 dinobatkan secara live di kaca televisyen korang.
Hanya tinggal empat orang finalis yang bakal berentap bagi mendapatkan gelaran tersebut. Dengar cerita, ramai yang sukar untuk membuat ramalan atau prediction akan siapakah yang bakal bergelar juara.
Ini kerana keempat-empat peserta mempunyai kelebihan paras rupa, kebijaksanaan dan potensi yang tinggi bagi mengejar impian serta karier masing-masing.
(Dari kiri): Fiffy Afrina, Tina Aziz, Uyaina Arshad, Mellya Azizi dan Qila Shahirah..
Penulis sempat untuk bertanyakan kepada empat orang finalis tersebut berkenaan saingan sengit mereka untuk episod finale esok. Jom lihat jawapan mereka.
TINA AZIZ
“Pada peringkat akhir ini, saya melihat ia bergantung kepada kematangan peserta dalam memberikan pendapat. Jadi saya rasakan saingan sengit akan diberikan oleh Mellya Azizi. Dia mempunyai pengalaman sebagai seorang ahli parlimen Belia dan cakna dengan perkembangan semasa sejak dahulu lagi.”
QILA SHAHIRAH
“Bagi saya, pencabar terdekat pada malam esok ialah Fiffy Afrina. Selain daripada kelayakan yang dimiliki oleh Fiffy dalam bidang perubatan, Fiffy juga saya lihat menyerlah sepanjang program Ratu Hijabista. Saya ingat lagi momen Saree dan Aisyah tersingkir beberapa episod lalu. Fiffy memeluk saya dan berkata kita perlu sampai ke akhir, and here we are.”
MELLYA AZIZI
“Seorang Ratu Hijabista perlu memiliki kredibiliti yang boleh diakui oleh masyarakat, keunikan pada personaliti dan pakejnya serta tahu untuk blend in bersama komuniti. Saya melihat Tina ada kualiti-kualiti tersebut. Walaupun lantang, dia masih tahu untuk menjaga diri sebagai seorang hijabi dan bagi saya itu mungkin adalah di antara ciri-ciri yang dicari.”
FIFFY AFRINA
“Saingan terdekat untuk malam esok saya lihat akan datang daripada bakal peguam kita, Tina Aziz. Selain mempunyai perancangan karier yang jelas dalam bidang perundangan, Tina juga telah memperlihatkan aura dan sisi matang yang penting jika ingin dijadikan sebagai fugura berinspirasi kepada masyarakat di luar sana.”
*
*
Apa pendapat korang, setuju tak dengan nama yang dpetik oleh finalis di atas?
Nama Aizat Amdan bukan nama asing dalam industri muzik tempatan. Pernah cipta fenomena dalam dunia hiburan tanah air, Aizat kembali jadi perhatian apabila beliau mengumumkan bakal bertarung dalam sukan Muay Thai Oktober ini.
Sejak kebelakangan ini, ramai peminat tertanya-tanya tentang perkembangan terkini Aizat, terutamanya selepas beliau mengambil keputusan untuk menyepi dari dunia seni.
“Lebih setahun saya diamkan mengenainya. Tapi saya teruja untuk berkongsi dengan anda semua yang saya akan bertarung dalam pertarungan Muay thai amatur pertama saya pada 12 Oktober ini.
“Latihannya dia tak kelakar. Rutin pagi petang berlatih, balik tidur. Doakan semoga semua berjalan lancar. Kalau anda semua nak tengok latihan dia macam mana, esok saya mulakan berkongsi di Instagram Story,” kata Aizat.
Aizat
Menerusi video-video yang dikongsikan, ternyata basah lencun Aizat berlatih bersungguh-sungguh sempena debut pertarungan Muay Thai tidak lama lagi.
Rata-rata komen dari rakan dan peminat Aizat turut memberikan sokongan jitu dan mendoakan kemenangan beliau.
Moga Aizat berjaya meraih kemenangan pertama dalam debut sukan Muay Thai amatur pertamanya.
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...