Pertanyaan dan teka teki sudah semakin sampai ke penghujungnya. Selepas 5 tahun berlalu peristiwa pesawat MH 17 milik Malaysia Airlines ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, akhirnya penderitaan rakyat Malaysia dan waris yang terbunuh menemui jawapan.
Ini kerana 4 orang suspek telah dinamakan di mana tiga darinya adalah warga Rusia dan seorang warga Ukraine. Tiga warga Rusia ini ialah Igor Girkin, Sergey Dubinsky dan Oleg Pulatov serta seorang warga Ukraine, Leonid Karchenko akan dihadapkan ke mahkamah apabila kes perbicaraan bermula pada 9 Mac 2020.
Beginilah keadaan pesawat MH17 selepas ditembak di UkraineKisah nahas pesawat ini cukup menggemparkan kerana kesemua mangsa seramai 298 penumpang dan anak kapal meninggal dunia di lokasi kejadian
Kesemua suspek akan didakwa atas dua kesalahan iaitu atas sebab menjatuhkan pesawat MH17 dan membunuh 298 penumpang. Ini hasil siasatan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT), iaitu kerjasama antara pendakwaraya dan polis Belanda dan wakil dari Malaysia, Australia dan Ukraine.
Kesedihan waris nahas pesawat MH17 ini pasti tidak dilupakan oleh dunia dan negaraAnak kapal MH17 yang terkorban dalam tragedi menyayat hati ini
Siapakah keempat-empat suspek tersebut?
IGOR GIRKIN – Berpangkat kolonel
Suspek pertama dari Rusia, iaitu Igor Vsevolodovich Girkin, 48 tahun, dikenali sebagai Strelkov atau Perviy. Girkin merupakan bekas kolonel FSB, iaitu Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia.
Pada 17 Julai 2014, Girkin merupakan ‘Menteri Pertahanan’ dan komander tentera di satu kawasan yang diisytiharkan sendiri sebagai Republik Rakyat Donetsk.
Walaupun Donetsk, satu bandar di Timur Ukraine bukan secara rasmi ditetapkan sebagai kawasan bebas, namun ia ditadbir oleh ‘Perdana Menteri’ serta kabinet menteri dan tenteranya sendiri. Donetsk merupakan lokasi penembakan pesawat MH17. Secara langsung, Girkin sebagai pegawai tentera tertinggi dilaporkan sering berkomunikasi bersama pegawai di Rusia.
Ads
SERGEY DUBINSKIY – perisik tentera Rusia
Surgey Nikolayevish DubinskIy, atau lebih dikenali sebagai Khmuriy, merupakan bekas pegawai tentera GRU, iaitu perkhidmatan perisikan tentera Rusia.
Pada 2014, DubsinkIy, 56 tahun menjadi salah seorang timbalan bawah Girkin serta ketua perkhidmatan perisikan di Republik Rakyat Donetsk. Seperti Girkin, DubinskIy turut dilaporkan mengekalkan komunikasi bersama pegawai di Rusia.
OLEG PULATOV – pegawai tentera Rusia
Suspek ketiga dari Rusia, Oleg Pulatov, atau nama samarannya Giurza merupakan bekas pegawai tentera Spetznaz-GRU, satu unit khas sebahagian daripada perkhidmatan perisikan tentera Rusia.
Ads
Pulatov, 52 tahun, pula memainkan peranan sebagai Timbalan Ketua perkhidmatan perisikan di Republik Rakyat Donetsk serta salah seorang timbalan bawah Dubinsky.
LEONID KHARCHENKO – bukan tentera tapi pernah jadi komander unit pertempuran
Suspek warga Ukraine, Leonid Kharchenko. Foto – Openbaar Ministerie.
Leonid Kharchenko atau turut dikenali sebagai Krot, merupakan satu-satunya suspek warga Ukraine serta tidak mempunyai latar belakang dalam tentera. Kharchenko mendapat arahan secara langsung daripada Dubinsky.
Ads
Pada 2014, warga Ukraine berusia 47 tahun itu menjadi komander bagi satu unit pertempuran di Donetsk. Tahun itu menyaksikan konflik bersenjata di Donetsk yang mengganas antara pejuang pro-Rusia dan pejuang bersenjata Ukraine.
LATAR BELAKANG
Keempat-empat suspek terlibat dalam usaha mendapatkan sistem BUK TELAR yang melancarkan peluru berpandu 9M38 – punca nahas pesawat MH17.
BUK TELAR diperolehi dari Persekutuan Rusia dan dibawa ke satu tapak pertanian berdekatan dengan bandar Pervomaiskyi di Timur Ukraine, iaitu lokasi pelancaran peluru berpandu tersebut. Sejurus selepas peluru berpandu itu dilancarkan, sistem tersebut dihantar kembali ke Rusia dengan kekurangan satu peluru.
Pada 24 Mei 2018, JIT mengumumkan bahawa BUK TELAR yang digunakan untuk menembak pesawat MH17 datang daripada Briged Peluru Berpandu Anti-Pesawat Ke-53, sebahagian daripada pihak bersenjata Rusia dari Kursk.
Menurut Ketua Polis Belanda, Willbert Paulissen yang mengetuai sidang media khas pada Rabu, walaupun kesemua suspek tidak menekan butang melancarkan peluru tersebut, tindakan untuk mengaturkan penembakan itu boleh disabit kesalahan bawah undang-undang Belanda.
Tambahnya, JIT turut mengambil kira situasi konflik di Donetsk pada ketika itu. Walaupun kesemua suspek mungkin berniat untuk menyerang pesawat tentera dan bukannya pesawat komersial, namun pendakwa raya menuntut agar mereka masih dipertanggungjawabkan.
Sumber : ASTRO AWANI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap akhir tahun, ramai yang akan menantikan cara Wajah Wanita Tercantik Asia yang dikeluarkan oleh TCC Asia.
Akhirnya ia diumumkan juga baru-baru ini dan guess what, wanita yang menjuarai cara menurut undian peminat ialah…jeng..jeng..jeng
Son Ye Jin iaitu heroin dalam ‘Crash Landing On You’!
Siapa sangka dalam usia memasuki 38 tahun, Son Ye Jin mendapat gelaran ini. Tidak boleh dinafikan Son Ye Jin kelihatan menawan dan kelihatan awet muda.
Sudah tentu ramai peminat ingin tahu mengenai rahsia kecantikan yang sentiasa kelihatan segar dan awet muda. Dipetik dari halaman Preview.ph, berikut adalah amalan setiap hari Son Ye Jin menjaga kecantikan dan kesihatan diri.
Hanya Pakai Masker Timun
Aktres itu mendedahkan bahawa dia telah membesar menyaksikan ibunya membuat masker mata dari timun. Difahamkan petua kecantikan orang tua-tua ini popular kerana ia dapat menenangkan kulit dan mengurangkan lingkaran hitam di mata. Ia boleh dilakukan dengan menyejukkan kepingan timun dan meletakkannya di atas mata anda.
“Tidak banyak produk kosmetik pada masa itu,” kata Ye Jin. “Saya telah mengikuti jejak ibu saya. saya masih menggunakan timun hingga kini.”
Pakai Sheet Mask Hampir Setiap Hari
Sheet Mask atau masker wajah dalam bentuk lembaran antara yang menjadi kegemaran Son Ye Jin. Sebenarnya, bintang drama Korea itu akan menggunakan Sheet Mask hampir setiap hari, terutama sebelum penggambaran demi untuk memastikan kulitnya berada pada tahap terbaik. Dia akui Sheet Mask ini sangat berkesan jika mahukan pemulihan kulit cepat sebelum acara penting.
Masker juga antara benda wajib dibawa jika melakukan perjalanan.
Kalahkan Lisa Blackpink
Undian ‘Wanita Tercantik di Dunia 2020’ itu dibuat sejak 4 April 2020. Walaubagaimanapun, Starmometer memilih artis cantik dalam pencalonan dengan penilaian dari indeks populariti, wajah cantik, dan daya tarikan di mata orang ramai.
Undian dilakukan oleh laman web Startometer melalui tiga media sosial iaitu Facebook, Instagram, dan Twitter. Son Ye Jin mendapat sejumlah 4.3 juta undi.
Di bawah Son Ye Jin, anggota Blackpink dari Thailand, Lisa. Pada tahun 2019 Lisa menduduki tempat pertama dalam senarai 100 wanita paling cantik dalam versi Asia TC Candler.
Apapun rindu nak tengok Son Ye Jin dalam drama ‘Crash Landing on You‘. Cantik sangat. Nak cari timun la esok.hiks
He is up to something. Setiap gerak-geri yang dilakukan oleh jejaka yang merupakan bekas ahli One Direction ini pasti sentiasa menjadi perhatian netizen dan peminatnya.
Kisah break up antara dirinya dan Gigi Hadid dikatakan memberi impak sangat besar dalam hidup dan kariernya. Selepas sahaja berpisah Zayn Malik telah melakukan beberapa perkara yang agak menarik perhatian. Pertama dia berkongsi tatu terbarunya di Instagram (mungkin break up tatu), membeli sebuah rumah mewah, mengolah semula lagu-lagu yang bakal muncul dalam albumnya dan pada 6 April lepas, memadamkan kesemua foto di Instagram.
Nampak gayanya break up dan penangan si cantik jelita Gigi Hadid memberikan kesan mendalam kepada Zayn Malik. Akan tetapi para peminat mula membuat spekulasi tentang tindakan Zayn memadam semua foto di Instagram. Malah, ia lebih kepada post-break up punya reaction.
Baru-baru ini muncul dengan gaya rambut baru. Adakah ia juga ada kaitan dengan video ini?
Ada beranggapan ia sama seperti yang pernah dilakukan oleh Taylor Swift yang memadam semua entri di Instagram sebelum memperkenalkan album barunya, ‘Reputation’ sebelum ini.
Jadfi adakah Zayn akan melakukan perkara sama?
Sehari selepas itu iaitu pada semalam, 8 April, Zayn Malik telah memuat naik sebuah video misteri ke Instagram. Dengan kapsyen 04.12.18 atau membawa makna 12 April 2018, ia memberikan klu terbaru. Video pendek tersebut seakan petikan daripada sebuah muzik video dengan persona dramatik bak sebuah filem aksi thriller turut menampilkan dirinya.
Apakah erti di sebalik perkongsian video ini? Adakah ia petanda Zayn akan mengeluarkan album baru? Single baru? Atau gaya rambut baru? Itulah yang dinanti-nantikan oleh hampir 28 juta follower Zayn di laman media sosial Instagram.
Video tersebut bermula dengan Zayn memandang ke arah laut dan beberapa imej pantas menampilkan pelakon lain termasuk scene bergaduh!
Beberapa perkataan menarik turut muncul iaitu ‘POWER’, ‘GREED’ dan ‘VENGEANCE’.
Jadi apakah kejutan yang Zayn Malik akan berikan kepada kita nanti? Sama-sama kita tunggu tarikh 12 April 2018!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini viral di media sosial apabila atlet negara, Welson Sim tiba-tiba mendapat perhatian dari rakyat Thailand dan China kerana rupa parasnya yang tampan.
Tidak dinafikan, jika ada temasya besar yang melibatkan ramai individu dari seluruh dunia, pasti ada mata-mata yang mencuri pandang mencari individu yang mempunyai rupa paras menarik. Jujur sahaja, korang pun macam tu kan? Hiks!
Untuk pengetahuan korang, sebenarnya ada beberapa lagi atlet lelaki yang berwajah tampan dalam Olimpik Tokyo 2020 ini, berikut kami senaraikan antara atlet dunia yang kacak dalam temasya tahun ini.