Satu persatu hotel-hotel besar di Lembah Klang nampaknya mula ‘gulung tikar’ mungkin dek kerana impak wabak pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak dua tahun kebelakangan ini.
Terbaharu, Holiday Villa Hotel & Conference Centre Subang telah pun dihentikan operasi pada 1 Oktober lalu.
IJM Land Bhd selaku pemilik hotel dikatakan sedang memeriksa pelbagai pilihan untuk meningkatkan nilai hartanah dan menurut sumber, pemaju tidak akan menjual hotel itu kerana ia terletak pada sebidang tanah berharga di lokasi utama.
Holiday Villa Subang terletak di kawasan seluas 2.75 hektar di Jalan SS12/1 dengan pemandangan tasik dan taman rekreasi Subang Ria. Ia juga berhampiran dengan pusat perubatan Subang dan Dorsett Grand Subang yang berada tidak jauh dari hotel itu.
Hotel ini dibuka pada tahun 1988 dan dikendalikan oleh Holiday Villa Hotels & Resorts, sebuah syarikat perhotelan terkenal yang memiliki dan mengendalikan pelbagai hotel tempatan dan antarabangsa.
Namun, selepas lebih kurang 33 tahun beroperasi, syarikat pengurusan hotel ini terpaksa akur untuk menutup operasi setelah sekian lama memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia.
Ads
Sudah tentu banyak momen pahit manis yang berlaku sepanjang tiga dekad beroperasi. Apa-apa pun kami ucapkan selamat maju jaya buat seluruh warga kerja Holiday Villa Subang dan semoga ada rezeki yang lebih baik di tempat lain.
Ketiadaan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz daripada mesyuarat Jemaah Menteri pertama yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telah menjadi topik bualan warganet.
Ini setelah ramai pihak mendakwa Tengku Zafrul memilih untuk menonton perlawanan di Piala Dunia FIFA 2022 dan tidak menghadiri mesyuarat berkenaan.
Biarpun pelbagai portal tempatan termasuk REMAJA telah menyatakan bahawa beliau sebetulnya berada di Abu Dhabi dan bukannya di Doha, Qatar bagi lawatan rasmi, masih ramai yang menyatakan ketidak percayaan mereka.
Dalam siaran media yang dimuat naik menerusi BERNAMA petand tadi, Istana Negara mengesahkan Tengku Zafrul semenangnya berada di Abu Dhabi bagi mengiringi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan berangkat menyaksikan Majlis Pemeteraian Perjanjian di sana semalam.
Hadir sama ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS Datuk Tengku Muhammad Taufik, barisan kepimpinan tertinggi PETRONAS dan ADNOC.
Dari pihak Tengku Zafrul pula, beliau tampil dengan video penjelasan mengenai urusan rasminya ke Abu Dhabi sejak Ahad lalu.
“Baru je angkat sumpah jadi Menteri, terus keluar macam-macam fitnah dan berita palsu. Kononnya saya ponteng mesyuarat Jemaah Menteri untuk tengok World Cup (Piala Dunia) di Qatar.
“Saya pergi ke Abu Dhabi untuk urusan rasmi, bukan saja-saja nak pergi.
“Mana-mana Menteri yang nak ke luar negeri perlu dapat kebenaran YAB Perdana Menteri. Kalau PM tak lulus, tak boleh pergi. Sebab itu selepas angkat sumpah pada hari Sabtu, saya terus ke MITI untuk memberitahu KSU dan pegawai kanan MITI tentang trip ini dan pada hari Ahad, saya terus ke Abu Dhabi.
“Pada hari Isnin, saya telah saksikan perjanjian antara PETRONAS dan ADNOC atau Abu Dhabi National Oil Company.
“Perjanjian ini adalah salah satu daripada perjanjian yang bersejarah dan yang terbesar untuk Malaysia serta UAE bagi sektor minyak dan galian. Ini kerana ia melibatkan pelaburan bagi kedua-dua buah negara bagi tempoh 30 tahun.
“Perjanjian ini melibatkan kerjasama meneroka dan menilai kawasan konsesi 2000 km persegi di Wilayah Al Dhafra. Ia akan mempelbagaikan sumber pendapatan PETRONAS dan pastinya mengukuhkan status mereka sebagai salah satu syarikat tenaga terkemuka di dunia,” ujarnya.
Beliau turut berkongsi lawatannya ke pejabat MATRADE di Dubai untuk bertemu dengan pegawai di sana. MATRADE kini sedang menyertai ekspo perdagangan The Big 5 di Dubai bermula semalam hingga 8 Disember 2022.
“InsyaAllah saya akan kembali ke Malaysia untuk memberikan taklimat mengenai perjanjian ini serta membentangkan perkara-perkara lain semasa mesyuarat Jemaah Menteri pada hari Rabu ini (7 Disember 2022),” tambahnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak dapat dinafikan, ramai rakyat Malaysia yang menyuarakan rasa khuatir apabila kerajaan Malaysia masih membenarkan pelawat asing darI Wuhan dan kawasan berdekatan dengan daerah Hubei di China memasuki Malaysia sepanjang minggu lalu.
Ia berlarutan walaupun keadaan wabak menular semakin kritikal. Di kala banyak negara sudah menguat kuasakan larangan kemasukan kepada pelawat dari China atas faktor keselematan kesihatan, Malaysia masih menerima kehadiran mereka.
Hinggalah pada hari ini, rakan media di The Star melaporkan bahawa pejabat Perdana Menteri akhirnya memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang kemasukan visa rakyat China dari Wuhan dan daerah Hubei ke Malaysia.
Kerajaan memerintahkan agar kelayakan visa itu ditarik oleh imigresen sebagai langkah mengurangkan risiko tersebarnya Virus Corona di sini.
Menurut mereka, prosedur ini dilakukan selaras dengan nasihat Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pakar.
Bagaimanapun, pihak imigresen akan menarik semula larangan tersebut setelah keadaan bertukar normal.
*
Dua hari lalu, rakyat bimbang akan kenyatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang tidak merancang untuk mengetatkan kemasukan rakyat China ke Malaysia walaupun dunia sedang berjaga-jaga dengan kes Virus Corona yang semakin mendadak.
Sumber: The Star
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah lagi filem Korea berjaya menembusi pasaran Malaysia, Extreme Job yang tampil dengan genre aksi komedi bersama barisan pelakon hebat, Ryu Seung-Ryong, Lee Hanee, Jin Seon-Kyu, Lee Dong-Hwi dan Gong Myung.
Filem yang mengisahkan tentang pasukan polis yang diketuai oleh Kapten Go (Ryu Seung-Ryong) sering dipandang rendah kerana selalu gagal dalam operasi dan kini dalam misi berisiko untuk menangkap ketua kumpulan pengedar dadah, Mubae.
Demi membuktikan bahawa mereka masih merupakan anggota polis yang baik, lima sekawan ini membuat penyamaran dengan mengusahakan sebuah restoran ayam goreng di hadapan marakas keldai dadah tersebut.
Situasi bertukar gamat bila restoran ayam goreng mereka mendapat sambutan yang luar biasa daripada pelanggan.
So, mereka pun dalam dilema nak utamakan pelanggan atau kejar penjenayah?
Gelak satu panggung
Dari mula filem ini ditayangkan, penonton nampaknya sangat terhibur dengan adegan-adegan lucu yang diselitkan dalam setiap babak. Kehadiran Detektif Ma (Jin Seun-Kyu) sebagai ‘bidan terjun’ untuk menggoreng ayam membuatkan satu panggung tergelak dengan telatahnya yang menghiburkan.
Sedikit sebanyak korang akan rasa terliur nak makan ayam goreng Korean yang memang popular di negara kita ni. So, kalau rasa-rasa lapar sebelum menonton, baik pergi makan dulu. Hiks!
Korang bayangkan, hanya kerana ayam goreng satu panggung boleh tergelak sakan.
Bukan mudah untuk menghasilkan filem detektif yang sarat dengan babak-babak lucu, namun Extreme Job dilihat berjaya membuatkan penonton tak kering gusi dari awal hingga ke akhir tayangan.
Antara kerjaya & keluarga
Konflik yang dihadapi oleh Kapten Go apabila juniornya terlebih dahulu mendapat kenaikan pangkat dan dia merasakan bahawa dirinya tidak cukup baik walaupun sudah berkhidmat lama dalam pasukan polis.
Tambahan pula bila pasukan dibawah seliaannya sering dipandang rendah oleh pegawai atasan. Disebabkan itu mereka sedaya upaya ingin menumpaskan keldai dadah, Mubae dalam operasi penyamaran.
Selain itu, ada juga babak-babak touching yang korang akan rasa bila menonton filem ini. Bagaimana seorang ayah yang sibuk dengan kerjayanya sehingga tidak mempunyai masa bersama anak perempuan dan isterinya.
Bukan hanya memaparkan komedi semata-mata, Extreme Job pastinya menjadi sebuah filem yang boleh menyentuh emosi korang, tak kiralah untuk tergelak atau bersedih. Hiks!
Mampukah pasukan Kapten Go membanteras kegiatan Mubae dan konco-konconya? Jangan lupa saksikan Extreme Job yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 28 Mac ini.
Confirm korang akan tergelak sakan tengok usaha penyamaran pasukan polis ini. Hehe! Selamat menonton gaiss..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...