Ummi Nazeera merupakan satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kehebatannya sebagai seorang pelakon mendapat perhatian ramai kerana mampu membawa apa sahaja watak yang diberi dengan jayanya.
Semalam telah berlangsungnya Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS) yang menyaksikan ibu kepada dua cahaya mata itu telah diangkat sebagai pemenang kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan hebatnya dalam drama bersiri, Risik Pada Hati.
Ummi berjaya mengalahkan sembilan lagi calon yang lain yang tidak kurang hebat iaitu Fauziah Ahmad Daud, Nabila Huda, Nad Zainal, Bella Astillah, Fasha Sandha, Nelydia Senrose, Zara Zya, Siti Saleha dan Sofia Albarakbah.
Ads
Seiring dengan kemenangannya itu, ia menjadi satu momen bersejarah kerana trofi tersebut merupakan trofi pelakon pertama yang dia terima sepanjang bergelar anak seni.
Ads
Usai menerima trofi tersebut, menerusi satu hantaran di laman Instagram, Ummi berkongsi, “Alhamdulillah. Diberi peluang ini after 16 years as an actress. Manis Sungguh terasa.”
Ads
Pada majlis tersebut Ummi tampil menawan dalam persalinan nuansa hitam dan putih rekaan Khuntum. Wajahnya pula dirias oleh jurusolek terkenal, Datin Saidatulnisa Aminuddin.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anugerah Meletop Era 2021 (AME 2021) bakal menemui peminat pada awal tahun 2022 nanti. Walaupun dianjurkan pada tahun hadapan, khabarnya Astro tetap akan mengadakan majlis anugerah itu secara norma baharu.
Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, penonton mungkin akan dibenarkan untuk menghadiri acara itu bagi memeriahkan lagi malam kemuncak AME 2021.
Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada keadaan negara ketika itu, tetapi tetap akan diteruskan dengan SOP yang telah ditetapkan.
Apa yang lebih menarik, pencalonan tahun ini melibatkan selebriti yang diperkenalkan menerusi platform Hero Remaja dan Dewi Remaja dalam kategori Artis Baharu MeleTOP.
Nabil Aqil, Nadhir Nasar, Meerqeen dan Shaza Bae merupakan antara finalis yang tercalon bagi kategori Artis Baharu MeleTOP. Turut sama memberikan saingan bagi kategori ini ialah kumpulan Dolla, Cik B, Yonnyboi dan ramai lagi.
Nampaknya, tahun 2021 memberi tuah buat selebriti baharu yang diperkenalkan menerusi platform Hero Remaja dan Dewi Remaja apabila kehadiran mereka dalam industri hiburan tanah air mendapat perhatian ramai dan dirasai impaknya.
Ini memandangkan mereka turut tercalon dalam beberapa kategori yang diperkenalkan untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH-34) bagi peringkat undian awal, baru-baru ini.
Tahniah kami ucapkan kepada mereka berempat kerana berjaya menempatkan diri dalam pencalonan anugerah hiburan tempatan biarpun baru menjejakkan langkah ke dalam industri ini. Selamat maju jaya Remaja ucapkan kepada mereka semua.
Pengacara dan pelakon, Sherry Alhadad bersama rakan pengacara, Ain Edruce, telah melancarkan single Raya terbaru mereka yang dianggap paling ‘havoc’ tahun ini, berjudul Balik Kampung…Gosip Raya.
Lagu ini bertemakan Seloka Raya – Dari Dulu Hingga Kini dan diterbitkan oleh Sony Music Entertainment Malaysia, dengan kerjasama AEON untuk muzik video yang menyemarakkan semangat Raya.
Menurut Sherry, dia tidak teragak-agak untuk menerima tawaran menyanyikan lagu tersebut selepas mendengarnya.
“Sony Music hadir menyatakan hasrat mereka tentang sebuah lagu Raya. Pertama kali mendengarnya terus saya bersetuju tanpa berfikir panjang.
Begitu juga dengan Ain dan semuanya siap dalam masa sebulan,” ujarnya.
Ain Edruce pula memberitahu ini adalah kali pertama mereka berdua bergabung dalam sebuah lagu.
“Ini bukanlah kali pertama kami bergabung, tetapi kali pertama dalam sebuah lagu. Sebelum ini pun kami pernah bekerjasama beberapa kali dalam pelbagai program, dan sudah mengenali di antara satu sama lain.
“Bayangkan, kalau di set pun kami sudah ‘havoc’, apatah lagi dalam studio rakaman,” kata Ain.
Lagu Balik Kampung…Gosip Raya ini menyampaikan kisah realiti yang penuh dengan humor, menggambarkan tradisi Raya yang sering disertai dengan drama dan kenangan lucu.
Lagu ini juga hasil kerjasama AEON dalam meraikan tradisi Raya, dengan fokus pada keindahan fesyen Raya yang abadi.
Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia, Low Ngai Yuen, berkata bahawa mereka memilih Sony Music Malaysia kerana kemampuan mereka menggabungkan budaya dengan muzik kontemporari secara kreatif.
“Istilah ‘Seloka’ melambangkan penceritaan yang santai dan bersahaja, pertukaran kata yang bijak, puitis, serta lucu dan kehangatan, persis lagu Balik Kampung…Gosip Raya oleh Sherry dan Ain,” jelas beliau.
Kerjasama ini juga mengingatkan kita bahawa walaupun zaman berubah, dari segi trend, gaya, dan cara kita menyambut Raya, intipati perayaan tetap sama, iaitu berkongsi kegembiraan dan mencipta kenangan bersama insan tersayang.
Selain Sherry dan Ain, video muzik (MV) lagu ini turut menampilkan nama-nama terkenal seperti Hafiz Hamidun, Vanessa Reynauld, Adrianna Cinta, dan bintang hip hop, Kidd Santhe, yang turut memeriahkan suasana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Senario perfileman di Malaysia pada tahun ini makin menunjukkan peningkatan memberansangkan berbanding tahun-tahun lepas!
Selepas berjaya mengaut kutipan RM22juta (what?!) selepas 18 hari tayangan, filem Paskal diiktiraf sebagai antara filem terbaik yang dikeluarkan oleh Malaysia pada tahun 2018.
Bukan saja filem arahan Adrian Teh ini menampilkan lakonan mantap oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theebaan G, Jasmine Suraya dan ramai lagi. Malah ia turut diberi kesempatan untuk ditayangkan di Singapura pada pertengahan Oktober lalu.
Hari ini, Paskal memperoleh satu lagi pengiktirafan apabila ia mendapat rating tertinggi bagi kategori Filem Popular Dari Sesebuah Negara – Malaysia.
Paskal menerima rating 9.1/10!
Pagi tadi, mereka menerima rating 8.8. Hanya dalam masa beberapa jam saja, ia boleh meningkat naik hasil pujian para penonton! Ini adalah sesuatu yang wajar dibanggakan.
Nah, tengok pula 14 lagi buah filem Malaysia yang menduduki tangga TOP 15. Bagaimanapun, ada beberapa filem ber-rating tinggi yang tidak disenaraikan. Contohnya seperti ‘Tiga Abdul’ arahan Tan Sri P. Ramlee yang memperoleh rating 8.0/10.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.