Tentu ramai yang terkejutkan dengan fakta ini. Jika selama ini kita bebas melakukan kesalahan ini dengan meletakkan kenderaan di hadapan rumah jiran  sehingga menyebabkan halangan lalu lintas tapi rupa-rupanya tindakan ini salah di sisi undang-undang seperti yang termaktub di bawah Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan 19867.

Menurut laman fb rasmi Polis DiRaja Malaysia, meletak kenderaan di hadapan rumah jiran atau di persekitarannya sehingga menyebab halangan lalulintas adalah salah di sisi undang-undang.

Hal ini nampak macam remeh tapi sudah ramai orang yang bergaduh kerananya malah timbul rungutan orang awam yang mencetus kepada perbalahan dan pergaduhan.

Suka Park Depan Rumah Jiran Sampai Halang Lalu Lintas, Awas Ini Natijahnya
Selalukan, ada mesej2 begini kerana laluan rumah dihalang kenderaan lain. Panggil2 tapi tak jawap2, lagilah sakit hati dibuatnya.

Ternyata MELETAKKAN KENDERAAN DI HADAPAN RUMAH JIRAN ADALAH SALAH DI SISI UNDANG-UNDANG.

Menurut Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987:

IKLAN

“Jika mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor menyebabkan atau membenarkan kenderaan motor itu dihentikan di mana-mana jalan dalam apa-apa kedudukan atau apa-apa keadaan atau apa-apa hal keadaan yang mungkin menyebabkan bahaya, galangan atau kesusahan tidak berpatutan kepada pengguna jalan yang lain atau kepada lalu lintas, dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya.”

Sesiapa yang meletakkan kenderaan mereka di perkarangan rumah anda dengan sengaja mungkin akan didakwa di bawah Akta Kesalahan Kecil 1955 (“AKK 1955”) atau Kanun Keseksaan di atas sebab melanggar masuk (“trespass”). Anda masih boleh membuat laporan polis kerana ia melibatkan harta persendirian.

SEKSYEN 22 AKTA KESALAHAN KECIL 1955

IKLAN

“Barang siapa, tanpa alasan yang munasabah, melanggar masuk dengan sengaja ke dalam perkarangan rumah atau premis, ataupun sebarang hartanah, atau sebarang bot atau kapal….dan tidak dengan itu dalam kesemuanya di atas mengakibatkan sebarang kerosakan, ataupun tidak, dalam pendapat Majistret, mengakibatkan kerosakan yang lebih dari nominal, akan tertakluk kepada denda tidak lebih dari lima puluh ringgit.”

Namun yang demikian, nasihat Admin sebaik-baiknya cuba berbincang dan berunding dengan pemilik kenderaan tersebut. Jika dia enggan berunding, anda boleh menghubungi pihak majlis perbandaran dan polis untuk mempertimbangkan hal ini .

IKLAN

Jangan pula anda membuat undang-undang sendiri dengan merosakkan kenderaan tersebut kerana ia juga merupakan satu perbuatan jenayah.

Jadi, bagi korang yang pernah lakukan hal ini, mungkin boleh menukar tindakan ini dengan tidak meletakkan kenderaan merata-rata sehingga menghalang lalu lintas. Nanti tak larat nak bayar denda dan penjara pula!

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI