Tahun lalu, Selena Gomez menjauhi dunia hiburan dek kerana masalah kesihatan lupus sehingga perlu menjalani pembedahan pemindahan organ.
Kembali semula dengan lebih kuat ke acara karpet merah sejak awal tahun ini, semalam Selena mengejutkan semula ramai peminat apabila dia dikhabarkan memasuki pusat rehabilitasi mental selepas tidak dapat mengawal gangguan emosi.
Ini cerita sebenarnya..
Selena dilaporkan keluar masuk dari Cedars-Sinai Medical Centre demi tujuan rawatan susulan selepas pembedahan ginjal tersebut. Keadaannya dikatakan kurang stabil kerana sel darah putihnya berada pada tahap membimbangkan.
Ads
Besar kemungkinan, Selena perlu berkorban rasa penat dari segi fizikal dan emosi sehingga emosinya terganggu. Dia ingin sangat pulang ke rumah tetapi dihalang oleh doktor.
Sejurus selepas Selena memberontak sehingga – dipercayai – mencabut jarum pada lengan, keluarga Selena tidak mempunyai pilihan selain mendaftarkan dia masuk ke pusat kesihatan mental East Coast.
Ads
Berita ini amat menyedihkan kerana ramai remaja di luar sana yang memandang Selena sebagai ikon remaja perempuan yang cekal dan bijak. Dan kita lupa yang Selena masih muda. She is just like us, ada naik turunnya. Cuma disebabkan Selena berstatuskan selebriti, tumpuan terarah kepadanya.
Tambahan pula, dunia baru saja ‘menyambut’ hari peringatan kesihatan mental sedunia pada Rabu lalu. Untuk mendapat tahu berita sebegini pada minggu ini, it is just devastating.
Ads
Selena bukanlah selebriti remaja pertama yang memasuki rehab pada tahun ini. Pada pertengahan tahun ini, Demi Lovato dimasukkan ke pusat rehabilitasi atas pengambilan bahan terlarang.
Setelah beberapa minggu berlangsung, akhirnya pertandingan ratu cantik Miss Universe Philippines 2022 melabuhkan tirainya semalam dengan memahkotakan Celeste Cortesi dari Pasay sebagai juara.
Bertempat di SM Mall of Asia Arena di Manila, pertandingan Miss Universe Philippines 2022 boleh dianggap sebagai salah sebuah pertandingan yang amat dinanti-nantikan; bukan sekadar dalam kalangan rakyat di Filipina tetapi juga buat peminat di seluruh dunia. Ini memandangkan Filipina merupakan sebuah negara ‘powerhouse’ dalam dunia ratu cantik dan sering menghantar wakil berkaliber serta cantik.
Bercakap mengenai Celeste, peserta berdarah kacukan Filipina-Itali ini mengenepikan 31 orang peserta lain dan bakal mewakili Filipina di pertandingan Miss Universe 2022 akan datang.
Sebagai seorang yang berdarah kacukan, Celeste, 24 secara tidak langsung dikaitkan dengan beberapa wakil Filipina terdahulu yang juga berdarah kacukan seperti Pia Wurtzbach (Filipina-Jerman) dan Catriona Gray (Filipina-Scotland). Masing-masing berjaya membawa pulang gelaran Miss Universe pada tahun 2015 dan 2018, lalu memberi signal cerah kepada rakyat Filipina mengenai peluangnya untuk menjadi wakil kelima yang berpotensi membawa kejayaan buat Filipina di pertandingan berprestij itu.
Sedikit info menarik mengenai Celeste Cortese, dia dilahirkan dan dibesarkan di Roma, Itali. Namun, hatinya dekat dengan latar belakangnya sebagai seorang Filipina. Sejak usia 16 tahun, Celeste mengimpikan untuk menjadi wakil Filipina di pentas ratu cantik.
Selepas bermastautin di Filipina lima tahun lalu, model berketinggian 177cm ini mengejar impiannya itu dan pada tahun 2018, dia ditabalkan sebagai Miss Earth Philippines. Empat tahun kemudian, Celeste merasakan dirinya sudah bersedia untuk menawan gelaran Miss Universe Philipines pula dan menepati ramalan ramai pihak, dia mencapai kejayaan semalam. Ini ibarat peluang kedua untuknya membanggakan Filipina di peringkat antarabangsa.
Celeste sewaktu dinobatkan sebagai Miss Earth Philippines 2018.
Celeste mengenepikan saingan sengit daripada Michelle Dee (Miss Universe Tourism), Pauline Cucharo Amelinckx (Miss Universe Charity), Annabelle McDonnell (First Runner-Up) dan Katrina Llegad (Second Runner-Up).
Selain menjadi juara keseluruhan, Celeste juga memperolehi kategori ‘Best in Evening Gown’. Pada segmen soal jawab, Celeste meraih tepukan gemuruh apabila jawapannya menyentuh hati penonton dengan mesej kekeluargaan.
Adakah Malaysia bakal menobatkan wakil Miss Universe Malaysia yang boleh menandingi kaliber Celeste Cortesi? Sama-sama kita nantikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak menjuarai Asia’s Got Talent 2 minggu lalu, kehidupan The Sacred Rania terus berubah. Dia menjadi buruan wartawan di Indonesia yang mahu mengenali sisi dirinya lebih lagi.
Ada sesuatu yang memeranjatkan tentang gadis ini. Kalau dalam setiap aksinya dia tidak pernah menyebut apa-apa tetapi dalam satu wawancara di Kafe Kino, Central Senayan 3, Jakarta Pusat semalam di hadapan wartawan, The Sacred Rania menangis teresak-esak dan enggan menjawap soalan diajukan.
Apa soalan yang membuatkan gadis manis dengan identiti rambut menutupi mukanya menangis? Jom kenal lebih dekat dengan juara Musim kedua Asia’s Got Talent ini. Ternyata, dari kecil, dia memang sudah meminati dunia mistik!
Ditemani oleh Bow Vernom yang bertindak sebagai pengurusnya, pelbagai persoalan diajukan kepada gadis manis ini.
Identitinya menakutkan dan dia berjaya mencipta fenomena dengan gayanya sebegitu…
Nama sebenar The Sacred Rania ialah Marie Antoinette Riana Graharani.
Anak patung yang sentiasa dibawa bersamanya dalam setiap persembahan bernama Riani. Anak patung ini ditemuinya tanpa sengaja ketika keluarganya berpindah ke Jakarta. Ketika itu usianya 8 atau 9 tahun. Dia terus menyimpannya sejak dari itu.
Sejak kecil, Riana sering bermain-main dengan Riani. Dia sering menungkapkan ayat “KAMI” mewakili dirinya dan anak patung itu. Bila diumumkan sebagai pemenang dalam Asia’s Got Talent, dia mengakui “Kami bahagia”! Memang misterikan dia nie!
Sejak kecil, Riana memang suka kepada hal-hal mistik.
Dia sering menyebut Riani sebagai teman sepermainannya (alamak, dah sama pula macam cerita Annabellakan). Setiap hari, dia menghabiskan masa bermain dengan Riani yang dianggap sebagai kawan permainannya. Tak dinyatakan langsung adakah dia mempunyai kawan baik atau tidak?
Maksud di sebalik nama The Sacred Rania?
Tentu korang nak tahukan maksud nama di sebalik namanya itu? Menurut Bow, The Sacred dalam bahasa Indonesia membawa maksud “SUCI”. Kerana itulah Riana banyak “berhubung” dengan dunia supernatural ini.
Disebabkan itulah kami memilih menggunakan nama The Sacred.
Ramai orang menganggap gadis ini seram, sama seperti penampilannya.
“Dia memang suka dunia mistik dan seram. Sebab itulah kami “create” identitinya begitu selain ada unsur-unsur hiburan yang boleh menghiburkan orang ramai. Ternyata silap mata yang banyak digunakan oleh ahli silap mata lain namun gabungan mistik yang diwujudkan ternyata membawa tuah tersendiri buat gadis manis ini.
Kenapa The Scared Rania menangis bila diajukan soalan?
Dalam wawancara itu, tiada sepatah pun perkataan lahir dari mulutnya. The Sacred Rania berjaya mengekalkan identitinya biar siri pencarian bakat itu sudah mengiktiraf dirinya sebagainya juara keseluruhan.
Adakah The Sacred Rania akan kekal begitu?
Namun dia hanyalah gadis biasa. Punya hati dan perasaan dan ternyata semasa temuramah itu dilangsungkan, tangisannya pecah.
The Sacred Rania menangis saat diajukan satu persoalan
Ini kerana ketika sesi temuramah itu berlangsung, ada satu panggilan masuk. Ternyata pemanggilnya bertanyakan soalan adakah benar The Sacred Rania penyembah syaitan atau real satanic?
Biar dia harus bersikap terbuka dalam setiap soalan diajukan tetapi saat soalan itu ditanya, pengurusnya memaklumkan, Rania tidak akan menjawap soalan berkenaan.
Ekoran itu, pemanggil berkenaan seakan terus mendesak dan mengatakan akan membongkar identitinya yang sebenar dan keselamatannya mungkin akan terancam.
Ternyata, apabila mendengar hal itu diperbahaskan, di sebalik rambutnya yang menutuoi wajahnya, The Sacred Rania terus menangis teresak-esak di atas pentas sehingga memaksa sesi wawancara tertunda.
Berjaya menakutkan Anggun dalam setiap persembahannya
“Ini sangat berat untuk saya. kalau hal ini terus dibahaskan, Rania akan terus menangis. Malah Rania berulang kali meminta agar hal pertanyaan itu tidak dipersoalkan lagi,” kata pengurusnya.
Sebelum bergelar juara, The Sacred Rania sebenarnya sudah mulai menonjolkan diri sebagai runner up The Next Mentalist tetapi tidak sepopular rancangan Asia’S Got Talent 2.
The Sacred Riana mulai dikenal ketika dirinya menjadi runner-up The Next Mentalist. Namanya melambung tinggi saat berhasil menjadi pemenang dalam ajang pencarian bakat Asia’s Got Talent 2.
Gunakan mantera bahasa Jawa
Pasti ramai tertanya-tanya bahasa apa digunakan The Sacred Rania semasa di atas pentas.
Kalau nak tahu, itulah bahasa mentera Jawa.
“Sebelum ini kami gunakan bahasa Latin. Tetapi kemudian kami terfikir, kenapa tidak menggunakan bahasa Jawa, sekurangnya mengangkat bahasa Indonesia ke peringkat dunia.
Silap mata yang unik berjaya mengangkat namanya sehingga dikenali hari ini
“Ini kerana Rania dari Indonesia. Jadi kami mengangkat bahasa indah ini,’ kata Bow memaklumkan mantera itu diucapkan Rania adalah “Yen siro teko, wenehene tondo, yang membawa erti bila mahu datang berikan tanda,” ucap Bow.
Itu adalah mentera untuk memanggil si mati dalam permainan Itu adalah mantra untuk pemanggilan arwah dalam permainan anak patung. Sumber Kompas.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini (RR) baru-baru ini mengharumkan nama negara sekali lagi di persada dunia apabila busana rekaan mereka digayakan oleh penyanyi terkenal Lady Gaga ketika penampilannya di Lady Gaga Jazz & Piano di Park MGM, Las Vegas, Amerika Syarikat.
Menerusi video yang tular di media sosial, menyarung gaun labuh potongan sopan hasil sentuhan dinamik pereka duo berkenaan ketika menyanyikan lagu popularnya Americano sambil memetik piano.
Perekanya, Rizman Nordin dari Rizman Ruzaini berkata, kolaborasi bersama dengan Lady Gaga itu bermula rentetan daripada busana mewah yang pernah digayakan oleh model terkenal, Naomi Campbell pada pertunjukan fesyen mereka di Dubai tahun lalu.
Kredit: Instagram @rizmanruzaini
“Segalanya bermula selepas Naomi Campbell mengayakan busana kami pada pertunjukan fesyen di Dubai tempoh hari. Tentulah, Naomi merupakan supermodel yang disegani, jadi apabila dia bersetuju nak pakai busana sesebuah jenama, maknanya pereka itu sudah ada ‘weight’”
“Jadi selepas dua, tiga hari Naomi pakai baju kami, kita dapat panggilan serta pertanyaan daripada agensi-agensi dari Hollywood. Dalam banyak-banyak panggilan itu merupakan stylist yang bekerja dengan penyanyi popular seperti Lady Gaga dan Beyonce”
Rizman berkata demikian kepada Gempak, beliau turut menjelaskan selepas bertukar nombor, RR pun memulakan proses rekaan seperti biasa selepas mendapat ukuran daripada agensi yang menghubunginya.
Tambahnya, kebiasaannya selebriti luar negara akan mengenakan busana daripada pereka yang baru berkolaborasi dengan mereka untuk majlis kecil seperti majlis persembahan makan malam.
Kredit: Instagram @rizmanruzaini
“Kami hantar busana berkenaan kepada agensi yang menguruskan busana Lady Gaga pada awal tahun ini. Perancangan asal, sebenarnya busana itu untuk dinner show sahaja. Namun, selepas sampai ke sana, pihak Lady Gaga beritahu yang tuan empunya badan mahu simpan dan pakai untuk majlis yang lebih besar”
Katanya, “Jadi bila Lady Gaga pakai ketika konsertnya, kami berasa sangat teruja dan terkejut!”
Dalam pada itu, Rizman menjelaskan bahawa pihaknya tidak mengeluarkan wang untuk membolehkan rekaannya dipakai oleh Lady Gaga dan menganggap kolaborasi itu sebagai peluang untuk jenama Rizman Ruzaini ke persada yang lebih tinggi.
Sumber: Astro Gempak
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!