Tahniah Remaja ucapkan kepada Dr. Soo Wincci kerana telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records kerana dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik dan menjadi Miss World pertama yang menerima pengiktirafan itu.
Menurut perkongsiannya di laman instagram, beberapa tahun ini kita semua betul-betul diuji bak kata pepatah ‘apa yang tidak dapat musnahkan kita, ia akan menjadikan kita lebih kuat’. Wincci memaklumkan bahawa hari ini secara rasminya dia telah dilantik sebagai Profesor Madya. Bermula daripada seorang ratu cantik, kini bergelar seorang profesor.
Akan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Muzik UiTM Shah Alam, rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian yang telah dikecapi oleh Dr. Soo Winci.
Ads
Ads
Ads
Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada Dr. Soo Wincci. Semoga kejayaan beliau dapat memberi inspirasi kepada seluruh masyarakat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor kacak, Syafiq Kyle mendedahkan isterinya yang juga aktres jelita, Mimi Lana sudah lama menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata kembar, malah impian itu disuarakan sejak sebelum mereka bergelar suami isteri lagi.
“Pasal anak kembar, memang ada juga kami berbincang.
“Dari sebelum kahwin lagi Mimi ada cakap dia impikan anak kembar. Doa-doakanlah,” katanya kepada pemberita.
Menurut pelakon filem Sheriff: Narko Integriti itu, keluarganya sendiri juga mempunyai sejarah melahirkan kembar, namun bukan daripada ahli terdekat.
“Saya sendiri ada sejarah keluarga yang ada anak kembar, cuma belah sepupu.
“Mungkin Mimi pun ada juga di sebelah sepupu dia,” jelasnya.
Syafiq turut berkongsi bahawa Mimi membuat hantaran mengenai impiannya itu selepas melihat banyak perkara berunsur negatif di media sosial kebelakangan ini.
“Sebenarnya ada juga saya bertanya pada Mimi kenapa dia buat hantaran itu. Katanya, sejak akhir-akhir ini dia banyak nampak perkara tak best di media sosial seperti gosip dan kontroversi.
“Mimi memang suka main media sosial, jadi pada dia kalau ramai orang bercakap dan mendoakan perkara yang baik, insya-Allah akan lebih termakbul. Saya rasa bagus juga dia buat begitu supaya orang ramai mendoakan dia,” tambahnya.
Terdahulu, Mimi mencuri perhatian apabila meminta orang ramai mendoakannya dikurniakan anak kembar.
Sekadar info, pasangan ini selamat mendirikan rumah tangga di Taiping, Perak pada 14 Februari lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengarah drama bersiri terkenal Squid Game 2, Hwang Donghyuk baru-baru ini teguh dengan pendiriannya dan mengeluarkan kenyataan serta ulasan bakat lakonan mengenai kontroversi pemilihan T.O.P sebagai salah seorang teraju dalam drama sensasi tersebut.
Menerusi sebuah wawancara terbaru bersama majalah People yang diterbitkan secara eksklusif bersama pengarah Squid Game 2, Donghyuk menjelaskan latar belakang T.O.P atau nama sebenar Choi Seunghyun (37) yang pernah terlibat dalam skandal ganja 9 tahun lalu di Korea Selatan.
Disebabkan terlibat dalam kes berkenaan, bekas anggota kumpulan Big Bang itu telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari industri seni untuk satu tempoh yang agak lama.
“Seperti yang diketahui umum, skandal tersebut telah memberi kesan besar pada kerjayanya (T.O.P) sehingga membuatkan beliau tidak boleh terlibat dalam sebarang projek di Korea Selatan,” kata Donghyuk.
“Squid Game 2 adalah projek comeback T.O.P selepas berehat panjang,” ujar pengarah itu lagi.
Menurutnya, T.O.P memegang watak sebagai seorang rapper dan juga pengguna dadah dalam drama bersiri ini. Donghyuk juga yakin untuk menerima peranan tersebut, beliau (T.O.P) memerlukan keberanian yang luar biasa.
Selain itu, karakter Thanos merupakan satu cabaran besar dan banyak mengingatkan penonton pada sisi gelap penyanyi asal lagu DOOM DADA berkenaan.
Dalam pada itu, Donghyuk turut tidak ragu-ragu untuk memuji T.O.P atas pencapaiannya menjayakan watak Thanos.
“Walaupun beliau telah lama tidak berlakon, saya sangat terkesan dengan prestasinya. Sebagai pengarah, saya amat berpuas hati dengan cara T.O.P membawakan watak tersebut,” jelas Hwang dengan penuh keyakinan.
Sementara itu, walaupun maklum balas orang awam terhadap pemilihan T.O.P sebagai pelakon utama sedikit hambar pada awalnya.
Hwang Donghyuk tetap teguh dengan keputusannya dan percaya cara terbaik untuk membuktikan bahawa pemilihan T.O.P adalah tepat adalah dengan menunjukkan hasilnya kepada wartawan dan penonton.
Sekadar info, drama bersiri Squid Game 2 yang mengandungi 7 episod telah mula ditayangkan di platform Netflix sejak 26 Disember lalu. Siri ini menyaksikan kesinambungan daripada musim pertama yang berjaya mencatatkan sejarah global, di mana para peserta terpaksa bertarung dalam permainan maut demi meraih ganjaran yang sangat besar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon jelita, Oktovia Manrose dan suami tercintanya yang telah selamat menimang cahaya mata perempuan pada tanggal 6 Disember lalu kira-kira jam 8.40 malam.
Berita gembira itu dikongsikan pelakon naskhah Bila Cupid Jatuh Cinta menerusi satu hantaran reels terbaharu di Instagram miliknya.
Bersyukur tidak terhingga atas anugerah Allah SWT itu, Oktovia berkata, kehadiran cahaya mata adalah antara doa yang sering dipanjatkan selepas 11 tahun menanti.
“Anugerah terindah amanah dari Allah. Hadiah termahal buat saya dan suami. Alhamdulillah saya selamat melahirkan permaisuri hati saya pada 6 Disember 22 jam 20.40 malam.
“Rahsia Allah dan perancanganNya adalah yang terbaik. Sangat tidak sangka, selepas 11 tahun Allah hadiahkan lagi zuriat untuk dijaga dan dididik sebaiknya.
“Alhamdulillah kami dah ada sepasang,” tulisnya menerusi kapsyen pada video yang merakamkan dirinya yang sedang memangku bayi yang baru sahaja dilahirkan.
Dalam pada itu, Oktovia turut menitipkan doa yang terbaik selain memberikan dedikasi teristimewa buat suaminya.
“Tidak ada keuntungan dunia apa lagi akhirat dengan menggadaikan diri kepada hal yang bersifatkan dunia. Tidak ada keuntungan bagi orang tuanya bagi memiliki anak jika tidak taat pada aturan Allah.
“Didik ikut syariat Allah, ikut jalan Rasullullah dan bukan mengikut hawa nafsu. Anak amanah Allah. Penentu syurga dan neraka.
“Untuk suamiku, terima kasih kerana menjadi pasangan dan ayah buat anak kita. Awak adalah insan teristimewa buat saya setiap hari. Awak adalah kekuatan saya,” coretnya panjang.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis merakamkan ucapan tahniah selain mendoakan yang baik-baik buat bayi comel itu.
Terdahulu, Oktovia pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izat Abd Rahman pada 2011, namun bercerai pada 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain yang kini berusia 11 tahun.
Oktovia seterusnya bertemu jodoh dengan pemain bola sepak, Mohamad Khairul Efsan Md Isa, 33, pada 21 Disember 2021.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.