Susulan daripada selebriti Alif Satar disahkan positif COVID-19, beberapa penyanyi yang turut serta dalam acara separuh akhir Juara Lagu 35 menjalani ujian swab kerana menjadi kontak rapat kepada individu itu.
Alif Satar yang membuat persembahan dengan lagu I Want You to Love Me pada episode pertama separuh akhir Jumaat lalu meminta maaf dan menjelaskan bahawa disahkan positif COVID-19 semalam.
Episode 3 separuh akhir tersebut ditunda dan selebriti-selebriti yang terlibat dengan Anugerah Juara Lagu 35 itu tidak berlengah lagi dan terus melakukan ujian swab.
Ads
Antara selebriti yang berkongsi melakukan ujian swab COVID-19 di Instagram mereka adalah Hael Husaini, Ernie Zakri, Ismail Izzani, Syamel, Sherry Alhadad, Stacy, Zynakal dan Tuju K-Clique.
Rata-rata mereka memohon agar segala urusan dipermudahkan dan terus berdoa untuk orang disekeliling. Alif Satar dilihat meninggalkan komen di Instagram @azreewhuut memohon maaf sekiranya dia telah menyusahkan semua.
Ads
Instagram: Azreewhuut
Ernie Zakri juga turut menjelaskan bahawa SOP yg dijalankan oleh pihak TV3 amat ketat. Dan mereka juga sekadar ingin mencari rezeki kerana ada individu yang tidak bertanggungjawab mengatakan “padan muka” kepada selebriti yang terkait dengan virus ini.
Buat anda yg tertanya2, SOP yg dijalankan oleh pihak TV3 amat ketat. Jika tidak berada disana, jgn la hambur kata2 yg tidak baik. Kami juga mencari rezeki sama seperti kalian. Industri kami anda lihat sebagai "hiburan" dan kami hanya nak "have fun".
Apa-apa pun kita doakan agar semuanya dipermudahkan dan semoga virus ini tidak terus menular kepada orang ramai. Jangan lupa amalkan penjarakan sosial dan sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Sumber: Instagram, Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini, ramai memperkatakan tentang Go Jek yang sah akan masuk Malaysia. Jika korang pernah ke Indonesia mesti pernah nampak Go Jek memenuhi jalan raya di Indonesia yang terkenal padat tiada kira masa. Jadi menggunakan motosikal adalah alternatif paling baik untuk tidak terperangkap dengan kesesakan.
Bacalah dengan tenang pendapat Co Founder Get Runner, Khairul Ikhwan Zulkefly mengenai buruk baik kemasukan Go Jek ke Malaysia yang mana seperti laporan akhbar arus perdana hari ini, kemasukan Go Jek ke Malaysia ini atas inisiatif Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menambah pendapatan golongan muda.
Sekali baca seperti kata Khairul Ikhwan Zulkefly memang betul katanya. Jika Indonesia bangga ada unicorn Go Jek, apa unicorn kita kita?
Inilah Co Founder Get Runner yang menulis bagi pendapat peribadinya mengenai isu kemasukan Go Jek ke Malaysia. Gambar dari FB beliauGojek cukup popular sebagai pilihan pengguna yang enggan tersekat dalam kesesakan lalu lintas di Indonesia
Gojek dah nak masuk Malaysia. Kabinet pon katanya dah bagi greenlight. Apa pendapat korang. On ke tak on?
Bagi saya on dan juga tak on.
Kenapa on? Sejak Uber dah keluar daripada market Malaysia, Grab hampir tiada persaingan dan menjadi monopoli dalam industri e-hailing. Grab masih ada persaingan dalam market sekarang seperti Mycar dan Maxim tapi tidak memberi saingan yang sengit sepertimana Uber dulu. Bila berlaku monopoli, Grab boleh control market dan ini memberi kesan buruk kepada end-user. Dalam cerita monopoli, boleh ambil contoh Astro. Bila monopoli dihapuskan, banyak kebaikan untuk customer.
Adakah anak muda kita kekurangan idea? Tak mungkin sama sekauli cuma mungkin tidak diberi peluang membuktikannya
Kenapa on? Gojek bermula sebagai Ojek di Indonesia. Ramai orang fikir, Gojek hanya sebuah e-hailing untuk motosikal. Sebenarnya Gojek lebih daripada itu. Gojek ini lebih kurang macam Meituan-Dianping di China, bertindak sebagai Lifestyle App atau e-commerce for services.
Antara service yang Gojek sediakan adalah GoCar (car e-hailing), GoRide (motorcycle e-hailing), GoFood (food delivery) dan GoLifestyle (massage and etc). Setakat ini kita dekat Malaysia ada Grab sebagai super app yang boleh digunakan untuk cari Grab dan order GrabFood. Bila Gojek masuk, ada satu option lagi untuk kita guna seharian. Selain itu jumlah pekerjaan akan bertambah. Banyak option yang akan ada untuk buat income tambahan selain daripada FoodPanda, Grab dan sewaktu dengannya.
Tapi masih ada tak on. Apa yang tak on?
Di kawasan Lembah Klang, persaingan untuk delivery startup sangat sangat sengit sekarang. Apa akan jadi dengan local delivery atau runner startup kalau jerung seperti Gojek masuk ke market Malaysia. Antara local startup yang akan terkesan dengan kehadiran Gojek adalah seperti Matdespatch, BungkusIt, GetRunner, GoLog dan banyak lagi.
Ada di antara startup ini masih lagi merangkak mencari traction, mengembangkan pasaran. Dengan kemasukan Gojek, bilis bilis mesti ada yang akan gulung tikar sebab tak dapat berenang sama laju dengan jerung. Sebut pasal e-hailing motosikal. Dulu dah ada di Malaysia (Dego ride) tapi dengar cerita terpaksa tutup sebab salah disisi undang undang dan katanya tak selamat. Jika Gojek boleh apply e-hailing motor di Malaysia, memang satu ketidakadilan kepada local startup.
Ada lagi bab yang tak on ni.
Kenapa kerajaan perlu bekerjasama dengan startup luar macam Gojek sedangkan banyak local startup yang ada potensi. Jika dapat bantuan serta sokongan daripada kerajaan, saya rasa ada local startup yang boleh pergi jauh dan setanding Grab dan Gojek.
Kita dah kehilangan Grab kepada Singapura. Kerajaan Indonesia dibawah kepimpinan Jokowi memberi sokongan penuh kepada local startup mereka seperti Gojek dan Bukalapak untuk pergi jauh dan terus berkembang. Sebut pasal startup unicorn, Singapura ada Grab, Indonesia ada Gojek, Travelola, Tokopedia dan Bukalapak, Malaysia?
Negara lain berlumba lumba untuk wujudkan startup unicorn mereka sendiri. Negara kita macam mana? Kera dihutan dah pandai cari pisang, anak dirumah banyak yang tengah lapar, tolong tolonglah susukan.
Akhir kata, support lah local startup. Betul, kemasukan Gojek akan membawa banyak peluang pekerjaan berkonsepkan crowdsourcing kepada masyarakat untuk mencari pendapatan tambahan dizaman ekonomi yang tidak menentu.
Bagi saya peluang pekerjaan itu okay tapi ianya lebih kepada memberi “ikan” kepada masyarakat. Kenapa tidak bantu local startup dan jadikan local startup ini sebagai “joran” atau “bot nelayan” untuk meningkatkan ekonomi di negara terutama ekonomi dikalangan anak muda. Percayalah jika banyak local startup diberikan sokongan, banyak peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan tanpa perlu bergantung kepada startup luar.
Bagi yang menyambut hari lahir, kami di team REMAJA mengucapkan selamat hari lahir buat korang, hikz.
Bila sebut mengenai Oktober, isu yang paling hangat sejak beberapa tahun lalu ialah sambutan Oktoberfest iaitu tradisi besar-besaran minum arak yang sering mengundang kontroversi setiap kali perayaan ini berlangsung di negara kita.
Di sebalik Oktober, carian kami mendapati pada tahun 1978 dahulu, kita ada tarikh 32. Pergh, macam tak percaya pula kerana kita hanya tahu ada sehingga tarikh 31 atau disebut 31 hari sahaja dan otak kita juga sudah lama menerima fakta ini.
Ada mengatakan ia auta kerana tarikh 32 mana pernah wujud tapi ada satu bukti gambar kalender lama (disebut kalender kuda membuktikan tarikh itu pernah wujud, wallahualam).
Tapi kalau korang google dan buat pencarian gerenti tak akan jumpa lagi. Apa yang pastinya dalam setiap bulan hanya ada tarikh 28, 30, 31 dan pastinya tarikh 29 iaitu tarikh lompat pada bulan Februari yang disambut empat tahun sekali.
Empat fakta mengenai Oktober
Untuk pengetahuan korang, dari mana nama Oktober itu wujud, ia sebenarnya berasal dari bahasa Latin, OCTO yang membawa maksud “8”. Ini kerana pada zaman dahulu kala, tahun dimulai pada mula Mac (bukan Januari seperti kita belajar sekarang).
Bagi sebahagian orang, Oktober adalah bulan ditunggu-tunggu termasuk mahu menyambut ulang tahun kelahiran, anniversary, bertemu jodoh dan sebagainya.
Inilah fakta mengenai Oktober yang perlu kita tahu.
Oktober hanya mempunyai 21 hari pada tahun 1582
Menurut orang Eropah yang menganut agama Katolik pada tahun 1582, bulan Oktober hanya mempunyai 21 hari. Fakta menariknya, adalah mereka menghilangkan tarikh 5-14 Oktober tetapi banyak negara tidak bersetuju mengenainya. Akhirnya kata sepakat dicapai di Dewan Katolik pada masa itu di mana menerima kalender masihi iaitu meletakkan Oktober ada 31 hari.
Kemerdekaan 19 negara
Jika Malaysia menyambut ulangtahun pada 31 Ogos setiap tahun, ini 19 negara yang menyambut tarikh kemerdekaan mereka pada Oktober.
– Nigeria, 1 Oktober 1960
– Cyprus, 1 Oktober 1960
– Tuvalu, 1 Oktober 1978
– Guinea, 2 Oktober 1958
– Iraq, 3 Oktober 1932
– Lesotho (terletak di Selatan Afrika), 4 Oktober 1966
– Croatia, 8 Oktober 1991
– Uganda, 9 Oktober 1962
– Fiji, 10 Oktober 1970
– Equatorial Guinea, 12 Oktober 1968
– Azerbaijan, 18 Oktober 1991
– Laos, 22 Oktober 1953
– Zambia, 24 Oktober 1964
– Austria, 26 Oktober 1955
– Saint Vincent And Grenadines , 27 Oktober 1979
– Turkmenistan, 27 Oktober 1991
– Saint Vincent dan Grenadine, 27 Oktober 1979
– Republik Ceko, 28 Oktober 1918
– Turki, 29 Oktober 1923
3. Hari Guru Sedunia
Jika kita menyambut hari guru setiap 16 Mei tapi tahukah korang seluruh dunia menyambut pada 5 Oktober setiap tahu. Tujuan hari guru sedunia ini diwujudkan untuk memberikan penghormatan kepada para guru dalam mendidik anak bangsa selain melahirkan lebih ramai pemimpin di masa depan.Pada setiap 5 Oktober sejak tahun 1994 hari guru diperingati.
‘Breast Cancer Awareness Month‘ internasional
Masuk saja Oktober ini, kita akan menyambut bulan kesedaran kanser payudara atau disebut ‘Breast Cancer Awareness Month‘ internasional. Ia disambut bagi memberikan kesedaran betapa pentingnya menjaga kesihatan diri dan aset payudara yang merupakan punca kematian kedua tertinggi di dunia.
Apa pun, kurang tiga bulan, kita bakal memasuki 2021. Terasa cepatnya masa berlalu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penggunaan topeng muka merupakan norma baru dan item wajib sebagai pelindung diri dari jangkitan pandemik Covid-19 dan kuman yang terdapat di udara.
Namun, sesetengah daripada cuma menjadikan ‘facemask’ ini sebagai trend fesyen je sebab bila tak pakai nampak pelik. Dan kalau korang perasan juga, kita selalu menurunkan pelitup muka hingga ke dagu dan leher khususnya ketika hendak makan, minum atau menghirup udara segar. Betul tak?
Sebenarnya penulis pun selalu buat macam ni juga…huhuhu
Namun, tahukah korang, perbuatan itu sebenarnya boleh menyebabkan pencemaran?
Ini kerana, ketika memakai pelitup muka, bahagian dalamnya akan menyentuh mulut dan hidung. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kuman serta bakteria tersebar di bahagian dagu dan leher.
Pakar Mikrobiologi Universiti Georgetown, Erin Sorell turut berkata bahawa pelitup muka tidak sepatutnya digantungkan pada leher apatah lagi jika kita sudah menggunakannya.
“Tujuan menggunakan mask (pelitup muka) adalah untuk melindungi mulut dan hidung daripada titisan batuk atau bersin dan ia bagi melindungi orang lain atau diri sendiri,” katanya.
Sementara itu tinjaun kami di laman Twitter Dr. Noor Hisham Abdullah juga turut menjelaskan isu yang sama.
Dr. Noor Hisham Abdullah turut menasihatkan masyarakat untuk memakai penutup muka dengan betul, jika ingin membuka pelitup muka untuk sementara waktu, sebaik-baiknya ia dibuka terus dan diletakkan di tempat yang selamat agar tidak terdedah kepada kuman dari sumber lain.
Rata-rata netizen memuji dan berterima kasih kepada Ketua Pengarah Kesihatan atas info yang diberikan.
Okay, lepas ni jangan buat macam ini lagi k. Ingat bahawa virus pandemik maut ini masih ada disekeliling kita lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!