Masalah berat badan berlebihan atau obesiti seringkali dikaitkan dengan masyarakat Malaysia.
Menurut hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, mereka mendapati 50.1 peratus orang dewasa berdepan masalah berat badan berlebihan atau obes. Ia terpecah kepada 30.4 peratus berat badan berlebihan manakala 19.7 peratus adalah obes (Berita Harian).
Menurut Medical Mythbusters Malaysia, salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah obesiti yang serius adalah fenomena night eating syndrome pada tengah malam ataupun sebelum waktu tidur malam.
Gambar hiasan
Night eating syndrome ini juga dikaitkan dengan masalah kemurungan, namun tidak dapat benar-benar dipastikan corak perkaitannya.
Apapun, ia adalah masalah yang berkaitan dengan pola pemakanan tidak sihat seseorang yang belum dikelaskan dalam ‘kategori penyakit mental’ seperti anorexia atau bulimia.
*
Jom lihat apakah tanda-tanda yang menunjukkan korang mungkin mengalami masalah ini.
Ads
1. Seseorang gemar untuk makan sekurang-kurangnya 1/4 dari jumlah diet hariannya selepas waktu makan malam. Ini disebut sebagai Evening Hyperphagia. Malah, ada sesetengah orang yang kerap bangun malam semata-mata untuk makan.
2. Ini akan mengakibatkan masalah kedua iaitu tiada selera untuk bersarapan sedangkan sarapan merupakan hidangan terpenting. Fenomena ini pula dikenali sebagai Morning Anorexia.
3. Masalah gangguan tidur (insomnia) akan berlaku kepada pengamal night eating syndrome sekerap 4-5 malam dalam seminggu.
4. Pesakit percaya bahawa dengan makan pada waktu tengah malam, ia memudahkan mereka untuk tidur semula.
5. Mereka akan berdepan mood yang semakin teruk menjelang petang.
Ads
Gambar hiasan
Apapun, kami ingin ingatkan bahawa tanda-tanda ini bukanlah penentu sama ada korang mengalami sindrom ini atau tidak.
Maka, amat penting untuk korang mendapatkan khidmat nasihat pakar terlebih dahulu.
Apa perlu korang buat?
1. Sediakan diari yang mencatatkan pola tidur korang, mood dan pola pengambilan makanan seharian.
Ads
2. Gunakan diari ini sebagai rujukan semasa berjumpa doktor.
3. Amalkan gaya hidup sihat. Pengambilan diet sihat dan waktu makan yang tetap, bersenam, jaga disiplin tidur (sleep hygiene), elakkan alkohol, nikotin, pengambilan kafein pada waktu malam dan juga penyalahgunaan dadah.
4. Jika masih tidak okay, sila berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.
Jangan ambil lewa dengan tanda-tanda ini kerana mungkin ia boleh memudaratkan kesihatan korang nanti.
Berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui sejauh mana masalah habit makan malam korang itu.
Lesen memandu adalah perkara yang paling penting untuk dimiliki kerana dengan adanya dokumen ini, kita bebas untuk memandu ke mana sahaja. Malah, sekiranya melancong ke luar negara, terdapat beberapa negara yang menerima lesen memandu dari Malaysia tanpa perlu memiliki lesen memandu Antarabangsa.
Walau bagaimanapun, kadar bayaran lesen memandu kini nampaknya sudah meningkat jika mahu dibandingkan dengan masa dahulu. Rasanya sewaktu penulis mengambil lesen kereta manual (D) harganya baru sekitar RM600 lebih, namun kini tidak lagi.
Terdapat beberapa peraturan baru lesen memandu diperkenalkan. Antaranya setiap institut memandu wajib menyenaraikan harga lesen memandu terkini, termasuk kereta dan motosikal.
Di Malaysia, individu seawal usia 16 tahun sudah layak untuk mengambil lesen memandu motosikal B2 dan superbike BFull 500cc, manakala lesen memandu kereta hanya boleh diambil bila sudah genap berusia 17 tahun. Untuk lesen E (bas/lori) pula, korang kena tunggu sehingga umur 21 tahun terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, harga lesen memandu ini juga terpulang mengikut sekolah memandu dan negeri juga. Jadi, jika korang ingin mengambil lesen memandu, sila semak di sekolah memandu pilihan korang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia, individu yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 akan dibenarkan bercuti di Langkawi selepas pulau peranginan itu dijangka dibuka kepada pengunjung pada September akan datang.
Perkara ini disahkan oleh Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor dengan menyatakan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sudah bersetuju membekalkan vaksin yang mencukupi bagi memastikan 80 peratus penduduk pulau itu menerima suntikan vaksin sebelum kehadiran pelancong.
Gambar hiasan
Pihak MOSTI dan MOTAC bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas bagi mempercepatkan pemberian vaksin kepada 61,000 penduduk Langkawi yang layak menerima vaksin. Ini bermakna sebanyak 120,000 dos vaksin perlu dibekalkan kepada penduduk Langkawi sebelum dibuka kepada orang ramai.
Pelancong yang hendak masuk ke Langkawi pula perlu lengkap dua dos vaksin dan mereka yang tidak disuntik atau hanya menerima satu dos suntikan, tidak dibenarkan bercuti di Langkawi.
Jangkaan pembukaan Langkawi dalam tempoh dua bulan lagi dapat memulihkan kembali sektor pelancongan di pulau lagenda itu.
Tidak dinafikan sektor pelancongan antara yang paling terkesan teruk dan kerana itu kita sering mendengar tentang penutupan hotel-hotel besar yang ada di Malaysia.
Gambar hiasan
Semoga dengan pemberian vaksin yang telah diberikan kepada rakyat mampu memberikan kehidupan seperti sedia kala. Ramai yang sudah tidak sabar untuk merentas negeri, bukan semata-mata untuk melancong tetapi ingin menziarahi keluarga yang sudah lama tidak ditemui.
Bukan mudah bagi mana-mana penghidap kanser untuk berdepan dengan cabaran melawan penyakit merbahaya itu. Tambahan pula dengan proses rawatan yang perlu mereka jalani di samping terpaksa akur dengan perancangan hidup yang tergendala akibat penyakit ini, tentunya mana-mana penghidap kanser amat memerlukan sokongan tidak berbelah bahagi agar mereka terus kuat semangat.
REMAJA pernah kongsikan kisah ketua pasukan bola sepak Selangor, Brendan Gan yang menghidap kanser testis sekitar bulan Julai lalu.
Berita yang mengejutkan peminat bola sepak tempatan itu secara tidak langsung telah membuka mata ramai lelaki untuk lebih berhati-hati terhadap ancaman penyakit ini dan selalu melakukan pemeriksaan berkala sejak usia muda lagi.
Terbaru, beberapa pemain Selangor tampil ke hadapan untuk memberikan sokongan terhadap kapten kesayangan mereka itu dengan membotakkan kepala. Ia merupakan tanda solidariti di saat Brendan perlu melalui proses rawatan.
Menerusi video berdurasi seminit yang dimuat naik di Instagram rasmi Selangor FC (dan kemudiannya dikongsi ke YouTUbe Nadi Sukan), beberapa pemain Selangor mengambil keputusan membotakkan kepala termasuklah Khairulazhan Khalid, Ashmawi Yakin, Wan Zack Haikal Wan Noor, Mohammad Nor Hakim Hassan dan Taufiq Ar Rasyid.
Kata pemain tengah pasukan Selangor iaitu Wan Zack Haikal, “Kepada katen kami Brendan Gan, ini (tindakan membotakkan kepala) khas untuk anda. Get well soon,” sambil menyertakan tanda pagar #HereWithBrendan dan #KitaAdalahSatu.
Video tersebut tentunya ditonton oleh Brendan sendiri yang merasa terharu dengan tindakan rakan-rakan sepasukannya itu. “Sokongan dan kasih sayang anda amat berharga untuk saya sepanjang beberapa minggu yang sudah. Saya telah melihat dan membaca mesej-mesej anda. Ia membuatkan saya mahu berjuang lebih lagi. Terima kasih rakan-rakan!
“Saya ialah seorang lelaki yang kuat, saya akan tangani semua ini. Saya akan kembali ke padang lebih kuat dari dulu,” catatnya.
Terdahulu, Brendan telah melalui satu pembedahan membuang ketumbuhan setelah beliau disahkan menghidap kanser testis. Kini, beliau diletakkan dalam fasa pemantauan oleh pakar perubatan dan tidak bermain untuk tempoh yang agak panjang bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Benarlah kata orang, berkawan biar seribu bercinta biar satu. Solidariti di antara pemain bola sepak Selangor ini membuatkan kita semua sedar betapa pentingnya semangat berpasukan yang wujud bukan setakat di atas padang tetapi juga semasa berada di luar padang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!