Sebagai wanita, penjagaan kulit muka dan badan adalah amat penting. Kulit manusia juga merupakan antara organ manusia yang sensitif dan perlu dijaga, seperti juga kulit muka dan badan, penjagaan kulit miss V juga haruslah dijaga. Ramai diantara wanita mempunyai iritasi pada kulit miss V. Libresse kini tampil dengan pad “hypoallergenic” untuk mengelakkan iritasi pada kulit dengan menghasilkan tuala wanita bebas wangian dan pewarna chemical.
Ads
Antara salah satu penyebab dan punca utama iritasi pada kulit miss V adalah kerana pewarna chemical dan juga wangian yang digunakan didalam tuala wanita tersebut. Oleh kerana kulit dibahagian miss V merupakan kawasan yang sensitif, keradangan kulit boleh berlaku lalu mengakibatkan iritasi pada kulit miss V! Jadi.. lepas ni jangan risau kalau korang selalu gatal dekat kawasan miss V, bertukarlah kepada pad jenis hypoallergenic daripada Libresse ni.
Sumber: Instagram @libresse_my
“Libresse SensitiV” merupakan tuala wanita yang mesra pada kulit, dan tidak mengandungi apa-apa bahan yang akan membahayakan kulit. Selain itu, ianya juga menggunakan fiber halus yang lembut pada kulit, dan ianya bebas wangian. Salah satu cara untuk mengurangkan iritasi pada miss V adalah dengan memakai tuala wanita yang bebas wangian. Libresse mengeluarkan dua jenis produk iaitu Period Care untuk kedatangan haid dan juga Daily Intimate Care untuk penjagaan harian wanita.
Ads
Ads
Sumber: Instagram @libresse_my
Bukan itu saja, Libresse juga mengeluarkan feminine wash dan juga wipes daripada koleksi Daily Intimate Care. Dengan cara ni, korang bolehlah jaga kawasan miss V dengan lebih baik! Say “No!” to allergic!
Sedapnya! Paling best, boleh makan banyak-banyak sebab homemade. Tapi jangan teruskan bacaan kalau korang tengah diet.hiks
Bayangkan ubi kentang digoreng panas-panas, disalut pula dengan sos keju home-made dan mayonis…. Dah cuba sekali, pasti nak lagi!
So korang yang selalu kena minta ‘extra cheese’ bila beli cheesy wedges ataupun masa beli burger di luar, ini cara buat sos cheese secara homemade yang lebih jimat.
Nak tahu bagaimana caranya untuk membuat hidangan kegilaan ramai ini? Ikuti langkah-langkah mudah ini, confirm jadi!
Bahan-bahan :
Butter 1/2 ketul
Susu cair 1/2 tin
Tepung gandum 1 sudu besar, bancuh dengan sedikit air
4 keping Cheese
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Pewarna kuning
1 ketul Kuib ayam
Garam
Cara-caranya :
1. Panaskan Bahan
Cairkan mentega. Kemudian masukkan susu dan tepung gandum. Kacau sehingga tepung sebati.
2. Masukkan Kepingan Keju
Masukkan pula kepingan keju, kiub pati ayam dan serbuk lada. Kacau sebati hingga masak.
Pewarna kuning boleh ditambah untuk menaikkan warnanya.
3. Siap
Pastikan sos tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Agak-agak dah sesuai, boleh tutup apinya dan terus dihidang bersama kentang wedges tadi. Tambah mayonis pun sedap.
Selamat mencuba!
Kredit: NizSa Mi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
New York City melakar sejarah baharu! Ahli politik muda progresif, Zohran Mamdani, kini menjadi tumpuan dunia selepas dipilih sebagai Datuk Bandar New York City yang ke-111, sekaligus menjadi Muslim pertama yang menerajui kota terbesar Amerika Syarikat (AS).
Dari Calon Kecil Jadi Pemimpin Kota Terbesar Dunia
Calon Demokrat berusia 34 tahun itu mengejutkan ramai apabila menewaskan bekas Gabenor New York, Andrew Cuomo, dan calon Republikan, Curtis Sliwa, dalam pilihan raya penuh dramatik yang turut dilihat sebagai referendum terhadap hala tuju politik AS di bawah Donald Trump.
Dalam pilihan raya yang mencatatkan jumlah pengundi tertinggi sejak tahun 1969, Mamdani menewaskan bekas Gabenor New York Andrew Cuomo dan calon Republikan Curtis Sliwa dengan kemenangan yang mengejutkan ramai pihak. -Agensi
Sebelum ini, Datuk Bandar sedia ada Eric Adams menarik diri daripada pertandingan pada September selepas kempen pemilihannya tergugat oleh pelbagai skandal dan dakwaan rasuah dan membuka laluan kepada kebangkitan Zohran Mamdani.
Mesej Untuk Rakyat Biasa
Zohran Mamdani yang sebelum ini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri New York, muncul sebagai suara rakyat dengan kempen yang menekankan isu kemampuan hidup dan keadilan sosial.
Antara fokus utamanya ialah:
Membekukan kadar sewa unit terkawal 🏘️
Membina lebih banyak perumahan mampu milik
Menaikkan gaji minimum kepada USD30 sejam
Menjadikan pengangkutan awam percuma 🚇
Menaikkan cukai golongan kaya untuk menampung keperluan rakyat
Kempen beliau dibiayai terutamanya melalui derma kecil dan tenaga sukarelawan, menjadikan gerakannya simbol kepada politik rakyat sebenar, bukan sekadar elit.
Kuasa Media Sosial & Gerakan Anak Muda
Zohran Mamdani menggunakan media sosial secara kreatif untuk berhubung dengan pengundi muda dari video santai di jalanan hingga sesi “town hall” digital.
Gayanya yang bersahaja, berjalan kaki menemui penduduk dan bersembang dengan komuniti setempat menjadikan beliau ikon politik generasi baharu yang dekat dengan rakyat.
Kemenangan awal dalam pemilihan Demokrat pada Jun dengan kelebihan hampir 13 mata ke atas Cuomo benar-benar mengubah landskap politik New York.
Sokongan Tokoh Progresif
Antara penyokong kuat beliau ialah Senator Bernie Sanders dan Ahli Kongres Alexandria Ocasio-Cortez (AOC), dua figura popular dalam gerakan politik progresif Amerika.
Turut menyatakan sokongan ialah Peguam Negara Letitia James, Gabenor Kathy Hochul, dan Ketua Minoriti Dewan Perwakilan, Hakeem Jeffries.
Namun, tidak semua gembira dengan dua Senator utama New York, Chuck Schumer dan Kirsten Gillibrand, memilih untuk tidak membuat sebarang pengesahan rasmi, mencerminkan perpecahan ideologi dalam Parti Demokrat.
Cabaran & Serangan Islamofobia
Sepanjang kempen, Zohran Mamdani berdepan serangan politik dan Islamofobia, termasuk tuduhan tidak berasas daripada sekutu Donald Trump, Elise Stefanik, yang menuduhnya sebagai “calon jihad”.
Beliau juga dikritik hebat kerana pendiriannya terhadap krisis Gaza, namun Zohran Mamdani tegas mempertahankan prinsip kemanusiaan dan hak bersuara.
Dalam debat terakhir Oktober, beliau menegaskan:
“Saya mahu mengembalikan semangat rakyat biasa ke dewan kuasa — ini tentang mereka, bukan tentang saya.”
Simbol Harapan & Perubahan
Kemenangan Zohran Mamdani bukan sekadar sejarah politik — ia adalah manifestasi transformasi identiti Amerika moden.
Ia menandakan kebangkitan generasi muda, minoriti, dan komuniti berbilang latar belakang untuk membentuk masa depan yang lebih adil dan inklusif.
Dengan jumlah pengundi tertinggi sejak 1969, kemenangan beliau jelas menunjukkan gelombang perubahan besar yang digerakkan oleh suara anak muda.
Inspirasi Untuk Remaja Malaysia
Kisah Zohran Mamdani membuktikan bahawa usia muda bukan halangan untuk memimpin perubahan. Dalam dunia yang semakin kompleks, keberanian, integriti dan visi yang jelas masih menjadi kunci untuk membawa perubahan sebenar.
💡 Kalau Zohran Mamdani boleh lakukannya di New York City, apa pula perubahan yang awak boleh mulakan di sini, hari ini?
Di media sosial, kita sering disajikan dengan pelbagai kisah menyentuh hati. Namun, ada cerita yang kekuatannya terletak pada perkara kecil, spontan dan tidak dibuat-buat.
Video yang dikongsi oleh seorang guru bernama Cikgu Akram menerusi akaun Threads @i_Akram adalah antara kisah yang memberi kesan mendalam tanpa perlu drama berlebihan.
Kisah ini berlaku ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung. Seperti biasa, suasana kelas berjalan normal sehinggalah Cikgu Akram menegur seorang muridnya bernama Sufi.
Teguran itu bukan berkaitan disiplin atau pelajaran, tetapi sesuatu yang lebih asas keadaan kasut sekolah murid tersebut.
“Jom, Kita Pergi Ambil Kasut”
View on Threads
Selepas menyedari keadaan kasut Sufi, Cikgu Akram tidak berhenti sekadar bertanya. Dengan nada bersahaja, dia membuat satu keputusan yang ringkas tetapi bermakna. Dia mengajak Sufi untuk mengikutnya ke kereta.
Dari dalam keretanya sendiri, Cikgu Akram mengeluarkan sepasang kasut Adidas berwarna hitam dan meminta Sufi mencubanya.
Jika kasut itu muat dan selesa, Sufi boleh terus memakainya ke sekolah. Jika tidak, Cikgu Akram berjanji akan membantu mendapatkan kasut sekolah lain, walaupun bukan daripada jenama yang sama.
Bukan Kasut Lebihan, Tetapi Kasut Kesayangan
Apa yang menjadikan kisah ini lebih menyentuh perasaan ialah hakikat bahawa kasut tersebut bukan kasut lama atau lebihan.
Ia adalah kasut yang Cikgu Akram sendiri pakai, malah diakui sebagai kasut kesayangannya.
Dalam perbualan ringkas itu, dia berpesan supaya kasut tersebut dipakai dan dijaga dengan baik kerana ia sesuatu yang bermakna buat dirinya.
Pesanan itu kedengaran sederhana, namun cukup untuk menunjukkan bahawa pemberian tersebut dibuat dengan penuh keikhlasan.
Memberi sesuatu yang tidak lagi diperlukan mungkin mudah, tetapi menyerahkan sesuatu yang masih digunakan dan disayangi memerlukan empati yang lebih mendalam.
Di situlah nilai sebenar tindakan Cikgu Akram terserlah bukan pada jenama Adidas atau harga kasut, tetapi pada keikhlasan di sebaliknya.
Seorang Murid Dengan Latar Kehidupan Yang Sukar
Sufi bukanlah murid yang hidup dalam keadaan serba selesa. Ibunya telah meninggal dunia, manakala ayahnya bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan yang terhad.
Mereka adik-beradik ramai dan kini tinggal bersama Tok Wan, yang menjadi tempat bergantung dalam kehidupan seharian.
Dalam keadaan hidup yang mencabar ini, banyak keperluan asas menjadi sesuatu yang sukar untuk dipenuhi. Namun begitu, Sufi dan adik-beradiknya tidak menjadikan kekurangan itu sebagai alasan untuk berputus asa.
Bola sepak menjadi ruang buat mereka menyalurkan minat dan bakat. Mereka bertiga dikenali sebagai murid yang pandai bermain bola dan sering dipilih untuk mewakili sekolah.
Melalui aktiviti sukan inilah Cikgu Akram mengenali mereka dengan lebih dekat, bukan sekadar sebagai pelajar di dalam kelas, tetapi sebagai kanak-kanak yang berusaha keras walaupun hidup serba kekurangan.
Tiada reaksi berlebihan. Tiada kata-kata simpati yang panjang. Cikgu Akram hanya meneruskan perbualan seperti biasa, seolah-olah mahu memastikan murid tersebut tidak merasa dirinya berbeza atau dipandang rendah.
Di situlah terserlah peranan seorang guru yang memahami keperluan emosi seorang anak.
Kadangkala, sokongan terbaik bukan datang dalam bentuk nasihat atau pujukan, tetapi melalui layanan yang normal, tenang dan penuh hormat.
Tindakan kecil ini menunjukkan bahawa mendidik bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi juga memanusiakan.
Kisah ini bukan tentang sepasang kasut Adidas semata-mata. Ia adalah tentang keprihatinan seorang pendidik yang memilih untuk melihat muridnya sebagai manusia dengan cerita hidup sendiri.
Apa yang dilakukan oleh Cikgu Akram mungkin kelihatan kecil pada pandangan sesetengah orang.
Namun bagi seorang murid seperti Sufi, tindakan itu membawa makna yang jauh lebih besar daripada sekadar kasut sekolah.
Sumber : Threads i_akram
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon versatil, Shukri Yahaya mengakui berdepan detik mencemaskan apabila mengalami kecederaan akibat letupan pyro ketika menjalani penggambaran filem aksi terbaharunya, Chelot.
Bagaimanapun, aktor berusia 38...