Tak salah untuk berangan. Daripada angan-angan itulah tercipta keinginan dan semangat untuk berusaha.
Jika korang mempunyai kriteria bak seorang model dan sentiasa tercari-cari peluang untuk menonjolkan diri ke hadapan di pentas peragaan berskala besar, mungkin 2022 adalah tahun bertuah korang.
Minggu Fesyen Kuala Lumpur atau KLFW 2022 kini sedang mencari wajah-wajah baharu lagi fresh untuk memperagakan koleksi pereka fesyen terkenal tanah air.
Kolaboratif di antara KLFW dan jenama elektronik popular, SAMSUNG Malaysia ini dinamakan sebagai ‘The Perfect 10 Model Search 2022’ dan ia sedang mencari model-model lelaki dan wanita yang mampu menawan pentas peragaan tahun ini.
Pencarian ini terbuka kepada mana-mana warganegara atau bukan warganegara Malaysia yang berusia dari 18 sehingga 30 tahun.
Menurut syarat-syarat penyertaan yang disenaraikan oleh mereka, pencarian model ini terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengambil kira pengalaman lalu sama ada pernah menyertai sebarang pertunjukan fesyen ataupun tidak.
Ads
Yang penting, korang perlu menghantarkan foto masing-masing dan pastikan segala maklumat dalam borang penyertaan secara tepat. Sebagai contoh, maklumat seperti ketinggian, ukuran pinggang, pinggul, dada, kasut, warna mata dan warna rambut.
Bagi penghantaran foto pula, kesemua pemohon perlu memilih enam foto yang menunjukkan ukuran badan penuh, dari pinggang ke atas, wajah, dua foto profil (dari sisi kiri dan kanan wajah) dan juga satu foto wajah tersenyum.
Foto-foto ini haruslah diambil di kawasan luar bangunan dengan sinaran semulajadi (tapi usahlah pula di bawah terik matahari ya!) dalam keadaan wajah tidak mempunyai solekan. Bagi yang mempunyai rambut ikal memanjang pula, lepas rambut korang dalam keadaan kemas.
Tapi chop! Jangan pakai baju sebarangan ya. Ini adalah kod pemakaian untuk foto pemohon:
Lelaki : Top polos berwarna ringkas atau ‘singlet’ dan seluar denim mengikut bentuk kaki.
Ads
Wanita : Top polos berwarna ringkas dan seluar jenis legging atau denim bersama kasut tumit tinggi.
Bagi model-model yang kini sedang diwakili oleh mana-mana agensi peragaan pula, mereka juga turut berpeluang untuk terlibat dalam KLFW 2022. Syaratnya, mereka haruslah memperolehi kebenaran daripada pihak agensi sebelum memohon selain perlu menyenaraikan butiran peribadi mereka untuk dihubungi.
Setelah menghantarkan pemohonan ini, korang akan dipanggil (kira-kira dalam masa tiga hari bekerja) untuk menghadiri sesi uji bakat atau casting secara fizikal bagi memberi peluang untuk pihak KLFW menilai cara berjalan dan personaliti korang.
Setiap pemohon yang menerima panggilan ini harus menghadiri sesi casting di hotel W Kuala Lumpur, Jalan Ampang pada 30 Julai ini. Di sana, akan ada beberapa individual penting di belakang meja penjurian termasuklah pengasas KLFW sendiri iaitu Andrew Tan.
Ads
Akhirnya, hanya 10 orang pemenang sahaja yang akan dipilih untuk berjalan di pentas peragaan KLFW 2022 sebagai sebahagian daripada pertunjukan awalnya. 10 pemenang ini juga berpeluang memenangi hadiah menarik tau termasuklah penginapan satu malam di hotel W Kuala Lumpur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang nak nampak penampilan yang lebih fresh selain daripada menjaga rutin kecantikan dan bersenam, ada satu lagi cara dengan style gunting rambut!
“Bangs” ialah salah satu gaya rambut yang menarik. Dan tidak ketinggalan bintang kpop Lisa yang memang sinonim dengan rambut ‘bang’ ni.
Tapi kalau perasan rambut bangs Lisa Blackpink sentiasa statik saja, apatah lagi semasa Lisa menari diatas pentas namun rambut bangsnya kekal terletak dan tak pernah nampak kusut pun. Agaknya apa rahsia rambut Lisa jadi macam statik macam itu ya?
Terbaru, anggota Blackpink, Lisa telahpun berkongsi rahsia bagaimana beliau jaga rambut bangsnya hingga jadi statik?
Step By Step Cara Dapatkan Rambut Bangs Macam Lisa Blackpink
Bangun pagi sebelum pakai mekap, roll rambut bangs.
Kemudian blow dry rambut bangs yang sedang di roll tersebut.
Selepas itu sembur spray rambut pada akar rambut secara lembut.
Kemudian guna spray rambut yang lain khas untuk bahagian hujung bangs.
Comel betul la Lisa ni kan…
So korang yang ada rambut bangs ni boleh la try tips rambut bangs Lisa Blackpink ni untuk dapatkan rambut bangs cantik terletak!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gaya seorang ratu sehari semestinya menjadi tumpun di hari pernikahannya. Bukan hanya terletak pada pemilihan busana, namun tata rias wajah juga memainkan peranan penting.
Ada yang suka gaya dramatik, ada yang suka gaya manis dan ada yang suka gaya elegan. Terpulang kepada selera pengantin masing-masing.
Baru-baru ini pernikahan bintang popular Malaysia, Janna Nick menjadi perhatian ramai. Majlis yang diadakan secara tertutup di Pulau Langkawi itu diadakan dalam suasana yang penuh ringkas namun tampil mewah dan memukau.
Kredit foto: project2pi
Pastinya penampilan pelakon yang juga seorang penyanyi dan penerbit itu antara yang paling dinanti ramai. Apatah lagi solekan diwajahnya cukup segar dan menyerlahkan seri seorang ratu sehari.
Rupa-rupanya Janna mendapat sentuhan jurusolek asal Thailand, Babara Beer. Jurusolek terkenal ini bukan calang-calang orangnya, khidmatnya ditagih ramai orang popular, kenamaan dan kerabat Diraja. Bahkan sebelum ini dia pernah merias wajah anakanda Sultan Johor, Yang amat Mulia Tunku Tun Aminah.
Dalam hantaran Instagram jurusolek itu, dia memuat naik sebuah video menampilkan wajah polos Janna sebelum disolek dan seterusnya langkah demi langkah cara solekan sehingga selesai. Bersama hantaran tersebut Babara meletakkan kapseyn berbunyi, “Gorgeous bridal make up tutorial, Janna Nick.”
Video tutorial itu sehingga kini telah ditonton sebanyak 141 ribu kali dan menerima lebih 12 ribu tanda suka. Selain daripada Babara yang merias wajah Janna, rambut Janna pula didandan rapi oleh Miedy Daniel dan kedua-dua busana nikah dan resepsi pula direka oleh pereka fesyen terkenal, Wanpa.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketika ini sedang berlangsungnya pertandingan ratu cantik bertempat di Vietnam. Pertandingan Miss Culture World International 2022 ini merupakan sebuah pertandingan yang baru sahaja diwujudkan dan edisi kali ini merupakan kali kelima ia diadakan.
Walaupun pertandingan ini tidak sepopular pentas ratu cantik lain seperti Miss World, Miss Universe, Miss International, Miss Earth atau Miss Grand International, namun semangat yang ditonjolkan oleh para peserta harus dipuji. Masing-masing tampil menarik dan yakin menggalas tugas membawa nama negara.
Semestinya Malaysia tidak ketinggalan menghantar wakilnya. Apa yang menarik tentang wakil dari negara kita, wanita berusia 27 tahun ini merupakan seorang yang mengenakan hijab. Pemilik nama Wawa Zubir yang berasal dari Pahang ini telah dipilih untuk mewakili Malaysia.
Dalam tinjauan REMAJA di laman Instagramnya, wanita tinggi lampai ini berkongsi, “Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Luit, Maran, Pahang. Dan saya merupakan anak bongsu daripada enam adik beradik.”
Dia yang sudah pun berada di Vietnam telah berlepas ke negara itu pada Rabu lalu.
“Saya akan berangkat ke Vietnam pada 6 April 2022, pada awal pagi iaitu pada jam 6.55 pagi waktu Malaysia. Saya akan mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Culture World International 2022 di Ho Chi Minh City, Vietnam,” jelasnya dengan lebih lanjut di laman Instagramnya.
Apabila mewakili negara, semestinya sikap juang yang ada dalam diri perlu membara. Wawa juga tidak kurang memohon doa agar sokongan yang diberi mampu menguatkan semangat. Ujarnya, “Saya memerlukan sokongan dan sorakan dari kalian. Dengan sokongan dan sorakan kalian, ia akan menguatkan lagi semangat saya untuk bawa nama Malaysia dan hijabi. Demimu Malaysia!”
Wah, nampaknya semangat Wawa sebagai ratu cantik tidak luntur biarpun pertandingan ini dianjurkan dalam bulan Ramadan. Semoga berjaya mencapai cita-cita dan membanggakan nama negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.