Jangan stress dan bosan tak tahu nak buat apa bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 diumumkan bersambung lagi.
Jom manfaatkan masa dirumah sekarang dengan mewarna buku, biarpun merupakan hobi atau dilakukan secara suka-suka namun percayalah ia bagi manfaat yang sangat bagus untuk kesihatan korang!
Beberapa tahun yang lepas, pakar perubatan dan kesihatan mental telah mengeluarkan kenyataan di mana terapi mewarna mempunyai banyak manfaat daripada segi psikologi terhadap orang dewasa. Malah, aktiviti mewarna yang dahulunya dilihat khas bagi kanak-kanak kini telah muncul sebagai trend yang disukai oleh orang dewasa.
Berikut kami kongsikan tujuh manfaat yang boleh diperoleh melalui aktiviti mewarna:
1. Sama Kesan Seperti Sedang Bermeditasi
Aktiviti mewarna berupaya untuk mengalihkan perhatian korang daripada diri sendiri. Hal ini kerana korang memberi tumpuan kepada aktiviti yang sedang dilakukan sama seperti kesan meditasi. Daripada membiarkan diri melayan fikiran yang bukan-bukan, lebih baik dapat fokus mewarna pelbagai corak yang kompleks selama beberapa jam.
2. Tangani masalah emosi dan mental
Ads
Kebosanan, stress, tekanan perasaan dan rasa tidak sistematik boleh mencetuskan masalah emosi dan mental. Ini boleh terjadi kepada mereka yang menderita penyakit OCD (Obsessive Compulsive Disorder) dan kemurungan. Masa dan perhatian yang diberikan individu kepada aktiviti mewarna mampu mengalihkan fokus mereka daripada tabiat negatif dan membolehkan mereka fokus kepada aktiviti yang lebih produktif dan selamat.
3. Menenangkan otak
Aktiviti mewarna boleh membantu individu yang mengalami tekanan akibat trauma (PTSD atau post traumatic stress disorder), kegelisahan dan stres kerana ia bertindak menenangkan mereka. Bahagian otak ini mengawal tindak balas ‘lawan atau lari’ (fight or flight) yang membuatkan mereka berada dalam keadaan berjaga-jaga, bimbang dan takut apabila ia aktif. Bagi mengurangkan tindak balas tersebut dan merehatkan otak, aktiviti yang menenangkan seperti mewarna sangat membantu.
Ads
4. Mewarna Mengimbau Kenangan Lalu
Aktiviti mewarna mampu mengembalikan diri korang pada kenangan zaman kanak-kanak dahulu, di mana waktu itu anda bebas melakukan apa sahaja, tiada beban dan tanggungjawab. Di dalam fikiran hanya ingin bermain dan bergembira sahaja.
5. Manfaat intelektual
Mewarna melibatkan penggunaan bahagian otak yang meningkatkan daya tumpuan dan perhatian. Ia juga membantu meningkatkan daya penyelesaian masalah dan kemahiran organisasi. Mewarna corak yang kompleks boleh mengaktifkan semua fungsi tersebut.
Ads
6. Melatih semula daya kemahiran
Kedua-dua hemisfera otak kiri dan kanan digunakan ketika aktiviti mewarna. Sewaktu kita memilih skim warna dan menimbang kesesuaiannya serta menggerakkan pensel warna pada kertas, ini sebenarnya mengembangkan keupayaan menyelesaikan masalah dan kemahiran motor halus (pergerakan jari dan sebagainya). Menariknya, aktiviti mewarna sangat berguna untuk terapi kerja. Semakin susah dan sukar corak yang diwarnakan, semakin banyak fungsi otak dan daya kemahiran yang dilatih.
7. Alih perhatian daripada kesakitan
Aktiviti mewarna boleh meningkatkan kesedaran kita dengan menggantikan pemikiran negatif kepada positif dan menyenangkan. Jika anda sedang menjalani rawatan tertentu dalam tempoh yang panjang, memberikan tumpuan kepada aktiviti ini dapat mengurangkan perasaan cemas dan tidak selesa. Anda dapat mengalihkan tumpuan anda daripada kesakitan fizikal atau emosi dengan melakukan sesuatu daripada hanya melihat.
Jelaslah di sini aktiviti mewarna tidak terhad kepada kanak-kanak sahaja malah orang dewasa juga boleh melakukan aktiviti ini bagi melepaskan segala tenaga negatif. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
So jom la kite mewarna kembali untuk kesihatan tubuh badan kita.
Selepas nama terpalit dengan kontroversi, pelakon berbakat besar, Syafi Tee kini lebih gemar bersendirian sebagai salah satu proses fokus kepada diri sendiri.
Menurut pelakon berusia 31 tahun itu, dia lebih selesa melakukan pelbagai perkara tanpa mengharapkan orang lain, selain banyak menghabiskan masa bersama keluarga.
“Apa yang berlaku kepada saya sebelum ini rasanya ia membuatkan saya lebih kuat dan Alhamdulillah rezeki semakin bertambah.
“Saya tak ada keluar dengan orang atau melepak. Kalau pergi karaoke, tonton wayang pun seorang. Saya buat semuanya sendirian,” katanya kepada Remaja.
Pada masa sama, anak kepada pendakwah bebas, Ridhuan Tee itu turut berkongsi dirinya telah melalui fasa menyendiri itu selama enam bulan dan sejak itu, dia mula melihat perubahan dalam dirinya.
“Saya bukan tak nak berkawan tapi saya percaya, bila saya buat benda sendiri kita akan lebih fokus pada diri kita sendiri.
“Kalau kita banyak fokus dekat benda luar, kita tak ada masa nak fokus kepada diri kita sendiri. Kita banyak bagi tenaga kita dekat luar. Dari situ nanti akan nampak perubahan pada diri kita,” ujarnya lagi.
Untuk info, Syafi tampil dalam naskhah terbaharu Terlanjur Cinta yang ditayangkan di Viu bermula 14 Mac sempena bulan Ramadan.
Antara barisan pelakon yang turut membintangi drama terbitan Eirma Fatima itu adalah Syafiq Kyle, Puteri Balqis, Syafie Naswip, Umie Aida, Khir Rahma dan ramai lagi.
SUMBER FOTO: Instagram Syafi Tee
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi umat Islam di seluruh dunia, bulan suci Ramadan adalah masa yang dinanti-nantikan untuk bermuhasabah dan belajar bersyukur akan setiap rezeki. Tambahan lagi, amalan berpuasa turut memberi 1001 manfaat terhadap kesihatan tubuh badan kita.
Namun ada kalanya kita terleka dengan godaan nafsu terutama ketika waktu berbuka. Impian untuk bergaya dan memuat naik gambar OOTD (Outfit of the Day) di pagi raya berkemungkinan akan hancur sekiranya tidak menjaga pengambilan makanan sebaiknya.
Jika anda ingin menggunakan peluang berpuasa sekaligus untuk menurunkan beberapa kilo berat badan, berikut adalah beberapa petua yang boleh dilakukan:
Jangan tinggal sahur
Pada bulan Ramadhan, sahur menggantikan sarapan pagi kita. Maka, melewatkan sahur adalah pilihan yang berisiko kerana anda akan cenderung lapar sepanjang hari. Hal ini akan mengakibatkan anda untuk makan secara berlebihan semasa berbuka puasa. Bukan sahaja tidak bagus untuk kesihatan, anda juga akan cenderung untuk bermalas-malasan ke masjid untuk terawih. Haa kan dah terlepas pahala solat terawih.
Kurangkan pengambilan gula
Satu lagi sebab utama kenaikan berat badan semasa Ramadan ialah pengambilan gula sepanjang bulan. Lihat sahajalah lambakan makanan dan minuman yang kaya dengan kandungan gula di bazar Ramadan. Dari aneka kuih muih, kek sehinggalah ke barisan air balang yang cukup menggiurkan.
Jika anda berhasrat untuk menurunkan berat badan semasa Ramadan, say bye-bye kepada gula yang berlebihan. Sebaiknya gantikan ia dengan makan makanan yang kaya dengan gula semulajadi seperti buah-buahan dan madu.
Elakkan makanan bergoreng
Tahukah anda bahawa faktor utama yang menjadi punca semua kenaikan berat badan semasa Ramadan adalah makanan berminyak? Perlulah kita ketahui bahawa makanan bergoreng mengandungi kalori yang tinggi dan nutrien yang rendah.
Juadah kegemaran seperti pisang goreng, popiah goreng dan ayam goreng berempah sebaiknya haruslah dielakkan. Sebaiknya cari pilihan yang lebih sihat untuk juadah berbuka berbanding makanan bergoreng yang sudah lazim dinikmati.
Adalah penting untuk anda fahami bahawa gaya hidup sihat bukan sahaja akan memberikan anda peluang untuk bergaya di pagi raya, namun ianya langkah terbaik dalam menjalani kehidupan bebas penyakit.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Taufulou, FoodPanda, Muslimahclothing, Rujukan Niaga, Pexels, Tribun Wiki
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, bersempena ulang tahun ke-21 kedai runcit barangan rumah mampu milik terkemuka di Malaysia membuka cawangan baru yang ke-300 di NU Sentral, Kuala Lumpur.
Cawangan terbaru yang terletak di pusat membeli belah di tengah bandar itu mengetengahkan konsep Eco-Plus yang memberi pengalaman membeli belah terbaik sambil mengekalkan komitmen terhadap menyediakan barangan mampu milik.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Eco-Shop Malaysia, Jessica Ng berkata, ini merupakan cawangan ketiga Eco-Plus selepas konsep berkenaan mendapat sambutan menggalakkan di lokasi lain.
“Konsep ini direka untuk menawarkan masyarakat di kawasan bandar membuat pembelian barangan rumah, peralatan dapur, produk penjagaan diri dan makanan pada harga tetap bermula dari RM2.40, RM6 dan RM10.”
“Pembukaan cawangan ke-300 ini memberi makna yang amat bermakna kepada kami. Ia membuktikan kepercayaan dan sokongan rakyat Malaysia yang telah menerima Eco-Shop sebagai sumber keperluan mampu milik mereka dalam ekonomi yang mencabar ini,” katanya semasa majlis perasmian Eco-Plus NU Sentral pada 10 Oktober, semalam.
Ujarnya lagi, peningkatan kos sara hidup telah menjejaskan kuasa pembelian keluarga dan individu, namun syarikat Eco-Shop kekal komited untuk meringankan beban dengan menawarkan produk yang boleh didapati pada harga mampu milik untuk setiap lapisan masyarakat.
Dalam pada itu, fakta menarik mengenai Eco-Plus cawangan NU Sentral, Jessica berkata, kedai itu memiliki keluasan lebih 1,300 meter persegi dilengkapi dengan kaunter pembayaran sendiri.
“Dengan kaedah pembayaran sedemikian, ia amat sesuai untuk penduduk bandar yang mengutamakan proses pembelian pantas dan cekap,” tambahnya.
Selain itu, Eco-Plus turut menawarkan lebih 10,000 produk dan pembeli boleh mendapatkan segala yang diperlukan seperti makanan, kelengkapan cucian, alat tulis, penjagaan haiwan peliharaan dan sebagainya hanya di cawangan berkenaan.
Sehubungan itu, mengulas mengenai perancangan syarikat pada masa hadapan, Jessica memaklumkan bahawa pihaknya memiliki perancangan untuk mengembangkan jenama kepada lebih banyak komuniti di seluruh negara.
Akhir sekali, pelanggan juga boleh memuat turun aplikasi Eco-Shop untuk menikmati ganjaran dan faedah yang bakal meningkatkan pengalaman membeli-belah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!