Surabaya mungkin bukanlah satu destinasi percutian yang popular kalau nak dibandingkan dengan Bandung atau pun Yogyakarta. Namun sebenarnya, masih ramai yang tidak tahu bahawa kota kedua terbesar di Indonesia ini mempunyai banyak tarikan tersembunyi untuk para pelancong.
Gunung Bromo antara yang sering mendapat tumpuan utama di daerah Jawa Timur ini. Memiliki ketinggian 2,329 meter di atas permukaan laut, keindahan gunung berapi ini memang tidak boleh disangkal.
Jika korang memang bermalam di perkampungan Bromo, perjalanan seawal jam 3 pagi diteruskan bagi memastikan korang tidak ketinggalan untuk menyaksikan kejadian matahari terbit.
Suasana di kaki bukit dipenuhi dengan beratus-ratus jeep yang membawa pelancong ke lokasi tersebut. Memang agak sesak, namun pengalaman ini pasti memberikan detik manis sekiranya korang pulang ke tanah air nanti. Jangan lupa pakai baju tebal tau, sebab dekat sana sejuk gila!
Selepas selesai menyaksikan keindahan matahari terbit, barulah kumpulan kami di bawa ke Gunung Bromo. Ha, time ni memang mencabar sikit. Di sana, korang mempunyai alternatif untuk menunggang kuda sehingga ke kaki Gunung Bromo.
Nak jalan kaki mengah sikit la sebab bila dah sampai ke kaki bukit tu korang perlu menaiki anak tangga pula untuk sampai ke puncak gunung berapi. Jadi, naik saja la perkhidmatan kuda yang disediakan dengan membayar upah sekitar 150 ribu rupiah.
Apa yang menariknya, sepanjang perjalanan ke Gunung Bromo tu ada juga tempat-tempat menarik yang boleh korang singgah untuk mengambil gambar kenangan. Antaranya adalah Bukit Teletubbies, padang rumput (savanah) dan Pasir Berbisik.
Ads
Semua lokasi-lokasi ni pemandangannya sumpah cantik. Dengan keadaan sekeliling yang sejuk, pendek kata percutian korang memang sangat menenangkan la. Hiks!
Selain itu, terdapat banyak lagi tempat pelancongan yang korang boleh lawati sepanjang kunjungan ke Surabaya. Antaranya adalah seperti:
Air terjun Madakaripura
Air terjun setinggi 200 meter ini merupakan yang tertinggi di Pulau Jawa dan kedua tertinggi di Indonesia. Lokasi air terjun ini agak sedikit ceruk dan oleh sebab itu korang perlu berjalan kaki sekitar 20 minit sebelum sampai ke kawasan air terjun.
Ads
Kepenatan berjalan tu hilang sebaik saja korang mendengar bunyi deruan air terjun dan melihat keindahan tempat tersebut.
Kalau nak ke sini, pastikan bawa baju hujan sebab korang akan melalui kawasan berair sepanjang air terjun Madakaripura. Bawa juga selipar siap-siap..
Taman Langit, Bukit Paragliding, Umah Kayu
Terletak pada lokasi yang sama, ketiga-tiga tempat ini mempunyai tarikan yang tersendiri. Taman Langit dan Umah Kayu adalah lokasi untuk merakamkan gambar kenangan kerana terdapat pelbagai konsep yang direka khas untuk pengunjung mengambil gambar.
Manakala, Bukit Paragliding pula sesuai untuk mereka yang suka kan aktiviti lasak. Harga untuk membuat terjunan paralayang ini jauh lebih murah jika mahu dibandingkan di negara kita. Harganya hanya sekitar 450 ribu rupiah iaitu lebih kurang RM127.
Ads
Petik Apel
Tidak perlu ke Australia jika mahu pengalaman memetik buah epal. Tapi, epal di Surabaya ini tidaklah gebu dan besar seperti epal Aussie. Bentuknya jauh kecil tapi rasanya boleh tahan juga. Manis-manis belaka.
Disini, korang boleh makan epal seberapa banyak yang mampu tanpa perlu dicaj sebab mereka hanya mengenakan caj pada harga tiket masuk. Tapi sekiranya korang ingin membawa pulang epal yang dipetik, ia akan dikira mengikut kilogram yang diambil.
Kampung Jodipan
Salah satu tarikan lain di Surabaya ialah Kampung Jodipan yang terletak di Malang. Penduduk disini mencari wang pendapatan dengan mengecat perkampungan mereka dan menjual makanan/jajan kepada pelancong yang datang. Perkampungan warna warni ini sangat cantik untuk dijadikan sebagai port ambil gambar.
Bukit Jaddih, Madura
Perjalanan ke Madura dari pekan Surabaya hanya mengambil masa kira-kira 30 minit. Alang-alang dah ada di Surabaya kan, singgah sekejap la ke bukit batu kapur. Sewaktu kami ke sana, nampaknya seperti mereka masih menambahbaik tempat ini. Jika tidak, mungkin kami berpeluang untuk melihat danau biru di Bukit Jaddih ini.
Nah, rugi kalau korang dah sampai Surabaya tapi hanya ke Gunung Bromo saja. Banyak lagi tempat yang tak sempat kami explore. Antaranya Kawah Ijen. InsyaAllah jika diberi kesempatan lagi, sudah pasti Surabaya menjadi tempat untuk dikunjungi lagi. Dan percaya atau tidak, kos selama 5 hari 4 malam ini hanyalah sekitar RM640, termasuk penginapan dan kos jeep ke Gunung Bromo.
Serious gaiss, Surabaya wajib masuk dalam travel checklist korang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Happiness is when what you think, what you say, and what you do are in harmony.”- Mahatma Gandhi
Ini merupakan salah satu kata-kata Mahatma Gandhi yang sangat menginspirasi dan berharga dari seorang pejuang paling lagenda. Gandhi saseorang yang berjaya membebaskan India dari cengkaman Inggeris. Malah Mohandas Karamchand Gandhi yang lahir pada 2 Oktober 1869 itu bukan hanya popular di India bahkan mengegar dunia juga.
Sikapnya yang menentang segala bentuk penindasan dan kekerasan telah membuatnya jadi inspirasi dunia.
Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan penemuan sebuah cermin mata yang dikatakan milik Mahadma Gandhi,
Masalahnya harga cermin mata itu yang tidak boleh diterima oleh akal.
Percaya tak yang cermin mata cermin mata disaluti emas milik Mahatma Gandhi berjaya dijual dengan harga 260,000 pound lebih kurang RM1.4 juta, sekali gus mengejutkan pemiliknya yang tidak menyangka ia mempunyai nilai begitu tinggi.
Individu yang memiliki cermin mata itu meninggalkannya dalam sampul surat yang diserahkan kepada pelelong tempatan di Bristol, England, tiga minggu lalu.
“Kami menemui sampul itu dalam peti surat. Mengikut maklumat yang diperoleh, individu itu mendapat cermin mata berkenaan daripada bapa saudaranya,” tulis agensi East Bristol Auctions di Instagram.
Bapa saudara individu berkenaan bekerja dengan syarikat petroleum Britain di Afrika Selatan, di mana Gandhi pernah menghabiskan masa bertahun-tahun sebelum kembali ke India untuk melancarkan gerakan memperjuangkan kebebasan.
Gandhi diketahui sering memberikan barangan yang tidak digunakannya kepada mereka yang memerlukan atau yang membantunya.
“Individu itu beritahu saya, jika tiada pembida, buang sahaja. Malah ketika dicadangkan harga asal 15,000 pound, dia sangat terkejut. Kami tumpang gembira kerana dia berjaya menjual cermin mata itu dengan harga yang sangat tinggi. Dia seorang lelaki yang sudah berusia dan mungkin melalui saat-saat sukar dalam tempoh beberapa bulan ini. Harapnya wang hasil jualan dapat membantunya,” kata jurucakap, Andy Stowe, kepada The Hindustan Times.
Identiti pembeli tidak didedahkan, namun cermin mata itu kini dikhabarkan menjadi milik seorang lelaki dari Amerika Syarikat.
Wah bertuahnya siapa yang dapat membeli cermin mata Mahatma Gandhi. Penulis pun kalau kaya raya nak beli juga…hehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan, bakal menawan kembali hati peminat di Malaysia menerusi persembahan eksklusif Afgan Retrospektif Showcase yang dijadualkan berlangsung pada 5 Disember ini di Zepp Kuala Lumpur. Persembahan istimewa ini bukan sekadar sebuah konsert, tetapi juga simbol sambutan rasmi kepada pelancaran album terbarunya berjudul Retrospektif.
Makna Di Sebalik Album Retrospektif
Menurut Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza, pemilihan judul album Retrospektif bukan sekadar untuk menarik perhatian, sebaliknya membawa makna yang mendalam dalam perjalanan seninya.
“Retrospektif bagi saya ialah peluang untuk menoleh ke masa lalu, belajar daripada pengalaman dan menjadikannya panduan untuk terus berkembang”
Tambahnya lagi, “Album ini lahir daripada refleksi saya terhadap beberapa bulan terakhir perjalanan hidup saya dan ia benar-benar mewakili idea itu,” katanya.
Kredit foto: Afgan
Kembali Ke Akar Muzik Pop Indonesia
Menariknya, Retrospektif juga menandakan kembalinya Afgan ke akar muzik pop Indonesia selepas tujuh tahun tanpa album penuh berbahasa Indonesia. Keputusan ini disifatkan sebagai langkah berani dan penuh makna dalam kerjaya seninya.
Kuala Lumpur Pentas Istimewa
Pemilihan Kuala Lumpur sebagai kota pementasan Afgan Retrospektif Showcase bukanlah kebetulan. Afgan mengakui bahawa kota ini sudah seperti rumah kedua baginya.
“Zepp Kuala Lumpur sesuai dengan konsep pertunjukan kali ini kerana memberikan suasana yang lebih intim dan kasual, seiring dengan konsep album muzik yang lebih organik dan tulen,” ujarnya dengan penuh semangat.
Kredit foto: AfganKredit foto: AfganKredit foto: Afgan
Persembahan Penuh Emosi Buat Peminat
Sepanjang malam persembahan nanti, Afgan bukan sahaja akan mempersembahkan lagu-lagu dari album Retrospektif dalam susunan muzik asal, tetapi juga membawa lagu-lagu hits lamanya yang sentiasa dekat di hati peminat.
Menurut pihak penganjur, Renjana Idea, pertunjukan ini bukan sekadar konsert biasa tetapi sebuah perjalanan emosi yang bakal meninggalkan kesan mendalam buat penonton. Mereka meluahkan keterujaan membawa Afgan kembali ke panggung Malaysia selepas penampilan terakhirnya pada Disember tahun lalu.
Kredit foto: AfganKredit foto: Afgan
Bagi peminat setia Afgan, tiket untuk Afgan Retrospektif Showcase kini boleh didapatkan menerusi laman golive-asia.com dengan harga bermula dari RM358 hingga RM1398. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan eksklusif ini yang pasti menggamit nostalgia dan menyentuh hati.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Merungut hujung bulan makan biskut kering? Nah, jangan salahkan takdir sebab Ustaz Azhar Idrus pun dah cakap takdir tu boleh diubah dengan doa dan usaha serta yakin dengan pemberian Allah SWT. Tapi kalau malas, memang mereput la sampai ke tua.
Macam mana nak jana pendapatan walaupun mungkin ada di antara korang yang masih belajar? Meh sini REMAJA kongsi kan 5 cara mudah untuk tambahkan pendapatan.
1. Berniaga online
Untung kecil tapi kuantiti jualan banyak. Pos Laju buka sampai jam 8 malam dan hujung minggu juga, jadi bisnes ini tak akan menganggu masa korang untuk buat duit.
2. Pemandu Grab/Uber
Gunakan kereta yang ada untuk tambah pendapatan. Boleh buat perkhidmatan Grab/Uber pada hujung minggu.Seronok kan? Cuti-cuti pun duit masyukkk..
3. Cikgu (tutor) tuisyen
Biasanya, korang boleh dapat dalam RM50 sejam untuk mengajar. Bukan hanya menjual air liur, sebaliknya bertindak sebagai penyampai dan pembantu pelajar.
4. Jadi agen topup
Walaupun ada perbankan internet untuk tambah nilai, tapi agen topup masih lagi dicari. Ini kerana mereka tidak memerlukan line internet, kena login, request TAC dan tunggu. Kalau agen topup, mereka hanya perlu bayar, tunggu dan terus dapat. Lebih mudah.
5. Social Media Influencer
Tak terkejut kalau ada vlogger yang berkongsi pendapatan bulanan mereka sebanyak RM10K sebulan dengan hanya melalui medium media sosial. Dah ramai anak muda yang berjaya buktikan bahawa dengan hanya membuat video dapat juga untuk menjana pendapatan.
Luna Tasha, Sean Lje, Zack Merican dan Harvint Skin antara influencer tempatan yang mendapat tumpuan panel Generation YouTube, di mana mereka mendekati peminat menerusi laman sosial tersebut.
Pada mulanya ramai yang hanya sekadar buat suka-suka tetapi feedback yang diterima sangat luar biasa dan boleh juga memberikan keuntungan peribadi.
So, apa lagi guys. Kalau memang korang berbakat, jangan malu untuk mencuba dan buat saja ikut minat masing-masing. Siapa tahu kalau ada rezeki kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!