Setelah mengambil nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan tarikh pembukaan sekolah untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam dan peperiksaan antarabangsa adalah pada 24 Jun 2020 (Rabu) kelak.
Jom lihat 8 info penting yang telah disampaikan sempena pembukaan semula sekolah pada bulan ini.
01
Pembukaan semula sekolah akan dilakukan secara berperingkat. Keutamaan diberikan kepada 398,446 orang pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6.
Jumlah ini terdiri daripada 347,177 calon Sijil Pendidikan Malaysia (SPM), 2,978 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan 45,596 calon Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM).
Pelajar yang akan menjalani peperiksaan antarabangsa seperti A-Level juga akan diberikan keutamaan.
Ads
02
Hanya pelajar yang betul-betul sihat saja yang akan dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah. Jika ada pelajar yang bergejala sakit tekak, sesak nafas, batuk dan demam, pelajar dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan yang sewajarnya.
03
Apabila pelajar sampai ke pintu masuk sekolah, guru akan bertugas untuk memeriksa suhu di pintu masuk sekolah. Mana-mana individu yang ada urusan di dalam kawasan sekolah juga akan diperiksa suhu badan.
Suhu badan yang melebihi 37.5 tidak dibenarkan masuk.
Ads
04
Pelajar perlu melalui laluan pergerakan yang ditetapkan untuk ke kelas masing-masing. Setiap pelajar perlu menjaga kebersihan diri sendiri di dalam dan di luar kawasan sekolah.
05
Meja akan disusun dengan jarak 1 meter di antara pelajar. Kapasiti bagi setiap kelas tidak akan melebih 20 orang pelajar. Bagi pihak sekolah yang melakukan kelas di dalam dewan sekolah, tentunya kapasiti pelajar akan lebih tinggi.
06
Waktu rehat adalah secara berperingkat di kantin. Makanan dan minuman dibungkus terlebih dahulu dan pelajar perlu beratur mengikut tanda penjarakan makanan semasa mengambil di kantin. Makan dan minum pula hanyalah di dalam kelas masing-masing di bawah penjagaan guru.
Ads
07
Aktiviti bersukan di luar kelas tidak akan dilaksanakan. Tiada perhimpunan juga akan dibenarkan di sekolah.
08
Bagi pelajar di sekolah berasrama penuh, hanya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam (SPM, STAM dan STPM) saja yang akan dibenarkan pulang ke hostel dan sekolah. Katil pelajar di bangunan hostel akan dijarakkan 1 meter. Jumlah pelajar di dalam bilik dan dorm akan mengikut keluasan ruang.
Penggiliran waktu makan di dewan juga akan mengikut pentadbiran sekolah.
Bintang K-Pop terkenal, BTS sekali lagi mencipta kejutan apabila tiga ahlinya iaitu V, Jimin dan Jungkook tersenarai dalam kalangan 100 pemegang saham teratas di Korea Selatan yang berusia bawah 30 tahun. Pencapaian ini bukan sahaja mengukuhkan pengaruh mereka dalam industri hiburan, malah ia juga membuktikan kedudukan kukuh mereka dalam landskap korporat negara tersebut.
Menerusi laporan analisis yang dikeluarkan oleh penjejak data korporat, CEO Score pada 24 Disember lalu, senarai berprestij itu didedahkan dan menunjukkan nilai gabungan saham 100 pemegang saham muda teratas Korea Selatan meningkat hampir 70 trilion Korea Won berbanding hujung tahun lalu, dengan jumlah keseluruhan mencecah 177.2 trilion Korea Won setakat 19 Disember.
Dalam kelompok elit tersebut, V (Kim Taehyung), Jimin (Park Jimin) dan Jungkook (Jeon Jungkook) muncul sebagai antara individu paling menonjol apabila masing-masing dilaporkan memiliki pegangan saham bernilai sekitar 21.4 bilion Korea Won. Nilai ini meletakkan mereka dengan selesa dalam kategori pemegang saham terkaya bagi lingkungan umur bawah 30 tahun.
Difahamkan, pegangan saham luar biasa itu berpunca daripada langkah strategik yang dibuat pada tahun 2020, apabila Bang Si-hyuk iaitu pengasas dan pemegang saham terbesar syarikat hiburan gergasi HYBE, menghadiahkan sebanyak 478,695 saham biasa kepada setiap ahli BTS. Langkah tersebut dilihat sebagai simbol penghargaan terhadap sumbangan besar kumpulan itu kepada kejayaan syarikat.
Lebih menarik lagi, V, Jimin dan Jungkook dilaporkan mengekalkan kesemua saham yang diterima sejak empat tahun lalu. Keputusan itu sekaligus mencerminkan keyakinan mereka terhadap pertumbuhan jangka panjang HYBE serta peranan berterusan BTS dalam mengukuhkan jenama global syarikat tersebut.
Sementara itu, ahli BTS lain seperti J-Hope, RM dan Jin turut dilaporkan memiliki pegangan saham bernilai tinggi, walaupun terdapat pelarasan dalam jumlah saham masing-masing. Difahamkan, aset saham yang dimiliki oleh ahli-ahli ini masih melebihi nilai 10 bilion Korea Won, sekaligus mengekalkan status mereka sebagai antara selebriti paling berpengaruh dari sudut kewangan.
Secara keseluruhan, senarai berkenaan turut memperlihatkan hierarki kekayaan korporat Korea Selatan, apabila Lee Jae-yong, pengerusi Samsung Electronics, menduduki tempat teratas sebagai pemegang saham paling bernilai. Manakala, Bang Si-hyuk pula dilaporkan berada di kedudukan ke-10 dalam ranking keseluruhan.
Pencapaian V, Jimin dan Jungkook ini sekali lagi membuktikan bahawa idola K-pop masa kini bukan sekadar ikon hiburan, malah berupaya muncul sebagai taikun muda yang berpengaruh, selari dengan perubahan landskap industri hiburan dan ekonomi global.
Dalam perkembangan terkini, BTS kini sedang giat membuat persiapan untuk kemunculan semula sebagai kumpulan lengkap yang dijadualkan pada musim bunga tahun hadapan, sekaligus meningkatkan keterujaan dan penantian hangat dari peminat di seluruh dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Trend sesebuah lagu menjadi popular disebabkan aplikasi TikTok semakin menjadi-jadi.
TikTok menjadi platform baru untuk ramai penyanyi muda dikenali di serata dunia.
Salah seorang daripada mereka ialah penyanyi berbakat dari New Zealand, BENEE (disebut sebagai Benny). Gadis ini bertukar tular pada tahun 2020 dek kerana lagu Supalonely nyanyiannya bersama Gus Dapperton.
Siapa sangka, segala-galanya bermula apabila dia memuat naik video cover di Soundcloud. “Saya cuba untuk mengetengahkan bakat saya secara online dengan bermain gitar dan ia menemukan saya dengan penerbit saya sekarang.
“Apabila saya melihat kembali, I realized how much I have grown as an artist. Saya juga kini adalah seorang penulis lagu yang lebih baik. Itu semua berlaku menerusi trial & error dan eksperimen terhadap muzik yang bersesuaian dengan saya.
“It is crazy to see how much I have changed in the last few years,” kata remaja berusia 20 tahun ini.
Dengan pelancaran album pertamanya berjudul ‘Hey U X’ pada 13 November lalu, REMAJA berpeluang menemu ramah BENEE secara eksklusif dalam sesi virtual yang dibawakan oleh Universal Music Malaysia.
Banyak yang kami perkatakan termasuklah siapa ahli Blackpink yang di-follow olehnya di Instagram!
Siapakah role model kamu dalam bidang muzik?
BENEE: Ouuhh. Mungkin seseorang seperti Grace Jones, Bjork, Radiohead, James Blake.
Mereka merupakan artis yang telah sedikit sebanyak mempengaruhi karya saya. Apapun, karya yang saya keluarkan masih original dan menggambarkan siapakah diri saya sebagai seorang artis.
Adakah kamu menggemari mana-mana artis Asia?
BENEE:Well, baru-baru ini saya telah mendengar lagu-lagu Blackpink.
Apabila semakin ramai pendengar di New Zealand semakin obses dengan Blackpink, saya mula tertanya-tanya ‘siapakah mereka ini’. Saya google dan mendapati, wow mereka adalah popstar. They are just insane.
Saya turut follow salah seorang daripada ahlinya di Instagram. (REMAJA mendapati ahli yang dimaksudkan ialah Lisa!). Saya juga mula mendengar lagu-lagu daripada Dean dan Joji.
Kamu sering menukar warna rambut terutamanya dalam muzik video. Jadi apakah warna rambut kamu yang seterusnya?
BENEE: (Ketawa) Rambut saya menjadi teruk keranableach terlalu kerap. Mungkin selepas ini saya akan memakai rambut palsu saja. Sekurang-kurangnya rambut saya tidak akan rosak.
Hhm, setakat ini saya belum lagi mencuba warna rambut jingga atau red head. Maybe that will be next.
Baru-baru ini, kamu telah menjayakan sebuah konsert secara virtual dari New Zealand selepas dunia dilanda pandemik. Apakah perancangan kamu untuk tahun 2021?
BENEE: Di New Zealand sekarang, kami masih dibenarkan untuk bermain secara live dengan penonton. Jadi untuk tahun 2021, saya ingin melakukan persembahan di beberapa festival muzik di sekitar New Zealand dan saya ingin sekali menjayakan satu lagi konsert jelajah di New Zealand.
Pada masa yang sama, saya gembira untuk berkongsi momen di konsert dengan penonton seluruh dunia secara virtual kerana kita tidak tahu sehingga bila pandemik ini akan berterusan.
Lagu kamu bertukar viral disebabkan trend TikTok. Adakah kamu selesa apabila dilabel ‘penyanyi TikTok’?
BENEE: Yeah, saya rasa saya perlu berterima kasih kepada TikTok. Jika itu adalah cara pendengar di Malaysia mengenali saya, that is fair enough.
Saya sendiri mempunyai akaun TikTok, TAPI saya tidak pernah melakukan cover dengan lagu sendiri (ketawa) Oh my god, I cannot dance to save myself!
Tahniah kerana baru saja melancarkan album baru berjudul ‘Hey U X’
BENEE: Thank you!
Saya masih terkejut apabila nama-nama besar seperti Grimes dan Lily Allen ingin berkolaborasi bersama saya untuk album ini.
Disebabkan lockdown ini, kami hanya boleh bekerjasama dengan menghantar demo, fail dan sebagainya secara online saja.
Kamu juga terkenal dengan idea di luar kotak untuk beberapa video muzik terutamanya yang terbaru, Snail. Ramai menyukainya kerana visual video muzik kamu membawa mereka ke ‘alam’ lain untuk seketika waktu.
Bagaimanakah idea berani seperti ini muncul?
BENEE: Seperti Snail, saya merasakan lagu itu sendiri is kind of all over the place dan saya ingin membawa mesej lagu itu ke dalam video muzik ini. Seperti cerita fantasi.
Semasa saya berbincang dengan team, saya jelaskan saya ingin menjadi elf, menunggang basikal, mempunyai cendawan gergasi dan petir.
Senang cerita, idea-idea ini muncul dari apa yang tersirat dalam kepala saya. I am definitely about trying out new things, experimenting.. That is what has been working out so far.
Akhir sekali, apakah nasihat kamu kepada remaja di Malaysia yang berbakat dan ingin berkecimpung dalam bidang muzik tetapi gentar untuk menjadikannya sebagai satu karier?
BENEE: Bagi saya, selagi kamu berani untuk melancarkan lagu-lagu karya kamu untuk khalayak mendengar, itu adalah langkah pertama yang paling penting.
Di YouTube dan Soundcloud umpamanya, ramai yang sedang memerhatikan bakat baru yang boleh dijadikan sebagai artis rakaman, seperti yang terjadi kepada saya. As long as people can find you, you will then realize your potential. Just release it once you are happy with it.
Selagi kamu gembira dengan karya kamu, pedulikan saja pendapat orang lain.
*
Terima kasih kepada Universal Music Malaysia di atas peluang temuramah ini.
Korang boleh mendengar album Hey U X oleh BENEE di semua platform penstriman seperti Spotify & Apple Music.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak dua menjak ini nama Sophia Albarakbah menjadi sebutan ramai terutamanya rakyat Malaysia tak kira kaum perempuan mahupun lelaki.
Manakan tidak dek palitan kontroversi yang mendakwa gadis cantik ini cuba mengganggu keharmonian rumahtangga pelakon Aliff Aziz bersama isterinya, Bella Astilah.
Tapi penulis bukan nak bergossip tentang hal rumah tangga mereka ini. Tapi lebih tertarik dengan rupa paras yang jelita seperti anak patung Sophia Albarakbah. Mungkin ramai tertanya-tanya siapakah figura pemilik nama yang semakin meningkat naik ini.
Sophia AlBarakbah Via Instagram
Ini kami kongsikan serba sedikit tentang biodata Sophia AlBarakbah yang juga merupakan pelakon dan juga model.
Memiliki paras rupa jelita, Sophia AlBarakbah rupanya memiliki darah kacukan Melayu, Cina dan Arab.
Manalah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, ibu Sophia pernah memenangi tempat pertama dalam satu pertandingan kecantikan sekitar tahun 1980.
Menggunakan nama komersial, Sophia Koshka.
Berumur 30 tahun dan dilahirkan di Kuala Lumpur.
Mendapat pendidikan dalam bidang Bioteknologi di Technology Park Malaysia dan bidang Dietetik di International Medical University.
Sophia AlBarakbah Foto Via Instagram
Kerjaya
Bergiat aktif sebagai pelakon sejak tahun 2019. Memulakan langkah dalam dunia seni dengan menghiasi pelbagai iklan komersial ketika masih menyambung pengajian. Mula menempa nama selepas membintangi drama Tercipta Satu Ikatan siaran slot Megadrama, Astro Ria.
Antara lain, beliau juga muncul dalam drama bersiri Hadiah Dari Tuhan tayangan TV3. Pembabitan di layar perak menerusi filem Mimaland, Pasal Kau! dan 18.
Akaun Instagramnya atas nama @sophiekoshka sehingga ini mencatatkan lebih 261,000 pengikut.
Bermula Sebagai Model
Pada awalnya Sophia menjadi model pelbagai iklan komersial. Kemudian Sophia mula berlakon selepas berjaya terpilih dalam uijbakat dan sejak dari itu gadis ini terus aktif dalam dunia seni.
Filem pertama Sophia adalah Miimaland yang ditayangkan pada penghujung 2020 bergandingan bersama Fattah Amin. Kemudiannya filem Pasal Kau! ditayangkan di Netflix.
Selain berlakon filem, bakat Sophia mula mendapat perhatian pengarah drama tempatan. Makanya drama berjudul Tercipta Satu Ikatan menjadi karya pertama kemunculannya di televisyen.
Kemudian Hadiah Dari Tuhan dan Suamiku Lelaki Pendosa bergandingan dengan Aaron Aziz serta Air Mata Allisya lakonan bersama Keith Foo.
Terbaharu drama bakal ditayangkan tidak lama lagi berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang mana heronya adalah Aliff Aziz dan antara pencetus kontroversi yang melanda dirinya apabila dikatakan cuba mengganggu rumah tangga Aliff Aziz bersama isterinya, Bella Astilah.
Hmm…memang tak puas lihat wajah cantik sophia ni, sekali pandang macam wajah Dilraba Dilmurat pula kan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.