Shila, atau lebih dikenali sebagai Nurshahila Amir Hamzah, menyatakan bahawa mereka tidak bercadang untuk menyembunyikan kehamilan ini, tetapi ingin memastikan bahawa proses kehamilan berjalan dengan lancar sebelum berkongsi berita baik.
“Ada sebab kenapa kami baru beritahu semua orang untuk memastikan tempoh kehamilan ini berjalan lancar.
“Saya nak pastikan proses awal kehamilan berjalan lancar terlebih dulu. Terima kasih kepada yang mendoakan kami sebelum ini.
“Doakan agar kandungan ini selamat dan dipermudahkan segala-galanya,” jelasnya.
Walau bagaimanapun, penyanyi Patah Seribu tersebut tidak memberikan maklumat yang terlalu terperinci mengenai kehamilannya, termasuk usia kandungan pada masa ini.
Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, juga berkongsi pengalaman hidup mereka sepanjang tahun lalu melalui hantaran yang sama.
Mereka mengungkapkan bahawa tahun 2023 penuh dengan peristiwa manis dan sedih yang banyak memberi pengajaran kepada mereka berdua, termasuk keputusan untuk berkahwin.
Ads
“2023 meninggalkan peristiwa manis dan sedih yang banyak mengajar kami berdua. Tahun ini juga kami mengambil keputusan berkahwin.
“Tahun lepas juga arwah adik pergi sebelum majlis pertunangan kami, diikuti pula pemergian arwah mak beberapa hari sebelum kami bernikah.
“Selesai cerita kami pada 2023 dan 2024 ini kami ingin membukanya dengan satu perkhabaran,” kata Ubai.
Video yang dimuat naik kira-kira tiga jam lalu telah mendapat lebih dari 400,000 tontonan, dengan pengikut memberikan doa dan ucapan tahniah kepada mereka.
Pada 5 Ogos sebelumnya, Shila dan Ubai sah bergelar suami isteri dalam majlis pernikahan di Boathouse Ampang, setelah sebelumnya melangsungkan majlis pertunangan pada 27 Mei.
Sebelum ini, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, tetapi perkahwinan tersebut tidak berpanjangan dan berakhir dengan perceraian pada Februari 2022.
Dari perkahwinan tersebut, Shila dikurniakan seorang anak lelaki bernama Seth Uwais, yang kini berusia 5 tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT ARTIKEL/GAMBAR: BH, Instagram Shila Amzah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, anak sulung kepada pelakon Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin sekali lagi meraih perhatian apabila mendapat pencapaian cemerlang dalam pelajaran sekaligus meraih Anugerah Pengetua.
Kejayaan yang menggembirakan tersebut dikongsi sendiri oleh Rita Rudaini (48) menerusi Instagram dan pelakon Mami Jarum itu turut meluahkan rasa bersyukur di atas pencapaian anaknya.
“Alhamdulillah. Rayyan dapat anugerah pengetua lagi hari ini”
“Terima kasih homeroom Rayyan, Mummy Ustazah Nor Faiza, wakilkan untuk Rayyan. Fly high Ryan,” coret Rita menerusi perkongsian gambar di Instagram miliknya.
Bak kata pepatah, sejuk perut ibu mengandung. Turut tercatat keputusan Purata Nilaian Gred (GPA) yang diraih Rayyan iaitu 3.842 menunjukkan dia merupakan seorang yang bijak dan sering mencatat rekod cemerlang bukan sahaja dalam lapangan sukan, malah memiliki pencapaian akademik yang mengagumkan.
Terdahulu, Rayyan yang menuntut mengikuti aliran Ulul Albab di Maktab Rendah Sains MARA Sungai Besar meraih GPA 3.99 dan turut disenaraikan sebagai 10 pelajar terbaik bagi Tingkatan Dua pada tahun lalu.
Dalam pada itu, warga internet turut menitipkan ucapan tahniah buat Rayyan dan Rita serta menjadikan kejayaan diraih remaja itu sebagai inspirasi yang boleh dijadikan contoh untuk rakan sebayanya.
Selain itu, Rayyan juga difahamkan telah meleburkan beberapa rekod balapan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam 2024 baru-baru ini. Selain mensasarkan keputusan CGPA 4.0, Rayyan juga berdoa agar berjaya bergelar Huffaz Al-Quran dalam tempoh dua tahun lagi semasa di Tingkatan Lima.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes depresi dan tekanan bukan sesuatu yang harus dipandang ringan. Stres atau tekanan di kalangan pelajar termasuk pelajar IPT adalah realiti yang perlu ditangani segera kerana ia melibatkan gangguan mental serta fizikal.
Untuk menagani masalah ini, sebuah universiti di Belanda iaitu Universiti Radboud didapati menyediakan sebuah kubur untuk pelajar-pelajarnya melepaskan tekanan dalam menghadapi peperiksaan.
Kaedah unik yang dijalankan universiti tersebut menjadi tular apabila seorang pelajar dari universiti tersebut telah memuat naik satu hantaran mengenainya di media sosial.
Kubur Khas Lepas Tekanan Pelajar
Kubur khas tersebut menjadi popular sehinggakan pelajar terpaksa diletakkan dalam senarai menunggu bagi mendapatkan giliran menggunakannya. Walaupun begitu, ramai yang sanggup menunggu demi merasai pengalaman unik tersebut.
Dilengkapi dengan selimut dan tikar untuk keselesaan, kubur yang dikenali sebagai purification grave ini diasaskan bagi tujuan menyedarkan pelajar agar menghargai nyawa dan kehidupan mereka di dunia ini yang pastinya akan berakhir dengan kematian.
Di sisi kubur, terdapatnya poster memaparkan tulisan bahasa Latin iaitu momento mori yang membawa maksud ‘ingatkan anda akan mati’ yang dirasakan membantu pelajar mengawal keresahan mereka mengenai masa hadapan.
Berkesan Tangani Stress
Tapi jangan korang tak percaya sebabnya rata-rata pelajar yang menggunakan ‘kubur’ tersebut mengakui kaedah ini berkesan dalam membersihkan serta menenangkan minda mereka mengenai kehidupan mendatang.
Bukan itu sahaja, universiti ini turut menawarkan khidmat pod tidur dan perkhidmatan kaunseling biasa selain daripada bilik khas untuk pelajar mereka menangis kerana percaya kesemua ini mampu membantu pelajar mereka menjadi manusia yang lebih baik.
Macam-macam la dorang ni, tapi kalau berkesan dan tidak berbahaya why not cuba kan? Tapi kita yang muslim ni macam tak sesuai pula cara ni. Lebih baik kita berdoa, yelah doa kan senjata paling ampuh buat orang mukmin. hiks!
Sumber: Vice
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang masih ingat masa waktu sekolah dulu, masuk saja bulan Ogos mesti diwajibkan menyanyi lagu-lagu patriotik ketika dalam perhimpunan. Ingat lagi kan?
Setiap pelajar diberikan lirik-lirik lagu patriotik yang akan dinyanyikan secara bergilir-gilir setiap hari. Kena pula nyanyi lagu best, pergh memang bersemangat la kita nak nyanyi. Siap kibarkan bendera Malaysia lagi.
Bila sampai akhir bulan, kertas lirik pun dah lunyai dan sebenarnya tak perlu tengok pun pelajar dah boleh hafal. Kalau teringat balik time tu mesti rindu kan.
Korang ingat tak antara lagu-lagu patriotik yang kita nyanyi dekat sekolah dulu? Jom recap sikit..
1. Tanggal 31 Ogos
2. Setia
3. Sejahtera Malaysia
4. Inilah Barisan Kita
5. Tanah Pusaka
6. Kampungku
7. Malaysia Oh Tanahairku
8. Keranamu Malaysia
9. Jalur Gemilang
10. Dirgahayu Tanah Airku
Kalau korang dak-dak 90’s mesti familiar dengan lagu-lagu ni kan? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...