Sejak kebelakangan ini, aktiviti mendaki gunung atau bukit telah menjadi kebiasaan dalam kalangan anak muda yang ingin ‘healing’ bersama rakan-rakan lain di hujung minggu.
Namun perlu diingatkan kepadas semua individu yang terlibat dengan aktiviti pendakian gunung untuk membuat persediaan rapi sebelum mendaki bagi mengelak daripada perkara tidak diingini.
Menerusi petikan temubual KOSMO bersama Pengerusi Persatuan Malim Gunung Perhutanan Cawangan Perak, Muzafar Mohamad baru-baru ini, antara perkara penting yang patut disediakan ialah penggunaan khidmat malim gunung bertauliah bagi mengelak risiko tersesat ketika aktiviti tersebut.
Katanya, terdapat lokasi-lokasi yang ditentukan oleh Jabatan Hutan Negeri, Taman Negeri dan Taman Negara yang mewajibkan penggunaan malim gunung yang telah melalui latihan meliputi aspek perundangan, keselamatan dan kemahiran dalam aktiviti mendaki.
“Malim juga bertindak sebagai pemberi pertolongan cemas dalam mana-mana insiden kemalangan dan mereka telah terlatih seperti apa yang berlaku di Gunung Tahan minggu lalu.
Ads
“Di samping malim memantau keselamatan peserta sepanjang aktiviti, mereka juga bertindak sebagai pemudah cara dengan mengatur jadual perjalanan, di mana harus berkhemah, berehat dan penerangan berkenaan lokasi,” katanya ketika dihubungi semalam.
Jelasnya, malim gunung juga akan memastikan penggunaan laluan mendaki tidak merosakkan alam seperti membuka laluan baru sewenang-wenangnya.
Selain itu, Muzafar berkata, setiap individu yang menjalankan aktiviti mendaki terutama yang berusia 30 tahun ke atas digalakkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan berkala.
Ads
“Kesemua penggiat, malim gunung dan pendaki sebaiknya mengikuti mana-mana latihan khidmat bantuan awal ‘first aid’ kerana dalam mana-mana situasi pendakian atau kembara, khidmat kecemasan terhampir adalah sekitar dua jam paling dekat malah berhari-hari bagi sesebuah gunung.
“Semua yang terlibat harus membawa kit pertolongan cemas masing-masing di samping ubat-ubatan yang diperlukan untuk diri sendiri kerana hanya kita yang benar-benar tahu kesesuaian ubat-ubat dan tahap kesihatan diri,” ujarnya.
Ads
Muzafar turut mengingatkan agar peserta aktiviti lasak seperti pendakian gunung perlu mengisi borang pengisytiharan kesihatan diri supaya malim gunung maklum mengenai situasi tersebut.
“Peserta juga digalak memakai jam pintar yang membolehkan mereka tahu kemampuan diri seperti tahap kardiovaskular semasa pendakian.
“Pendaki juga seharusnya lebih sayangkan nyawa berbanding impian gunung masing-masing dengan mematuhi arahan malim gunung, atau arahan pihak berkuasa. Sebab ada ketikanya suatu aktiviti terpaksa dibatalkan sebelum bermula sedangkan wang telah habis dibelanja untuk permit dan persiapan,” katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: KOSMO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kucing merupakan antara haiwan peliharaan kesayangan kebanyakan daripada masyarakat kita. Bukan saja perwatakannya yang comel, malah haiwan comel ini juga sangat manja dan mudah dijaga.
Foto Via Pexels
Di sebalik menjadi binatang kesayangan Rasulullah, rupanya menurut pakar, wanita pencinta kucing ini tidak patut dilepaskan dan sangat sesuai dijadikan isteri.
Ini bukti kajian dari pakar :
Penyayang
Kita sendiri maklum membela kucing memberi kesan banyak aspek kepada kehidupan manusia seperti kesihatan fizikal, kesihatan mental, cara hidup dan sebagainya. Jadi, jika sesuatu berlaku pada si kucing, pasti si dia sanggup lakukan apa sahaja untuk yang si comel yang tersayang.
Bertanggungjawab
Sejak dia nekad mahu membela kucing, maknanya dia sudah bersedia dengan tanggungjawab. Dia bawa si comel berjumpa dengan doktor apabila memerlukannya, membersihkan makanan, membuang najis dan pelbagai lagi secara teratur.
Dia menganggap diri sebagai ibu kucing, jadi tanggungjawab ini sudah sebati secara semulajadi.
Mudah Berkomunikasi
Sebagai contoh kalau kita lihat mereka selalu berborak dengan kucing, meluahkan perasaan pada kucing kesayangannya. Kerana selalu berkomunikasi dengan kucing dia tahu jika dia tidak selalu berkomunikasi dengan pasangannya pasti akan terjadi masalah dalam hubungannya.
Setia
Bayangkan saja walaupun sepenat mana dia bekerja pasti akan meluangkan masa bersama dengan kucingnya, setia menanti. Dan semestinya wanita tersebut akan melakukan perkara yang sama untuk bakal suaminya.
Foto Via Pexels
Suka Menolong
Jika dilihat ada kucing yang meminta makanan, tanpa segan silu dia cepat-cepat memberikan makanan. Jadi, tak hairanlah kalau ada yang sanggup bawa kucing jalanan pulang ke rumah semata-mata kasihan dan ingin menjaga mereka.
Tahukah…
Membela kucing dipercayai terapi emosi paling baik. Satu kajian oleh Universiti Colombia mendapati kajian aktiviti bersama haiwan kesayangan anda terutama kucing dapat meningkatkan hormon serotonin dalam badan anda.
Hormon serotonin berfungsi untuk mengawal mood, mengurangkan emosi negatif dan membuatkan seseorang menjadi lebih bahagia.
Sekaligus, dapat mengurangkan tekanan perasaan dan kesunyian dalam diri manusia. Kajian juga mendapati mereka yang berada dalam kemurungan boleh sembuh dengan berinteraksi dengan kucing.
Kalau tengah serabut otak tu cuba la layan si bulus ni. Confirm hilang stres!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Emoji membawa sifat membawa pelbagai perasaan dan mampu diluahkan dengan cukup mudah. Disebabkan itulah sangat popular di kalangan pengguna remaja.
Ekspresi emoji yang pelbagai jenis dan rupa sentiasa ditambah baik. Yang terkini sahaja jumlahnya tidak terkira banyaknya. Ada emosi gembira, sedih, marah hinggalah mengejek. Malah, emoji pelbagai wanra kulit juga diperkenalkan untuk meraikan variasi pelbagai bangsa.
Bersempena Hari Emoji Sedunia yang jatuh pada semalam iaitu hari Sabtu, 17 Julai, Adobe telah berkongsi kajian tahunannya mengenai trend emoji terkini. Tinjauan ini dilakukan terhadap 7,000 orang di A.S, UK, Jerman, Perancis, Jepun, Australia, dan Korea Selatan.
Daripada tinjauan yang dilakukan, 55% pengguna emoji berasa selesa mengekspresikan emosi melalui emoji lebih daripada panggilan telefon. Hal ini kerana, emoji memberi pengguna peluang untuk memilih gambar yang sesuai untuk menyampaikan perasaan.
5 Emoji Favourite Pengguna
Ini adalah lima emoji yang sering digunakan seluruh dunia
Emoji Yang Sering Digunakan Ketika Dating
Ada 3 emoji yang paling disukai individu apabila dating dan 3 kurang disukai.
Emoji paling berkesan memotivasikan pekerja
Menurut kajian ini, lebih daripada separuh generasi Z berasa puas hati dengan pekerjaan mereka apabila majikan atau ketua kumpulan mereka menggunakan emoji ketika berkomunikasi di tempat kerja.
Sebanyak 66% pengguna emoji suka apabila rakan sekerja menggunakan emoji ketika bekerja. Malah, 73% percaya bahawa penggunaan emoji dalam perbualan di tempat kerja dapat membantu pengguna berkongsi idea dengan cepat.
Rasanya tidak terlalu lambat kalau penulis nak mengucapkan selamat hari emoji kepada semua kan…hehe
Hari ini, keputusan permohonan kemasukan ke IPTA akan diumumkan. Berdebarrnyaaa….
Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mendapat tahu keputusan berjaya memasuki university mana adalah debaran paling havoc. Ini kerana dengan penerimaan ke universiti yang dipohon, ia adalah satu tiket melangkah ke alam remaja yang menyeronokkan.
Buat lepasan SPM 2020, korang boleh semak keputusan permohonan kemasukan universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma, serta Ijazah Sarjana Muda Senibina Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan memaklumkan, pemohon boleh semak secara dalam talian mulai jam 12 tengah hari di sini : SEMAK
Bagi yang berjaya, penulis ucapkan selamat menikmati keseronokan menjadi siswa dan siswazah, bagi yang belum berjaya mendapatkan tempat ke IPTA. Jangan kecewa dan putus harapan…boleh buat permohonan rayuan okay!
Good luck guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!