Tahniah REMAJA ucapkan kepada Hafeez dan pasangan!
Dengan sekali lafaz, pelakon tampan, Hafeez Mikail kini sah bergelar suami kepada Noor Azira Azman di Changkat Telang, Hulu Langat, Selangor pada 6 Mei yang lalu.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama Hatimu Sedingin Salju menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya.
Mengenakan busana tradisional Jawa serba putih, Hafeez menitipkan kesyukuran dan menzahirkan penghargaan buat keluarga dan sahabat handainya yang telah membantu dalam menjayakan majlis perkahwinannya itu.
IKLAN
Selain itu, pelakon berusia 31 tahun itu turut tidak lupa berterima kasih buat semua para tetamu yang hadir pada acara resepsi perkahwinan mereka.
“Alhamdulillah saya dan isteri saya selamat diijab kabulkan pada 6/5/23. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua keluarga dan rakan-rakan yang telah membantu menjayakan majlis kami.
IKLAN
“Terima kasih juga kepada mereka yang hadir pada majlis kami, saya dan isteri ingin memohon maaf jikalau ada kekurangan dari pihak kami sepanjang process majlis kami dijalankan,” coretnya panjang.
Terdahulu, Hafeez dan isteri mengikat tali pertunangan di kediaman pihak wanita yang terletak di Beranang, Selangor pada 24 Disember 2022 selepas lebih setahun berkenalan.
IKLAN
Malah, dia sempat memberi peringatan kepada Azira untuk bersedia dengan kecaman netizen dan perhatian yang diberikan apabila bergelar isteri kepada seorang artis.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kecantikan yang sebenar bukan di ukur melalui ketebalan mekap yang dipakai oleh seorang wanita, sebaliknya kejelitaan asli seorang wanita di lihat pada wajah sebenar mereka tanpa sebarang sentuhan mekap di kulit.
Mira Filzah antara pelakon yang tetap terlihat cantik walaupun terpaksa berlakon dengan wajah bare face.
Berkongsi rahsia amalan kecantikannya, pelakon kecil molek ini mengakui mengamalkan ‘ice facial’ untuk jaga kulit wajah.
Mesti ramai lagi di luar sana yang teruja nak tahu rahsia cantik Mira Filzah ini sebab walau sudah mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Wan Khair Amir Wan Emir Astar, ini langsung tidak menjejaskan kecantikan Mira Filzah.
Tetap nampak manis dan ayu dengan penampilan bertudung, malah dia salah seorang artis yang betubuh badan kekal langsing.
Berkongsi tentang soal cantik, bagi Mira, duduk rumah pun masih kena jaga kulit muka. Dan ini antara tip lain yang dikongsikan oleh bekas pengacara Nona untuk elak kulit muka breakout teruk.
Jaga Makan Yang Diambil
Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu juga menasihatkan peminat agar tidak mengambil makanan yang berminyak, banyakkan meminum air putih dan elakkan diri daripada terlalu kerap menyentuh bahagian muka.
Selain itu, Mira turut berkongsi rahsia dia kekal awet muda iaitu dengan mengamalkan ice facial.
Menurutnya, ice facial mempunyai banyak manfaat antaranya mampu mengecutkan jerawat, melembut dan mencerahkan kulit, kurangkan kesan gelap di bawah mata serta banyak lagi.
Ini Kebaikan Ice Facial!
Sebenarnya, menggosokkan ais pada wajah sangat menyegarkan lebih-lebih lagi selepas seharian sibuk. Pernah dengar tak stress boleh jadi punca kepada pertumbuhan jerawat? Memang boleh terjadi benda ni.
Kalau selalu sangat hadap dengan tekanan, boleh memberi kesan buruk kepada kulit wajah. Nanti muncul jerawat. Lepas tu muncul lagi jerawat. Makin bertambah-tambah jerawat. Tetapi jangan risau, ais dapat membantu. Kerana ais dapat meningkatkan peredaran darah di wajah anda selepas itu kulit wajah anda yang bersih dan cantik.
Untuk pengetahuan, Ice Facial merupakan trend kecantikan di Korea. Cara ini menginspirasikan orang di seluruh dunia tentang kebaikan menggosokkan ais pada wajah untuk mendapatkan kulit wajah yang berseri dan bersih. Sememangnya trend ini sangat berguna dan banyak kebaikannya.
Ringkas dan mudah juga ‘rahsia’ kulit cantik Mira. Jadi bagi korang yang kulit muka breakout tu, selamat mencuba tip daripada Mira Filzah ini okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pastinya peminat watak Ariel yang merupakan duyung dalam filem Disney, The Little Mermaid pasti tahu ciri-cirinya yang berkulit cerah, berambut merah dan mata biru. Namun, bagi The Little Mermaid versi lakonan semula ‘live-action’, penyanyi berkulit hitam, Halle Bailey dipilih untuk menerajui watak Ariel.
Pemilihan itu pastinya dilihat unik kerana menampilkan ciri-ciri yang berbeza, bagaimanapun ia berjaya dilakonkan oleh Halle Bailey. Selain melakonkan watak Ariel dalam The Little Mermaid, ternyata Halle Bailey mempunyai banyak lagi bakat lain.
Rupa-rupanya dia aktif dalam dunia hiburan sejak 2003 lagi tau. Jadi siapa Halle Bailey dan apakah bakatnya?
Pernah muncul dalam siri televisyen Disney
Ternyata The Little Mermaid bukanlah filem pertama yang dibintanginya bersama Disney. Sebelum ini beliau juga pernah muncul dalam siri televisyen yang disiarkan di Disney Channel, Austin & Ally, pada episod Moon Week & Mentors. Di sana dia dan kakaknya, Chlöe Bailey, diberi peranan sebagai hakim selebriti untuk pertandingan nyanyian.
Berada bawah label rakaman milik Beyoncé
Selain pandai berlakon, Halle juga ada bakat dalam muzik! Dia mempunyai kumpulan duo R&B bersama kakaknya, Chloe x Halle. Pada mulanya mereka hanya memuat naik lagu muka depan di YouTube sehingga mereka akhirnya menandatangani kontrak dengan label Beyoncé, Parkwood Entertainment. Kumpulan itu kini mempunyai dua album, tiga drama lanjutan, satu pita campuran, 11 single dan 13 video muzik.
Dapat nominasi Grammy Awards
Kumpulan Chloe x Halle juga pernah beberapa kali dicalonkan di Anugerah Grammy tau! Pada 2019, mereka telah dicalonkan untuk Artis Baharu Terbaik dan Album Kontemporari Bandar Terbaik. Mereka sekali lagi dicalonkan untuk kategori Album R&B Progresif Terbaik, Lagu R&B Terbaik dan Persembahan R&B Tradisional Terbaik pada tahun 2021.
Berlakon dalam sitkom sehingga empat musim
Nama Halle Bailey semakin dikenali sebagai pelakon sejak memegang watak Ariel dalam filem The Little Mermaid. Tetapi sebelum ini dia pernah berlakon dalam siri sitkom (komedi situasi) bertajuk Grown-ish sebagai Sky Forster selama empat musim. Selain itu, dia dan abangnya turut menulis dan menghasilkan lagu tema rancangan televisyen tersebut.
Kucingnya bernama Poseidon
Siapa di sini seorang pencinta kucing dan memelihara kucing? Ini bermakna korang geng dengan Halle Bailey kerana dia juga mempunyai seekor kucing yang telah diambil sebagai anak angkat pada tahun 2021. Namanya juga sangat unik kerana ia adalah nama dewa mitologi Yunani yang merupakan penguasa laut, sungai dan tasik iaitu Poseidon. Memang sesuai dengan nama kucing kepunyaan aktres yang melakonkan watak ikan duyung!
Jualan perhiasan di Etsy
Menerusi Soal Jawab di akaun YouTubenya, dia berkata membuat barang kemas adalah hobinya. Bukan sekadar hobi, dia juga menjual anting-anting dan rantai lehernya di platform Etsy. Kedai itu dipanggil Barang Kemas Hallelujah dan telah menjual sehingga 101 produk. Walaupun tidak ada sebarang produk untuk dijual sekarang, Halle mendedahkan bahawa dia akan memulakan perniagaannya semula suatu hari nanti.
Pernah muncul dalam video klip Beyoncé
Selain menyertai label rekod Beyoncé, Halle Baley juga pernah membintangi salah satu klip video penyanyi legenda itu. Dia dan Chlöe Bailey muncul dalam video muzik untuk lagu Beyoncé ‘All Night’ bersama pelakon lain, Zendaya dan Amandla Stenberg.
Ternyata selebriti ini sangat berbakat! Pastikan korang menonton di pawagam terdekat esok 25 Mei tau!
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Industri hiburan Korea bukan hanya disertai oleh masyarakat di sana, namun sebenarnya ramai individu dari luar Korea yang menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan kpop mereka. Seperti Lisa Blackpink yang berasal dari Thailand dan kalau korang nak tahu rakyat Malaysia pun ada yang sudah menjadi selebriti di Korea.
Terbaharu, Sriya Lenka menjadi artis k-pop pertama berasal dari India apabila dipilih menjadi salah seorang kumpulan pop Korea, Blackswan bersama Gabriela Dalcin dari Brazil.
Pengumuman ini telah pun di buat oleh agensi Blackswan, DR Music di laman instagram mereka.
“Sriya dan Gabi akhirnya terpilih sebagai ahli blackswan selepas menyertai program uji bakat global selama 6 bulan lepas. Dengan penampilan sulung mereka, Blackswan akan kembali semula.”
Sriya dilahirkan di Rourkela, Odisha, India pada tahun 2003. Dia menerima latihan tarian klasik Hindustan dan Odissi serta tarian kontemporari lain. Sriya dipilih pada tahun lalu menjadi antara finalis untuk berlatih bersama Blackswan di Seoul untuk ahli kelima bermula selepas seorang ahli, Hyeme keluar dari kumpulan berkenaan pada November 2020.
Sriya dan Gabi merupakan dua finalis yang terpilih daripada 4,000 pemohon dan mereka dikatakan bakal berada di Seoul bagi menjalani latihan selama beberapa bulan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menyelar tindakan segelintir pihak yang memaki dan mengecam selebriti dan pempengaruh yang disenaraikan dalam kempen...