Sungguh sedih dan hiba hati ini apabila tergamak manusia yang tiada berperikemanusiaan menyeksa mahkluk tuhan yang tidak berdosa.
Lebih pilu lagi apabila si ‘bulu’ yang comel ini sanggup diseksa dengan kejam sehingga menyebabkan kematian yang menyedihkan.
Ini susulan kejadian seorang lelaki di United Kingdom (UK) didapati bersalah kerana menyeksa anak kucing teman wanitanya dengan menembak dan merendam haiwan itu dengan bahan peluntur sebelum memukulnya sehingga mati.
Menerusi laporan Mirror, pemuda bernama Lewis Hudson dijatuhi salah satu hukuman penjara yang paling lama untuk kekejaman terhadap haiwan.
Pemuda yang baru berusia 23 tahun itu didapati menendang anak kucing yang diberi nama Binx dengan menggunakan but keluli, menyiramnya dalam pancuran air mandian panas dan menghancurkan gigi anak kucing itu.
Dia dikenakan hukuman penjara selama 27 bulan dan larangan seumur hidup untuk memiliki haiwan peliharaan kerana mendera kucing betina tersebut.
Ads
Dalam pada itu, Menurut Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals (RSPCA), Binx yang berusia 11 bulan itu mengalami tahap keganasan fizikal dan penderitaan psikologi yang mengerikan’ untuk tempoh yang lama sebelum kucing itu dipukul hingga mati.
Selain itu, mahkamah turut dimaklumkan perbuatan mendera itu bermula selepas Lewis berpindah ke sebuah pangsapuri di Prescot, Merseyside bersama teman wanitanya dan Binx pada Ogos 2021.
Ads
Rakaman video menunjukkan beberapa kecederaan berlaku pada kucing itu dan penderaan berterusan selama kira-kira lapan bulan.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Lewat Jumaat semalam, kota Mekah dikejutkan dengan insiden sebuah kereta yang dipandu memasuki perkarangan Masjidil Haram.
Video yang dimuat naik di media sosial itu menunjukkan sebuah kereta merempuh penghalang plastik di salah satu kawasan perkarangan (courtyard) luar masjid sebelum ia dipandu terus menuju salah satu pintu utama masjid.
Terkejut dengan insiden tersebut, beberapa orang pegawai keselamatan masjid terus meluru ke tempat kejadian.
Menurut laporan Saudi Press Agency, insiden sekitar jam 10.30 malam semalam itu terjadi akibat pemanduan yang melulu pada kelajuan yang melebihi dekat jalan berdekatan dataran selatan Masjidil Haram.
Walaupun video menunjukkan betapa bahayanya pemanduan suspek, tiada siapa di kawasan masjid yang tercedera.
Muat naik oleh akaun twitter @MakkahRegion pula melaporkan bahawa pemandu yang dikenal pasti sebagai pemandu warga negara Arab Saudi itu telahpun ditahan dan diserahkan kepada bahagian pendakwa raya awam Mekah.
Dia dikatakan berada dalam keadaan yang ‘tidak normal’ namun pihak berkuasa tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan keadaan tersebut.
متحدث #إمارة_مكة سلطان الدوسري :
الجهات الأمنية بمكة تُباشر حادثة ارتطام مركبة بأحد أبواب #المسجد_الحرام نتيجة انحرافها أثناء سيرها بسرعة عالية بأحد الطرق المحيطة بالساحة الجنوبية اللحرم، ولم يصب أي شخص بأذى
..المقبوض عليه مواطن بحالة غير طبيعية ، وجارٍ إحالته للنيابة العامة pic.twitter.com/wOAPnq2YPf
Siapa sangka seorang anak muda yang baru berusia 26 tahun telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya (UM) berkuatkuasa pada 4 Oktober lalu hingga 3 Oktober 2024.
Danesh Raj Nagarajan merupakan graduan Pusat Kebudayaan UM dan menjadi Ahli Parlimen Belia Malaysia.
“Syukur saya diberi kepercayaan dan amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya,”
“Varsiti ini dan warganya telah menjadikan saya seorang manusia yang berguna! Sudah tentu UM dan tradisinya mempunyai tempat yang istimewa dalam hati saya,”
“Dengan kudrat yang ada saya akan lakukan tugas semak dan imbang tanpa kompromi demi masa depan sahabat mahasiswa, alumni serta varsiti kesayanganku,” jelas Danesh dalam kenyataan di laman Facebook.
Walau bagaimanapun, terdapat bantahan tentang pelantikan ini oleh Pergerakan Wiranita Putra Malaysia yang mengatakan bahawa Danesh tidak sesuai memegang jawatan besar itu kerana umurnya yang masih muda dan tidak berpengalaman.
Namun, jelas Menteri Pengajian Tinggi YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad, pelantikan Danesh Raj Nagarajan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti Malaya adalah bersesuaian dengan kepercayaan kerajaan kepada golongan muda.
Pelantikan anak muda itu turut mengambil kira penglibatannya dengan alumni universiti berkenaan.
“Inilah masa yang paling sesuai untuk kita memberi kepercayaan kepada orang muda terutamanya dalam melihat peranan mereka sebagai Ahli Lembaga Pengarah,” katanya.
Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Danesh Raj Nagarajan dan semoga beliau dapat menjalankan tugas dengan baik.
Nama Najib Asaddok memang tidak asing lagi di Malaysia, terkenal sebagai jurulatih pemasaran dalam talian yang telah membimbing ramai peniaga untuk berjaya.
Najib, 39, atau nama sebenarnya Mohd Najib Asaddok sebelum ini pernah membuat sesi ‘live’ dan dihujani dengan pertanyaan seorang pengguna laman sosial yang bertanyakan soalan berunsur provokasi iaitu;
‘Apa bisnes Najib yang sudah berjaya sehingga dia layak mengajar orang lain mengenai ilmu pemasaran?’
Lalu, sesi itu mendapat komen beberapa pengguna laman sosial lainnya yang mempertikai kejayaan diraih hanya dengan ‘menjual air liur’ semata-mata. Najib yang juga pengasas syarikat Momentum Internet Sdn Bhd sejak 2014 tak mahu ambil pusing segala komen yang dilontarkan.
“Saya juga orang biasa yang mempunyai emosi dan perasaan. Dalam masa sama, ramai lagi memberikan komen positif dan sokongan yang mana mereka berkongsi kisah kejayaan dalam perniagaan selepas mengikuti kelas saya.
“Bagi saya, ini lebih menggembirakan serta memberi semangat pada saya,” kata Najib yang sebenarnya mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sejak di bangku sekolah.
Dia pada awalnya ingin mengubah nasib diri dan kehidupan keluarga.
“Pada usia 11 tahun ayah saya meninggal dunia. Ketika itu mak hanya pekerja kilang dengan pendapatan RM300 hingga RM500 sebulan. Malah, sejak kecil lagi saya bersama lima beradik lain tinggal dengan datuk. Dengan bantuan datuk juga, kami adik beradik cukup makan, pakai dan sekolah.
DARI SEKOLAH SUDAH BERNIAGA
“Dari sekolah lagi saya sudah berniaga dengan terbabit sebagai ketua koperasi di sekolah menengah. Pada 2004 saya sudah mula membuat perniagaan jualan langsung yang mana ketika itu masih menuntut di sebuah universiti awam tempatan.
“Kemudian, pada 2006 hingga 2008 saya terbabit dengan perniagaan menjual produk kesihatan. Saya buat jualan di sekolah, buka ‘booth’, masuk ekspo dan beberapa pejabat kerajaan. Dalam masa sama, sepanjang tempoh itu juga saya mula menjadi pelatih dengan memberi latihan kepada orang yang mahu mula berniaga.
“Semua yang saya buat ini bukan semata mata minat, tapi terpaksa sebab saya berasal daripada keluarga susah,” katanya yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi termasuk menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Perniagaan dan Pengurusan (MBA) di Anglia Ruskin University kampus Kolej FTMS Cyberjaya (2018).
Malah, Najib kini sedang menuntut di peringkat Kedoktoran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (DBA) di Open University Malaysia (OUM).
Daripada seorang jurujual, Najib membuat anjakan dalam kerjayanya apabila menukar strategi dengan terbabit dalam perniagaan secara dalam talian pada 2009. Berbekalkan pendapatan mencecah RM30,000 hingga RM50,000 sebulan, Najib mula dihimpit rakan dan orang sekeliling bagi mendapatkan rahsia kejayaan itu.
“Semua kawan bertanya macam mana saya boleh jualan hingga mencecah angka itu. Dari situ saya buat bisnes ‘coaching’ atau latihan hingga sekarang. Kebanyakan orang faham apabila berniaga hanya secara ‘offline’. Apabila mereka mula menyedari perniagaan dalam talian, saya ajar mereka cara nak bermula termasuk penggunaan ayat yang sesuai untuk tarik minat pelanggan.
“Alhamdulillah, pada 2020 saya membuat satu kelas berskala besar yang dihadiri 5,500 individu yang terdiri daripada usahawan pelbagai industri dan latar belakang. Pengalaman yang ada sepanjang terbabit dalam perniagaan dalam talian saya kongsikan kepada mereka. Ini juga berkat hasil saya berguru dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman,” katanya.
Najib juga apabila menerusi syarikatnya dia sudah berjaya membantu lebih 400,000 usahawan menerusi e-book, video, buku, kelas dalam talian dan ‘offline’ yang dibuat secara percuma.
Baru-baru ini juga, syarikatnya memperoleh sijil Sirim ISO 9001:2015 yang membuktikan hasil kerja keras kakitangan Momentum yang mengikut segala prosedur.
Najib juga dinobatkan Anugerah Orang Muda Johor oleh DYAM Tunku Mahkota Johor selain menerima Anugerah Kepimpinan dalam Pemasaran peringkat Antarabangsa di Dubai tahun ini.
“Alhamdulillah, saya sudah berjaya membelikan sebuah rumah buat mak dan ibu bapa mertua. Pada 2019, saya hantar mak menunaikan haji. Baru-baru ini pula, saya membawa membawa isteri dan kedua mentua menunaikan haji. Rezeki nak tolong keluarga, Allah permudahkan semuanya,” katanya lagi.
Untuk rekod artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!