Berita baik buat peminat kek Secret Recipe, pada 24 Februari nanti korang boleh menikmati tawaran promosi beli 2 percuma 1 kek.
Kami percaya apa-apa promosi yang dibuat oleh Secret Recipe pasti dapat perhatian ramai kan?
Mana tidaknya, kalau korang nak beli sepotong kek disitu pun dah lebih kurang berharga RM10 ke atas. Jadi, inilah peluang untuk korang dapat lebih sikit dengan pembelian yang dibuat.
New York Cheese Cake, Chocolate Indulgence, Oreo Cheese Cake, sebut apa sahaja flavour kek yang ditawarkan di Secret Recipe semuanya jadi favorite pelanggan.
Tahniah adik Syukur. Moga jadi inspiring kepada remaja di luar sana.
Inilah kata orang, tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia tiada siapa tahu. Jika Allah mengkehendakiNya, dia akan beri dalam pelbagai bentuk. Sudah tentu rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk dan tidak terduga dengan akal fikiran manusia.
Tentu ramai yang masih ingat kisah Mowgli Malaysia iaitu Muhammad Syukur Khamis.
Melihat gambarnya yang mampu bermesra dengan kerbau peliharaan ayahnya sejumlah hampir 100 ekor selain keakrabannya dengan binatang lain dan gambarnya memenangi 20 gambar terbaik dunia, nama Syukur terus meniti di hati rakyat Malaysia.
Baru saja menerima anugerah Murid Unggul yang diterimanya dari Pejabat Pendidikan Daerah pada 13 Januari lalu, terbaru, remaja ceria berusia 14 tahun dan bersekolah di SMK Padang Midin, Kuala Terengganu ini, sekali lagi diangkat sebagai Ikon Remaja APM ( acara ini akan berlangsung Mac depan).
Ads
Syukur diberi kenaikan pangkat sebagai Lans Koperal dan diangkat sebagai Ikon Remaja APM. Roslan (tiga kiri) dan Shafruddin (tiga kanan) memakaikan tanda pangkat Lans Koperal kepada Syukur.
Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab berkata, pengiktirafan kepada Syukur yang juga merupakan kadet Pertahanan Awam itu, bagi membolehkan remaja tersebut menyebarkan aura positif dan memberi inspirasi kepada rakan sebayanya.
Menurutnya, penganugerahan itu akan dibuat pada Perhimpunan Angkatan Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-66 yang akan berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan.
“Setelah lihat banyak video diviralkan, saya melihat Syukur ada kelebihan yang boleh kita manfaatkan. APM sendiri akan bantu dia dengan memberi lebih banyak pendedahan, supaya pada masa depan dia boleh dibawa ke sekolah-sekolah berhampiran di Terengganu untuk memberikan motivasi kepada pelajar lain.
Ads
“Pada masa yang sama, kita tidak mahu dia tenggelam dengan dunia glamor ini, sebab dia masih belajar. Kita nak beri dia pendedahan supaya apabila dia terdedah dengan dunia luar, Syukur akan menjadi lebih yakin dan boleh memberikan semangat balik kepada orang lain,” katanya.
Roslan (kiri) meraikan Syukur pada majlis khas di SMK Padang Midin, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Ketua Pesuruhjaya APM Bersama Adik Syukur ‘Kampung Boy’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah APM Terengganu, LT. KOL (PA) Che Adam A.Rahman dan Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.
Ads
Sementara itu, pada majlis berkenaan, Roslan mengumumkan Syukur dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal dalam kadet Pertahanan Awam.
“Saya harap kenaikan pangkat ini akan menggilap lagi bakat kepimpinan yang ada pada beliau dan menjadi pelajar contoh.
“Selain mempunyai keyakinan yang tinggi, kita harap Syukur akan terus mengutamakan pelajaran dan ilmu serta maju dalam kehidupan dan apa jua bidang yang diceburinya selepas ini,” katanya.
Sumber : SINAR HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bercerita bab harta karun, ramai mempercayai ianya wujud. Ditambah cakap-cakap orang dan bertanya mereka yang pakar pada alam ghaib, kebanyakan mereka mempercayainya walau amat jarang sekali menemui dalam satu jumlah yang besar.
Suatu ketika dahulu, heboh di Pulau Nangka, Melaka kononnya ada menyimpan harta berbilion dipercayai peninggalan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka malah ada syarikat diberi kebenaran melakukan penggalian tetapi akhirnya berita itu sepi begitu sahaja.
Dalam laporan Berita Harian semalam, dua lelaki yang tertimbus akibat tanah runtuh di kaki Gunung Jerai petang tadi, dipercayai sedang mencari emas di kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata dua mangsa dikenali sebagai Md Noor Shaari, 68, dan Roslan Saidin, 52, dikatakan melakukan kegiatan mencari emas di kawasan berkenaan sejak 10 tahun lalu.
Bagaimanapun, katanya, mereka menghentikan kerja penggalian pada 19 Mac lalu, namun datang kembali ke lokasi kejadian pagi tadi, bagi meneruskan kegiatan berkenaan.
“Mangsa dikatakan mempercayai terdapat emas bernilai berbilion ringgit di kawasan Gunung Jerai dan yakin semakin hampir menemui harta karun berkenaan.
“Disebabkan itu, dua mangsa meneruskan kerja menggali dan seorang mereka sempat menghubungi rakan di luar memintanya menghantarkan bekalan air.
“Bagaimanapun, rakan mangsa yang tiba kira-kira jam 4 petang gagal menemui dua mangsa sebelum mendapati terdapat kesan runtuhan di kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam ini.
Anggota bomba berhadapan kesukaran kerana kedalaman kawasan runtuhan lebih 12 meter dan mangsa dianggarkan tertimbus pada kedudukan antara 1.5 hingga tiga meter,” katanya.
Usaha sedang giat dijalankan sejak petang semalam bagi mengesan kedudukan mangsa
Pihak polis turut menemui kereta mangsa diletak berhampiran kawasan kejadian.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya masih menunggu bantuan jentera pengorek bagi mempercepatkan operasi.
“Operasi mencari dimulakan pada jam 6.30 petang tadi secara manual, namun hingga tengah malam ini, kita masih belum menemui kedudukan kedua-dua mangsa.
“Anggota bomba berhadapan kesukaran kerana kedalaman kawasan runtuhan lebih 12 meter dan mangsa dianggarkan tertimbus pada kedudukan antara 1.5 hingga tiga meter,” katanya.
Seramai 38 anggota bomba termasuk sembilan anggota Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), polis dan pegawai Jabatan Perhutanan Negeri terbabit dalam operasi.
Mohamadul Ehsan berkata, seramai 38 anggota bomba termasuk sembilan anggota Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), polis dan pegawai Jabatan Perhutanan Negeri terbabit dalam operasi.
“Operasi mencari ditangguhkan sementara pada jam 12 tengah malam ini berikutan keadaan kawasan yang berbahaya dan tidak stabil.
“Kita menjangkakan operasi akan disambung menggunakan jentera pengorek pada jam 8 pagi ini,” katanya. Sumber : BERITA HARIAN ONLINE
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kebelakangan ini, pastinya korang perasan cuaca di negara kita terasa sangat panas dan bahang. Ya kebiasaannya di awal tahun, Malaysia berada dalam ‘musim panas’ sehinggakan pada waktu malam ketika tidur pun kita berasa tidak selesa dengan cuaca yang agak bahang.
Gambar hiasan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah memuat naik kenyataan di Twitter, cuaca panas yang dialami pada ketika ini adalah satu fenomena biasa sepanjang tempoh Februari hingga April setiap tahun. Sehingga kini, suhu tertinggi bagi bulan 2021 adalah 36.2 darjah Celsius, manakala pada tahun 2020 adalah 37.4 darjah Celsius yang dicerap di Stesen Meteorologi Kuala Kangsar, Perak.
Gambar hiasan
Malaysia kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac 2021. Dalam tempoh ini, taburan hujan adalah agak rendah di Semenanjung Malaysia, terutamanya di utara Semenanjung.
Taburan hujan yang rendah dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca agak panas, terutamanya pada waktu malam apabila terdapatnya litupan awan.
Justeru itu, masyarakat dinasihatkan agar mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air dan mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka. Korang juga dinasihati supaya mengurangkan aktiviti-aktiviti luar dan minum air secukupnya.
Gambar hiasan
Waktu-waktu pandemik seperti ini, memang sebaiknya korang duduk sahaja di rumah jika tidak ada urusan penting di luar sana. Lagi pun, dalam keadaan cuaca panas sekarang ini, risau pula jika ada yang jatuh sakit. Jangan lupa banyakkan minum air kosong ya?